EDITOR
EditorTranslated
Masa RMO ni aku tengok balik dokumentar favourite, ada mamat ni tengah cakap pasal editing, dia kata great editing skills akan protect seseorang pengarah dari bunuh diri. Mamat tu nama dia Sean Penn.
“The essence of cinema is editing” tu kata Coppola pula.
Dulu aku terjebak dengan film editing sebab aku terjumpa fasal Sergei Eisenstein, salah seorang pengarah terawal dunia yang menitikberatkan skills editing untuk menyampaikan maksud dan menyuntik emosi kepada penonton. Eisenstein antara geng-geng Soviet filmmakers yang memperkenalkan idealogi formalism ke dunia sinema.
Itu benda paling basic tentang film editing. Kemudian, seorang lelaki telah mengembangkan Soviet technique ni dan terus jadi salah seorang pengarah paling berpengaruh di sekian alam, dia adalah Alfred Hitchcock seorang genius yang berjaya crafting psychology ke dalam seni filem untuk mewujudkan rasa suspense.
Dunia semakin menjadi complex. Teknik penyuntingan juga semakin evolve. Lalu muncul editor era modern cinema sekarang ni. Aku letak sikit list film editor yang masih aktif kat sini untuk siapa-siapa yang minat research fasal seni menyunting ;
1. Thelma Schoonmark, ni nenek orang dah ni bro! Umur 80 tahun, tapi steady je dia edit The Irishman. Dia start jadi editor untuk Martin Scorsese masa dia belajar kat universiti lagi. Lebih 50 tahun punya collaboration.
2. Michael Kahn, seorang atok berumur 84 tahun yang masih lagi aktif mengedit sampai ke hari ni. Dia ni penyunting untuk Steven Spielberg.
3. Walter Murch, seorang figure paling penting untuk community editors & sound designers sekarang. Dia ni berjaya connects the dot between science & art into his crafts. Aku rekemenkan untuk korang baca buku dia, In the Blink of an Eye. Sebab ni buku yang terpenting untuk seorang editor zaman moden.
Kenapa aku guna tiga editor ni sebagai subject yang boleh dijadikan rujukan?. Sebab ketiga-tiga editor ni ada kekuatan masing-masing untuk kau faham kerja sebagai penyunting.
Thelma Schoonmark ni mementingkan tentang leadership in the cutting room. Macam mana dia control powerhouse director macam Scorsese untuk dengar cakap dia tu sangat amazing. Thelma bersifat keibuan sikit, tiap hari dia akan ke film set untuk lepak dengan conty girl. Dari situ dia akan dapat information apa yang Scorsese tengah buat kat set tanpa kacau pengarah tu. Dan benda penting Thelma ajar, seorang editor kena banyak mendengar, cuba faham betul-betul apa yang director explain sebelum kau argue. Cara dia mendengar seorang budak tengah bercerita, sebab seorang director tu memang bersifat expressive macam budak kecik, jadi kena bagi extra attention kat dia. SEORANG EDITOR PERLU MENDENGAR.
Michael Kahn pula dia menekankan tentang feel bila susun shots Tak macam Thelma Schoonmark, Kahn tak turun ke set. Ini supaya dia boleh bagi pure new perspective to the story. Editing adalah puzzle toys yang Kahn main dari dia muda sampai la tua. Edit film main dengan every frame. Raw footage - sekadar ambil contoh - durasi 10 saat, kalau pengarah shoot in 24fps, jadi total frame untuk shot tu adalah 240 frames. Then another raw footage - just put any number - 120 frames. So total adalah 360 frames tu adalah playground untuk kau adjust here and there. Then, tolak sana, tambah sini follow apa kau rasa. Other advice, if you never make alterations to your cut, kau confirm tak akan dapat the best cut. Nasihat dia paling penting ialah don’t edit from knowledge, edit from feeling. SEORANG EDITOR PERLU ADA FEEL.
