Baca Ini Jika Tak Pandai Bahasa Inggeris
Kepada korang yang dah pandai bahasa Inggeris boleh abaikan surat ini. Biarkan abang ajar kepada korang korang yang lain.
Semua sedia maklum bahasa Inggeris itu penting kerana banyak sekali sumber ilmu yang dapat dirujuk dalam bahasa ini.
Wikipedia yang menjadi rujukan terbesar pun paling banyak artikel ditulis dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kalau korang berniat untuk menyelamatkan dunia, maka ‘kerja’ itu akan jadi lebih mudah bila korang pandai English. InshaAllah berjaya terutamanya jika korang expert like a crazy pig (pandai gila babi).
Nota: Gila babi bukan digunakan untuk menghina tapi untuk menujukkan rasa kagum yang teramat iaitu kagum gila babi. Harap maklum.
Berbalik pada topik utama. Dipendekkan cerita, dulu abang mayat adalah seorang Melayu yang agak malas untuk belajar bahasa Inggeris. Mungkin pada zaman itu, PM belum mewajibkan lagi pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Lagipun pada masa itu belum ada internet, maka abang membuat endah tak endah dengan pentingnya BI (alasan semuanya itu).
Sehinggalah pada suatu hari, abang mayat melihat sekumpulan budak-budak Punk ketawa selepas membaca tulisan di dinding tandas terutama bila ada F word. Hal ini membuatkan abang iri hati dengan kelebihan ilmu mereka dan ditambah pula dengan ramainya pendosa dari luar negara yang datang ke Malaysia, maka abang memulakan langkah to improve my English sebagai salah satu kaedah yang lebih cepat dalam usaha menyelamatkan dunia. InshaAllah!
Bak kata pepatah:
“Everyone should be able to do one card trick, tell two jokes and recite three poems, in case they are ever trapped in an elevator.” (Lemony Snicket)
Namun, oleh kerana abang dah lama habis sekolah dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, maka abang belajar bahasa Inggeris dengan cara sendiri.
Sekarang, berkat usaha gigih, karisma, dedikasi dan integriti... err… kejap! Cerita ini bukanlah nak bercerita tentang abang yang pandai English gila babi, tapi cerita tentang bagaimana kita boleh cepat pandai dalam bahasa itu. Bila cepat tiada lagi istilah ‘hot-hot chicken shit’.
Kalau mahu belajar apa-apa bahasa, perkara pertama adalah korang kena ada kamus sendiri. Korang kena beli kamus dan bawa ke mana sahaja. Kalau boleh hafal satu kamus. Jika dulu nabi digelar ‘al-Quran bergerak’, sekarang giliran korang pula menjadi ‘kamus bergerak’. Jika ada kawan bertanya, what is inception? Terus dapat jawab, the Nolam film in the beginning blah blah...nampak tak?
Abang tahu, korang lemah BI bukan sebab bodoh tetapi korang tak tahu makna dan malas menghafal kerana dalam otak sudah ditanam ‘tak tahu English pun boleh hidup juga’ atau ‘malaikat dalam kubur tak tanya dalam bahasa Inggeris’. Bukankah dalam syurga lebih afdal cakap Arab? Arghh… malas nak cerita bab ni. Apa kata korang buang persepsi itu. Jangan jadikan itu alasan dan halangan.
Abang juga hairan kenapa pelajar dalam kelas English jarang bawa kamus. Masalah utama korang adalah tak tahu makna. Jadi, kalau tak tahu kenalah beli kamus dan hafal. Itu kunci yang pertama!
“Don't be so humble, you are not that great.” (Golda Meir)
Dah ada kamus? Sekarang pergi beli buku nota untuk mencatat perkataan yang tak faham sewaktu membaca dan sebelum tidur hafal balik perkataan baru tadi.
Jadi korang akan ada dua buku, satu adalah kamus dan satu lagi buku nota yang akan menjadi kamus peribadi kerana korang akan mencatat perkataan baru dan tak tahu makna sahaja. Lama kelamaan, buku nota itu akan menjadi tebal dan korang dah tak perlu merujuk kamus lagi.
Untuk permulaan, Pilih bahn bacaan yang mudah dahulu. Kalau boleh ambil bahan bacaan budak tadika, baca dan faham makna keseluruhan cerita. Selepas itu, baca buku budak sekolah rendah pula, seterusnya buku sekolah menengah, lirik lagu, dialog film, dan akhirnya bacalah novel Inggeris sebelum membaca tafsir al-Quran dalam bahasa Inggeris.
Abang masih ingat apabila baru berkecimpung dalam dunia internet, rasa teruja sungguh. Begitu banyak sumber ilmu yang boleh kita terokai. Buka sahaja Wikipedia bermacam-macam cerita yang boleh dibaca. Cukuplah ada wiki.. Ilmu tak bertepi.. perghhh!
Waktu tu pun baru tahu apa itu Rotten Tomatoes, siapa Maddox, imdb info dan banyak lagi istilah baru. Tetapi sebelum itu kenalah pandai English dulu!
Bila dah pandai, boleh mula berniat untuk berdakwah ke peringkat antarabangsa. Bukan setakat dari Perlis sampai ke Sabah saja perjuangan kita. Think BIG dan langkah kita akan besar tapi jika Think SMALL maka langkah pun akan small.
Contoh: Jika korang fikir habis belajar nanti cukuplah dapat bekerja makan gaji di company yang stabil, maka perjalanan hidup akan terhad kepada kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu dan menunggu dinaikkan pangkat. Tetapi jika korang fikir mahu berbisnes, mencipta produk, menggaji pekerja, kayakan diri sendiri dan membuat sesuatu yang bermakna, maka perjalanan hidup korang akan luas tiada penghujungnya. Tapi sebelum nak mendapatkan semua ini, kenalah pandai bahasa penjajah!
