MENGAPA SEKOLAH DI FINLAND TERBAIK DI DUNIA?
Profesor Howard Gardner dari Universiti Harvard menasihati masyarakat dunia supaya belajar daripada Finland bagaimana mendidik anak-anak mereka untuk cemerlang dalam pelajaran kerana negara itu telah terbukti memiliki sistem pendidikan terbaik di dunia.
Antara menifestasinya...
1. Senarai teratas statistik UNESCO.
2. Sistem persekolahan hanya 3 - 4 jam sehari, maksimum 20 jam seminggu.
3. Pendidikan bermula seawal umur kanak-kanak 7 thn.
4. Sekadar diajar bermain, menyanyi dan berbual-bual.
5. Diwajibkan rehat di luar kelas selama 15 minit setiap 1 jam.
6. Waktu rehat digunakan utk menghirup udara segar dan beriadah sbg nadi pembelajaran.
7. Byk aktiviti di luar kelas dilakukan dgn membawa murid masuk ke hutan.
8. Pelajaran dipantau setiap hari dan diberikan kuiz berkualiti tinggi, tiada 'exam oriented'.
9. Semua guru berkelulusan Sarjana (Masters).
10. Mengamalkan budaya "Let children be children", "The work of a child is to play" dan "Children learn best through play".
11. Suasana dlm kelas sentiasa segar dan selamat.
12. Murid sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati dan bantu-membantu.
13. Tiada tatacara khusus atau "quasi-martial" yg perlu dilakukan spt berjalan lurus mengikut barisan atau duduk tegak dlm kelas.
14. Ibu bapa dan org awam dibenarkan melawat sekolah tanpa sekatan.
15. Mesej yg perlu dipatuhi setiap pendidik iaitu "Pendidik adalah pihak berkuasa tertinggi dlm pendidikan dan bukan biokrat, ahli politik, ahli perniagaan mahupun vendor teknologi".
16. Saiz kelas yg sederhana dan mudah diurus tadbir.
17. Kurikulum terbaik di dunia.
18. Latihan riadah yg bersistematik.
19. Sistem ujian bermutu tinggi.
20. Penilaian harian oleh guru.
21. Pengajaran yg bersifat kekeluargaan.
Dipetik dari MAJALAH PENDIDIK, OKT 2016.
Search