Semua orang ada buat silap.
Alkisahnya.. Hamka keretamayat ditegur kesalahannya, dan beliaupun tersenyum..
Soalan pembaca:
Asalamualaikum abang keretamayat,
Saya telah membaca buku kisah anak Autisme anda yang berjudul Kerana Dia Anak Syurga.
Maaf jikalau ini akan membuatkan abang terasa hati , saya cuma mahu menyatakan dalam petikan m/s 66 ada satu pernyataan ayat "Nauzubillah" maaf ye saya nak menegur sebaiknya menulis NAUZUBILLAHMINZALIK hendaklah menghabiskan begitu agar ayat yang disampaikan sama maksud dengannya maaf jikalau encik terasa saya ini agak hipokrit tetapi saya juga manusia biasa. Maaf jika saya pun tersalah dan terkasar di sini niat untuk menegur sahaja.Tapi setakat ini penulisan dan mesej sangat memberi kesan yang positif kepada saya.
Jawapan penulis:
Waalaikumusalam
Saya tidak terasa hati dan saya sangat gembira jika ada yang sudi menegur saya, sebab antara niat saya menulis adalah:
"Saya menulis agar jika ada yang saya tulis itu salah maka akan ada orang tahu salah saya dan sempat tegur saya sebelum saya mati dan dapatlah saya perbetulkan salah saya sebelum mati, tapi jika saya tidak tulis kerana takut salah, maka tiada orang yang tahu salah saya dan sayapun tidak tahu apa salah saya dan matilah saya dalam kefahaman yang salah, sebab itu suka saya pesan kepada mereka yang mahu menulis, jangan takut salah tulis! tapi jangan tulis benda salah, tulislah apa yang betul namun kerana kajahilan diri kita mungkin ada yang kita tidak tahu itu salah namun setelah ditulis, barulah orang lain akan tahu salah kita dan dapat kita diperbetulkan"
Jadi terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana menegur saya, namun setelah saya menyemak carian NAUZUBILLAH di Halaman Dewan bahasa dan Pustaka, maka jawapan DBP:
Maklumat Kata: Kamus Bahasa Melayu
Carian: nauzubillah
[na.Öu.zu.bil.lah] | نعوذبالله
Definisi : , nauzubillahi : kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita). (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)
Maka dari carian ini, saya dan sesiapa sahaja tidak salah menggunakan ayat separuh nauzubillah.
Pada pendapat saya kekeliruan timbul bila kita tersalah tafsir Bahasa arab. Sebab ada yang mentafsir: "Nauzubillah" tu bermaksud “Moga Dijauhkan Daripada Allah”. Jadi kena tulis penuh "Nauzubillahiminzalik" yang membawa maksud “Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”. Sebab jika tulis separuh takut nanti termakbul permintaan kita tu konon kita nak jauh dari Allah.
Tak betul tu tafsir macam tu.
Okey, mari belajar Bahasa arab:
Min=Dari,
Bil=Dengan,
Maka, nauzubillah bermaksud : kita berlindung DENGAN bantuan Allah, bukan kita berlindung DARI Bantuan Allah.
Rujuk ayat "Aku berlindung DARI Godaan Syaitan", ada MIN kat ditu, Bukan BIL.
Maka dalam kes ini, maaf anda di terima dan saya pula minta maaf kerana menegur anda bahawa anda salah dalam memahami bahasa arab.
Semoga kita semua selamat dari azab api neraka.
Nauzubillah.
Woha!
Ps: Bagi yang belum tahu, Buku Kerana Dia Anak Syurga ini di tulis oleh saya yang ada anak OKU autisme dan turut bersama 12 penulis yang ada anak OKU, Bapa OKU, diri sendiri OKU dan pelbagai kisah ketabahan hati dan bagaimana dari medan ujian bertukar menjadi medan kesyukuran.
Nak beli? boleh kunjungi kedai buku atau rujuk wasap di ruang komen.
Woha!
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Azizan Osman,也在其Youtube影片中提到,“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” - (Surah Al-Ra’d, a...