“To stay around (if you dot want to go far), learn bahasa tempatan. To go futher, learn bahasa penjajah!” (Hamka Kereta Mayat)
Jadi Abang memang rajin baca Wikipedia. Sambil baca sambil buka kamus, (sekarang dah ada Google Translate lagi senang). Selepas itu abang beli akhbar The Star, komik English (sekarang banyak yang online) dan juga kitab karangan Maulana Yusof Mutakhab, hadis versi English. Baca, baca dan baca…
Dari dulu abang suka tengok movie. Selesai tengok movie, abang akan baca sinopsis atau plot cerita dalam bahasa Inggeris untuk tahu penggunaan ayat. Mana yang tak faham abang akan catat dan hafal pada waktu makan. Begitu juga dengan komik Dragonball dan GTO, walaupun dah khatam dalam bahasa Melayu, abang baca pula versi bahasa Inggeris di internet.
Bila berjalan abang akan bawa kamus, (sekarang cuma perlu download aplikasi ke dalam telefon) jika nampak tulisan yang diconteng di dinding tandas awam dalam bahasa Inggeris, abang akan buka kamus dan ketawa dalam slang English jika lawak itu bermutu tinggi.
Contoh lawak di dinding tandas;
‘A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man.’ (Lana Turner)
Untuk lebih cepat pandai, abang pinjam dua buku dari perpustakaan awam iaitu versi Melayu dan Inggeris. Kedua-dua buku itu abang akan baca dan bandingkan. Antara buku yang abang buat begitu adalah How To Win Friends & Influence People tulisan Dale Carnegie, Rich Dad Poor Dad dan banyak buku popular lain.
Untuk dapat saham di dunia dan akhirat pula, abang baca buku islamik yang ada dua versi BM dan BI seperti buku tafsir dan hadis. Kedua-dua buku itu abang baca dan bandingkan. Ada juga waktunya isteri abang akan membaca taklim dalam BM dan ayah semak dalam BI.
Contoh hadis bahasa Inggeris yang dipetik dari A Selection of Hadith;
Nabi said: He is wise and shrew who takes account of himself and prepares for what is after death. And he is weak and incapable who follows his desires and yet pins high hopes on Allah’s Mercy. (Tirmidhi)
Kadang kadang abang kaji falsafah Inggeris:
“Before you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parent's generation, try delousing the closet in your own room.” (Bill Gates)
Ada masanya apabila menonton filem, abang akan fokus pada subtitiles dan gunakan dalam kehidupan seharian. Contoh petikan dialog daripada filem Bujang Lapuk (The Three Bachelor Warriors).
Aziz : Probably, that house that you mentioned, has anyone occupied it yet?
Sudin : Which house ?
Aziz : That house, the one that you kept talking about.
Sudin : Oh, that house. It's still vacant ... if we apply for it, we'll get it.
Aziz : How many rooms, Din ?
Sudin : I saw three rooms.
Aziz : That's good. Each of us can have a room to himself. Are they large ?
Sudin : Not very. But it's long, 7 feet ... about 3 feet long and 7 feet deep.
Aziz : Quite big, huh, there's even depth..that's A GRAVE !
Woha!
Bila dah naik sheikh, ada juga abang cuba menyanyi lagu Melayu dalam Bahasa English seperti lagu;
Sekadar Di Pinggiran - Just at the Edge
Menaruh Harapan - Pinning on Hope
Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu - You are the Key to My Love in Your Heart
Takdir Dan Waktu - Fate and Time
Pada Syurga Di Wajahmu - Your Heavenly Face
Teratai Layu Di Tasik Madu - Dying Lotus in the Honey Lake
Tanya Sama Itu Hud Hud - Ask the Woodpecker
Cinta Beralih Arah - Love Turns Away
Jerat Percintaan - Love Trap
Balqis - Queen of Sheba
Rela Ku Pujuk - I'm Willing to Entice
Gemilang - Glory
Terlalu Istimewa - Too Special
Awan Nano - Nano Cloud
Terukir Di Bintang - Etched In the Stars
Bahagiamu Deritaku - Your Happiness is My Pain
Kalau masih tak faham lagi, di sini abang copy paste satu lagu yang paling abang suka nyanyi dulu.
Aci-Aci, open the door,
Nana come back at one a.m,
Don't be afraid of the owl,
Nana bring Semambu of cane.
Nana Nana, come home rush,
Aci afraid to be all alone,
There's a ghost behind the house,
Shifty eyes and a striped nose long.
Aci aci, don't be afraid,
Nana have Oh! a stunt machete,
Ghost and demons will be afraid,
See the machete, surely they desperated!
If Nana, just say so,
Then my heart is calm so-so,
If come again, ghost and demons,
Aci will beat them with a brooms!
(Lirik tibai, mintak tolong cikgu Inggeris betulkan)
Lagu lain:. suci dalam.debu.
Alkisahnya Lagu suci dalam debu popular waktu abang tingkatan satu.
Naik bas pergi sekolah driver putar lagu ni.
Abang waktu tu ada minat sorang awek pandai English bernama Adibah nor(typo nama sebenar), jadi abang translate lagu Iklim versi English dan bagi kat dia.
Tapi cinta abang ditolak. Mungkin sebab kesalahan grammar abang yang telus sangat. Ha ha
Clean in dust!
(Sila Nyanyi ikut rentak asal)
You just like a clean water
In the glass with dust
Even the dirty.... you can see
Beautiful of clean is still protect
Love is not only at eye
Love coming from heart
Let be wrong.. from they eye
Let the different can see... between us.
I hope you... still can accept
Even looking so ugly
Because the real meaning of love
Only we feel it
One day will coming
The light will appear
The door will open
We step in together
That time we can see
The light is bright
The dust be a pearl
The ugly be honor
This is not dreaming
What I sharing
But very confident
Happening
Because of love
The sea will burn
Still I swimming
Confirm!
