Mengapa Nabi Muhammad Berkahwin Dengan Khadijah, Seorang Janda?
Apabila menginjak ke usia dewasa, datang persoalan sebegini. Mengapa ia perlu dipersoalkan? Sebagai lazimnya seorang lelaki muda, sudah tentu berkenan kepada wanita-wanita yang belum bersuami dan masih muda. Tetapi tindakan Nabi Muhammad Sollahu ‘Alayhi wa Sallam berbeza dengan norma biasa seorang lelaki dewasa.
Jawapan bagi persoalan ini tidak diketahui jawapannya. Nabi Muhammad pun tidak pernah memberitahu mengapa baginda memilih calon isteri seorang janda.
Sebagai info, sebelum berkahwin dengan Rasulullah, Saidatina Khadijah telah berkahwin dengan dua orang lelaki, iaitu ‘Atiq bin ‘A’iz dan Abu Halah bin al-Nabbasy. Sukar ditemui tentang status ‘Atiq itu sama ada bercerai hidup atau bercerai mati dengan Khadijah. Melalui beberapa fakta sejarah yang tidak jelas kesahihannya menunjukkan beliau meninggal dunia.
Manakala Abu Halah pula didapati masih hidup di zaman Nabi dan beliau hidup sehingga zaman pemerintahan Khalifah Keempat Saidina Ali bin Abi Talib dan terkorban di dalam Peperangan Jamal. Jadi, Khadijah dan Abu Halah bercerai hidup.
Apakah pedoman isu ini untuk kita di zaman sekarang? Apakah kelebihan seorang janda sehingga Nabi Muhammad memilih untuk menjadi pasangan hidup baginda sehingga isteri tercinta itu meninggal dunia. Baginda tidak pernah berpoligami sewaktu hidup bersama dengan Khadijah.
Apabila direnung kembali, apakah kelebihan seorang janda yakni seorang wanita yang pernah berkahwin dan pernah bercerai dengan bekas suaminya?
Di sini kita boleh simpulkan beberapa perkara sebagai pedoman untuk kita.
Pertama, apabila Nabi Muhammad mendirikan rumah tangga bersama Khadijah binti Khuwailid, baginda tidak perlu mendidik Khadijah tentang tanggungjawab seorang isteri daripada kosong. Khadijah telah mempunyai pengalaman bagaimana melayari kehidupan bersama seorang lelaki bernama suami. Apa kehendak suami, apa keinginan dan keperluan zahir dan batin suami.
Kedua, Nabi Muhammad juga dapat belajar daripada Khadijah tentang apa keperluan seorang wanita yang bernama isteri. Memandangkan Khadijah sudah pun berpengalaman hidup bersama dengan lelaki lain sebelum ini. Tidaklah Nabi dan Khadijah terpaksa ‘try and error’ hidup bersama.
Bagi yang baru kali pertama berkahwin, kita terpaksa bereksperimen bersama pasangan kita. Apa yang pasangan kita suka dan tidak suka, bergaduh, berbaik semula, kemudian berselisih, meminta maaf pula. Mengapa? Kita masih dalam proses belajar untuk hidup di alam rumah tangga. Bagi alam rumah tangga Nabi, Khadijah sudah ada pengalaman. Jadi, ada kemungkinan juga Khadijah berkongsi dengan Nabi apa yang boleh dan tidak boleh dalam sebuah kehidupan perkahwinan.
Hadith ini dilaporkan oleh Aisyah binti Abu Bakr. Muhammad kembali kepada keluarganya dengan membawa ayat wahyu dalam keadaan gelisah. Beliau menemui Khadijah binti Khawailid lalu berkata, “Selimuti daku, selimuti daku!”
Baginda pun diselimuti hingga hilang ketakutannya. Kemudian beliau menceritakan peristiwa yang terjadi itu kepada Khadijah, “Saya benar-benar bimbangkan diri saya.”