「ayat untuk diri sendiri」的推薦目錄:
- 關於ayat untuk diri sendiri 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於ayat untuk diri sendiri 在 9bulan10hari Facebook 的最佳解答
- 關於ayat untuk diri sendiri 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於ayat untuk diri sendiri 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
- 關於ayat untuk diri sendiri 在 Hazeman Huzir Youtube 的最讚貼文
- 關於ayat untuk diri sendiri 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
ayat untuk diri sendiri 在 9bulan10hari Facebook 的最佳解答
RUPANYA... 'DIA' GOCANG2 RAHIM ISTERI, RATAH RATAH JANIN & BUATKAN KAMI BELUM ADA ZURIAT SEHINGGA KINI.
Ramai pasangan dah jumpa doktor & buat rawatan kesuburan namun masih belum dikurniakan zuriat
Rupa-rupanya ada yang menumpang dalam rahim isteri, dimakan2 janin yang dikandung, digoncang2 rahim isteri sehingga gugur kandungan.
Eh, merepeklah. kolot je, boleh ke percaya?
Percaya pada ALLAH tak?
Dalam surah AL Zukhruf ayat 62
Janganlah kau dipalingkan dengan syaitan, kerana syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.
.
.
Maknanya bila kita nak buat benda baik apatah lagi nak ada zuriat, 'dia' akan datang ganggu.
Banyak kali bila buat seminar 9bulan10hari, kami tekankan 3
perkara utk pasangan suami isteri yang sudah lama menanti zuriat
untuk follow :
1. Setelah 6 bulan kahwin, dah cuba bersama di waktu subur isteri namun masih belum hamil, jumpalah doktor.
2. Bila dah jumpa doktor, disahkan tiada apa atau sudah jalani rawatan kesuburan namun masih belum juga hamil.
3. Jika disahkan normal namun tanda2 gangguan misalnya mimpi yang pelik2 secara kerap, buatlah RUQYAH & AMALAN2 INI...
Ilmu RUQYAH dan TIPS MUDAH HAMIL DARI PAKAR O&G dalam ebook.9bulan10hari.com ini
.
.
.
DENGAN AMALKAN ZIKIR2 & AMAL ILMU MERUQYAH DIRI SENDIRI YG ADA DALAM EBOOK.9BULAN10HARI.COM INI, INSYAALLAH KITA DIJAUHI DARI MAKHLUK INI... & ALHAMDULILLAH RAMAI BERJAYA HAMIL.
Dalam ebook.9bulan10hari.com pakar Ruqyah 9bulan10hari ustaz Eri Abdul Rohim terangkan secara terperinci cara meruqyah diri sendiri yang suami & isteri boleh amalkan tiap hari & ATAS IZIN ALLAH ISTERI YANG LAMA MENANTI ZURIAT DAPAT HAMIL 😊
KLIK link ini untuk dapatkan ebook 9bulan10hari 😊
ebook.9bulan10hari.com
.
.
Dalam ebook 9bulan10hari bukan saja kalian dapat ilmu Ruqyah semata, malah akan dapat TIPS MUDAH HAMIL DARI PAKAR PAKAR O&G & KESUBURAN & semua ilmu yg akan kalian gunakan sampai bila bila.
.
CEPATLAH MERAWAT & MEMBACA KERANA :
- 'dia' akan buat hubungan rumahtangga tak best sehingga ramai pasangan suami isteri bercerai....
- 'dia' akan buat suami/isteri/anak marah tiba2 dengan teruknya...
- 'dia' akan buat suami/isteri/anak2 mudah bergelumang dgn dosa & maksiat...
.
.
Amalan2 zikir yg diajar dalam ebook.9bulan10hari.com ini bukan cerita dogeng.. tapi ia amalan zikir YANG DIAJAR RASULULLAH SAW UNTUK KITA LINDUNGI DIRI DARI SYAITAN!
=============
GOOD NEWS!! ANDA AKAN DAPAT TOTAL 8 EBOOK & 90 VIDEOS NI :
=============
👉 90 videos!! dari 12 org pakar
👉 EBook rumahtangga
👉 EBook Ruqyah
👉 EBook Kehamilan
👉 Ebook Kelahiran
👉 EBook Berpantang
👉 EBook Penyusuan Susu ibu
👉 EBook mendidik anak2..