Woha!
Selain itu, untuk menambahkan kefahaman dalam English, abang juga berpantun dengan orang-orang tua.
Contoh pantun;
The Pandan Island is far from land,
The Daik Mountain has three peak,
Though the body has rot in the sand,
The good deeds are never forget.
(grammar silap sikit sebab nak bagi belakangnya sinomim, adohai)
Terkadang abang juga ada berteka-teki dalam bahasa Inggeris;
1. Which mountain has three peaks?
2. Which island is far from land?
Sesekali, apabila berdiri seorang diri depan cermin, abang akan menari macam Michael Jackson dan menyanyi lagi ini;
You better run,
You better do what you can,
Don't wanna see no blood,
Don't be a macho man,
You wanna be tough,
Better do what you can,
So beat it,
But you wanna be bad,
Just beat it.
Bini abang cukup menyampah tengok ayah tergedik-gedik sepahkan bilik tidur dengan tarian gimnastik. Woha!
Kadang-kadang abang akan berpatriotik dalam Bahasa Inggeris;
Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan - Belief of God
Kesetiaan kepada Raja dan Negara - Loyalty to King and Country
Keluhuran Perlembagaan - The Supremacy of the Constitution
Kedaulatan Undang-Undang - The Rule of Law
Kesopanan dan Kesusilaan - Courtesy and Morality
Bila jumpa member-member berpendidikan tinggi yang bergelar pensyarah, doktor atau professor, tanpa segan silu abang akan terus bercakap dalam bahasa Inggeris dengan mereka. Begitu juga jika berurusan dengan orang Cina dan India, abang akan speaking dengan mereka. Malahan dengan kucing yang curi-curi masuk rumah pun abang akan halau dalam bahasa Inggeris. Malah sesekali bila berasmaradana dengan bini, kami speaking juga. Woha!
Dan pengalaman yang paling bernilai dalam hidup ialah ketika para pendakwah dari luar negara datang berdakwah di kampung maka abang akan menjadi pengalih bahasa untuk orang kampung yang tak tahu berbahasa Inggeris. Begitu lebih kurang…
“Alhamdulillah, Allah puts the success of human’s life in this world and the hereafter only in the perfect religion. The Perfect religion is carrying out all of the commandments of Allah following the way of Rasulullah S.A.W. All of the companions of Rasullulah have had the perfect religion in their life, It was mainly because all of them had six noble qualities with them. If we want to have the perfect religion in our life, we should follow the footsteps of those successful people by making effort to obtain and bring the six qualities into our life. If we have these six noble qualities with us, we will also be able to practice the perfect religion in our life easily…”
Alkisahnya, Pada suatu hari, ketika rancak berborak dengan kawan-kawan dalam bahasa Inggeris yang berterabur tapi janji faham, maka terciptalah satu teori baru dalam hidup abang. Kawan-kawan abang bila belajar bahasa Inggeris mereka ada target atau measurement masing-masing dalam menentukan setakat mana pengetahuan mereka dalam bahasa ini telah tercapai.
Sesetengah mereka menganggap sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh berborak dengan pelancong asing. Ada pula yang merasakan mereka sudah fasih berbahasa ini apabila boleh menyanyi lagu Inggeris dan pada masa sama faham maksud tersirat. Ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh mengarang resume sehingga diterima kerja. Selain itu, ada yang menganggap mereka sudah fluent English apabila boleh membaca novel barat tanpa merujuk kamus dan lain-lain.
Tapi abang lain, abang ada target tersendiri dalam menentukan setakat mana pengetahuan ayah dalam Bahasa Inggeris tercapai iaitu…
(bersambung...)
Dipetik dari buku Hamka keretamayat
.
.
.
.
.
.
.
.
Okey belanja sikit lagi...
Tapi abang lain, abang ada target tersendiri dalam menentukan setakat mana pengetahuan abang dalam Bahasa Inggeris tercapai iaitu…
Abang Mesti Bermimpi Dalam Bahasa Inggeris!
Maka untuk itu.., pada suatu hari yang lain
(Sekarang baru betul betul bersambung)
Woha!
(cerita penuh kisah ini ada dalam buku Hamka keretamayat-Ngeteh dikubur ayah)
Buku ada stok.
Semusim di Syurga- kisah penduduk kuala syurga dan masalah agama.
Kisah laki bini-cerita pasangan membantu cinta dalam masa tiga hari.
Kisah anak bini- kisah anak tanya soalan pelik tapi di jawab oleh ayah dengan bergaya.
NGETEH di kubur ayah-kisah surat dari kubur kepada masyarakat kebanyakkan.
Kerana dia anak syurga:-kisah 12 parent OKU berdamai dengan takdir.
No wasap untuk order abang mayat share dekat first komen.
Don't say abang not umbrella.. ella..ella.. umbrella.. ella.. ella..
Woha!
同時也有28部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,BULETIN VIRAL 10 MAC 2021: 00:00 - Intro 01:09 - Hubungan Keruh Ibu Kandung, Mentua Hannah Delisha Nasihat Supaya Bersabar 02:40 - Siti Nurhaliza Berd...
