SET YOUR ALARM 9PM TONIGHT TIGERS🐯 Di IG @saharulridzwan
.
.
Ramai yang tengah enjoy drama #CintaSekaliLagi kan! 9 MALAM ini, Jom join @saharulridzwan aka #Fahad IG LIVE SESSION Eksklusif hanya di @iqiyimalaysia
Boleh tanya SR apa2 saja yang korang semua nak tentang drama ni😌
Jangan lupa! 𝗗𝗼𝘄𝗻𝗹𝗼𝗮𝗱 𝗮𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗶𝗤𝗜𝗬𝗜 (𝘼𝙋𝙋 𝙎𝙏𝙊𝙍𝙀 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙂𝙊𝙊𝙂𝙇𝙀 𝙋𝙇𝘼𝙔𝙎𝙏𝙊𝙍𝙀) 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗻𝘁𝗼𝗻 𝗗𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔😊
#iQIYI @iqiyimalaysia - Platform Streaming No.1 untuk drama Melayu
ᑕIᑎTᗩ ᔕᗴKᗩᒪI ᒪᗩᘜI❤️
.
“KESETIAAN DIKHIANATI, KEJUJURAN DIBENCI”
.
Drama CINTA SEKALI LAGI Bermula 4 𝐍𝐎𝐕 2020 28 EPISOD TV3 SLOT AKASIA Setiap Isnin hingga Jumaat 7Mlm-8Mlm @tv3malaysia
.
#CintaSekaliLagi
#AcahAcahDiva
#Fahad #FahadImran #Amanda #Amani
#Farhana #Mukhlis #Taqiudin
.
Director @paliyahyalatest // @eez77
Penerbit @suhanmovies // @iamrosyam
Skrip @niezanahar
OST @mishaomar #TanpaRela #MishaOmar
@sonymusicmy
@aju_ahmad
@dramasangat @tv3malaysia
#SlotAkasia #TV3Malaysia #TV3 .
.
#InSilenceWeRoar #TheBestNeverRest
@saharulridzwan #SaharulRidzwan
#SRTigers #SR.Tigers 🐯🐯AUMMM
同時也有50部Youtube影片,追蹤數超過2,430的網紅leeyanarahman.co,也在其Youtube影片中提到,#LEEYANARAHMAN #DRAMACIKMANJA #imantroye Kisah antara pasangan suami bersama gadis simpanan semasa menjadi banyak persoalan. Apakah yang sedang berla...
「drama melayu tv3」的推薦目錄:
- 關於drama melayu tv3 在 Saharul Ridzwan Official FC Facebook 的精選貼文
- 關於drama melayu tv3 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的精選貼文
- 關於drama melayu tv3 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於drama melayu tv3 在 leeyanarahman.co Youtube 的最佳解答
- 關於drama melayu tv3 在 David Teo Youtube 的最佳解答
- 關於drama melayu tv3 在 leeyanarahman.co Youtube 的最讚貼文
- 關於drama melayu tv3 在 Drama Tv3 Malaysia - Facebook 的評價
- 關於drama melayu tv3 在 Air Mata Ayah | Drama Melayu | Telemovie - YouTube 的評價
- 關於drama melayu tv3 在 DOMINASI DRAMA MELAYU TERBAIK DENGAN JUTAAN ... 的評價
- 關於drama melayu tv3 在 Rapuh EP1 | Drama Melayu - YouTube 的評價
drama melayu tv3 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的精選貼文
SURAH BUAT MAISARAH
TEGURAN MELALUI SURAH AL-QURAN
Sebuah drama baharu, Surah Buat Maisarah bakal menemui penonton di slot Zehra bermula 20 Julai ini.
Drama terbitan Layar Consult Sdn Bhd ini diarahkan oleh Ahmad Khalid, skrip oleh Rina Khan membariskan pelakon seperti Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Bella Dally, Beego, Azri Iskandar, Zarina Zainoordin dan Shah Iskandar.
Surah Buat Maisarah, sebuah drama yang mengisahkan mengenai seorang gadis melayu yang mengagungkan budaya barat, iaitu Maisarah (Syatila Melvin).
Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya.
Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.
Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakan dia mengubah Sara?
Saksikan kesudahan drama 15 episod yang penuh pengajaran ini menerusi slot Zehra hanya di TV3 dan juga tonton.com.my
drama melayu tv3 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Sedikit Nota Tentang Siri Seperti "Love You Mr. Arrogant" & "Playboy Itu Suami Aku" dan Bagaimana Drama TV Dapat Merevolusikan Individu.
Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.
Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.
Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin
Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):
Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.
Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.
Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.
Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.
Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?
Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.
Pilihlah sendiri.
Tulisan : Mizan Hashri
drama melayu tv3 在 leeyanarahman.co Youtube 的最佳解答
#LEEYANARAHMAN #DRAMACIKMANJA #imantroye
Kisah antara pasangan suami bersama gadis simpanan semasa menjadi banyak persoalan. Apakah yang sedang berlaku ? Tonton untuk ketahui lebih lanjut.

drama melayu tv3 在 David Teo Youtube 的最佳解答
Jejak Paranormal di Rumah Sewa RM 50 apakah kejadian misteri yang berlaku??
Kisah Benar Wanita Di Ganggu Ketika Haid :
https://youtu.be/bRWmiKV3MMQ
Pengalaman & Misteri Di Rumah Bomoh
https://youtu.be/8lAnzXIlhqw
Misteri Jalan Pagoh, Johor
https://youtu.be/0ItJN5MNJ-8
Pengalaman Di Tindih
https://youtu.be/KIvKyNNvKBI
Kisah Pembunuhan Remaja Di Dalam Locker
https://youtu.be/lbvNcJdMThk
#SeramMalamJumaat #ParanomalEntity #DMS #Hantu #Seram #RumahSewaRM50 #MigMovie #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
====================================================
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.

drama melayu tv3 在 Air Mata Ayah | Drama Melayu | Telemovie - YouTube 的推薦與評價

Air Mata Ayah is a heart-warming telemovie directed by Serwahyuni Jaes in conjunction with Fathers' Day 2022. This telemovie tells a tale ... ... <看更多>
drama melayu tv3 在 DOMINASI DRAMA MELAYU TERBAIK DENGAN JUTAAN ... 的推薦與評價

DOMINASI DRAMA MELAYU TERBAIK DENGAN JUTAAN TONTONAN HANYA DI TV3. Menampilkan gandingan hebat barisan pelakon baharu dan popular! ... <看更多>
drama melayu tv3 在 Drama Tv3 Malaysia - Facebook 的推薦與評價
查看更多有關Drama Tv3 Malaysia 的資料. Drama Tv3 Malaysia. 2017年10月30日 · . . titian cinta episod 28 (akhir). Rangrang Abinieh 和其他1,197 人. ... <看更多>