Untuk memperoleh ilmu2 sahih dari EBook 9Bulan10Hari ini & menjadi mama papa awesome hanya RM179 saja!!
Berbaloi kan???
Dahla dapat ilmu yg betul. A-Z serba serbi ada. Tak payah go*gle2 lagi.
klik link ni dapatkan Ebook ni :
ebook.9bulan10hari.com
ebook.9bulan10hari.com
ebook.9bulan10hari.com
Selamat membaca & dikejar byk good news.
Wasap admin : wa.me/601156447910 untuk miliki ebook lengkap ini 🥰
ayat untuk diri sendiri 在 Facebook 的最佳貼文
“Salam Hamka kereta mayat, saya nak tahu siapa yang susun rukun Iman? Kenapa letak Nabi nombor empat? Jika ikut Al quran, sepatutnya Nabi bukan nombor dua ke?, banyak dalil ayat Al quran" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada (1)Allah dan (2)RasulNya”. Jadi kenapa susunan rukun Iman, Nabi nombor empat?”
“Salam saudara, yang susun rukun Iman adalah allah sendiri, ianya di petik dari Al quran, contoh ayat An Nisa:136, ..dan sesiapa yang kufur ingkar kepada (1) Allah dan (2) Malaikat-malaikatNya, dan (3) Kitab-kitabNya dan (4) Rasul-rasulNya dan juga (5) Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."
“Dalam ayat tu takde pun beriman kepada Qada' dan Qadar?”
“Ada dalam ayat lain, rujuk Al Hadid: 22: Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula sombong dengan apa yang diberikan kepada kamu dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”
“Kenapa Allah tak masukkan Qada’ dan Qadar sekali dengan ayat An Nisa tadi?”
“Sebab al quran ni untuk orang berakal, kena baca dan fikir sikit, dan kena baca semua ayat dan tak boleh ambik separuh separuh, dan juga rujuk hadis banyak dalil bab rukun enam ni”
“Itulah saya rasa macam susunan Rukun Iman, patut Nabi nombor dua.., tak apa kan jika saya susun sendiri rukun Iman?, (1)Percaya kepada Allah, (2) Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, (3) Percaya kepada Malaikat-Malaikat, (4) Percaya kepada Kitab-Kitab, (5) Percaya kepada Hari Akhirat (6)Percaya kepada Qada' dan Qadar. Boleh kan saya susun macam tu? Tak rosak kan akidah saya?”
“Selagi percaya kepada enam rukun Iman ini, InsyAllah tidaklah rosak akidah, Cuma bila suasana belajar rukun Iman di Malaysia, ikut susunan Sunal wal Jamaah senang, kita follow lah”
“Sebab saya fikir macam ni, kita percaya Tuhan ada, Kemudian Nabi datang bagitahu, jadi satu percaya kepada Allah, kedua percaya kepada Nabi, kemudian Nabi bagitahu dapat info dari Malaikat, maka ketiga percaya kepada Malaikat, dan Malaikat turunkan wahyu berupa kitab, maka kita percaya kepada kitab, dalam kitab cerita tentang Akhirat dan takdir, maka percaya kepada Akhirat dan takdir. Itu yang saya faham ikut logik, susunan macam tu lebih logik”
“Jika nak ikut logic, saya suka guna pendekatan enam kesepurnaan agama”
“Apa tu?”
“Apa saya belajar, enam jalan kesempurnaan agama adalah (1) Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”
“Cuba detailah lagi”
“Juga di kenali dengan sifat sahabat yang enam iaitu, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh.
“Jadi?”
“Kita belajar rukun Iman, bukan setakat hafal, kita kena buktikan, maka yang pertama, Percaya kepada Allah, dibuktikan dengan usaha atas Hakikat Dua Kalimah Sahadah, Yakin Allah berkuasa, Makhluk langsung tiada kuasa, yang bagi manfaat dan mudarat hanya Allah, La Ila Haillah!”
