TIDAK BACA QUNUT & TIDAK SUJUD SAHWI
SOALAN :
Adakah di kalangan sahabat Nabi r.a. yang membaca qunut subuh?
Jika dia tertinggal baca qunut kemudian terlupa pula sujud sahwi adakah sah solatnya?
JAWAPAN :
Berkata Imam Nawawi :
في مذاهب العلماء في اثبات القنوت في الصبح: مذهبنا أنه يستحب القنوت فيها سواء نزلت نازلة أو لم تنزل وبها قال أكثر السلف ومن بعدهم أو كثير منهم وممن قال به أبو بكر الصديق وعمر بن الخطاب وعثمان وعلي وابن عباس والبراء بن عازب رضي الله عنهم رواه البيهقى باسانيد صحيحة
Artinya : “Pada menerangkan mazhab ulamak pada menyabitkan doa qunut pada solat subuh. Bermula mazhab kami sungguhnya disunatkan doa qunut di dalam solat subuh samada ketika turun musibah atau tiada. Dan dengannyalah berkata yang lebih ramai dari kalangan salaf dan orang-orang selepas mereka atau kebanyakkan dari mereka. Maka setengah dari mereka yang berkata dengannya ialah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab dan Uthman dan Ali dan Ibnu Abbas dan Al-Barra’ bin ‘Azib radhiallahu’anhu. Telah meriwayatkannya oleh Imam Al-Baihaqi dengan sanad-sanad yang sahih.” (Kitab Al-Majmu’)
Hukum membaca doa qunut pada solat subuh ialah sunat ab’adh artinya sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Maka jika seorang itu terlupa melakukannya disunatkan dia sujud sahwi sebanyak dua kali sebelum salam.
Akan tetapi jika dia tidak juga melakukan sujud sahwi samada terlupa atau sengaja nescaya solatnya itu tetap sah dan luput ia pahala membaca doa qunut dan pahala sujud sahwi.
Berkataq Imam Abu Ishaq As-Syairazi :
ﻭﺳﺠﻮﺩ ﺍﻟﺴﻬﻮ ﺳﻨﺔ ﻓﺎﻥ ﺗﺮﻙ ﺟﺎﺯ ﻭﻣﺤﻠﻪ ﻗﺒﻞ ﺍﻟﺴﻼﻡ
Artinya : “Dan sujud sahwi itu sunat hukumnya. Maka jika seorang itu meninggalkan sujud sahwi nescaya harus ia dan tempat sujud sahwi itu adalah sebelum memberi salam.” (Kitab At-Tanbih Fi Al-Fiqh As-Syafie)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
hukum doa qunut 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Semua Bidaah itu sesat?
(baca sampai habis dan sila bersetuju di perenggan akhir-woha!)
Soalan pembaca: “Salam, baru baru ni Zakir Naik yang pernah Encik Hamka puji update facebook bagitahu sambut Maulid tu Bidaah, semua tahu Bidaah itu sesat, tapi kenapa encik Hamka menyokong Maulid?”
Jawapan:
Aku pernah tak setuju dengan Ustaz Azhar isu orang ke Bulan, tapi aku setuju jer bab Fekah yang lain, aku juga tak setuju bab ustaz Rora larang orang selawat antara tarawih, tapi bab lain ada yang bagus, sama jugak kes Dr Zakir Naik ini, bab perbandingan agama, sangat bagus hujah dia, Tapi bab akidah dan fekah, Dr Zakir Naik ni bukan ahlinya.
Tak nak sambut maulid, duduk lah diam-diam, tak jadi masalah. Tapi bila tuduh sesat kepada orang yang tak terima fatwa mereka, itu lah punca segala masalah, pengganas atas nama islam pulak bukan boleh dengar perkataan bidaah, terus tuduh kafir dan nak bunuh orang jer, itu di Mesir yang sampai orang tengah solat pun mereka sanggup bunuh.
Padahal Islam agama kedamaian, kenapa nak gaduh gaduh? Kenapa nak sesatkan bidaah hasanah? Kenapa nak guna satu hadis jer dalam berhujah? “Setiap bid’ah itu sesat.”
Padahal banyak lagi hadis lain yang cerita bab bidaah tak sesat, contohnya:
“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam contoh amal yang baik lalu diamalkan orang kemudian, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan baik dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu”(HR Muslim)
Nampak tak Hadis ni yang benarkan MENGADAKAN CONTOH YANG BAIK atau namanya Bidaah Hasanah!
Sahabat Nabi, Saidina Umar bila tambah rakaat Solat Tarawih, siap cakap: “Alangkah cantiknya bidah ini”
Jadi memang ada pun bidaah yang baik, tak percaya?
