Bukan mereka sahaja yang dah bentangkan pada pihak berwajib, kami juga telah bentangkan kepada pihak berwajib. Ada kata fakta kami sekadar dari Google tetapi segala screenshot yang kami bentangkan adalah dari website rasmi Atomy serta IG pengasas Atomy sendiri iaitu @han_gill_park !
.
Apakah info dari website Atomy serta IG Park Han Gill juga dikira bukan fakta bagi mereka?
.
Saya menerima jemputan berdialog kerana mahu membudayakan dialog secara sihat dan matang tetapi sayangnya, mereka diberi peluang untuk menafikan di pentas neutral tetapi mereka enggan menerima jemputan.
.
Nak teruskan business, itu hak anda dan saya konsisten tidak membincangkan hukum hakam tetapi nasihat saya, biar telus dan berikan maklumat sebenar siapa Atomy dan apakah mereka terlibat dengan Kristianisasi atau tidak.
.
Sahabat buat keputusan sendiri sama ada kami melakukan semua ini demi populariti atau demi kebenaran yang disembunyi segelintir ahlinya.
.
Atomy, Kristianisasi atau halusinasi? Atau sebenarnya ada yang sedang berhalusinasi setelah menikmati sedikit ganjaran?
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過114萬的網紅YEWON TV,也在其Youtube影片中提到,Atomy giá cả tuyệt đối,chất lượng tuyệt đối. Công ty Atomy là công ty của viện nghiên cứu năng lượng nguyên tử Hàn Quốc kết hợp cùng công ty kiểm định...
「atomy park」的推薦目錄:
- 關於atomy park 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於atomy park 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於atomy park 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於atomy park 在 YEWON TV Youtube 的最讚貼文
- 關於atomy park 在 COME TO MY HOUSEㅣATOMY PARK - YouTube 的評價
- 關於atomy park 在 Atomy Park 360˚ VR Tour - YouTube 的評價
- 關於atomy park 在 Visit Atomy Park, Korea... - Atomy Juru Seraya Center 的評價
- 關於atomy park 在 15 Atomy韓國艾多美ideas - Pinterest 的評價
atomy park 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
MENJAWAB KENYATAAN RASMI ATOMY MALAYSIA
Saya terpanggil untuk memberikan penjelasan selepas membaca KENYATAAN RASMI ATOMY MALAYSIA. Mari kita baca persoalan yang timbul dari KENYATAAN RASMI ATOMY MALAYSIA.
1. Atomy Malaysia tidak menderma atau menyumbang kepada mana-mana organisasi agama, yayasan atau pihak untuk penggunaan mana-mana aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar Malaysia.
PERSOALAN :-
- Benarkah Atomy Malaysia tidak menderma atau menyumbang kepada mana-mana organisasi agama, Yayasan atau pihak untuk aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar Malaysia?
- Sumbangan buat Rumah Victory Children Home yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan Kristian https://www.malaysiancare.org/zh_CN/csc/rumah-victory-children-s-home-2154 yang dipaparkan di website Atomy Malaysia https://ch.atomy.com/my/614?categoryId=21 | Kami tiada masalah mana-mana pihak mahu menyumbang sesuatu untuk badan kebajikan agama yang mereka pilih. Itu hak masing-masing tanpa perlu ada penyembunyian fakta.
- Atomy Malaysia Sdn Bhd dimiliki 100% oleh Atomy Co Ltd dan Atomy Co Ltd menjalankan Kristianisasi sebagaimana pengakuan pengasasnya, Park Han-Gill dalam satu video yang telah dipadamkan (Alhamdulilah kami telah muat turun semua bukti & sahabat boleh tonton di posting kami sebelum ini https://fb.watch/32eM6y8w5f/ ). Maka persoalannya, benarkah penafian Atomy Malaysia bahawa mereka tidak menyumbang untuk kegunaan mana-mana aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar negara? Rujuk screenshot yang dikongsikan.
- Keuntungan jualan di Malaysia dimiliki 100% Atomy Malaysia Sdn Bhd & Atomy Malaysia Sdn Bhd dimiliki 100% Atomy Co Ltd maka keuntungan 100% milik 100% Atomy Co Ltd & Atomy terlibat dalam Kristianisasi? Ya Atau tidak?
2. Ahli Atomy Malaysia mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka sendiri. Bagaimanapun mereka tidak boleh menggunakan nama Atomy Malaysia atau mewakili Atomy Malaysia dalam sebarang aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar negara.