Walter Murch pula berjaya create workflow yang sangat effective untuk editing. Dia cipta the rule of 6 (google sendiri) untuk kau buat analyzing dapat cut best ke tak. Dia juga suka edit tanpa audio even ada dialog sekali pun, so dia read lip apa actor tu cakap. Cara ni kau akan dapat purest cut untuk membantu kau judge yang cut yang kau buat tu tanpa ada extra element. Maksudnya, bila cut kau tu tak ada apa-apa perencah lagi dah best, so bila kau tambah benda lain konfirm create attractive cut yang ranum ditengok. Tapi jangan terlebih letak macam-macam. Masakan pun jahanam kalau letak benda pelik-pelik. Murch kata yang edit filem sekarang ni semua orang boleh buat, sebab dia sangat simple akan tetapi untuk menjadikan editing tu ke higher level, it requires the same dedication and persistence that any art form does. SEORANG EDITOR PERLU ADA ANALYTICAL MIND.
Okay borak fasal technique ni boring sikit la, sebab bukan semua orang kisah tentang art of editing pun.
Aku rephase balik kata Stanley Kubrick, “I love editing. I think I like it more than any other phase of film making. If I wanted to be frivolous, I might say that everything that precedes editing is merely a way of producing film to edit.” Sebab tu la ramai yang setuju hakikat bahawasanya films are made in the cutting room.
Aku bukan kata proses lain tu tak penting. Tapi editing proses terakhir sebelum filem dijadikan tontonan kepada umum. Kalau skrip kau salah, kau boleh adjust masa kat set. Kau shoot salah, then kau boleh adjust kat edit. Tapi bila edit kau salah? Kau nak adjust kat pawagam ke apa? Tapi jangan la jadi pembaris sangat untuk interpret yang kau boleh ambik ringgan bahagian yang lain atau suka main petik the famous word fix in post!.
Tanam ni dalam kepala otak semua ya, kalau bahagian scripting dah problem lepas tu shooting problem jugak, maka itulah neraka paling jahanam untuk editor. Segala beban tu dah berlonggok kat editor. Maka muntah hijaulah mereka-mereka ini.
Hatta muntah pelangi sekali pun, adalah menjadi tanggungjawab editor untuk pastikan filem tu dalam keadaan yang paling baik. Maka dengan itu, producer pun kena la bagi something sikit. Kalau tak dapat adjust budget, adjust lah timeline yang lebih panjang. Kalau best dapat bagi dua-dua sekali gus. Happy editor can create good movie kan?
So editing ni adalah tempat yang menentukan movie itu made or broken. Banyak filem diselamatkan dan sebenarnya lebih banyak dijahanamkan secara tak sengaja dalam editing room.
Jadi tahukah anda mengenai peristiwa tentang satu filem yang berjudul Annie Hall atau judul asalnya Anehonia (tak best langsung nama tajuk ni). Filem ni hampir jadi mimpi ngeri buat Woody Allen. Nasib Allen selamat sebab ada Ralph Rosenblum kat sebelah dia, a skillful experience film editor yang dah kerja dengan sorang lagi director power, Sydney Lumet.
Original duration filem Anehonia ni 150 minit, plot asal pasal murder mystery. Tapi producer/co-writer, Marshall Brickman naik angin bila preview final offline edit. Dia guna kad producer untuk suruh Rosenblum buang semua crime scene then go with different direction, sampailah final output jadi 93 minit dengan genre yang lain terus, rom-com!.
Korang tahu kan apa jadi next?
Woody Allen menang Academy Awards for directing, Brickman menang best original screenplay, dan filem tu sendiri menang best film. Tok Woody Allen menang untuk semua major awards untuk tahun tu. Hanya dengan kuasa Tuhan sahaja yang telah menyelamatkan filem ni sampailah dia jadi cult movie yang bagi huge influence pada ramai filmmaker sampai ke hari ni.
Tapi ada lagi benda kelakar dorang buat.
15 tahun selepas kejayaan besar Annie Hall, Allen dengan Brickman buat balik filem yang dorang buang half dulu. Depa adjust-adjust idea dalam tong sampah tu jadi filem Manhattan Murder Mystery, another masterpiece yang bergolek-golek datang kaki dorang.
Selain tu, sebuah filem yang menjadi landmark counterculture dan juga antara karya terhebat sepanjang sejarah peradaban dunia. Filem tu berjudul Easy Rider, ia juga dibikin dalam cutting room. Filem tu mengambil masa setahun untuk diedit, dengan footage yang nak dipilih sebanyak 80 jam dan dijadikan sebuah cerita berdurasi 95 minit.
