Apa yang best di Kuantan?
Pantai Timur terdiri dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan semua best sebab dekat dengan laut yang matahari nya terbit dari timur.
Aku lahir di Terengganu, belajar di Kelantan, dan bertemu jodoh di Pahang.
Ya, lahir di Kuala Terengganu, belajar di Kota Bharu dan bertemu jodoh di Kuantan!
Jadi Kuantan ni best sebab banyak kenangan manis di sini.
Pantai Cherating, Pantai beserah, Telok Cempedak, tempat ramai orang muda lepak. Percutian keluarga yang santai bersama anak anak, ada banyak kedai, ada tempat budak main, dan boleh mandi manda..
Nak makan ikan bakar, sotong celup tepung? Pergi Tanjung Lumpur. Berpuluh puluh kedai dengan silauan lampu sana sani, memang kecur air liur, lagi lagi ikan bakar masak petai..
Nasi lemak zaman, Satay Zul, nasi kerabu kemira, nasik minyak tanjung api, ikan patin Mabiq, keropok, satar, dan macam macam menu menarik.
Nak pergi air terjun Panching pun ada, nak pergi zoo free pun ada, nak mandi waterpark yang besar pun ada, nak main bowling? Nak tengok wayang? Nak berjogging di Taman Gelora, Taman Bandar IM? nak karoeke bersama keluarga, taman tema mini, nak naik bot ronda sungai depan HTAA? semua ada lah.
Depan masjid Negeri, acara buka puasa tengah padang, jualan barang seni, dan macam macam aktiviti..
Cuma perpustakaan belum siap.
Jadi nak baca buku free susah sikit.
Nak buku kena beli.
Dan MBS, sebuah kedai buku baru yang besar telah di buka bersebelahan pasar raya Giant Tanah putih.
Saya ada event lepak santai sana hari ini, jam 2 petang, (15 Oct 2016)
Jemput datang. Nak ambik gambar?. Nak tanda tangan.? Nak lukis kartun muka korang kat buku.? Boleh InsyaAllah...
Kecil pengusung mayat. Kereta mayat saya sediakan.
Woha!
Search