“Okey, rukun Iman pertama dan cover, yang ke dua, Beriman pada Malaikta macam mana?”
“Usaha atas Hakikat solat, kerana Solat ni Malaikat Jibril sendiri tak mampu bawa sebagai wahyu , Nabi sendiri naik ke langit ambik perintah solat dalam peristiwa Israk Mikraj, yang mana dijalanan Nabi melihat pada setiap lapisan langit ada malaikat sedang berzikir, ada malaikat sedang mengaji, ada malaikat sedang berdoa, ada malaikat sedang rujuk, ada malaikat sedang sujud, bermakna solat ini adalah membawa sifat ketaatan malaikat dalam solat, menjadikan kita khusyuk, dan dalam solat ada kekuatan tujuh lapisan langit! Seterusnya ketaatan dalam solat dibawa keluar solat menjadikan kita Tawadhuk, InsyaAllah”
“Okey, masuk akal, jadi rukun Iman ke tiga, beriman pada kitab adalah usaha pada hakikat Ilmu dan Zikir?”
“Pandai, maka seterusnya bab Ikram Muslimin, sungguh pada Nabi dan rasul ada bersamanya sebaik baik akhlak, lantas tunaikan lah hak sesama manusia kerana itu adalah sebaik baik akhlak, dan ikutlah Nabi dalam berahklak, Insyaallah”
“Okey, macam mana pulak Hakikat Ihklas dan Percaya pada Hari akhirat?”
“Sungguh orang ikhlas, tak akan harapkan keuntungan dunia, hanya harapkan janji Allah di Akhirat, maka hanya orang percaya pada hari akhirat sahaja akan mampu tunjukan sifat paling ikhlas dalam beramal”
“Tinggi, dan bab akhir, percaya kepada qada’ dan qadar?”
“Semua itu, takdir baik dan takdir buruk, atau ujian senang dan ujian susah, semua itu.., akan dapat kita selami sewaktu buat kerja dakwah, yang mana akan sampai depan kita manusia yang suka dan senyum, juga akan sampai depan kita manusia yang membenci dan mencaci, juga akan tiba waktu kita buat sehabis baik, pun tiada orang ikut, (macam Nabi Musa dakwah Firaun) dan ada waktu kita cakap sikit sahaja, orang berbondong bondong ikut (macah ahli shir firaun dan Nabi Musa)…
Maka yakinlah bahawa Ilmu Qada dan Qadar ini akan dapat kita faham, bila kita terlibat dalam kerja dakwah yang mana di siang hari kita berdakwah dengan sungguh sungguh ajak orang kepada Allah acam kita mamu bagi hidayah, namun di malam hari kita menangis nafikan semua usaha kita, sebab yang bagi Hidayah hanyalah Allah, sungguh tiada kekuatan dan kemampuan melainkan dengan izin Allah.
Lalu bersyukurlah dengan segala baki nikmat, walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabarlah dengan segala baki ujian, walaupun sebesar besar ujian, insyaAllah, hakikat beriman pada qada dan qadar akan tercapai..”
“Tinggi ni abang mayat”
“Kredit kepada bayan dari Buzmana”
“Buzamana tu siapa”
“Bayan dari ustaz ustaz yang saya tak ingat Namanya”
Woha!
Ps: selamat usaha atas enam perkara, sekaligus usaha atas rukun Iman, Now you know.
Ps2: Saya pernah tulis (1)enam perkara dan Al Fatihah, (2)enam perkara dan Azab kubur, (3)Enam perkara dan Golongan bawah Arash, (3) enam perkara dan Tamsilan Pokok, (4)enam perkara dan penyakit hati, (5) Enam perkara dan penawar bagi hati, serta yang terkini (6) Enam perkara dan rukun Iman. Alhamdulillah, cukup enam bab. Kena scroll artikel lama jika nak membaca, terima kasih sudi tegur typo abang keretamayat.
ayat untuk diri sendiri 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” - (Surah Al-Ra’d, ayat 11)
Ramai orang ada keinginan untuk ubah hidup ke tahap lebih baik. Nak perbaiki kewangan, perbaiki perhubungan dengan pencipta, perbaiki hubungan sesama manusia, nak bahagiakan keluarga dan banyak lagi.