Mari kita tengok contoh bagaimana di zaman Nabi pun ramai sahabat buat Bidaah yang baik seperti:-
-Tambah baca doa sebelum al fatihah, (Abdullah Ibn Umar)
-Tambah baca ayat al ikhlas dalam setiap rakaat, (Anas bin Malik)
-Berzikir dengan ulang Surah Al Ikhlas banyak kali (Abu Sa’id al-Khudri)
-Menambah lafaz Doa dalam Solat (Abu Buraidah)
Ganti mandi wajid dengan tayammun sebab cuaca sejuk (Amru bin Al-Ash)
-Tambah solat wudhu lepas ambil wudhu, (Bilal Bin Rabah)
Tambah solat sunat dua rakaat sebelum kena bunuh, (Khubaib Ibn ‘Adi al-Ansari)
--Menambah doa ketika iktidal, (Rifa’ah Ibn Rafi’ az-Zurqi)
Menjadikan surah Al fatihah sebagai "ubat" ketika di sengat binatang, (Abu Sa’id al-Khundri)
-Baca Al fatihah kepada orang yang sakit gila (Kharijah Bin Shil)
-Mengubah posisi jarak makmum dalam solat Jemaah, (Ibn Abbas)
-Memperbaharui kaedah Masbuk dalam solat, (Muaz bin Jabal)
-Bertasawul kepada Nabi dalam perang, (Bani Zuhl bin Syaiban)
-Cadangan Azan Sebelum Solat (lupa nama Sahabat ini)
-Makan Biawak Dhab(lupa nama sahabat)
-Sahabt Berzikir beramar-ramai dan Nabi memuji.. (lupa nama sahabat)
-
dan banyak lagi.
Nampak tak? sahabat menambah Bidaah Hasanah, dan Nabi tidak larang, malah Nabi memuji dan menggalakkanya! Jika semua Bidaah sesat dah tentu Nabi larang.
Maka fahamlah kita dizaman wahyu belum berhenti, Nabi benarkan sahabat membuat bidaah Hasanah, atau contoh yang baik, padahal dengan kuasa Wahyu, boleh jer turun ayat yang larang semua ini, tapi Nabi benarkan dan galakan, korang Nampak tak?
Namun ada jugak amalan Bidaah yang Nabi larang, seperti Sahabat sengaja tak nak kahwin, Tak nak cium anak, maka Nabi larang sebab itu Bidaah yang sesat, jadi guna common sense bahawa memang ada Bidaah yang baik (nabi benarkan) dan Bidaah yang sesat (Nabi larang)
Nak tahu mana satu common sense, bermesyuaratlah, rujuk Ijmak Ulamak.
Ok, itu ketika Nabi masih hidup, ada tak bidaah Hasanah yang sahabat buat selepas kewafatan Nabi?
Jawapanya dah tentulah ada seperti:-
-Tambah rakaat solat tarawih,
-Tambah amalan tawaf antara rehat tarawih,
--Menulis hadis,
-Membukukan Al quran,
-Solat sunat secara berjemaah,
-Bertasbih dengan biji kurma
-Bertasbih dengan Simpulan Benang
-Azan kedua di hari Jumaat,
-Ubah makam Ibrahim dari tempat asalnya,
-Ubah suai Masjid Nabi,
-Berdiri di tangga berbeza ketika membaca Khutbah,
-Mencipta selawat ke atas Nabi,
-Menulis ilmu Nahu,
-Letak titik pada huruf di dalam mashaf Al-Qur’an,
-Menetapkan Nisab 40 Hari dan 4 Bulan di Jalan Allah
-dan banyak lagi.
Jadi memang wujudpun Bidaah Hasanah walaupun di zaman Sahabat dan Tabieen, jadi tak payah gaduh gaduh.
Balik Zaman kita ni pulak, ada tak Bidaah Hasanah yang di buat oleh Ulamak? jawapan ada seperti:-
-Maulid Nabi-Sambut Birthday bini yang kita sayang boleh? tak kan nak sambut birthday Nabi Muhammad yang lebih kita sayang tak boleh?
-Baca ‘Quran Hour’ atau baca Yassin di setiap malam Jumaat, atau baca Sujud Sejadah di Hari Jumaat, atau Baca qunut di setiap solat subuh.
