Kisah Cinta paling Agung. (Tolong sediakan kain untuk lap air mata)
Di barat, kisah cinta paling agung adalah Kisah Rumeo dan Juliet, tapi dari segi moral kisah itu penuh dengan adegan pembunuhan dan juga kisah dua kekasih membunuh diri walaupun dihujung cerita, dua keluarga yang berbalah akhirnya berdamai, Namun bunuh diri bukanlah penyelesaian kepada cinta agung!
Sebab tu dalam Mohabatain, India ubah cerita ini, yang mana bila awek Shah Rukh Khan membunuh diri kerana cinta dihalang, tapi Shah Rukh memilih untuk berdamai dengan ayah si gadis dengan membina aura cinta di sekeliling sekolah Gurukul.
Bunuh diri bukanlah symbol untuk cinta yang agung, mahalan adalah kekalahan dalam bercinta.
Tapi tak di nafikan, sejak zaman berzaman, data bunuh diri kerana cinta memang tinggi sebab tanpa cinta ramai manusia tak boleh teruskan hidup.
Maka untuk tema Cinta agung, sepatutnya kita orang islam jangan rujuk kisah Rumi dan Julie, Kisah Lalla Majnun pun tak perlu, tapi kisah Kekasih kita semua iaitu Nabi Muhammad SAW.
(Masukkan muzik sedih berunsur islamik di sini, dan baca catatan dibawah gaya bersajak)
Asalamualaikum masyarakat semua…
Kita semua tahu, Kekasih Allah bukan dikalangan makhluk dari api atau cahaya, tetapi kekasih Allah adalah dari tanah seorang manusia. makhluk sebaik baik kejadian.
Ya benar! Kekasih Allah adalah seorang manusia, dan inilah kisah cinta yang paling agung dalam sejarah kewujudan alam.
Kisah cinta Allah yang Maha Agung terhadap Nabi Muhammad SAW kekasihNya.
Bersaksikan angin, tanah, api dan air…
Nun jauh sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Alam ini sedang diliputi oleh kesesatan ummat sejak zaman berzaman, beribu ribu Nabi telah lahir untuk menyelamatkan Ummat, ada ummat yang selamat, tapi sejurus selepas kewafatan para Ambia itu, Ummat kembali menjadi sesat..
Namun, pada satu malam yang hening, satu cahaya terang tiba tiba telah muncul lalu menyinari seluruh alam, pada masa yang sama muncullah beribu ribu tahi bintang yang menamatkan zaman langit di ceroboh syaitan..
Bumi terasa bergembira dengan kelahiran kekasih Allah, lantas gegaran demi gegeran telah berlaku yang menyebabkan istana kebesaran raja retak dan menjatuhkan mahkota rajanya, berhala berhala sembahan manusia sejak zaman berzaman, ada yang jatuh tumbang menyembah bumi, malahan api sembahan seribu tahun oleh puak Majusi, telah terpadam, tak cukup itu Tasik Sava sembahan zaman berzaman juga telah hilang di telan bumi.
Peristiwa ini berlaku adalah kerana alam ini sendiri bergembira meraikan kedatangan kekasih Allah, manusia yang paling di cintai Allah dalam sejarah penciptaan manusia..
Maka bersyukurlah kita kepada Allah, kerana kekasih Allah adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah mengikut cara kekasih Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Nun jauh di tanah kelahiran Nabi, bumi menjadi subur, unta tunggangan ibu susuan Nabi, yang kurus tiba tiba menjadi sihat dan kuat, malana ada sekumpulan awan mengekori Nabi memberi teduhan.
Arakian, kerana besarNya Cinta Allah kepada Nabi, maka apabila dewasa, telah diberikan kepada Nabi satu tanggungjawab yang paling besar dalam sejarah pemberian amanah iaitu Nabi Muhammad SAW akan menjadi ketua para Nabi, dan menjadi Nabi terakhir yang bakal menutup pintu kenabian sebelum menyerahkan Kerja ‘Nubbuah’ kepada Ummat akhir zaman yang bakal menjadi Ummat terbaik dalam sejarah kejadian ummat manusia.
