Trend peningkatan jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak dan remaja (0-18 tahun) di Malaysia agak membimbangkan dengan 400,668 kes dicatatkan pada tahun ini (data sehingga 16 September 2021), berbanding 12,620 kes pada 2020.
Daripada jumlah tersebut, 252,569 kes melibatkan murid sekolah dan 42,831 kes adalah kanak-kanak pra-sekolah.
Melihat kepada perkembangan ini, kerajaan membuat keputusan untuk memberikan vaksinasi kepada golongan ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) bagi melindungi mereka daripada virus itu dan ia telahpun dimulakan di Sarawak pada 8 September lalu, WP Labuan (11 September) dan Sabah (16 September).
PICK Remaja dikelolakan oleh Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF-A) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato Dr. Haji Noor Azmi.
Pagi tadi, saya berkesempatan menghadiri program ‘kick-off’ PICK Remaja di SMK Putrajaya Presint 8 (1) antaranya bersama Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr Radzi Jidin yang seterusnya menandakan permulaan program vaksinasi itu di seluruh negara.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi juga telah memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada Haziq Zafri Bin Hiruddin, 17 , Ketua Murid SMK Putrajaya Presint 8 (1).
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mensasarkan 3.2 juta remaja 12 hingga 17 tahun menerima vaksinasi COVID-19 untuk pembukaan sesi persekolahan 2022 dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.
60 peratus daripada remaja kumpulan umur ini disasar mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November 2021 dan
80 peratus daripada mereka yang layak divaksin mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
#LindungDiriLindungSemua
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「citf」的推薦目錄:
- 關於citf 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於citf 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於citf 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
- 關於citf 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於citf 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於citf 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於citf 在 CITF 建造業創新及科技基金 - Facebook 的評價
- 關於citf 在 Construction Innovation and Technology Fund (CITF) Video 的評價
- 關於citf 在 CITF-Malaysia/citf-public: Official data on Malaysia's National ... 的評價
citf 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Hari ini saya telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Kedah bagi mendapatkan maklumat terperinci dan meninjau situasi semasa pandemik COVID-19 di sini. Bersama-sama saya adalah pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam rangka lawatan kerja sehari ini saya telah menghadiri Mesyuarat CITF Negeri di Wisma Darul Aman yang dipengerusikan secara bersama oleh YAB Menteri Besar dan saya, meninjau operasi Klinik Kesihatan Kuala Muda, CAC Kota Setar dan melawat Hospital Sultanah Bahiyah bagi melihat sendiri pengurusan kes-kes COVID-19.
Berdasarkan taklimat yang diberikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan CITF Negeri, saya dapati situasi pandemik COVID-19 di Negeri Kedah, walaupun masih belum pulih sepenuhnya, telah mula menunjukkan perkembangan yang baik.
Kita dapat lihat indikator-indikator penting juga semakin baik terutamanya bilangan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital, penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19 dan juga bilangan kes harian yang mula menunjukkan trend yang lebih baik.
Kadar vaksinasi bagi seluruh Negeri Kedah juga menunjukkan kemajuan yang baik dengan 60 peratus daripada populasi dewasanya telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Alhamdulillah, ini adalah usaha keras kita semua selama ini dan sangat penting untuk kita tidak menjadi terlalu selesa dan leka dengan perkembangan yang positif ini. Kita mesti terus mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.
Saya ingin menarik perhatian anda semua mengenai dapatan berhubung maklumat check-in menerusi analisis mobiliti aplikasi MySejahtera. Untuk makluman, di Kedah, sebanyak 523 check-in dalam kalangan kes positif COVID-19 yang diberikan perintah HSO telah direkodkan sepanjang minggu lepas dan 18 peratus daripadanya berlaku di pasaraya.
Selain itu dalam aspek vaksinasi pula, hampir 20 peratus populasi di Negeri Kedah masih belum mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera dan kira-kira 6,000 individu dari beberapa daerah tidak hadir ke PPV untuk menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Saya yakin berdasarkan data yang diberikan hari ini, Negeri Kedah akan boleh beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya sangat bimbang jika situasi pelanggaran peraturan dan keengganan untuk mendapatkan suntikan vaksin seperti yang saya nyatakan tadi akan membantutkan proses pemulihan yang sedang diusahakan.
Oleh itu, saya telah arahkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan juga CITF Negeri untuk mempergiatkan lagi aktiviti vaksinasi serta meningkatkan usaha memberi kefahaman yang betul mengenai risiko COVID-19 dan juga manfaat vaksin kepada penduduk-penduduk, terutamanya di kawasan pedalaman.
Sekali lagi ingin saya ingatkan. Kejayaan negara untuk keluar dari pandemik ini dengan selamat memerlukan penglibatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat. Akhir sekali, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan semua petugas barisan hadapan atas usaha berterusan untuk melindungi masyarakat daripada jangkitan virus COVID-19.
citf 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
Sidang media oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia berkenaan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Kedah
citf 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
citf 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
citf 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
citf 在 Construction Innovation and Technology Fund (CITF) Video 的推薦與評價
Construction Innovation and Technology Fund ( CITF ) Video. 1.1K views 4 years ago. CIC Channel. CIC Channel. 13.2K subscribers. Subscribe. ... <看更多>
citf 在 CITF-Malaysia/citf-public: Official data on Malaysia's National ... 的推薦與評價
Official data on Malaysia's National Covid-19 Immunisation Programme (PICK). Powered by MySejahtera. - GitHub - CITF-Malaysia/citf-public: Official data on ... ... <看更多>
citf 在 CITF 建造業創新及科技基金 - Facebook 的推薦與評價
CITF 建造業創新及科技基金, Hong Kong. 580 likes · 1 talking about this. 香港特別行政區政府撥款港幣十億元,成立建造業創新及科技基金(CITF),鼓. ... <看更多>