Saya dan RichWorks dah bantu lebih 1.1 juta peserta melalui Live Program dan Virtual Online.
Dan saya percaya pada konsep #ResultMatters dan itu yang RichWorks lakukan hampir 13 tahun dan lebih 1.1 juta telah berjaya dibantu dalam bimbingan atau program Percuma tanpa kos.
26-28 Mac 2021, kami mencari 100,000 usahawan dan bakal usahawan yang komited dan sedia untuk dibimbing tanpa kos. Syarat?
Hadir ke program 3-hari ini dengan tekad nak mulakan langkah dengan lebih baik.
Klik butang Subscribe dan On Notification anda untuk dapatkan video ilmu Marketing yang terbaru, video Bina Bisnes Berjaya dan segalanya tentang bisnes bermula dari Kosong hingga Jutawan!
Website: https://BinaBisnesBerjaya.com
Facebook: https://www.facebook.com/azizanosmanofficial
Twitter: https://twitter.com/AzizanOfficial
Instagram: https://www.instagram.com/azizanosman_official/
Puan Irin - https://wasap.my/60167136638
Puan Jannah - https://wasap.my/60192442244
Puan Izzati - https://wasap.my/60162477450
- - - - - - - - - - -
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Pengasas
RichWorks International Sdn Bhd
Entrepreneur | Investor | Business Growth Mentor to +600 SMEs = Total Annual Sales of ++RM2.0B | Want to grow your business faster?
Layari https://BinaBisnesBerjaya.com
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/KZmL-F93f7Y/hqdefault.jpg)
ayat untuk diri sendiri 在 Hazeman Huzir Youtube 的最讚貼文
Sebahagian pendapatan iklan di channel ini di infaq kan kepada mereka yang memerlukan. Saya sudah lama tidak umumkan kepada mana untuk elak fitnah juga menutup aib.
Selamat datang dalam content #AngkerSister. Kepada yang suka tengok cerita seram boleh tengok channel ni dan buka playlist #AngkerSister.
Dalam episod kali ni kita ada cerita pasal suami isteri kena sihir dan ilmu pemisah oleh seorang janda. Puncanya korang terkejut. Time code ada dibawah:
0:00 - Teaser
0:55 - Isteri Minta Khidmat Scan Suami Takut Buatan Orang Atau Rasuk
5:42 - Perempuan Kena angkut, Lelaki Letak Benda Dalam Minuman
7:20 - Suami Yakin Diri Dia Kena Santau Dengan Perempuan
13:51 - Isteri Tak Percaya Yang Janda Santau Suami Dia Lepas Curang
15:39 - Apa Kesan Santau Dan Ilmu Sihir Pemisah
16:38 - Kenapa Perempuan Isteri Selalu In Denial 4-5 Stages of Grief Loss
18:17 - Kifarah & Dianiaya Dari Amalan Kita Sendiri Asy Syura Ayat 30, 40
22:12 - Kenapa Hanan Nak Berhenti Share Kisah Seram?
24:25 - Episod Akan Datang: Artis Kena Santau Dengan Artis Lain Dekat Set
Semoga bermanfaat dari saya Hazeman Huzir dan Angker Sister
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/Gt9nmKlxxUQ/hqdefault.jpg)
ayat untuk diri sendiri 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di radio IKIM FM, anda pasti tahu betapa pentingkan untuk memotivasikan diri sebelum ke tempat kerja.
Untuk siapa?
Kata kata ini adalah untuk semua golongan, termasuk golongan yang bekerja dan juga yang sedang belajar. Tak semua orang faham dan mampu untuk bersimpati dengan masalah kita.
Untuk pelajar, kesukaran untuk mendapat gred yang baik itu mungkin akan membuatkan kita kecewa. Lambat untuk faham apa yang diajar juga salah satu faktor yang merunsingkan kita. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat supaya lebih kuat.