PERSOALAN :-
- Bagaimana dengan video Revival Meeting yang dikaitkan dengan Atomy yang dijalankan di Pulau Pinang & Kuala Lumpur yang dimuatnaik di channel Youtube rasmi Dreamy Foundation yang kini telah dipadamkan? (Alhamdulilah kami juga telah muat turun video ini. Sahabat juga boleh tonton video penuh di sini yang telah kami muat naik semula https://fb.watch/32eM6y8w5f/)
- Adakah polisi itu hanya terpakai kepada ahi Atomy tetapi syarikat Atomy boleh melakukannya?
3. Kami berharap pernyataan ini dapat menjelaskan salah tanggapan dan khabar angin yang tidak berasas di luar sana.
- Salah tanggapan dan khabar angin yang tidak berasas? Jikalau salah tanggapan dan khabar angın tidak berasas, kenapa ahli Atomy Malaysia menghantar email kepada Atomy Co Ltd agar MENGHAPUSKAN beberapa pautan kaitan Atomy dan Kristianisasi yang kemudian telah DIHAPUSKAN dari website Atomy? Kami sertakan bukti statement mereka sendiri! Rujuk screenshot.
- Kalau tidak berasas, kenapa DIHAPUSKAN pautan dan video-videa itu?
Link video pertama yang DIHAPUSKAN > https://fb.watch/32eM6y8w5f/
Link video kedua yang DIHAPUSKAN > https://fb.watch/32eYjr9ytN/
Tidak mengapa jikalau Atomy mahu melakukan Kristianisasi kerana itulah tujuan asal Atomy sebagaimana kata-kata Park Han-Gill sediri. Itu adalah hak anda tetapi jangan menyembunyikan informasi dari masyarakat dan setelah didedahkan, informasi itu dipadamkan. Biar masyarakat sendiri buat keputusan setelah diberitahu dengan jelas apa agenda Atomy.
Sebagaimana majoriti bisnes Atomy diseluruh dunia yang terang-terangkan mengakui “Business as Mission”, maka izinkan saya pinjam kata seorang tokoh politik di Malaysia, “Malu Apa Bossku” untuk Atomy Malaysia mengakui keterlibatan Atomy dalam Kristianisasi?
*Video kedua kaitan Atomy dengan Kristianisasi yang telah DIHAPUSKAN juga telah dipadamkan oleh Facebook selepas kami memuatnaiknya.
Manakala video pertama telah dihadkan pendedahannya. Boleh rujuk bukti screenshot.
Siapa makan Samyang Ramen, dia terasa pedas.
https://www.facebook.com/285669801544013/posts/3428197760624519/
atomy park 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Video kedua kaitan Atomy dengan Kristianisasi yang telah DIHAPUSKAN. Apa kaitan Atomy & Kristianisasi?
Biar pengasas Atomy, Park Han Gill sendiri menjelaskannya secara tuntas.
Selepas menonton keseluruhan, sahabat nilai sendiri dengan taqwa.
Link kepada video pertama boleh tonton di sini > https://fb.watch/32ejt7tLOs/
atomy park 在 YEWON TV Youtube 的最讚貼文
Atomy giá cả tuyệt đối,chất lượng tuyệt đối.
Công ty Atomy là công ty của viện nghiên cứu năng lượng nguyên tử Hàn Quốc kết hợp cùng công ty kiểm định mỹ phẩm, thực phẩm KOLMAR tạo ra. Sản phẩm không quảng cáo,được sản xuất trực tiếp ở viện nghiên cứu năng lượng nguyên tử nên giá thành không bị cộng thêm chi phí,không có sản phẩm dùng thử,không sử dụng vỏ hộp đắt tiền nên chất lượng thì vượt trội mà giá thành lại rẻ. Từ bây giờ,ai có hứng thú và quan tâm đến Atomy thì liên hệ ngay cho tiên qua facebook hoặc số điện thoại 01033597682 để bắt đầu ngay để cùng chắp cánh ước mơ nha mọi người.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/6NWheDwFHLc/hqdefault.jpg)
atomy park 在 Atomy Park 360˚ VR Tour - YouTube 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
歡迎來到艾多美園區!!!您能感受到公司是如何和會員一起達到成功嗎?所以別猶豫了,讓我們和艾多美一起創造成功的人生吧訂閱艾多美官方 ... ... <看更多>
atomy park 在 Visit Atomy Park, Korea... - Atomy Juru Seraya Center 的推薦與評價
Visit Atomy Park, Korea 感谢公司特别安排中心长们星期天,参观韩国艾多美总部Atomy Park Atomy Park是以阿米巴经营本质ᗩᗰOEᗷᗩ 概念设计自上而下和自下而上的整合 ... ... <看更多>
atomy park 在 COME TO MY HOUSEㅣATOMY PARK - YouTube 的推薦與評價
更多講課內容都在CHATOMY經營者會員: https://ch. atomy.com/tw/categories/22艾多美學院: https://ch. atomy.com/tw/categories/2新聞花絮: ... ... <看更多>