Khadijah berkata, “Janganlah begitu, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu, selama-lamanya. Demi Allah! Sesungguhnya, dikau menyambung silaturrahim, bercakap benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, meraikan tetamu dan sentiasa membela kebenaran.” – Sahih al-Bukhari
Apabila kita melihat hadis ini daripada sudut pandangan sebuah kehidupa rumah tangga, ia satu situasi yang sangat sempurna bagi seorang isteri menguruskan emosi seorang suami. Seolah-olah kita dapat lihat, bagaimana Khadijah sangat memahami peribadi dan personaliti Nabi yang beliau telah hidup bersama selama 15 tahun pada peristiwa ini.
Tanpa bertanya apa-apa pun, di saat suami pulang dalam keadaan gelisah dan meminta supaya diselimutkan, Khadijah sebagai isteri berpengalaman luas memenuhi permintaan suami. Tanpa ditanya apa-apa soalan.
‘Abang kenapa? Apa berlaku?’
‘Kenapa abang pucat? Abang nampak hantukah?’
‘Berapa kali saya sudah cakap, jangan pergi ke gua lagi, tengok apa sudah jadi!’
Ini mungkin dialog yang lazimnya akan keluar daripada mulut seorang isteri apabila melihat suaminya pulang dalam keadaan gelisah. Tetapi Khadijah langsung tidak bertanya apa-apa. Jelas dan ketara pengalaman beliau membantunya menguruskan situasi begini.
Dalam keadaan begitu, menemani suami sehingga suami tenang dan mula berbicara. Apabila suami rasa risau dan bimbang, diberi ketenangan dengan memberi pengukuhan yang jelas bahawa tidak akan ada apa-apa bahaya yang akan menimpa.
Khadijah memberitahu ciri-ciri personaliti yang ada pada diri Nabi, Khadijah berkata, “Demi Allah! Sesungguhnya, dikau menyambung silaturrahim, bercakap benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, meraikan tetamu dan sentiasa membela kebenaran.”
Ini adalah 6 personaliti Nabi Muhammad yang jelas nampak di mata Khadijah yang dikenali selama 15 tahun perkahwinan pada peristiwa itu. Secara jujurnya, mampukah kita menyenaraikan 6 personaliti pasangan kita dengan tepat setelah sekian lama hidup bersama? Insya Allah, boleh.
Di sini kita dapat lihat bagaimana pengalaman luas Khadijah di alam perkahwinan menjaga dan menguruskan kehidupan Nabi. Sehingga baginda sangat mengasihi dan mencintai beliau.
Saidatina Aisyah pernah memberiahu, “Tidaklah saya cemburu kepada mana-mana isteri Nabi melainkan pada Khadijah. Saya tidak sempat bertemunya.”
Aisyah berkata lagi, “Apabila Rasullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam menyembelih kambing, baginda akan berkata kepada pembantu, “Hantarkan sembelihan kambing ini kepada sahabat Khadijah.”
Aisyah menyambung, “Pada satu hari, saya rasa marah kepada baginda maka saya berkata, ‘Khadijah lagi.’
Lantas Nabi Sollahu ‘Alayhi wa Sallam bersabda, “Saya telah dianugerahkan untuk mencintainya.” – Sahih Muslim
Para wanita tidak dapat belajar daripada Khadijah secara langsung. Tetapi ciri-ciri seorang wanita yang mempunyai banyak pengalaman di alam rumah tangga kita boleh cari di zaman sekarang. Maka di situ, kita boleh aplikasi dalam memberi latihan kepada para bakal suami dan isteri tentang pengalaman hidup yang sebenar daripada orang yang mengalami sendiri kehidupan alam perkahwinan.
Lazimnya, kita mendengar ceramah dalam kursus perkahwinan daripada pengalaman seorang isteri yang melayari hidup dalam tempoh yang lama dengan suaminya. Kekurangannya ialah beliau tidak ada pengalaman kehidupan seorang wanita yang pernah bercerai memandangkan beliau mendapat suami yang baik. Bagaimana dia boleh berkongsi tentang worst case scenario sebagai pasangan yang akan bercerai memandangkan dia tidak ada pengalaman sendiri.
