Apam Bakar Kelantan.. 😍😍
First time buat n mkn ni.. pernah mkn dak?
Bahan
300 gm tpg beras
130 gm gula pasir
1 sudu kecil garam
1 kotak kecil santan(200 ml)
2 sudu kecil yis
4@5 biji pisang mas/berangan
4 ketul tapai ubi
1 sudu kecil lada hitam *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
2 biji bwg merah kecik *
200 ml air*
Caranya
-kisar bahan2 bertanda *.. tapis ambik airnya sahaja(sukat dpt kan semula 200ml)
-lenyek pisang, tapai ubi dgn garam n gula smp hancur
-masukkan tpg beras n santan
-yis tu blh bancuh dgn air yg ditapis td
-masukkan ke dlm adunan.. kacau smp semuanya sebati
-perap 2 jam..
-panaskan kuali sapu sikit minyak.. tuang 2 senduk ke dlm kuali
-bila bwh dah msk.. balikkan sebelah atas
-mkn dgn kelapa parut yg di gaul dgn secubit garam
Kredit resepi : FB Zaimah Zakaria
apam pisang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Lama opah tak bersiaran... lama ke 🤔🤭
ok hari ni opah buat Apam Pisang Daun Rambai utk sarapan pagi opah.. dulu2 opah tak tau, ingatkan hat bungkus dalam daun rambai ni le Apam Johol.. ghopenya hat ada pisang ni dia nyamor je jd apam johol.. pure Apam Johol oghang Negeri Semilan tu lebih kurang apam kpg gula merah kita tu.. berperap beryis bagai dan dibungkus dalam daun rambai.. hat nyamor ni kita bg nama lain lah ye.. Maaf tau jika opah silap asal usul Apam Johol ni.. jadi hat ni versi pisang kome ye... hat berperap tu kome cari le kt wall opah..
taip je Apam Johol Mas Cotek... ✌️ 😍
Apam Pisang Daun Rambai
(oleh Mas Cotek)
Bahan²
1 cwn pisang (lenyek baru sukat)
1 cwn gula
2 1/2 cwn tepung gandum
3 sdb margerin/butter
2 sdt soda bicarbonat
1 sdt cream of tartar
daun rambai/ daun pisang
secukupnya utk membungkus
Caranya
~blend pisang, soda bicarbonat, cream of tartar, gula dan margerin
~tuang bahan blend ke dalam bekas besar, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata
~sapu daun rambai dgn sedikit minyak
~sudukan 2 sdb adunan, masukkan ke dalam daun dan bungkus kemas
(bungkus seperti nasi lemak @ pulut inti)
~kukus selama 15 min
~siap
#pisangapapunboleh
#kitayangbuatDia..
Selamat Mencuba
Kredit Resepi : mas cotek
apam pisang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
RESEPI Apam Bakar Kelantan
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (ikut manis yg disukai, boleh adjust)
1/4 sdt garam
1 sdt yis segera
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah(di mayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
250 ml air
4 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
**Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus)
Cara-cara:
Lenyek pisang dan tapai ubi. Masukkan halia dan bawang hiris, garam, gula dan tepung beras. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk.
Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan.
Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali. Bila kuih berbuih, baru dibalikkan dalam 1 minit sebelum diangkat.
Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat. Dihidang bersama kelapa parut.