Unplanned 2020 - Untuk Orang yang Tak Suka Baca
Setahun Punya Cerita.
Ceritanya begini...
Lepas aku habis internship tahun lepas (November 2019), aku ambil keputusan untuk join satu program sukarelawan yang KBS anjurkan. Program MYCorps Misi 8 2.0 Asia Selatan. Mulanya aku isi dengan fikiran dapat pun ok tak dapat pun ok. Lepas aku isi tu aku join MRA Sabah pergi misi bantuan banjir di Kudat. Eh! “Anda terpilih untuk menyertai bla bla bla”. Balik ja dari Kudat ke Tawau. Esoknya aku terbang dari Tawau ke KL. Aku dilatih selama 1 bulan dalam program MYCorps. Bermacam modul aku jumpa. Best!
Habis training, aku patutnya dihantar ke India dengan team yang aku baru kenal masa training. Tapi team-team yang sepatutnya ke India terkandas 2 minggu sebab Visa tak lepas. 2 minggu tu aku dengan kawan-kawan manfaatkan untuk terus kumpul dana projek untuk bawa pergi negara misi. Hampir tiap hari kami turun di jalanan dengan bekal tabung dan kata-kata sakti minta sumbangan. Adakala sampai ke subuh kami berjalan di sekitar KL.
Hampir 2 minggu buntu tak deploy ke negara misi. Keputusannya? 3 team ke India yang terkandas dihantar ke Nepal dan Bangladesh. Team aku ke Nepal. Agak gembira sebab memang itu negara pilihanku pertama. Dengan harapan nampaklah banjaran Himalaya. Sampai sana jam 2-3 pagi. Nampak apa tak tau banjaran tu. Gelap! Tapi rileks.. Esok masih ada. Ya! Esoknya berkabus, dan esok tu lah juga kami bergerak ke kawasan yang sejauh 8 jam perjalanan dari Kathmandu. Jalan bukit-bukit. Bengkang-bengkok. View lawa. Tapi bukan Himalaya lah.
Macam2 projek kami buat di sana. Setiap hari kerja tanpa cuti walaupun sabtu ahad dengan harapan boleh ambil cuti di penghujung misi menikmati keindahan Nepal. Asalnya 2 bulan ke negara misi jadi 1 bulan 2 minggu. Tiba-tiba Covid. PKP diumumkan di Malaysia. Kami masih di Nepal. Ada sesetengah projek masih running. Selagi belum dapat keputusan daripada orang atas kami lanjut ja projek. Esoknya 19 Mac kedutaan Malaysia di Nepal maklumkan 20 Mac Nepal akan “lockdown”. Malam tu juga kami pack barang dan buat emergency evacuation keesokan harinya.
Jam 6 pagi, dengan kurang tidur selesaikan apa yang patut semalaman. Sarapan tak sempat. Kami terus ke Kathmandu untuk ambil the last flight from Kathmandu to Nepal. Dengan fizikal yang kurang baik, jalan bengkang bengkok. Mabuknya bukan main. 5 kali muntah. Aku duduk di depan bersebelah dengan driver orang Nepal. Asal aku muntah aku keluar kepala dari kereta. Abang tu pandaaaaaang ja. No stop. We are late. Kami berhenti pun untuk makan tengah hari ja di restoran entah di mana. Janji halal.
Sampai Nepal petang guys. Berkabus. Ya! Himalaya menghampakan aku. Lagi! Kami tunggu di Airport untuk Team Nepal yang lain sampai. Ada yang ambil masa 20 jam untuk sampai Airport dari kampung pedalaman. Risau kami time tu entahlah. Dengan orang sana menganggap kami penyebar Covid. Kami digelar Covid kalau berjalan di kampung-kampung sebab kami dari Malaysia. Muka-muka asia. Last flight dibantu oleh kedutaan. Alhamdulillah. Kami sampai di KL.
Kami kuarantin 2 minggu di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Mabuk aku 1 minggu baru rasa macam segar balik. Kuarantin pertama di IYC dalam bosan ada seronok. Makan cukup. Fasiliti cukup. Tidur kadang lebih dari cukup. Wifi laju. Aircond ada. Katil selesa. Nikmat apa lagi yang kau dustakan. Yang tiada adalah kebebasan. Betullah bebas tu sangat berharga. Macam-macam benda kami buat di sana, dari yang normal sampai yang tak normal. Dari perbincangan meja tentang negara dengan serius hingga ke belajar jutsu air, api, angin dengan tanah. Hebat!