「curi curi cinta」的推薦目錄:
- 關於curi curi cinta 在 Facebook 的最佳解答
- 關於curi curi cinta 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於curi curi cinta 在 Facebook 的精選貼文
- 關於curi curi cinta 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於curi curi cinta 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於curi curi cinta 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
- 關於curi curi cinta 在 [EPISOD 1] - Zahirah Macwilson,Aiman Hakim Ridza - YouTube 的評價
- 關於curi curi cinta 在 Curi Cinta - Facebook 的評價
curi curi cinta 在 Facebook 的最佳貼文
Bila kita cerita bab ilmu tasauf, kebanyakkan orang akan terbayang di kepala mereka akan pendekar wali wali yang mempunyai ilmu keramat tertentu, seperti boleh jalan atas air macam labah labah atau boleh menyelam tak timbul timbul , atau boleh terbang macam burung atau juga boleh ghaib macam malaikat
Kemudian terbayang lagi bahawa ahli tasauf adalah ahli Hakikat, Tarikat, Makrifat, yang mengamalkan zikir zihri dan zikir qulbi, ada tasbih yang berjumlah seribu ke atas, sentiasa bersuluk dan mencapai makam khasyaf sehingga boleh melihat alam ghaib dan juga suka merahsiakan ilmu kepada orang awam dalam mujahadah mendidik tujuh nafsu menjejak cinta ilahi.., begitu lebih kurang…
Lalu saya di tanya orang, cik hamka macam tu ke? Cik Hamka ada ilmu Hakikat, Tarikat, Makrifat tak?, ada amal zikir zihri dan zikir qulbi tak? Atau cik hamka pergi tak bersuluk? khasyaf tak cik hamka? boleh jalan atas air macam spider tak?, atau boleh menyelam tak timbul timbul macam mentibang laut tak?, atau boleh terbang macam cicak kubing tak?
Tengok! Asal cerita pasal tasauf, korang terus merujuk kepada wali, atau bercita cita nak jadi wali, gua memang wali wa cakap lu, gua wali anak perempuan gua bila nak kahwin nanti lu semua dah tahu..
Ok, dalam kita agungkan wali, jangan lupa taraf mereka para wali lebih rendah dari taraf Nabi dan Sahabat… kena faham tu, dan kita diperintah untuk ikut jejak langkah Nabi dan Sahabat, yang mana para walipun kena ikut mereka.. iaitu Nabi dan Sahabat berdakwah, maka kita semua wali wali anak perempuan ni juga kenalah berdakwah.
Kadang ada orang bila bercerita tentang wali yang duduk bersembunyi dalam hutan, tak kahwin, berzikir siang malam, puasa makan bertih konon seolah olah darjat wali ni lebih tinggi darjat dari Sahabat Nabi yang hidup berumah tangga, solat Jemaah, mengajar di masjid, berdakwah dan macam macam. Jadi dalam kita ghairah nak cerita kisah wali, jangan lupa cerita kisah sahabat Nabi.
Ingat tak, Zaman nabi dulu dah ada tiga orang hamba Allah yang jumpa nabi dan bila tahu amalan nabi amat sikit berbanding mereka, terus hamba Allah ni perasan bagus, sambil berbangga dengan amal masing masing, sempat mereka berkata:, kami solat malam tak tidur-tidur, kami puasa setiap hari, dan kami beribadat pada Allah tak kahwin-kahwin..
Lalu Nabi Muhammad SAW tegur mereka, sambil mengaku bahawa Nabi solat malam dan tidur jugak, Nabi berpuasa dan berbuka, dan Nabi kahwin lebih dari satu, last sekali, nabi cakap, siapa yang tak ikut saya, BUKAN UMMAT SAYA!
Faham?
Jadi amalam tasauf yang korang imiginasikan dengan merujuk kepada ahli zikir tarikat dan para keramat, dan tuduh saya tak amal tasauf adalah silap, sebab maksud tasauf itu bukan begitu yang saya faham..
Jadi, apa itu tasauf? Nabi ada ajar sahabat ilmu tasauf tak?
Baik, kita akan bincang slow-slow bab ni, Sebelum tu saya nak petik dulu satu kisah yang popular di kitab kitab zaman berzaman sebagai rujukan dalam memahami ilmu tasauf.. mudah-mudahan…
Bermula al kisah, pada zaman dahulu kala, ada cerita tentang 3 orang Bani Israel yang terperangkap dalam sebuah gua. Kemudian, mereka cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua itu namun tidak berjaya jua.
Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan berdoa sambil menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan doa mereka.
Pemuda pertama doa dengan bertasawul pada amalan dia yang tak pernah derhaka pada orang tua, batu itu pun gerak sedikit tapi tak lepas nak keluar.
Pemuda kedua doa dengan bertasawul pada amalan dia yang tak menolak zina sewaktu wanita paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun gerak sedikit lagi tapi masih tak lepas nak keluar.
Pemuda ketiga doa dengan bertasawul pada amalan dia yang jujur dalam membayar upah pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun selamat dari terperangkap dalam gua.
Apa yang kita faham dari cerita ini?
Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-
1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.
2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi membatal niat dan akhirnya berkahwin dengan wanita itu demi menjaga maruah.
3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus.
Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..
Ketiga tiga perkara ini adalah seperti tiga buah bangunan yang berdiri teguh setelah di sokong oleh landasan/basement yang kukuh, atau seperti tiga pohon pokok besar yang tumbuh tegap setelah di sokong oleh akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak bumi.
Soalannya sekarang, dari mana datangnya landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama dalam membagunkan tiga perkara besar iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT?
Jawapannya adalah RUKUN ISLAM yang lima iaitu Kalimah Syahdah, solat, puasa, zakat dan haji yang mana amalan ini adalah terlindung, manusia tak nampak, orang kafir tak nampak, korang solat banyak manapun, baca al quran dan zikir banyak-banyak, semua tu orang tak nampak, sebab itu perumpamaan kepada Rukun islam yang lima ini adalah benda yang terlindung dalam bumi, seperti
landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama..
Jadi, perkara yang tidak terlindung, yang memang manusia nampak, orang kafir pun nampak, adalah tiga perkara utama iaitu, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.
Orang kafir dan manusia lain menilai orang islam berdasarkan tiga perkara ini, jika mereka melihat orang islam suka gaduh gaduh, caci, serta menghina, dah jelas AKHLAK orang islam itu dah rosak, atau yang suka berzina, kacau bini orang dan rakam gambar kekasih dalam keadaan berbogel misalnya, dah jelas MUNAKAHAT orang islam tu dah punah, dan jika suka curi tulang, ponteng kerja, malas kerja, makan rasuah dan sebagainya, dah tentu kantoi bab MUAMALAT.
