(Terima kasih Irda, semoga Woha sampai Syurga)
Copy paste:
Hujung tahun December 2016,Alhamdulilah irda busy dengan banyak event.Salah satu event baru sempat nak update hari ni(sorry tau..busy benau nak update garmin ni) ia adalah pelancaran Buku Pojok iaitu bertajuk SATU.Ia bersempena setahun penubuhan syarikat penerbitan Buku Pojok.
Apa yang best buku ni?
Sebenarnya keterujaan irda bila dapat invitation dari buku pojok sebab nak tengok secara 4 mata penulis bernama hamka kereta mayat.Rata-rata readers irda mesti follower hamka kereta mayat kan?Korang pun mesti tak pernah nampak muka dia cam mana kan..haha asyik masuk pic separuh-separuh je..ni irda nak bongkarkan ..taraaa ..
Sebenarnya irda terbaca buku hamka yang pertama tajuk"Permata yang hilang"dikenalkan oleh sahabat irda nama Nur syahirah,kepala budak ni agak ting tong,cuma dia boleh terima cara hamka menulis dalam tu.Insaf..Jadi mungkin pada sesetengah orang penulisan yang tak boring lebih kena dengan jiwa ,jadi hamka kereta mayat ada cara tersendiri untuk mendekati pembaca.
Mula-mula irda baca boleh tahan ayat dia,kadang-kadang kita rasa apalah tulis macam tu,tapi sebenarnya hamka bukan orang sembarangan,seindah namanya seperti penulis yang berasal dari Indonesia dulu,Kalau Sejarah seorang penulis bernama hamka di Indonesia yang penuh dengan kata-kata hikmah yang berunsur agama,hingga begitu masyur hingga bukunya banyak diulang cetak hingga kini walaupun beliau sudah wafat bertahun-tahun karyanya masih hidup ....tetapi hamka kereta mayat pula penuh dengan ayat sentap disebalik tarbiah,kalau mana-mana yang tak faham cara dia menulis,mesti tak suka cara penulisannya dalam buku.
"Kau naiklah kereta apapun,BMW atau mercedes,kereta dua pintu,atau 4 pintu,atau kereta terbuka bumbung atas,aku tak juling memandang,walaupun aku hanya naik kereta kancil..tapi aku percaya satu masa nanti,kau dan kau tetap akan naik kereta aku juga,iaitu kereta mayat..woha"
Kenapa nama penanya hamka kereta mayat?Irda pernah terbaca tapi lupalah,mungkin berkait dengan pekerjaan dia pernah kereta mayat ke entahlah..lupa...
Bila jumpa kat event hari tu,daftar jer terus I tanya"Hamka mana satu?"haha,nampak kegelojohan irda tak?diorang pun tunjuk.."LAA aku ingat hamka tu kurus,yerlah asyik nampak mata takpun serban je dalam buku-bukunya"dia senyum je..
hamka humble,tak sombong,keep on tanya datang dari mana,datang dengan siapa,baca buku dia yang mana...Jadi irda pun cakap je lah..follow FB and buku juga..nak juga jual coway kat hamka ni..hehe...tapi tetiba den sogan..:)"hamka anak banyak kan..ambiklah coway sonang kan keje isteri di dapur"tapi tak terkeluar pulak ayat tu..
yerlah..kadang-kadang irda rajin menerima jemputan sebab ini networking business juga-WOHA :)
Bila i tanya mana wife dan anak-anak?Dia tak join ke.yerlah hamka kan selalu story pasal bini dia,macam mana dia jadi suami akhir zaman,kahkah..anak-anak dia semua..jadi teringinlah juga kan nak tengok family hamka..
Hamka pun,terus panggil bini kenalkan sambil gelak-gelak senyum kambing..ceech hamka pemalu tersipu malu.Amboi malu,masa tulis tak malu ..hehe.masih teringat-ingat apa yang ditulisnya dan macam mana dia ngorat wife dia dalam sebuah buku..huhu..
Seperti cerita-ceritanya dalam buku,bini hamka memang cun weih,anak berderet 4 ke 5 orang macam tu,bini macam budak sekolah,"kau memang pandai pilihlah..hahha" .Lagi satu hamka apa yang irda baca,walaupun kadang-kadang ayat hamka melulu dan kasar ,kadang-kadang terlucah sikit,tapi itu cara dia mendekati orang-orang yang malas membaca,haha,..cara pyschologi kot,kalaulah irda menulis yang berbunga-bunga ni,bagi budak mat motor baca mesti diorang tido,tapi dengan tulisan hamka,irda rasa mesti habis kulit ke kulit buku tu,buktinya kawan irda sendiri yang malas baca tu,buku hamka gaks habis..tapi ingat walaupun begitu penulisan hamka ada visi,ada isi dan education hamka bukan calang-calang,rasanya dia tengah amik PHD sekarang,,kalau tak silap lah.
MOga sukses hamka kereta mayat...
Irda dah dapatkan satu buku "SATU"wah siap ada signature penulis Hamka kereta Mayat.AWESOME LAH..Mula-mula baca apa yang HAMKA tulis ni,rupanya,"Irda,semoga WOHA sampai syurga"..HEHE trademark sangat tau..."Biar kepala gila-gila,hidup penuh wawasan dan impian dan sentiasa happy go lucky mencapai sasaran..itu je yang irda cuba fahamkan dengan "WOHA"..tu..hehe..InsyaALLAH,dunia dikejar,akhirat disanjung..biar orang nampak kita macam tak ada apa-apa,tapi kita ada kualiti yang kita sendiri kena raihnya..
Terima kasih..Moga buku pojok boleh terus melahirkan lebih banyak buku-buku yang best lepas ni,dan kepada penulis teruslah berkarya,walaupun dengan lambakan e-book dan digitial knowledge,percayalah hasil penulisan itu adalah jiwa .Dan jiwa kalau berhenti manusia akan mati.Bila mati manusia hilang sebuah kesenian dalam diri ,Bila tiada jiwa terisi,manusia hanya sebuah jasad yang hidup untuk hidup,makan dan tidur dan hidup lagi sehingga mati,namun dengan menulis dari hati,ia diterima dalam jiwa dan ia diterjemahkan oleh akal untuk kehidupan,moga penulisan itu sendiri bermanfaat dalam membentuk kehidupan seorang insan.
Kipidap buku pojok...daaaaaaaaa....
sumber: http://irdagarmin.blogspot.my/2017/01/buku-pojoksatu-hamka-kereta-mayat.html
Search