Another story berlaku pada Februari 1977, George Lucas ajak kawan-kawan baik dia untuk tengok rough cut filem terbaru dia. Antara diajak ialah Spielberg dan De Palma yang masing-masing excited dengan air tangan Lucas lepas kejayaan filem American Graffiti. Then dorang pun layan lah rough cut tu. Lepas habis preview agak krik-krik, tapi dalam ramai kawan-kawan tu De Palma ni asshole sikit, dia kutuk Lucas sebab bikin filem sampah. Semua orang dalam bilik preview tu mengumpat pasal Lucas, kecuali Spielberg yang dia kata “wei aku suka je filem hang ni, tapi nampaknya aku sekor je la yang suka ni.” Begitulah Spielberg sopan santun orangnya. Lucas tahu je Spielberg tengah ambik hati dia yang tengah kecewa tu. Next, dia pun terus buang editor yang buat dia kena kutuk tu. Tapi ni kan George Lucas bro, so dia tak ada problem sangat nak settlekan issue editing ni, sebab dia kenal ramai editor yang power. Dan lagi satu, Lucas ada trump card kat poket, bini dia sendiri pun awards winning editor, Maria Lucas - tapi tengah berehat sebab baru keguguran. Lalu dengan penuh rasa dendam kat kawan-kawan yang tengah ketawakan dia, Lucas bawa masuk antara editor terbaik era new hollywood, Paul Hirsch, Richard Chew dan Maria Lucas sendiri yang kena kerja. Akhirnya lahirlah filem yang menjadi kegilaan satu dunia, iaitu Star Wars.
Jadi ingat, classic case Annie Hall, Easy Rider dan Star Wars ni. Director hebat-hebat semua tu ya.
So dengan kata mudahnya, hal-hal macam ni kalau nak jadi, director power macam mana pun tetap akan berlaku juga. Dalam production film tak semua yang kau rancang tu berjalan lancar, confirm ada hiccup here and there. Kebanyakkan damage ni kau tak nampak lagi masa shooting ya sahabat.
Then hakikat yang paling kejam ialah bila kau dah habis shoot, pastu baru start masuk editing room, now tangible damages can be measured accurately. Di sini ramai filmmaker yang terduduk, termasuk lah aku sendiri yang pernah beberapa kali kena. Saat ni lah penyesalan tu datang berlumba-lumba!
Akhirnya, kita semua cuba set up the best plan dan masa execution pun dah terbaik kita buati. Tapi semuanya dah bergantung pada Tuhan. Kalau Dia setuju, maka tercipta lah filem tu ikut macam mana yang Dia kata okay.
Kalau Tuhan sayang kau lebih sikit dari orang lain, Dia bagi secubis cabaran untuk kau harung. Biar reflect pada diri sendiri sebab lepas ni kau jadi lebih kuat untuk masuk next level pulak.
Jadi itulah kasih sayang Tuhan bagi kat Nam Ron dan Bront masa nak siapkan One Two Jaga.
Filem yang menang kesemua anugerah dalam Malaysia dan ditayangkan dipelbagai festival filem luar negara ni mengambil masa dekat dua tahun di post production untuk disiapkan. Aku jadi saksi tengok darah, peluh dan air mata yang tertumpah. Masa tu, hari-hari muka Nam Ron jadi macam pak cik umur 70 tahun dah, Bront pulak putih habis misai rambut dia. Tapi tu la filmmakers ni, hati dia kering, redah je sampai habis walau pedih mana pun.
Jadi bila time macam sekarang ni, time aku baring-baring tak buat apa-apa. Baru la paham apa yang Tuhan suruh aku ponder sikit pasal benda yang jadi depan mata hari tu.
Kalau aku rajin, aku cerita pulak cara kami solvekan problem ni.
Salam!