Jadi tiga perkara ni adalah cermin kepada setiap individu muslim yang mana 3 perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT akan betul jika rukun islam yang lima juga betul, yelah, pokok tak kan tumbang jika akarnya kukuh bukan?, atau bangunan tak kan runtuh jika basementnya teguh, betul tak?
Maka, masalah orang islam hari ni, mereka dah kantoi dalam Rukun Islam yang lima, lantas merosakkan 3 perkara asas kehidupan, Akhlak jadi buruk, Munakahat tak jaga, dan Muaamalat dah tak ikut hokum, habis dunia rosak..
Sedang dalam cerita kisah tiga pemuda yang terperangkap dalam gua, Allah nak bagitau pada kita bahawa, apabila kita ada masalah dalam hidup, kita kena selesaikan melalui 3 amalan ini, iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, faham tak?
Dalam cerita tu juga gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika dah tak tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin dan jangan lupa cari rezeki yang halal, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!
Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan semua orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu tu, ada yang nak bina senjata, nak bina teknologi, nak boikot sana sini, nak menyanyi dan sertai parti shok sendiri,
tapi mereka lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih hanya apabila mereka betulkan amal, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, dan untuk betulkan 3 perkara itu, nak kena betulkan tapak basementnya, atau akarnya iaitu Rukun islam yang LIMA, nak tak nak, hanya ini caranya dan Ini lah jalan yang telah ditunjukkan oleh para NABI dan SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW..
Faham?
Kita kena betulkan 5 rukun islam, baru 3 perkara iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT jadi betul dan selesailah segala masalah didunia dan di akhirat..
Dah sebagai peringatan, sekiranya korang dah sempurnakan 5 rukun islam, tapi derhaka pada suami, atau mak bapak, tetap masuk neraka, atau dah bagus rukun islam yang lima tapi berzina atau makan rezeki yang haram, semua akan bawa kepada jalan masuk nereka, sebab tu kita selalu dengar pesanan ustaz:
Mengamalkan rukun islam lima perkara belum tentu masuk shurga jika… AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT tak betul, tapi dah tentu ketidak betulan akan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah berpunca dari Rukun islam yang di tunaikan dengan cara yang tidak betul.. faham?
Habis tu hamka, apa kena mengena cerita kau dengan tasauf?
Laa, saya lupa, punya panjang intro, baru kita pergi pada tajuk entry.. baru intro jer tu..
Ok, Senang begini, saya tahu benda ni banyak pecahan, tapi sebab nak bagi mudah faham, saya pecahkan pada dua sahaja, iaitu, dalam bab kita belajar ugama, ilmu ni kita bahagi kepada dua:
Satu: Ilmu FEKAH.
Dua:. Ilmu TASAUF
Maksud Ilmu FEKAH, atau Ilmu MASAIL, atau Ilmu SYARIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU
UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA, seperti Ilmu Hukum-Hakam, Sah-Batal, Sunnah Bidaah dan yang sewaktu dengannya..
Atau senang cerita: Ilmu FEKAH adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA.
Manakala, Maksud ilmu TASAUF, atau Ilmu MAARIFAT, atau Ilmu HAKIKAT, atau ilmu ROHANIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU UNTUK MERASAI ADAKAH AMAL SUDAH DI TERIMA ATAU TIDAK. Yang mana Ilmu ini bermula dengan membetulkan niat dan berakhir dengan mencapai darjat Ehsan iaitu dapat melihat Allah lalu gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat..
Atau senang cerita: Ilmu TASAUF adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI 'ADAKAH' AMAL DI TERIMA dan gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah.
Faham?.
Ramai orang yang belajar ilmu bab syarat amal di terima tapi tak ramai yang nak belajar ilmu bab amal yang melayakkan untuk di terima. Sebab ilmu ni berkaitan dengan benda yang tersembunyi seperti hati nak kena jaga, pakaian nak kena jaga, makanan nak kena jaga, tempat berdiri nak kena jaga, dan banyak cabang serta pecahannya, namun yang asas adalah merujuk kepada niat dan sejauh mana cara Nabi di hubungkan….
Dan untuk ilmu fekah, ramai orang tahu amal kita sah atau tidak, boleh rujuk kitab dan ustaz, tapi dalam bab ilmu tasauf, hanya korang dan Allah yang dapat tahu mana amal yang di terima, dan mana amal yang di tolak.. dan inilah jalan takwa.., akan timbul rasa takut dan harap di hujung setiap amalan.. dan akan timbul niat untuk baiki amal dari masa ke semasa, dan akan wujud ghibtah kepada mereka yang sempurna amal, serta akan wujud kasihan kepada mereka yang belum mencapai amal, begitu lebih kurang.., benda ni payah nak cerita, tapi gitulah bunyinya setakat yang saya paham..
Sebab tu dalam kitab kita boleh jumpa ungkapan seoarang alim yang berkata bahawa saya tahu mana doa yang di terima iaitu apabila hati bergetar, air mata mengalir dan badan menggigil dan hubung kait akan bagaimana para sahabat Nabi yang tahu amalan mereka diterima melalui qabulniat, yang mana mereka gunakan amal untuk selesaikan segala masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat...