Untuk yang bekerja, tugasan dan kerja yang banyak pasti membebankan. Tambahan lagi dengan tekanan dari boss dan rakan sekerja yang kadang-kadang tidak pernah faham dengan kita. Bila bertimbun, hati menjadi sesak dan mula rasa depresi. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat agar dikurniakan kekuatan.
Bagi yang sudah berumahtangga pula, semoga masalah antara suami isteri dapat diselesaikan dengan cara baik. Tidak usah bergaduh dan menegakkan benang yang basah.
Sebelum itu, kata kata semangat yang dikongsikan di sini adalah dalam Bahasa Melayu, iaitu untuk orang Malaysia. Mungkin kedengaran sedikit pelik bagi orang Indonesia.
Tujuan berkongsi kata-kata semangat dalam Bahasa Melayu ialah kerana kebanyakan quote yang ada, semuanya dalam Bahasa Indonesia.
Izinkan kami berkongsi beberapa quote dan kata-kata yang diharapkan dapat memberikan semangat baru kepada anda.
Cara meningkatkan semangat dan motivasi diri
Seperti yang diulas di atas, tidak kira samada anda pelajar, golongan bekerja mahupun suami isteri, jangan rasa sedih selalu.
Dalam Islam, tidak digalakkan untuk sedih berpanjangan. Tidak elok untuk diri sendiri.
Ini beberapa tips dan cara meningkat motivasi diri yang rasa down selalu.
Abaikan kata orang lain
Ini adalah antara kata-kata motivasi yang perlu ditiupkan pada telinga sendiri.
Jangan terlalu mendengar kata orang yang selalu pandang rendah pada kita. Dia punya pendapat dia sendiri.
Sebaliknya, kita tahu diri kita sendiri.
Orang yang cenderung mendengar dan terusik dengan kata-kata orang lain, tak akan tenang hatinya.
Bergaul dengan orang yang positif
Kita akan rasa sakit bila terlalu bersama-sama orang yang negatif. Untuk mengelakkan dari rasa begini, cuba cari kawan yang benar-benar dapat membantu kita.
Ini penting untuk kelangsungan hidup dan memberikan kita semangat.
Orang-orang positif, dia sentiasa membantu dan memacu kita ke hadapan.
Raikan kejayaan
Sekecil manapun kejayaan yang kita kecapi, raikan untuk terus memberikan kita semangat. Jika tiada yang sudi bersama-sama kita, raikan secara bersendirian.
Secawan kopi Starbucks atau sepotong kek Secret Recipe mungkin dapat menceriakan hari anda.
Apa guna jika hanya menerapkan kata kata motivasi setiap hari, tetapi tidak dirai?
Akhir kalam
Sentiasa ingat bahawa orang yang diuji ialah orang yang beruntung.
Kenapa?
Kerana Allah akan menguji orang yang disayangi-Nya.
Semoga kata kata motivasi yang dikongsikan ini, benar-benar dapat memberi semangat pada anda untuk bangkit.
Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya, dan bukan orang yang malas berusaha.
Jika ingin mendapatkan banyak lagi ayat, kata-kata dan quote tentang semangat, motivasi dan inspirasi, jemput singgah ke Facebook Page The Rohani.
Semoga bermanfaat.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
{✴} W€L©¤M€ βα©K T¤ M¥ ©Hαππ€L {✴}
D¤πT F¤®G€T T¤ ©LI©K ?
1• "$Uβ$©®Iβ€" [ ✅ ]
2• "LIK€" [ ? ]
3• "$Hᮀ" [ ? ]
{✴} THαπK$ α L¤T F¤® ¥¤U αLL {✴}
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
#MotivasiSemangat #QuotesMotivation
______________________________________
"...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku..."
----------------------------------------------------------------------------------------------------
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
[ Im "CARDOCK^YOUTUBER^TEAM" ?? ]
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
____________________________________
•Youtubers Group Links•???
~ We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
~ FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
__________________________________
•Laman media sosial saya•??
~ Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
~ Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
~ Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
~ Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/18319QJov0k/hqdefault.jpg)