2 minggu lepas tu, aku mahu rasa bebas dan mahu rasa berguna. Sebab 2 minggu kuarantin macam tiada guna. Aku ajak kawan baik yang aku kenal daripada MYCorps pergi jadi sukarelawan NGO Malaysian Relief Agency. Kebetulan rumahnya dekat dengan gudang barang MRA. Kerja kami angkut barang. Packing barang. Distribute barang. Barang makanan lah. Bukan barang terlarang. Berapa hari kami di sana, kami dapat berita kurang menyenangkan. Kawan-kawan yang masih ada di IYC bagitau ada satu orang positif. Tapi bukan dari kalangan kami. Mereka group lain yang dianggap berisiko dan dikuarantin satu bangunan dengan kami. Tapi kami tak pernah jumpa. Walhal nampak kelibat pun tak pernah sebab mereka tak boleh masuk kawasan kami, kami tak boleh masuk kawasan mereka.
Tapi kami dikehendaki buat swab test. Swab test pertama dihidung (Negatif). Perit! Mata berair dan bermulalah kuarantin kali kedua di rumah si kawan selama 2 minggu. Di dalam satu bilik yang tidak besar, cukup-cukup dua orang hidup. Kadang situlah masak dengan stove kecil. Situlah tidur. Situlah bercerita. Sampai satu tahap, kami kehabisan cerita untuk dicerita. Siap ada satu hari yang si kawan ada, tapi suara sehari tu tiada. Masing-masing buat hal masing-masing. Di sinilah juga aku merasa down sebab memikir masa depan. Apa jadi dengan dunia. Aku tiada duit, macam mana balik Sabah sebab tiket sudah cancel dan tiada upcoming flight ke Sabah. Aku baru habis belajar macam mana mahu cari kerja dalam keadaan ekonomi jatuh.
Tapi di situlah kawan-kawan yang di IYC memulakan satu gerakan yang bukan biasa-biasa. 8foraid. Yang bermula untuk menghabiskan sisa baju fundraising untuk ke negara misi jadi kutipan dana untuk membantu frontliners. Ya! Mereka menjadi sukarelawan tanpa turun padang. Daripada bilik kuarantin. Sukarelawan online. Kami yang di rumah pun turut serta memberi sokongan. Daripada beberapa ratus, jadi ribu-ribu terkumpul. Mereka mula dengan membuat PPE untuk frontliners. Buat live session di IG bercerita tentang kesukarelawanan. Inilah yang sedikit sebanyak mengisi masa kami di rumah.
Sebelum habis 2 minggu kuarantin, kami dikehendaki buat saringan kali kedua (Negatif). Hasilnya sama.. dihidung.. perit. Selesai dua minggu, kami mula turun padang dengan inisiatif 8foraid agihkan pek makanan kepada keluarga memerlukan. Tapi kami tak kerap keluar. Risau juga risiko jangkitan. Aku? Masih fikir cara balik Sabah. Akhirnya aku jumpa jalan. Hasil claim tiket yang cancel, sudah boleh pakai. Sekarang tinggal tunggu flight open ke Sabah dan tarikh sesuai. Aku tinggal lagi 2 minggu di rumah kawan menunggu masa pulang. Total satu bulan di rumahnya. Bukan biasa-biasa. Aku berterima kasih dengan si kawan menumpangkan atap.
Aku ambil flight transit KL-KK-Tawau. Tiba di KK, disambut dengan pegawai kesihatan. Ya! Swab kali ketiga! (Negatif).Sebab surat swab kali pertama dan kedua sudah expired. Dalam hatiku, “Tenang! Ini perkara biasa!” Hahahahahahahah. Ya! Masih perit di hidung.
