Dari Makkah, boleh saja terus ke langit. Namun mengapa singgah di Al Aqsa?
Jelas Masjidil Aqsa dimuliakan sebagai tempat perantara perjalanan Israk Mikraj, Sudahlah peristiwa itu mencabar minda manusia termasuk kaum Muslimin di Makkah yang turut tertanya-tanya mengenai apa berlaku kepada Baginda.
Keberkatan itu diperjelaskan dalam ayat pertama surah al-Isra’ yang juga dapat difahami barakahnya Masjidil Aqsa bukan semata-mata untuk masjid terbabit sahaja, sebaliknya melebar ke sekelilingnya dengan perkataan ‘hawlahu.’
Mufassirin atau ulama tafsir ketika menjelaskan keberkatan itu menyatakan ia boleh dilihat daripada perspektif fizikal dan spiritual.
Secara fizikal, ia boleh dilihat kesuburan tanahnya hingga menjadi tempat pohon yang disebut dalam al-Quran seperti pohon tin dan zaitun yang subur suatu ketika dulu wilayah terbabit dirampas Zionis yang menubuhkan Israel.
Aspek spiritual pula menyaksikan tempat perjalanan menuju Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT bermula dan tempat persinggahan setelah pertemuan berkenaan selesai sebelum Rasulullah SAW meneruskan perjalanan pulang ke Makkah.
Kewujudan hubungan secara spiritual tidak dapat disangkal sesiapa, apatah lagi statusnya sebagai kiblat pertama umat Islam setelah Baginda menerima perintah mendirikan solat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Israk dan Mikraj:
Berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad SAW, bersamaan 622 Masihi, ketika baginda berumur 52 tahun, setahun sebelum peristiwa Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Perjalanan mengambil masa kira-kira satu malam di mana baginda kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar.
Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin kini, sebelum diangkat dari bumi ke langit ke-7.
al muntaha 在 Farhatul Fairuzah Facebook 的最佳解答
Assalamualaikum semuaa! Farha nak share Jom Join🥰
ISRAK MIKRAJ SEDEKAH CHALLENGE
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra, ayat 1)
Perjalanan dari Masjidil Haram menuju Masjidil Al-Aqsa dalam satu malam merupakan bukti kenabian junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Masjid suci ketiga umat Islam ini menjadi saksi Nabi SAW bersolat bersama para nabi terdahulu sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha.
Namun, Masjidil Al-Aqsa kini telah berada di dalam cengkaman Yahudi Zionis. Atas semangat keimanan dan cinta terhadap Masjidil Al-Aqsa, Yayasan Al-Quds Malaysia ditubuhkan bagi memelihara kesucian masjid ini.
Tujuan utama Israk Mikraj Sedekah Challenge ini adalah untuk Food Basket Project. Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi bantuan bekalan makanan kepada keluarga dan anak anak di Gaza, Palestin.
Sempena Israk Mikraj ini, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan sedekah melalui Israk Mikraj Sedekah Challenge dalam usaha menjaga kesucian Masjidil Al-Aqsa disamping menjayakan projek Food Basket. Bayangkan dengan sumbangan serendah RM10 sahaja, pahala sedekah anda akan mengalir berlipat kali ganda.
Sabda Nabi SAW,
"Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitulmaqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya." (HR As-Sakhawi).
Sumbangan boleh dilakukan melalui:
Bank: CIMB BANK
Nama: YAYASAN AL QUDS MALAYSIA
No. Akaun: 8600 4993 29
Email: [email protected]
al muntaha 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
SALAM ISRAK MIKRAJ ... 🥰
Berdoalah sebanyaknya.. Ingatkan suami/isteri/family 😊
ESOK (KHAMIS), 11 MAC 2021... hari Israk dan Mikraj. Kepada yang berniat nak puasa sunat esok, tahniah =)
Dan Ini, Amalan Malam Rejab - Malam ini. Sama2 kita buat =)
1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
4.Berdoa.
5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
Sebetulnya... amalan ini diteruskan setiap hari... =)
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
.
.
.
Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.
Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya.
Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
KAMI DI 9BULAN10HARI SANGAT MENDOAKAN ALLAH LIMPAHKAN REZEKI, KASIH SAYANG, KEBAHAGIAAN, KESENANGAN & KETENANGAN MELIMPAH RUAH BUAT KALIAN & KITA SEMUA. AAMIIN 😍😍
Sumber : Syafiqqolbu.com & Zam HK
al muntaha 在 Four Hands Dinner at Al Muntaha in Burj Al Arab ... - YouTube 的推薦與評價

As part of Gulfood 2023, Dubai's top dining spots united to present 'Dubai World Cuisine' – an initiative for homegrown chefs of #MyDubai to ... ... <看更多>
al muntaha 在 Al Muntaha Burj Al Arab - Home | Facebook 的推薦與評價
The finest French and Italian cuisine in the world's most iconic hotel by acclaimed Chef Saverio... Dubai Burj Al Arab, Dubai, United Arab Emirates. ... <看更多>