「genius girl movie」的推薦目錄:
- 關於genius girl movie 在 Rykarl Gaming Facebook 的最佳解答
- 關於genius girl movie 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於genius girl movie 在 GIFTED | Official Trailer | FOX Searchlight - YouTube 的評價
- 關於genius girl movie 在 Gifted Official Trailer 1 (2017) - Chris Evans Movie - YouTube 的評價
- 關於genius girl movie 在 The Genius Girl | Faster than a Calculator | By Viral Movies 2.0 的評價
genius girl movie 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
ULASAN FILEM MUALAF (Spoiler ada di mana mana)
(Kata aku kepada isteriku pada suatu malam: Abang tidak mahu antara kita ada Sharifah Amani…)
Beberapa tahun dahulu.
Aku suka apabila isteriku berambut panjang, tak kira betapa besarnya akan mengerbang rambutnya di waktu pagi, aku suka, bab kata kaki facebook, I Like!
Suatu hari isteriku meminta izin untuk memotong rambut dengan gaya pendek, ingin ubah fesyen katanya, (jangan salah faham, isteriku bertudung, cuma ingin mengubah penapilannya kepada aku seorang) tapi aku tidak mengizinkannya.., sebab aku suka wanita berambut panjang..,
Adalah dua tiga kali beliau meminta kebenaran untuk berambut pendek, tapi aku tak benarkan, bab kata kaki facebook:
I Block!
******
Suatu hari di Malam Raya
Hari Raya bila balik rumah mertua, mungkin boleh aku namakan sebagai hari berpeluang menonton filem melayu kerana free luar biasa, dan filem pilihan aku bagi Raya tahun ini adalah filem Muallaf arahan Arwah Yasmin Ahmad.
Waktu aku tengok, jam dah 11 malam, anak anak dah tidur kepenatan dan bini aku sedang gosok baju untuk berhari raya esok hari,
Tiba tiba aku ketawa kuat kuat, lepas tu senyap, lepas tu ketawa lagi kuat-kuat macam orang gila.
Bini aku yang sedang khusyuk gosok baju bertanya:
"apa yang kelakar sangat bang?”
Aku kata:
“Jap lagi abang cerita”
Lepas tu dari jauh kelihatan bini aku menyambung gosok baju dan dari luar rumah, kedengaran suara aku gelak kuat kuat macam orang gila. Jangan bimbang, rumah mertua aku besar, maka gelakkan aku tidak mengganggu tidur mereka..
Akhirnya, bini aku habis gosok baju, dan aku habis menonton filem Muallaf, gelak ku sudah hilang dan semua baju baru sudah tersidai di penyakut almari menunggu untuk melaram di pagi raya nanti.
Oleh kerana bini aku sudah kepenatan gosok baju dan kemas barang, dan aku juga sudah penat update movie, maka tidurlah aku tanpa sempat menceritakan akan sebab kenapa aku ketawa berdekah dekah ketika menonton filem malayu pilihan tahun ini kepada bini aku,
Menunaikan janji, aku tulis ulasan filem dan sebab ketawa hari itu dalam nota ugama hari ini kepada bini aku yang akan baca blog ini hari hari.
Sebelum tu aku bagi trivia filem ini.
1. Menang filem terbaik dalam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010)
2. Sebelum filem ini diterbitkan, satu kontroversi telah timbul di mana watak Sharifah Amani (Rohani) yang dicukur rambutnya meninbulkan kemarahan mufti-mufti tertentu disebabkan amalan mencukur rambut bagi wanita adalah sama sekali haram dari segi Islam. Namun selepas potong beberapa babak, barulah filem ini mendapat kelulusan tayangan.
3. Sepertimana filem-filem yang sebelumnya, penayangan Muallaf bermula dengan ayat Bismillahirahmanirrahim (Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang). Apa yang berbeza kali ini ialah ayat tersebut ditulis dalam bahasa Cina
4. Menang Anugerah Khas Filem Terbaik Asia-Timur Tengah (Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film) di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.
5. Muallaf adalah cerita berkisahkan perempuan berambut besar (lakonan Ning Baizura) bertemu dengan perempuan bermulut besar (Sharifah Amani) yang menyuruh perempuan ber’mulut besar’ itu agar membuat potongan fesyen rambur besar sepertinya, dah nama mulut besar, maka Rohani bersikap kurang ajar kerana Ning Baizuara hanyalah ibu tiri selepas mak kandung Ani meninggal, lalu Ayah Rohani(Rahim razali) yang panas baran, dan suka minum arak tapi tak nak sentuh anjing telah menghukum Rohani dengan membotakkan kepala Amani sampai berarah darah.
