Alhamdulillah malam ini PKN Setiawangsa telah berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil secara atas talian. Majlis diketuai oleh Ustaz Mohd Shahrulnizam Rashid.
Tujuan majlis bacaan pada malam ini adalah untuk keselematan penduduk setempat terutamanya di Setiawangsa dilindungi daripada pandemik wabak COVID-19. Majlis bacaan tahlil pada malam ini juga dikhaskan kepada arwah Haji Alias Ismail, salah seorang orang kuat PKN Setiawangsa yang telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Ogos yang lepas.
Disini saya juga kongsikan sedikit intisari daripada Tazkirah Ustaz Shah sebentar tadi:
Amalkan Surah Tauhid
1) Surah Al-Ikhlas
2) Surah Al-Falaq
3) Surah An-Nas
4) Surah Al-Kafirun
Tiga doa minta perlindungan (dilampirkan dibawah) dan sentiasa amalkan Surah Al-Mulk untuk amalan kita dan pembantu jawab soalan malaikat munkar nakir di kubur.
Semoga kita semua dilindungi Allah swt.
Amin Ya Rabb.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過883的網紅Pak Su Shamsul Ghau Ghau,也在其Youtube影片中提到,Surah Al Falaq : Jom Ngaji bersama Pak Su Shamsul Ghau Ghau Video by RIO STUDIO...
al falaq 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 4 Qul ini ialah:
.
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)
2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)
3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali) dan sapu muka dan badan.
4) Baca ketika merukyah orang sakit.
.
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)
.
Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)
.
2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)
.
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)
.
3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali)
.
“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)
.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.
.
Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)
.
4) Baca ketika merukyah orang sakit.
.
Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
.
Khasiat Surah 4 Qul.
.
=Surah Al-Kafirun=
1) Membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran.
2) Membacanya, terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
3) Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
4) Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
5) Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
6) Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
.
=Surah Al-Ikhlas=
1) Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Kalau kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seolah-olah kita khatam Al-Quran. Kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. ---Membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
2) Sesiapa hendak pergi musafir, ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
3) Membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
.
=Surah Al-Falaq=
1) Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
2) Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali
.
=Surah An-Nas=
1) Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2) Sebelum kita memulakan solat, mulakan dengan membaca surah ini. Supaya dijauhkan gangguan syaitan ketika kita sedang menunaikan solat.
3) Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
.
Kredit: Fathima Zehra El - Annes
al falaq 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Hari tu ada terbaca share pasai buang energi negatif & gangguan jin dalam kediaman/ pejabat/kedai. Dah tu try la buat. Letak garam kasar + cuka dalam gelas jernih then baca surah yang di share. Letak dibiar terdedah
Letak dekat bahagian yang selalu guna. So cheq letak dekat 3ruang. Bilik tidoq utama, ruang menonton & dapoq. Biaq selama 24jam. Lepas tu kena basuh & salin baru (buat sampai garam tu tak naik atas dah)
Dalam bilik utama, letak ataih almari. Malam yang buat tu, dengaq bunyi punya kuat. Nasib tok laki ada. Tidak, mau lari tidoq luaq 😅
Bunyi macam batu dibaling dalam ayaq. Berkocak ayaq. Lama jugak la dengaq. Pahtu terlena gutu jaa dalam ketakutan. Haha
Garam, cuka & gelas putih.
Baca :
Al Fatihah 7x
Al Ikhlas 1x
Al Falaq 1x
Al Kafirun 1x
An nas 1x
Ayatul Kursi 3x
Surah Yassin Ayat 9 6x
Then hembus kat bahan tadi. Niat niat untuk usir benda negatif
Biar 24jam
Sumber : Jo Ibrahim
Pengamal Rawatan Alternatif Islam
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
al falaq 在 Pak Su Shamsul Ghau Ghau Youtube 的最讚貼文
Surah Al Falaq : Jom Ngaji bersama Pak Su Shamsul Ghau Ghau
Video by RIO STUDIO
al falaq 在 Farhatul Fairuzah Youtube 的最佳貼文
Kompilasi bacaan Al-Quran Surah 3 Qul ,Al- Ikhlas, Al-Falaq & An Nas secara murattal oleh Farhatul Fairuzah
Nantikan koleksi bacaan surah-surah Al-Quran oleh Farhatul Fairuzah.
Teruskan support dan jangan lupa Subscribe channel Farhatul Fairuzah agar beliau dapat menyiapkan koleksi penuh bacaan Al-Quran.
Subscribe | Like | Share
https://youtube.com/c/Farhatulfairuzah
https://www.facebook.com/farhatulfair...
https://instagram.com/farhatulfairuzah
https://twitter.com/farhatul_iza