Banyak cerita dalam rentetan sejarah perihal mereka-mereka yang tahu amal mana yang diterima atau tahu bagaiamna amal itu layak diterima lantas gunakan amal itu untuk selesaikan masalah, macam kisah Saidina Ali dan pengisar gandum, kisah sahabat hidupkan keldai, atau kisah sahabat yang mendapat air telaga kausar, atau kisah tentera islam berkuda yang berlari atas air, dan beribu lagi rentetan sejarah yang menunjukkan para sahabat menyelesaikan masalah dengan perantaraan amal yang mana disinilah ajaran tasauf di kenali sebab benda ni nampak macam keramat sedang ia adalah nusrah Allah kepada ummat akhir zaman yang dapat merasai amal mana yang di terima dan guna amal itu untuk selesaikan masalah, inyAllah..
Sama macam kes kisah pemuda dalam gua di atas, yang tahu amal itu layak di terima, lalu guna amal itu untuk keluar dari masalah, lantas pintu gua terbuka kerena mereka telah guna AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT yang betul.., kita rujuk balik kisah sahabat, bagaimana AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT mereka yang mana melalui amalan ini, Allah buka pintu pintu hidayat sehingga berbondong bondong orang kafir masuk islam dan seterusnya mengukuhkan kaki kaki mereka dalam usaha menakluk dunia dengan cara yang disukai Allah..
Jadi soalan paling popular hari ni, tentang kenapa orang islam lemah?, kenapa orang islam di tindas dan orang kapir pulak susah nak masuk islam malahan nak bunuh pulak orang islam, kenapa ek?
Kerana, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT dah rosak, yang derhaka pada suami dan mak bapak, orang islam kitalah, yang berzina dan makan rasuah, orang islam kitalah, dan kenapa semua jadi lagu tu?, sebab kantoi rukun islam yang lima, kalimah tidak diperbaharui dengan banyakkan dakwah, solat pulak dilengahkan, puasa sebab suasana, zakat tak bayar, pergi haji sebab nak selfie dan sebagainya..oh oh..oh..
Lepas tu nak pulak korang mengaku dah belajar TASAUF?
Hampeh seribu kali!
Panjang saya nak cerita, tapi sebab buah cempedak di luar pagar dah habis dijolok, sampai sini sahajalah, bertemu lagi kita lain kali jika belum jadi mayat,
*****
Eh, Hamka!, nak ke mana tu?, pintu gua ni siapa nak bukak?
Kau suruhlah kawan kau sembang berapi hakikat syariat tu yang bukak, merekakan ada keramat..
Lalu saya beredar dengan sangkaan yang baik, eh, saya nak kemana?, pintu guakan sedang tertutup..isk,isk…
Niat enson mata karji semar ngiseng!
Woha!
Ps: Maka 'terperangkaplah' saya dan korang semua dalam ‘gua’ ini kerana kita semua masih fail bab akhlak, muamalat dan munakahat, akhir kata: jom jaga solat Jemaah dan jom lah kita berdakwah!
curi curi cinta 在 Facebook 的精選貼文
Bila Alien Mencari Tuhan?
“abang mayat., Agak-agak rajin, sila buat ulasan movie PK lakonan amirkhan.. Agak deep”
ULASAN FILEM PK oleh Hamka Keretamayat
Baik, ingatkan filem tentang PKP, rupanya PK adalah… begini kisahnya…
Sekonyong-konyongnya, lantas terlihatlah sebuah pesawat berbentuk aneh yang telah tersesat ke dalam awan di sebuah kawasan lapang di benua India, dan dari pesawat tadi, turunlah seorang (atau seekor?) makhluk asing yang mempunyai raut wajah seperti Aamir Khan, berjalan dalam keadaan berbogel macam bayi yang baru dilahirkan.
Sebagai ‘bayi yang baru lahir’, maka surrounding authortylah yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau islam.
Arakian, selepas alat kawalan kapal angkasanya hilang kena curi, maka seekor alien berwajah Aamir Khan ni mencuri pakaian dari dua ekor penzina yang sedang buat projek dalam kereta.
Untuk kembali pulang ke angkasa, seekor Alien ni perlu belajar bahasa orang bumi, caranya dengan pegang tangan orang lama-lama. Tapi siapa larat nak tangan di pegang lama lama tak buat apa-apa macam transfer USB gaya Yoga. Tapi akhirnya ada seekor perempuan pelacur yang sanggup menerima layanan pelik, iaitu tak perlu berzina, cukup tangan di pegang oleh seekor alien ini selama berjam-jam untuk transfer bahasa tempatan.
Ok, masalah bahasa dah selesai, walaupun bercakap macam gampang sebab guna dialek pelacur tempatan tapi misi mesti di teruskan untuk mencari alat kawalan kapal angkasa yang di curi orang.
Pendek cerita, bila dia mengadu masalah hilang barang pada semua orang di jalanan, respon yang diterima:
"hanya tuhan sahaja yang mampu tolong kamu"
Ok, misi berubah. Kena cari Tuhan dahulu, dah jumpa Tuhan, baru minta tolong kepada Tuhan carikan alat kawalan kapal angkasa.
Tapi di mana nak cari Tuhan?
Tanya pada orang di jalanan. Yang membuatkan semua orang kata dia ni dah “PK” yang bermaksud “Mabok”.
Oleh sebab semua orang panggil dia PK, maka PK faham namanya di bumi adalah PK.
“My name is PK, where is God?”
Pendekkan cerita lagi, PK akhirnya jumpa kedai menjual Tuhan (berhala) area situ. Rupanya tuhan ada dijual secara runcit, banyak jenis dan pelbagai saiz pulak tu. Adohai..
Dengan menggunakan duit curi, PK beli sebuah ‘tuhan’ (patung) kecil, itu yang paling murah tapi rasa kena tipu sebab tuhan tu tak bergerak, di sangkanya tuhan kecil tu sudah habis habis bateri. Maka berdialoglah PK dengan penjual patung itu. Selepas ini PP.
PK : kenapa tuhan ni tak function? , habis bateri ke? Tolong masukkan bateri lagi.
PP: Kamu gila ke apa?, tuhan ni mana pakai bateri.
PK : habis tu kenapa tidak function?