Plan mahu bermalam di KKIA menanti flight esok. Tapi pegawai kesihatan offer bermalam di pusat kuarantin Kompleks Sukan. Esok mereka hantar untuk kejar flight ke Tawau. Bagai mengantuk disorong bantal. Makan pun free. Tidur pun dikatil, kalau di KKIA? Lantai. Ada transport pulang-balik. Ya nikmat apa lagi yang kau dustakan. Disitulah aku bertemu abang-abang se-daerah. Tak kenal tapi kita berkenalan ja. Mereka terkejut dengar ceritaku berliku.
Esok? Checkout. Fly ke Tawau. Disambut lagi pegawai kesihatan. Macam main badminton. Disambut terus. Ya! Kuarantin lagi kali ketiga. Apalah nasib. Tapi kalini tempat kuarantin lebih kepada suasana flat dan kampung-kampung. Ada orang yang masuk lagi awal dari aku di situ. Mereka seakan ada ketua kampung yang mengurus hal-hal kebajikan dalam bangunan kuarantin. Bila masa makan akan ada open table waktu tu. Makan sama-sama. Waktu tu aku pegang jawatan technician kampung baiki plug-plug rosak di kediaman kami. Baiki lampu. Masing-masing ada tugas. Enjoy! Tapi aku kuarantin 8 hari sebab result swab kali ketiga awal keluar memandangkan aku swab di KK. Kalau yang swab di Tawau, testnya kena hantar di KK. Aku bye awal kepada warga kampung. Hahahahaha.
Keluar ja dari kuarantin ketiga, aku balik rumah dan reset hidup. Entah apalah mahu dibuat. Aku pun buatlah pilot projek hydroponic. Waktu ni rasa bosan di rumah dan Malaysia dapat flatten the curve. Aku join lagi MRA Sabah buat misi sukarelawan kebakaran di Tawau, Kebakaran di Semporna dengan Banjir di Kota Belud. Lepas aku tengok pilot projek hydroponic jadi aku pun teruskan dalam skala yang lagi besar sampai sekarang masih dalam proses membina sistem. Banyak juga masalahnya. Dana. Isu-isu remeh. In shaa allah cuba disiapkan dalam tahun ni.
Aku join pula program majlis belia sabah di KK untuk belajar sikit pasal demokrasi. Adalah sedikit input dari segi pengetahuan. Juga input makan free dengan tidur hotel. Eh!? Lepastu aku join pula MRA Sabah dalam Projek Pusat Komuniti & Penyelidikan di Pulau Mabul. Kami berkampung di Pulau Mabul selama 5 hari untuk jadi sukarelawan buat general health screening dan bantu dalam penyelidikan pihak UMS. Di situlah aku start tertarik masuk pulau-pulau yang ada di Semporna.
Selesai itu, aku kembali ke KL untuk hadir Ignition Night MYCorps yang sepatutnya diadakan lepas habis misi. Tapi ditangguhkan sampai wabak reda. Boleh lah jumpa kawan-kawan MYCorps balik cerita pasal aktiviti kuarantin dan tiba-tiba projek akan datang. Kebetulan masa ni MYCorps Intermission 2.0 sedang dirancang oleh KBS. Mula lah semua excited cerita tentang projek. Seminggu aku di KL luangkan sedikit masa di sana dengan kawan-kawan. Balik ja Tawau aku mula merancang projek dengan team yang kami sendiri pilih. Kami setuju untuk Recce Projek Pulau Selakan, Semporna memandangkan kawan sudah pernah buat thesis di sana dan tahu serba sedikit tentang Pulau Selakan.
Beberapa minggu lepas tu team NGO Outbox datang ke Tawau untuk projek Kotak Bahagia mereka. Aku turut serta membantu sukarelawan yang membawa harapan untuk membantu orang di tempatku. Takkan lah orang datang kita tengok ja. Aku pun assist mana yang mampu. Walaupun mungkin waktu mereka datang tu agak kurang tepat sebab kebetulan PRN Sabah sedang rancak dan ramai orang salah faham niat baik mereka ni. Tapi Alhamdulillah projek mereka berjaya dan ada yang belum move on. Harap mereka baca. Beberapa hari lepastu, team aku berkumpul di Sabah untuk recce projek di Pulau Selakan di bawah MYCorps Intermission 2.0. Di sinilah juga kempen PRN Sabah giat berjalan.