Geram, marah, dan malu, Rohani melarikan diri bersama adik perempuannya Rohana (Sharifah Aleesya) lalu tinggal di rumah berhantu di perak, sebelum memulakan persekolahan di sana. Di sekolah baru adiknya, Rohani berkenalan dengan cikgu sekolah berbangsa cina yang bergaduh dengan emaknya kerana sudah lama tidak pergi gereja dan bila imbas kembali, ada sejarah hitam yang mana beliau di bogelkan oleh ayahnya kerana buat dosa melihat majalah tak senonoh.
Panjang cerita aku pendekkan, Rohani memaafkan ayahnya di hujung cerita, begitu jugak pemuda cina itu. Mungkin moral cerita ini adalah, memaafkan semua orang sebelum tidur. Oh, ye lupa nak bagitahu, sinopsis ini adalah spoiler, padan muka kamu, woha!
6. Ada dua ayat dalam filem ini yang disenyapkan oleh LPF kerana bimbang timbul kontreversi, tapi oleh sebab aku kononnya boleh baca pergerakan mulut, maka babak senyap itu berbunyi, "You look like nuns" yang dikatakan oleh Brother Anthony (Tony Savarimuthu) ketika melihat Rohani (Sharifah Amani) memakai telekung dan juga "Nanti orang ingat kita wahabbi" yang dikatakan oleh Rohana (Sharifah Aleysha) di gerai makan. Ha ha!
7. Mungkin filem ini lebih konterversi jika ada babak Rohana bertanya Brother Anthony, selaku seorang paderi yang memakai salib di tengkuk dengan soalan: If Jesus had died in the electric chair would you wear and electric chair around your neck?Woha! (ok, ini peringatan juga untuk orang islam, apa apa kita buat dalam perkara ugama, mesti ikut sunnah Nabi, harap korang faham)
8. Pengarah filem ini, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia pada usia 51 tahun pada bulan Julai 2009, beliau tidak sempat mengambil trofi kemenangan filem terbaik, ini hakikat hidup, semua orang akan jadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya. Pesan kepada diri sendiri.
Ok, sekarang pergi pada babak kenapa aku katawa berdekah dekah,
****
Babak satu: Rohani start motor nak hantar adiknya kesokolah tapi motor tak hidup-hidup, dia pun baca bismillah dan motor hidup.
Rohani senyum, dan aku pun senyum.
*****
Babak dua, sampai sekolah, waktu adik dia turun dari motosikal, baru kakak dia perasan si adik tak ikat tali helmet, kakak dia marah, tapi aku senyum.
*****
Babak tiga, sedang si adik bergaduh, datang paderi nasihat, lalu adik dia, Rohana quote ayat dari Pengakuan-pengakuan St. Augustine, bila tengok muka paderi tu confuse aku senyum..
Lepas tu paderi tu beri nasihat:
“Girl, my mother once told me…”
Terus adik beradik tu berhenti bergaduh dan tunggu apa ayat seterusnya dari si pedari, lalu kata si paderi:
“I forgot what she told me!”
Amani senyum dan Aku gelak! Woha!
*****
Babak empat. Rohani berborak dengan kerani berbangsa cina kat sebuah Kolej selepas mencari kursus sesuai untuk sambung belajar tapi tak jumpa,
Rohani: Miss you guys don’t seem to have courses on Theology.
Kerani: what?
Rohani: Comparative Religions?
Kerani:What?
Rohani: How about Sociology of Religions?
Kerani: Why would anyone want to study that?(muka boring gila)
Rohani:Why not?
Kerani: What for? No use lah, Our courses prepare our students for the life they have ahead.
(Sambil si kerani berbangsa cina tunjuk logo besar kolej dengan moto: FUTERE KOLEJ: for the life you have ahead- Aku ketawa berdekah)
Rohani: What about the death that lies ahead. (aku ketawa lagi)
Kerani: Prepare for death, for what?
Rohani: Because it’s more certain than life.
Kerani hembus nafas dengan muka bosan..