Lalu di sepanjang jalan kekasih Allah ini, Allah Taala sendiri telah tarbiah Nabi sehingga Nabi juga di kenali sebagai Al-quran bergerak, ini bermakna, Al-quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk perkataan(Qalam), manakala Nabi adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia(cara hidup@sunnah). Apa sahaja perbuatan Nabi di cintai Allah, apa yang Nabi suka itulah yang Allah suka, dan apa yang Nabi benci itulah yang Allah benci,
Tahukah anda duhai manusia? Tiada Nabi sebelum Nabi Muhhammad s.a.w yang di jemput khas berjumpa Allah secara live ketika hayat masing masing, pernah terjadi dalam sejarah, ketika Nabi Musa bertemu dengan Allah secara ‘audio’, Allah perintahkan Nabi Musa membuka kasut, sedangkan kekasih Allah ketika bertemu Allah secara bersekemuka di alam sebalik mata, Nabi Muhammad SAW tidak perlu membuka kasut, kenapa? Kerana (mengikut Buzamana) debu debu yang melekat pada kasut Nabi juga di cintai Allah..
Dalam kemuliaan kerja Nabi, Allah sanggup melihat Nabi KekasiNYA menderita kerana agama, lalu tiada lagi awan mengekori, ujian dan kesusahan mulai datang namun keajaiban berlaku dari masa ke semasa, unta bercakap, pokok menangis, berhala berbicara, bulan terbelah dua, dan pelbagai lagi mukjizat muncul di jalanan sebagai saksi cinta agung!
Dan benar sesungguhnya banar! Akan Nabi Muhammad SAW juga amat mencintai Allah tiada tolok banding, lalu penuh tabah menyeru manusia mencintai Allah siang dan malam, sehingga ada yang terkorban nyawa akan sahabat sahabat baginda, di seksa dan dibunuh, sedang Baginda sendiri terluka dan tercedera, sehingga darah suci baginda telah mengalir bersama air mata pengorbanan demi membuktikan cinta kepada Allah, namun dalam kesusahan mempertahan cinta itu, Nabi masih bertajjud sampai bengkak akan kaki baginda, semuanya hanya kerana ingin berterima kasih kepada Allah..
Air mata telah tumpah, darah telah mengalir, lalu terzahirlah hari ini dalam diri seorang kita yang sedang keselasaan menikmati solat di bawah kipas nombor lima di ruang berhawa dingin yang mana waktu sujud, dahi kita tenggelam dalam kelembutan sejadah bersaksi masjid yang luas saujana mata! Sungguh semua nikmat Beragama ini diperolehi dari pengorbanan Nabi dan sahabat yang sanggup alirkan peluh, darah dan air mata agar nimat beragama tersebar ke seluruh dunia.
Kembali kita ke zaman Nabi, setelai selesai manakluk Mekah semula, dan setelah robohnya semua berhala di tanah suci, Akhirnya sebagai manusia, maka Nabi Muhammad SAW juga akan mati, dan telahpun mati, yang tinggal hanyalah kenangan namun kenangan ini bukan ditinggalkan dalam bentuk sejarah semata mata..
Hanya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sampai hari kiamat, maka hari ini, segala sunnah Kekasih Allah akan terus diikuti oleh sebahagian umat akhir zaman yang terpilih, dari sekecil kecil sunnah, sehinggalah sebesar besar sunnah..
Hari ini kita boleh melihat akan amalan dari setiap sunnah Nabi yang mana telah muncul dalam pelbagai mazhab yang kita nampak berbeza cara Ibadat mereka, tapi setiap dari mereka mempunyai dalil dan hadis tersendiri yang membenarkan amal Ibadat meraka paling tepat dengan amalan kekasih Allah.
Sebagai contoh,: mazhab kita sendiri, waktu tahiyat akhir duduk ‘senget’ macam orang sakit, sebenarnya memang waktu Nabi sakit, Nabi solat sebegitu, dan Allah kekalkan duduk Nabi sakit tu dalam mazhab Shafee, kalau mazhab lain, duduk tahiyat akhir macam duduk tahiyat awal kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..
Begitu juga solat subuh sambil baca qunut, Nabi pernah baca qunut dalam sembahyang, biarlah Mazhab syafee hendak membaca qunut setiap subuh kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..
Nabi juga pernah berwirid lepas solat, pernah menaypu muka selepas solat, pernah bersalaman selepas solat, maka hari ini, pada insan terpilih, masih ada yang membuat semua itu kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..