Kami ke Pulau Selakan untuk recce tempat dan potential projek. Team aku setuju untuk buat projek air untuk 200 penduduk kampung di sana. In Shaa Allah lepas wabak ni reda kami teruskan. Apapun di sini aku pun mula risau dengan keadaan Covid sampai aku risau mahu balik rumah. Lepas ja Team aku balik ke semenanjung. Aku bertapa beberapa hari di rumah sebab risau mahu keluar. Tiba-tiba kita digelombang penularan Covid-19 yang ketiga. Kes di Sabah meningkat. Kawan-kawan di MRA Sabah mula giat atur langkah membantu apa yang mereka boleh sebagai sukarelawan. Kali ni aku ambil keputusan alang-alang kalau mahu bantu kita keluar rumah terus jadi sukarelawan frontliners. Buat masa ni, kami bantu Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau untuk buat saringan Covid-19 bersasar. Cuma bantu untuk pendaftaran, tapi merasa pakai suit PPE yang panas tu.
Baru aku rasa besarnya pengorbanan frontliners selama ni. Tak balik rumah. Tak jumpa keluarga. Pakai suit PPE panas. Mungkin ada yang stress. Kurang rehat. Frontliners kita memang awesome. Kami juga buka Tabung Covid-19 2.0 menggantikan tabung pertama time PKP dulu dan sekarang tengah bersedia untuk menghantar 2000 pek makanan kepada keluarga yang memerlukan. Juga set PPE akan dihantar ke hospital-hospital bahagian Tawau serta tempat-tempat yang memerlukan. Apapun jadi yang penting ikhlas. Rakyat Malaysia pun ramai yang bantu bagi sumbangan dan aku yakin mereka semua ikhlas. Kita saling membantu dalam keadaan yang saling susah. Adakah yang baca? Apa pendapat kamu?
P/s: menunggu swab ke-4
Ada lagi 2 bulan lebih sikit Tahun 2020 ku. Semoga bermanfaat. Aamiin.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Link for answer a set of questions: https://forms.gle/uMjBUPcrBoxaG1w77 Welcome to Electrical Labs. Every student and staff that needs to enter the ...
emergency evacuation plan 在 Travel Inspiration 360 Facebook 的精選貼文
[Attractive Giveaways]
Planning your next trip but worried about your coverage? Traveling without an insurance is like doing a bungee jump without a safety harness! 😱
Fret not with MSIG's latest travel insurance, TravelEasy Pre-Ex! This travel insurance plan is designed specifically for travellers with stable and controlled pre-existing medical conditions which covers unexpected overseas hospitalisation fees and emergency medical evacuation. 🙏🏻
The pre-existing medical conditions include but are not limited to heart problems, hypertension, asthma, diabetes and chronic hepatitis etc. For more information, please visit: bit.ly/MSIG_Pre-Ex or click on the link in bio. ❤👍🏻
And as always, good things must share! MSIG is holding an attractive giveaway:
- 1 lucky winner will enjoy a 3D2N stay in Ansa Kuala Lumpur, Malaysia!
- On top of this, 5 other winners will walk away with $50 Takashimaya shopping vouchers. 😍👍🏻
All you have to do is:
1: Like Travel Inspiration 360 page!
2: Share the unluckiest incident that happened on your trip that made it unforgettable (e.g. damaged luggage, food poisoning, asthma etc)
3: Like and Share this post on your timeline (must be made public)! ❤👍🏻
Contest ends 15/10/2018, 2359
Giveaway prizes are proudly sponsored by Berjaya Hotels & Resorts and MSIG Singapore.
T&Cs apply.
#giveawaysg #sggiveaway #sgcontest #contestsg #contest #win #giveaway #contests #giveaways #msig #berjayahotelsresorts #takashimayasg #fbcontest #Singapore
emergency evacuation plan 在 MANDY TAN 美蒂 Facebook 的精選貼文
DO YOU KNOW your TRAVEL INSURANCE COVER before you click to buy?
Does it cover for MEDICAL FEES DUE TO SICKNESS?
HOSPITAL ALLOWANCE?
EMERGENCY MEDICAL EVACUATION up to a cap of RM 10,000 ?
PERSONAL MONEY & DOCUMENTS up to RM 150 ?
Up to 72 HOURS upon arrival ONLY?