Rohani berlalu dan berkata: It’s Ok, I will try somewhere else, Thanks.
Kerani: Hey, no college in this town is stupid enough to conduct courses to teach you about death lah.(dengan nada menyindir)
Rohani: You should try it sometime.
Kerani: why should I try the course?(dengan nada marah)
Rohani: No, Not the course. Death!
Woha!
*****
Babak empat:
Rohana adik Rohani kena marah oleh cikgu India dalam kelas, tapi tiap kali kena marah beliau akan quote ayat ayat dari kitab kitab, macam kisah sahabat Nabi, Sa’id bin Jubair r.a ketika berdialog dengan Hajjaz sebelum di bunuh, aku senyum tengok babak menjawab guna kitab ugama ni, kreatif, dan aku gelak bila cikgu tu cakap dalam keadaan marah,
Stop it or I will do somenting, I’ll rigret.!
Lepas tu selamba ayu betulkan inglish cikgu tu, regret, not rigret! Dan terus kena rotan-woha!
Masa rotan boleh pulak si Ana quote nombor pelik (105:1) yang mana akhir cerita kita tahu bahawa nombor tu adalah surah al fill, kisah tentera bergajah-ada kaitan dengan subjek melukis gajah dalam kelas tu, hu hu.. What director try to tell us? Tak paham.
*****
Babak 5:
Rohani naik motor dan berselawat dalam bentuk lagu ke atas Nabi, aku senyum-klasik.
*****
Babak 6
Rahim Razali, ayah Rohani, minum arak gelas besar, tapi tak nak bersalam dengan orang yang sentuh anjing- ha ha! (klasik pendosa melayu)
(note: Babak rahim Razali minum arak tak di tunjukkan, tapi dari suasana lokasi, kita tahu seolah rahim Razali baru lepas minum arak, nampaknya mungkin pengarah faham tentang satu fatwa yang dikeluarkan sesetengan ulamak, yang menegur pelakon berlakon minum arak sebagai dosa juga, jadi dalam kes ni, genius. Tapi betul dalam filem ini ada babak minum arak dan dipotong LPF-tarik balik genius.
*****
Babak 7:
Rohani bekerja di Pub, tapi babak tu tak tunjuk jugak, dari perbualan bos dan pekerja, kita tahu ramai pelanggan suka Ani kerana bagus PR dan cerdik, dan kerjanya nasihat pelangan Pub supaya berhenti minum arak dan minum air mineral water, ha ha, sekali lagi, pengarah play safe untuk filem ugama dan ini bagus, aku pantang filem ugama yang nak tunjuk hero insaf di babak akhir, tapi babak awal, kena ada watak pergi disko, raba raba, minum arak.., tak perlu babak disko untuk filem melayu, tak perlu! (tapi amoi pub ni seksi sangat-akukan kena jaga mata..aduh..)
******
Babak 8:
Ani dan Ana baru lepas solat, masing masing pakai kain sembahyang, cantik sungguh, lepas tu bila pintu rumah kena ketuk, si Ani ambil batang besi sebelum bersedia bukak pintu, cantik sungguh babak tu.
Rupanya Paderi dan cikgu sekolah Ana datang rumah, Bila Ani nak tukar kain solat, paderi cakap, tak apa, sebab nampak macam sister paderi, sungguh realistic dialog. Lepas tu ada lagi dialog yang aku dah malas nak tulis, tapi kelakar.., lepas tu borak pasal bible dan terdedahlah rahsia quote pelik si adik Ani, adalah dari Al quran, lepas tu borak pasal Hantu, dan gambar Hantu yang bunuh diri, kelakar!
Mereka panggil Hantu dalam rumah tu: Uncle! Woha!
******
Babak 9:
Ani dan Ana dan cikgu borak pasal ugama kat kedai mamak sambil pekena roti canai, siap bukak topic Tauhid Rubuliah, Ululiah, Wahabi, Muallaf, Sunni, Syiah, Kritisan, dan moral dari kakak, rujuk Ustaz untuk faham makna Al quran, (rujuk Buznama)
lepas tu azan, kedua mereka pergi solat awal waktu di masjid, dan datang Mamak kedai bagi tahu pada cikgu jangan mengorat si Ani sebab dia dah cop! Woha!