Duhai semua manusia yang kenal erti cinta, kalau kamu pergi Mekah, kamu boleh lihat bermacam-macam cara orang solat, orang ambil wudhu dan sebagainya, sebenarnya semua itu adalah dari amalan Kekasih Allah sendiri,: ada waktu Nabi ambil wudhu basuh semua kepala, ada waktu hanya menyapu kepala, tapi ada hikmahnya, lalu Allah mahu amal itu kekal, maka sekarang kita boleh lihat sendiri 4 mazhab telah wujud.
Jadi wujudnya mazhab yang berbeza hari ini, adalah lambang cinta agung Allah kepada kekasihnYA, atau dalam bahsa orang muda:, wujudnya 4 mazhab yang besar itu, adalah sebagai ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi Muhammad SAW..
Tiada seorangpun Nabi lain yang sunnah mereka kekal dalam mazhab tidak seperti agungnya sunnah Nabi Muhammad SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…
Maka kamu duhai semua manusia, Jika kamu mengembara ke seluruh dunia, maka akan terzahirlah amalan kekasih Allah ini di setiap sempadan Negara dan terimbaulah akan kamu bagaimana hebatnya cinta Allah kepada Nabi dan bagaimana hebatnya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sehingga ke hari ini..
Tapi di jalanan, ada orang yang jahil tentang cinta, sibuk membidaahkan orang nak wirid lepas solat, membidaahkan orang yang qunut waktu subuh, malahan orang yang menambah pujian Saidina kepada kekasihpun di bidaahkan, adohai..
Kenapa nak dihalang cinta ummat kepada Nabi? biarlah cinta Umat kepada Nabi kekasih Allah terzahir dalam amal amal mereka yang terpencil.
Dan ketahuilah, bahawa Al-quran akan di jaga oleh Allah sepanjang zaman, tidak akan hilang, walau apapun cubaan orang kafir untuk memusnahkannya, Ini janji Allah! tapi demi menjaga amalan kekasih-Nya(sunnah) Allah telah menyerahkan tanggung jawab itu ke atas bahu kita ummat akhir zaman untuk menghidupkan setiap sunnah Nabi, yang mana Allah akan memberikan ganjaran 100 pahala mati syahid bagi setiap satu Sunnah Nabi kamu hidupkan..
Nikmat mana lagi yang kita dustkan?
Akhir kata, apabila di dunia ini sudah tidak ada lagi amalan kekasih Allah, apabila sudah tidak ada lagi orang islam, tidak ada lagi ornag memuj Allah sebagaimana kekasih Allah pernah memujiNYA, maka walaupun dilangit malaikat masih sibuk berzikir, numun kerana di dunia, makhluk manusia tidak lagi memuji Allah sebagaimana kekasih Allah memuji Allah, maka Allah akan musnahkan segala-galanya…, Masjid, Kaabah, gunung, langit dan bumi serta seluruh alam semuanya musnah…HANCUR BERKECAI seperti bulu berhamburan….!
Malahan Allah jua akan matikan semua malaikat.
Tanpa wujud Sunnah Kekasih Allah, maka Dunia akan kiamat, Sungguh dunia kan kiamat apabila sudah tiada lagi amalan kekasih Allah di alam ini..
Tahukah kamu wahai semua manusia,
Khalifah Abbasiah, Harun al Rahid pernah menyatakan hasratnya untuk meletakkan satu kitab Muaatta yang di karang Imam malik di dalam kaabah dan mengistiharkan wajib setiap ummat islam beramal dengannya, tapi tidak di persetujui oleh Imam Malik sendiri, dengan berkata bahawa semua sahabat betul dalam perbezaan pendapat di antara mereka, Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,
Tolong, Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai, melihat orang berserban jangan di hina, melihat orang berjubah jangan di perlekeh, melihat orang bercelak dan bersugi jangan di maki, melihat orang menzahirkan Sunnah dalam pakaian, perbuatan, dan kelakuan jangan di herdik konon mereka ikut budaya arab, padahal mereka semua sedang zahirkan cinta kerinduan kepada Kekasih Allah!
Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua, yang menguasai hamper separuh dunia telah menulis surat kepada wakil rakyatnya dengan berkata:
”Setiap kaum hendaklah beramal sejajar dengan fatwa ulamak ulamak mereka.”
Maka kepada pembenci Mazha, biarlah ummat islam di seluruh dunia dengan 4 mazhab itu, tak perlu perasan pandai..