Get a more comprehensive one ( Around same price or lower price based on the plan chosen) with a Licensed Financial Planner who can advise which company's benefits suits your travel needs.
- Cover Medical Expenses due to sickness
-- Follow up Medical Treatment upon back to Malaysia within 90 days.
- Unlimited :
-- Emergency Medical Evacuation (Emergency transportation and medical care en route to move you (in a medical critical condition) to the nearest hospital)
-- Emergency Medical Repatriation
-Special coverages
Terrorism, scuba diving and winter sports are covered.
#mycareer #licensedfinancialplanner #needbasedadvise #clientinterestcomesfirst
emergency evacuation plan 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Link for answer a set of questions: https://forms.gle/uMjBUPcrBoxaG1w77
Welcome to Electrical Labs. Every student and staff that needs to enter the Electrical Labs is required to watch this safety briefing video and is also required to answer a set of questions. Your awareness of the importance of laboratory safety makes yourself become eligible to utilize the laboratories throughout the semester.
Please ensure that you wear proper attire. Slippers (flip-flops) are strictly prohibited, let alone barefoot.
Read all the posters that you see. Blue: Important! Green: Information. Yellow: Caution! Red: Danger!
There are several long information regarding the standard operating procedure (SOP), policy and officials contact numbers that need to be reached during an emergency. Please read the information on the wall. You may snap its picture using your camera and read it before you go to bed. Don’t let those information posters only become the wall decoration, but fill your chest (mind) with our safety procedure.
In case of emergency that requires evacuation, …
Make sure you know how to answer these three questions:
Do you know all exit doors?
The main exit can be opened by pressing the Press button.
Other doors can be opened manually. Make sure they are unlocked. If locked, please report it to the lab person-in-charge (PIC).
Make sure the EXIT lamp lights up. Do a simple test. If it is not functioning, please report it to the lab PIC.
Make sure there is no obstacle along the exit route. If yes, please report it to the lab PIC.
Question: If evacuation is required, where do we need to go? Canteen (café)? Toilet? Prayer room?
That is a good question. At every main door, we have prepared the emergency exit route plan to a certain location which is known as the Assembly Point. Please refer to it at the main door. If not available, please report it to the lab PIC.
In the incidence of (small) fire that you are able to deal with, use the provided fire extinguisher. Make sure you know the location of the fire extinguisher. Make sure the reading of pressure meter is normal. If it is used, report it to the PIC.
The steps [in using the fire extinguisher]: PASS
Pull-Aim-Squeeze-Sweep
The fire extinguisher can only be used once. Right after using it, make a report to the PIC.
In the occurrence of a minor accident that you are able to deal with, use the first aid kit properly. Every usage of the item in the kit must be recorded for the purpose of replacement.
Be aware of the emergency switch location. If your friend got an electric shock, use the wooden stick properly. And don’t open the 415 Volt electrical panel without the knowledge of the lab PIC.
After using the lab, please practice the 5S procedure for the benefit of all parties.
Finally, every problem related to safety, minor or major injuries, please make a report to the officials within 24 hours. Any damages incurred must also be reported to the lab PIC.
[We won’t punish you. The report will be used for incident prevention.]
That’s all. Thanks for watching. Please answer the questions in the Google doc (Google form) to test your understanding, in order [for us] to instill the safety culture at the laboratories. Please provide your name, and number (ID or phone?) for the purpose of recording and observation.
Thank you.
https://forms.gle/uMjBUPcrBoxaG1w77
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/BmUwAanFF58/hqdefault.jpg)
emergency evacuation plan 在 How to Plan for Workplace Emergencies and Evacuations 的相關結果
An emergency action plan covers designated actions employers and employees must take to ensure employee safety from fire and other emergencies. Not all ... ... <看更多>
emergency evacuation plan 在 Evacuation Plan - How to Prepare, Make a Plan, Examples 的相關結果
An evacuation plan is a diagram showing the safest emergency exit routes from a home or building. Learn how to prepare for emergencies, make plans, ... ... <看更多>
emergency evacuation plan 在 Fire Emergency Evacuation Plan and the Fire Procedure ... 的相關結果
A fire emergency evacuation plan (FEEP) is a written document which includes the action to be taken by all staff in the event of fire and the arrangements ... ... <看更多>