Maka, dicadangkan kepada wanita-wanita bujang yang ingin mendirikan rumah tangga, temui wanita-wanita yang pernah mengalami naik turun di alam perkahwinan. Pelajari kehendak sebenar seorang lelaki zahir dan batin. Begitu juga bagi lelaki, dapatkan pedoman daripada lelaki dan wanita yang pernah alami sendiri situasi perceraian barulah kita nampak realiti sebenar sebuah perkahwinan. Jika tidak kita akan terkhayal sendiri tentang realiti kehidupan rumah tangga yang sebenar.
Saifuddin Yusof
Kepedihan dihiris sembilu tidak akan dirasa dengan hanya berkata-kata.
saifuddinyusof.com/mengapa-nabi-muhammad-berkahwin-dengan-…/
Dapatkan ebook penting di saifuddinyusof.com
Info Sekolah Penulisan Ramadan di bit.ly/TulisRamadan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「hadis silaturrahim」的推薦目錄:
hadis silaturrahim 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Khas untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab awak sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan awak..
.
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
.
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
.
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
.
.
.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
.
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
.
Wallahu a’lam.
.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
hadis silaturrahim 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
MENGAPA BERPUASA ISNIN DAN KHAMIS?
Islam menganjurkan berpuasa sunat pada dua hari dlm seminggu iaitu Isnin dan Khamis.Mengapakah dua hari ini dipilih,tidak pada hari yg lain.
Bila dikaji,ditemui suatu hadis dari nabi yg mungkin boleh menjawab persoalan ini.Sabda nabi "Amal manusia diperiksa setiap hari Isnin dan khamis. Maka, aku suka jika amal-amalku diperiksa ketika aku sedang berpuasa” (HR Tirmidzi).
Rekod amal manusia diperiksa didepan Allah pada dua tersebut, dg itu jika kita sedang berpuasa diharapkan kita akan mendapat pengampunan dan ganjaran yg besar.Lagipun ibadat puasa,ganjarannya hanya Allah yg mengetahui.
Pada hadis lain disebut lagi hal ini dan keampunan Allah kecuali mereka yg memutus silaturrahim. “Sesungguhnya amal-amal manusia diperiksa di hadapan Allah dalam setiap minggu dua kali, yaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka semua hamba yang beriman terampuni dosanya, kecuali seorang hamba yang di antara dia dan saudaranya terjadi permusuhan…” (HR. Muslim).
Pada hari Isnin dan khamis juga dibuka pintu syurga menurut hadis.
"Pintu-pintu Surga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Maka semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni dosa-dosanya, kecuali seseorang yang antara dia dan saudaranya terjadi permusuhan. Lalu dikatakan, ‘Tundalah pengampunan terhadap kedua orang ini sampai keduanya berdamai, tundalah pengampunan terhadap kedua orang ini sampai keduanya berdamai, tundalah pengampunan terhadap kedua orang ini sampai keduanya berdamai.” (Shahih Muslim)
Jadi kepada mereka yg mampu berpuasa pada dua hari ini,kepada mereka yg pekerjaannya tidak berat, pesara,sebaiknya berusaha untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Ramadan itu ibarat latihan shj,sebaiknya dituruti dg puasa sunat sebagai kesan dari latihan berpuasa ramadan,sebagai satu kesinambungan kebiasaan yg dipraktik selama sebulan.Allah paksa puasa sebulan,kemudian dijanji ganjaran besar jika menyambung 6 hari lagi dan sebaiknyalah kita menyambung dua hari dlm seminggu.Jika dibiasakan,puasa ini tidaklah berat,alah bisa tegal biasa.Wallahua'lam.
Kredit : Cikgu Abd Ghani Haron.