Cuba fikir, akan kenapa Imam Bukhari, dan segala muhaddisin yang hebat hebat tidak membuat mazhab mereka sendiri?
Ini adalah kerana , mazhab yang empat itu, sudai mempuyai tunjang yang kukuh, lengkap, terperinci dan menyeluruh.
Fahamilah 4 mazhab dan fahamilah kenapa ada 4 mazhab.., setelah sekian lama...hingga sekarang..
Kerana di situlah terzahirnya kenangan cinta Allah kepada Nabi Muhamamd SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYA sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…
Sungguh semakin jauh kita berkelana, maka akan semakin jelas zahirnya cinta Allah kepada Nabi, andai kita mahu mengerti.
Selamat Hari Kekasih pada setiap orang Islam yang dizahirkan dalam solat berjemaah setiap hari kerana itulah antara amalan kekasih Allah yang dicintai Allah.
Wahai jiwa yang tenang, berdamailah dengan takdir, dan datanglah ke rumah Allah menzahirkan cintamu.
(Habis muzik sedih... stop dengan perlahan lahan..)
Semoga Woha sampai Syurga!
Hamka Keretamayat
14 feb 2021-PKP2.0, 1442 Hijrah.
al qalam 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
IJAZAH AGAR ANAK TIDAK NAKAL, CERDAS DAN CEPAT PAHAM BELAJAR ATAS IZIN ALLAH SWT
Ambil segelas air hujan yang bersih, kalau tidak ada, maka ambillah segelas air susu. Kalaupun tidak ada juga, ambillah segelas air putih.
1 - Bacalah Ummul Kitab Surah Al-Fatihah 3×
2- Kemudian Bacalah surah Al-‘Alaq
Ayat 1-5 dibaca 11×
Surah Al-Alaq ayat 1-5 :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)
Surah Al-Alaq ayat 1-5 Latin :
Iqra' biismi rabbikal-ladzii khalaq(a)
Khalaqa-insaana min 'alaq(in)
Iqra' warabbukal akram(u)
Al-ladzii 'allama bil qalam(i)
'Allama-insaana maa lam ya'lam
3 - Setelah itu tiupkan ke air didalam gelas itu.
Dibaca setiap hari setelah shalat shubuh sebelum waktu isyroq.
4 - Orang tua atau pembaca meminum sedikit, lalu berikan kepada anak, Dengan izin Allah ;
• In Syaa Allah, anak yang nakal menjadi sholeh.
• Anak yang lambat faham akan ilmu agama, cepat faham.
• Anak yang durhaka sama orang tuanya, akan bakti kepada kedua orang tuanya.
• Dan anak itu cepat hafal serta mudah mengingat pelajaran.
• Dan juga wanita hamil kelak akan mendapatkan anak yang sholeh.
Bi idznillah!
Kredit : PONDOK HABIB
al qalam 在 Afdlin Shauki Facebook 的最讚貼文
MATA KECILKU
Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"
f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
..
Saya hanya perlukan RM2 dari 200,000 saudara atau saudari. Ya mungkin amountnya kecil bagi seorang, tapi masyallah sgt sgt sgt di hargai. Bukan untuk saya, tapi untuk anak anak kecil Syria, orang tertindas , ibu bapanya dan UTAMA sekali untuk DIRI ANDA.
Do we care? If you care, lets do it! Dan comment ‘DONE! I CARE!’
.
Yayasan Afdlin Shauki
Maybank
564810516713
al qalam 在 القلم - Al Qalam | Cairo 的推薦與評價
القلم - Al Qalam ; 58:09. جانب من مداخلة محمد وهدان - المدير الإبداعي للقلم، ضمن فعال... ; 1:17:35. محاضرة أسرار صناعة الأحبار الطبيعية للفنان فؤاد الأدريسي ... ... <看更多>
al qalam 在 Al-Qalam 的推薦與評價
Al -Qalam. 167424 likes · 2494 talking about this. Personal blog. ... Al-Qalam. 167K likes. . 179K followers. . Follow. . Posts. About · Photos · Videos. ... <看更多>
al qalam 在 Al qalam 的推薦與評價
Jun 19, 2021 - Explore Shemsa Abdulrahman's board "Al qalam" on Pinterest. See more ideas about islamic inspirational quotes, islamic love quotes, ... ... <看更多>