Berita yang baik untuk orang muda.
Biar saya cerita latar belakang UNDI 18 dari 3 buah kerajaan berbeza sepanjang tahun 2018-2021.
PAKATAN HARAPAN
Kerajaan Pakatan Harapan telah mewakilkan saya sebagai Menteri untuk berunding dengan semua Ahli Dewan Rakyat termasuklah dari UMNO, PAS dan lain-lain untuk menurunkan had umur mengundi ke 18 tahun.
Pada Julai 2019, Dewan Rakyat sebulat suara majoriti bersetuju untuk turunkan had umur mengundi ke 18 tahun.
UMNO, DAP, PAS, PKR, WARISAN, AMANAH, BERSATU dan semua parti bersetuju orang muda seawal usia 18 tahun boleh mengundi.
PERIKATAN NASIONAL (Pimpinan Muhyiddin Yassin)
Pada mulanya ada komitmen untuk melaksanakan UNDI18.
Malangnya, mereka guna alasan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangguhkan UNDI18 ke September 2022!
Padahal urusan menurunkan umur mengundi tidak ada kena-mengena dengan PKP, COVID dan lain-lain hal.
PERIKATAN NASIONAL 2.0 (Pimpinan Ismail Sabri)
Jelas ada komitmen untuk laksanakan UNDI18 sebelum 31 Disember 2021.
Keputusan Mahkamah Tinggi telah menetapkan supaya kerajaan dan SPR segera laksanakan UNDI18.
Saya petik keputusan mahkamah;
"Mahkamah dengan ini membenarkan perintah mandamus bahawa responden mengambil semua langkah yang diperlukan bagi membolehkan Seksyen 3 (Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019) berkuat kuasa secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan menjelang 31 Dis 2021,"- Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai
Harap kepimpinan YAB Ismail Sabri akan tunaikan janji kepada orang muda sepertimana komitmen beliau sewaktu menjadi Ketua Pembangkang pada Julai 2019.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過146萬的網紅Tuyền Văn Hóa,也在其Youtube影片中提到,TRỰC TIẾP: Việt Nam vs Indonesia | Tuyền Văn Hóa cà khịa Indonesia siêu chất, HLV Park Hang Seo và đội tuyển Việt Nam đã vùi dập Indonesia 4 bàn không...
dap 2022 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
Saya akan terus membawa hal UNDI 18 sehinggalah ia dilaksanakan dan hak orang muda berusia 18 tahun ke atas untuk mengundi diberikan oleh kerajaan.
Ada beberapa soalan yang saya mahu ulas dan jawab:
1. "YB, kenapa tiba-tiba hal UNDI 18 ni timbul balik?"
Untuk pengetahuan semua, UNDI 18 telah diluluskan pada 16 Julai 2019 dan menerima sokongan 95% Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji untuk melaksanakan UNDI 18 selewat-lewatnya pada Julai 2021.
Tapi masalah timbul apabila SPR baru sahaja maklum UNDI 18 akan ditangguhkan ke September 2022 atas alasan PKP. Ini alasan yang tak masuk akal. Menteri Undang-Undang Takiyuddin pun pada tahun 2020 berjanji akan laksanakan pada Julai 2020.
2. "Apa yang YB tengah buat sekarang ni untuk UNDI 18?"
Sejujurnya, walaupun saya tidak bersetuju dengan alasan SPR, saya harus teruskan agenda UNDI 18. Jadi Parti MUDA cadangkan kepada SPR untuk beri hak kepada orang muda berusia 18 tahun daftar undi secara manual.
Ini adalah perkara yang SPR boleh buat dengan segera.
Hanya perlu ubah beberapa ketetapan dalam hal pendaftaran pengundi. Benarkan orang muda berusia 18 tahun mengundi. Mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia.
3. "UNDI 18 ni strategi pembangkang sahaja. Yang untung, MUDA dan Syed Saddiq."
Ini adalah fahaman yang salah. Kita harus faham bahawa usul UNDI 18 dipersetujui dan mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.
UMNO, BERSATU, DAP, WARISAN, PKR, PAS, AMANAH dan lain-lain. Saya pula sudah berada bersama MUDA dan sehingga hari ini saya sokong usul ini.
Orang muda tidak bermakna mereka akan sokong kerajaan atau pembangkang. Orang muda akan memilih dan menyokong mana-mana parti politik yang menjaga kebajikan orang muda dan masa hadapan negara.
Orang muda tidak fanatik kepada mana-mana parti. Mereka sokong benda yang betul dan akan tolak apa-apa yang salah.
APA YANG KERAJAAN HARUS BUAT HARI INI?
Kerajaan PN harus segera bekerja untuk melaksanakan UNDI 18. Ini adalah hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukan benda kecil.
Beri hak orang muda untuk memilih masa hadapan negara.
Segera laksanakan UNDI 18.
https://www.malaysiakini.com/news/569738
dap 2022 在 Tuyền Văn Hóa Youtube 的最佳解答
TRỰC TIẾP: Việt Nam vs Indonesia | Tuyền Văn Hóa cà khịa Indonesia siêu chất, HLV Park Hang Seo và đội tuyển Việt Nam đã vùi dập Indonesia 4 bàn không ngẩng mặt lên nổi tại vòng loại World Cup 2022
-------------------------------------------------
- SUBSCRIBE NGAY: https://bit.ly/2LdXw1v
- BLV: https://www.facebook.com/MrTuyenVanHoa
- Fan Page: https://www.facebook.com/TuyenVanHoaOfficial
- Contact: VietnamSportsOfficial@gmail.com
#TuyềnVănHóa #Bìnhluậnbóngđá #Tinnóngbóngđá #BóngđáViệtNam #Bóngđá #bóngđáViệt #Bóngđáhômnay