“satu roti telur berapa”? seratus dua puluh ringit! Jawab Mamak tu bila cikgu tu suruh kira. Marah sungguh sebab takut rohani kena ngorat-ha ha!
******
Babak 10:
Latihan Teekwandoo, ending dia kelakar gila babi. Aku malas nak tulis sebab panjang sangat.
*****
Babak 11.
Ayah Ani dan Ana datang ke sekolah untuk culik anak mereka yang lari dari rumah, si Paderi terus lari ke gereja, doa sebaris ayat dan lari balik untik selamatkan Ana dari di ‘culik’ bapanya. Ha ha,
Lepas tu paderi jatuh dan di selamatkan oleh ustaz. Wow!
******
Babak 12.
Cikgu sekolah tolong kemas rumah Ani, kelakar. Malas nak tulis sebab aku dah malas.
******
Babak 13.
Mak si cikgu nasihat anaknya, jangan bawak kereta laju laju, anaknya cakap baik, lepas tu dia bawak kereta laju laju. Ha ha!
Babak bukak kasut masuk rumah orang islam tak kelakar, tapi bila di guna untuk ending, kelakar!
Ok, ada banyak lagi kot aku tak cerita, dan cerita ni ada jugak kelemahan seperti watak Ani dan Ana yang tak bertudung, bersalam dengan bukan Muhrim, mungkin kefahaman ugama yang ada pada pengarah filem ini masih di tahap muallaf, buat filem itu diterjemahkan tidaklah menapati syariat islam walaupun untuk perkara asas, tapi masih baik dari segi keberanian bercerita tentang subjek ugama di sebalik kisah cinta, dan kemaafan.
Ok, habis laporan kepada bini aku akan “kenapa abang ketawa malam itu”.., jadi bini aku mungkin tak perlu tengok cerita tu sebab aku dah cerita, tapi jika nak tengok jugak, boleh, tapi abang tak nak gosok baju, woha!
Apa kesan filem ini pada kau Hamka?
Kesan? Hmm, baik, Habis cerita itu, aku cakap, pada bini aku ,:permintaan kamu untuk berambut pendek, abang benarkan… woha!
Mungkin aku terkesan dengan kecomelan Sharifah Amani berambut pendek dalam filem itu, Astarfitullah..,
Bini aku gembira, dan terus pergi potong rambut pendek pada hari raya ke enam, dan lepas ia berambut pendek, aku tengok bini aku, nampak muda sangat.., macam budak sekolah pulak aku rasa.
Lalu nafsu aku membara,
Terus aku ajak bini aku tidur malam tu, aku nak rasa rambut baru, ha ha ha…
Tapi malam itu, kami ‘tidur’ tak tutup lampu..
Lalu bini aku tanya, kenapa tak tutup lampu bang, nak hayati potongan rambut baru saya ke?
Jawab aku:
"Abang tidak mahu antara kita ada Sharifah Amani"
Woha!
Ps: Moral Entry ini, dalam islam, dilarang bersetubuh dengan membayangkan orang lain selain pasangan anda yang sah, sebab tulah abang bukak lampu malam tadi sayang, sebab abang takut teringat dengan Sharifah Amani yang juga berambut pendek, astarfrulahiazim, jom sambung tidur, woha!
(dipetik dari buku kereta mayat)
genius girl movie 在 Gifted Official Trailer 1 (2017) - Chris Evans Movie - YouTube 的推薦與評價
I Am Sam · Top 5 Mathematician Movies · Forever My Girl | Official Trailer | Roadside Attractions | In theaters January 19 · Chris Evans & Mckenna ... ... <看更多>
genius girl movie 在 The Genius Girl | Faster than a Calculator | By Viral Movies 2.0 的推薦與評價
The Genius Girl | Faster than a Calculator This girl who does math faster than a Calculator #movietowatch #newmovie #mustwatchmovie #movie. ... <看更多>
genius girl movie 在 GIFTED | Official Trailer | FOX Searchlight - YouTube 的推薦與評價
Jenny Slate is Mary's teacher, Bonnie, a young woman whose concern for her student develops into a connection with her uncle as well. ... <看更多>