PP: Malas layan orang mabuk!
PK: Siapa cipta tuhan kecil ini?"
PP: tentulah saya!
PK: Siapa tuhan sebenarnya? Jika kamu yang cipta tuhan ni, siapa pula cipta kamu?"
PP: Tuhan cipta saya.
PK: jika tuhan cipta kamu, kenapa kamu mahu cipta tuhan pula?
PP: kamu mahu rosakkan bisnes saya ke? Berambus!
Nasib baik Raja Namrud tak ada waktu itu, kalau tak, dah tentu PK ni kena bakar api macam Nabi Ibrahim a.s.
Imbas kembali:
Raja Namrud: Siapa pecahkan semua tuhan (berhala) yang kecil?
Nabi Ibrahim: Patung yang besar tu, tengok kat tangan ada kapak.
Raja Namrud: Berhala itu mana boleh bergerak!
Nabi Ibrahim: Habis tu, kenapa kamu sembah tuhan yang tak bergerak!
Raja Namrud: Bakar!
Then rest is history, Tamat Imbas kembali.
PK yang keliru kerana terlalu banyak Tuhan di dunia ini, akhirnya membuat keputusan mencari Tuhan dengan mencuba semua agama, masuk kuil, masuk gereja, bersembahyang di masjid lantas membuatkan aku teringat kepada mualaf seperti Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji pelbagai agama dan akhirnya berjumpa dengan agama Islam.
Di sini suka aku berpesan kepada orang bukan islam, dalam bab dunia, dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hokum. Fakta tetap fakta.
Tapi dalam bab agama, kita tidak kaji dan siasat, kita tidak rujuk semua dokumentasi, kita abaikan data, tiada perbadingan analisis, dan tolak kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita menolak fakta dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
Sambung balik, akhirnya PK jumpa dengan orang yang mendakwa boleh berhubung dengan Tuhan.
Tapi bila tengok orang datang mengadu masalah di suruh selesaikan masalah dengan cara yang salah, PK gelar orang ni ada masalah "wrong number".
Sebab jika betul dari Tuhan, maka cara penyelesaian akan menyelesaikan masalah, bukan menambahkan lagi masalah.
Rupanya di hujung cerita, orang tu ada memiliki alat kawalan kapal angkasa PK dan tipu itu konon hadiah dari tuhan.
Akhirnya PK berjaya bongkar kesalahan mamat ni kerana rupanya seorang conman, manusia biasa, yang guna sentiment agama sebagai modal untuk tipu orang yang jahil lalu mendapat duit dan pengaruh. Adohai, bab duit ni, tuhan pun orang main-mainkan.
Rujuk Al quran, Nabi tak kenakan cas dalam berdakwah bang,
" wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah dalam menyampaikan ugama, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata" (Hud:29)
Last, PK dapat balik alat kawalan kapal angkasa dan kembali ke langit, dari langit PK datang, kepada langit PK pulang setelah ‘berjumpa’ Tuhan, namun sebelum PK pulang, sempat PK berpesan:
"Dalam dunia ini, ada dua jenis tuhan. Tuhan yang menciptakan kita. Dan Tuhan yang kita cipta. Berhentilah menyambah Tuhan yang kita cipta. Kembalilah kepada Tuhan yang menciptakan kita."
PK Aamir Khan Movie part 2.0
PK sewaktu entry ini ditulis, belum ada part 2, tapi jika ada mungkin kisahnya begini.
Sebaik beliau naik ke angkasa, maka akan berjumpa dengan ketua beliau yang akan mintak laporan sepanjang mengembara di bumi, kenapa lama sangat turun baru balik?
Jadi PK akan bercerita tentang pengalamanya mencari Tuhan.
Maka berkatalah PK.
Tuan, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu:
Christian 2.0 billion
Islam 1.2 billion
Hindu 811 million
Buddha 360 million
Dalam hidup manusia yang beragama, mereka adalah makhluk yang logic, mereka bersetuju bahawa mereka ini adalah sebahagian dari alam semesta. Mereka bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’.
Dan mereka bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Jadi mereka percaya dunia dan mereka di cipta oleh Tuhan.
Untuk pengtahuan tuan, Dunia manusia ini menjadi semakin hari semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang manusia beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, ianya bukan datang secara semula jadi, tapi dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu mencullah ISO, Internasional Standard of Organitation.
Contoh lain yang orang agama percaya, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone?
Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api, angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan berevolusi menjadi tumbuhan dan binatang lalu di tengahnya, datang kausa “kun fayakun” yang menjadikan manusia sebaik baik kejadian yang mana tiada mana mana binatang mampu mengatasi manusia di dunia.
Jadi, orang agama percaya pada Tuhan yang mengaturkan evolusi dan Kun Fayakun, macam telefon juga berevolution dalam ciptaan manusia, dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, telefon bukan berevolution sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya iaitu Tuhan.
Saya pernah berborak dengan manusia, bertanya kenapa kamu percaya adanya Tuhan?
Jawab mereka:
“ Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain?
Oh mungkin tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khatulistiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan Disember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semesta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsisten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan, kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah smart phone itu tiba tiba sahaja ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, manusia tu suruh saya bayangkan kes aduan rakyat yang sudah bersedia nak selesaikan masalah rakyat, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh bekerja?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang anti paradox, Tuhan mestilah berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua alien sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu anti paradox, iaitu Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa
Sebagai makhluk yang di cipta, maka sifat kita adalah saling berhajat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Di dunia, saya ada jumpa manusia lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam keadaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan saya juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah manusia di dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini.
Maka di sarankan untuk mencari Tuhan carilah seorang wakil tuhan atau Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
“sudah PK, panjang sangat laporan kamu, macam nak berdakwah pulak saya rasa, jadi apa agama paling make sense untuk hidupan manusia?”
Lepas di tanya oleh kutua alien, jawab PK:
“agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia hanya merujuk satu kitab.
Lagipun tuhan orang Islam adalah satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa.
Nabi yang di utus Tuhan orang Islam juga paling common sense. iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, Nabi ini juga yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup
Malahan Nabi orang islam termasuk dalam senarai nombor satu orang paling berpengaruh, kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Selain itu, dalam Kitab Nabi orang Islam juga banyak ayat yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..
Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam tahu dengan serentak dan mereka semua akan jawab huruf “ba” yakni Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain yang bertaraf otai dalam agama mereka, baca ayat kitab mereka suruh sambung, pun belum tentu mereka boleh jawab.
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak DUA orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal semua ayat Al quran, malahan yang mengaku sudah hafalpun ada di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka orang Islam ada sistem yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
Carilah sebuah kitab yang ada 6000 ayat yang mampu di hafal dengan dengan mudah sebagaimana Hafiz Al quran menghafal dalam Islam.
Ternyata, hafalan Kitab al quran oleh ramai orang Islam, adalah Mukjizat dari langit.
“Tapi kenapa mereka saling bergaduh dan membunuh antara satu sama lain?”
Tanya Ketua PK kepada PK.
Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something wrong with (some) muslims "
Hasil kajian saya, ada dua punca kenapa sesama islam pun bergaduh:
Pertama, bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,
Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
“Kena baca semua makna ke PK?”
Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, Bro, Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?
Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran?
Walaupun untuk satu juzuk?
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la ja ya jangge atau K pop?”
Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab sudah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir lepas tu bergabung balik jadi Muafakat Nasional tapi PAS pecah pulak pada PAN, Umno pulak pecah pada BERSATU, itu semua orang islam tapi jika tengok komen FB macam orang takde akhlak waktu debat, belum cerita perang!Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan Assari, salafi dan Mazhab, and counting, belum cerita pasal pengganas dalam islam macam ISIS dan lain lain yang sanggup bunuh orang islam sewenang wenang..
Dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik.., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al quran, apa kes?
Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, Adohai..
“Okey, tidak hayati makna Al quran punca orang islam saling bergaduh, satu lagi?”
Tanya ketua PK kepada PK, Laju PK jawab:
Hadis!
Kedua, Hadis!, ini banyak mendatangkan masalah sebab hadis ni keaslian dia tidak macam al quran, lalu muncul golongan anti semua hadis, golongan anti hadis daif, golongan hadis palsu, golongan ambik hadis separuh, golongan hadis pakai otak, golongan tokok tambah hadis, dan macam-macam lagi, lantas dari pelbagai perbezaan ini, di tambah dengan kejahilan memahami ayat al quran, maka orang islam pun berpecah kepada sunni, syiah, wahabi, salafi, pengganas, ajaran sesat, ajaran songsang dan macam macam fahaman lagi.
“habis tu yang mana paling betul?”
Di sinilah kena guna akal, kerana dalam kejadian penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda bagi orang yang berakal, so carilah golongan yang berpegang pada Sunnah Wal Jemaah.
“Apa itu sunnah wal jamaah?”
Carilah golongan yang aman damai dan paling ramai dalam islam, dan paling mirip kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sababat baginda.
“Jadi..”
Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi’ tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala 8% pula menganut aliran Syiah, lagi 2% lain lain fahaman.
Ahli sunnah menolak keganasan, mereka hidup aman damai walaupun berbeza mazhab, saling hormat menghormati, tidak mengkafirkan golongan lain dengan membabi buta. Jika saya kembali ke bumi lagi, InsyaAllah saya akan memilih Sunni dalam Islam.
Woha!
Sekian ulasan filem PK lakonan Aamir Khan oleh Hamka keretamayat, Semoga Allah terima kita sebagai ahli Sunnah wal Jamaah, amin.
Post Credit
Kelihatan PK kembali ke bumi dan hidup sebagai seorang Islam yang aman damai, namun PK sedih sebab kena PKP 2.0, mujur ada buku abang mayat sebagai peneman, kata PK dalam waktu PKP-woha!
curi curi cinta 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
BULETIN VIRAL 10 MAC 2021:
00:00 - Intro
01:09 - Hubungan Keruh Ibu Kandung, Mentua Hannah Delisha Nasihat Supaya Bersabar
02:40 - Siti Nurhaliza Berdepan dengan Cabaran Merakam Album Ketika Hamil 8 Bulan
04:03 - Menteri Agama Nasihat Sajat Supaya Serah Diri
05:01 - Berita Baik! Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji
06:06 - Lesung Pipit Anak Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Curi Perhatian
07:15 - Pengikut Semakin Ramai, Ebit Lew Belajar Main Tik Tok Dengan Aeril Zafrel?
09:00 - Dua Tahun Tak Bertegur Sapa, Hafreez Adam Terima Tawaran Berlakon Dengan Zara Zya
09:54 - 55 Artis Buat Swab Test Sebagai Persediaan ke Anugerah Juara Lagu 35
12:04 - Duck Lancar Koleksi Alphabet
13:16 - Buka Kotak Hadiah dari Duck
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!

curi curi cinta 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!

curi curi cinta 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd

curi curi cinta 在 Curi Cinta - Facebook 的推薦與評價
Curi - Curi Cinta by Bukan Cinta aku CURI - CURI CINTA “ BEHIND THE SCENE “ In Character Aiman Hakim Ridza As Daniel Hakim ... <看更多>
curi curi cinta 在 [EPISOD 1] - Zahirah Macwilson,Aiman Hakim Ridza - YouTube 的推薦與評價
[EPISOD 1] - CURI - CURI CINTA - Zahirah Macwilson,Aiman Hakim Ridza. 2.3M views Streamed 3 years ago. Astro Gempak. Astro Gempak. ... <看更多>