-Kutip derma waktu ceramah, atau jual Meja Iftar atas tujuan dakwah
-Karang pelbagai Kitab agama
-Jual Kitab agama
-Tambah Selawat selepas Nama Nabi di kitab
-Tambah Pujian kepada Nama sabahat di Kitab
-Buat Universiti Islam (zaman Nabi Takde)
-Tetapkan masa Belajar (4 tahun untuk Phd Hadis misalnya)-zaman Nabi takde
-Bayar Zakat guna wang (Mesyuarat di Malaysia putuskan tak ikut Mazhab Syafee dalam bab ni, no problem, guna Common sense secara mesyuarat)
-Keluar Berdakwah 3 hari, 40 hari, 4bulan
--Gantung bendera menjelang pilihan raya
-Buat Uniform khas untuk Tok Imam
-Solat sambil tengok Al quran atau ada yang tengok Al quran di smart Phone
-Berqasidah
-Wirid selepas solat
-Berdoa secara berjemaah selepas solat
-Bernasyid
-Melafazkan niat Solat, Puasa dan lain lain.
-Ucapan Bilal sebelum azan Jumaat
-Bersalaman selepas solat
-Sedekah Bacaan Al quran dan doa kepada orang mati
-Mencium Al quran
-Guna Tasbih kayu, plastik, elektronik.
-Berdakwah di Blog, FB, Instagram dan lain lain
-Meletak gambar Ustaz
-Dan banyak lagi, korang boleh tambah
Jadi memang wujudpun Bidaah Hasanah ni, bolah guna dalil dan Nas, syaratnya rujuk pada orang yang berlimu, jangan sempitkan agama dengan Haram dulu, Ikut Imam Syafee, harus dulu baru cari dalil.
Masalah puak wahabi bila berhujah guna keadah yang keras:
“segala amal itu haram, sehinggalah ada hujah yang membenarkannya”
Bila start hukum Haram dulu, maka kerana cetek ilmu, maka amalan ziarah kubur, maulid, qasidah, qodo solat, tahlil, zikir lepas solat, qunut, baca yassin, dan lain lain semuanya difahami sebagai HARAM dahulu sebelum jumpa dalil, lepas tu kerana cetek ilmu lagi sebab tak jumpa hujah, terus anggap semua tu BIDAAH dan HARAM dan masuk NERAKA!
Adohai, Islam agama kedamaian, kenapa nak berhujah guna kaedah yang keras, padahal Imam Syafiee ajar kaedah yang lembut:
“Asal bagi segala perkara adalah harus sehingga terdapat dalil yang menunjukkan kepada tidak harus”
Kan senang tu, apa-apa HARUS dulu, baru cari dalil, jika HARAM dulu, memang gaduh..
Akhir kata, jangan gaduh gaduh, duduk Malaysia ikut jer lah Mazhab Imam Syafee, lagipun bukan Iman Syafie sorang sahaja yang membahagikan bidaah kepada Sesat dan Bidaah Hasanah
Antaranya: Imam Ibn Hajar, Imam al Baihaqi, Imam al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Shuyuti, Ibn Taimiyyah, dan ramai lagi Ulamak lain.
Of Course, memang ada Ulamak yang tak setuju seperti Imam asy Syatibi yang mendakwa bidaah semuanya tercela.
Walau bagaimanapun Imam asy Syatibi mengakui ada di antara bidaah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya ‘bidaah’ tetapi memasukkannya dalam kategori ‘Maslahah al Mursalah’ (kepentingan umum).
So masalah istilah sahaja, buat apa nak gaduh?, benda baik ikut dapat pahala, kan senang? Memang jika berdebat dengan wahabi Malaysia, mereka takut sangat dengan istilah BIDAAH sehingga Bidaah Hasanah mereka tukar kepada lebel lain, konon hal dunia lah, padahal, ulamak ulamak terdahulu, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat tapi ianya baik)
Takdelah susah susah nak lebel dunia lah, Masaqah lah, maslahah lah, apa lah, padahal ulamak dahulu tak berdustapun atas nama nabi, jika amalam itu baik nabi tak buat-namakan bidaah hasanah, jika amalan buruk nabi tak buat, namakan bidaah sesat, kan senang?
Sama jugak macam ulamak namakan hadis soheh, hadis hassan, hadis daif, hadis palsu.., kan senang nak tapis? so tolong jangan jadi macam anti hadis pulak,yang tolak semua hadis sebab sempitkan agama ikut cara nafsu dia faham, sama jugak yang anti bidaah hasanah, terus sempitkan larangan Nabi konon semuanya haram, padahal apa yang Nabi tak buat itu belum tentu haram, sebab tu Allah suruh mesyuarat di zaman wahyu berhenti ini agar Umat Islam menjadi bijaksana dalam berhukum.
Jadi bermesyuaratlah, dan ambilah fatwa dari hati yang mempunyai takwa.
Sekian.
Ps: Asal bagi segala perkara adalah harus, Terima kasih kerana bersetuju-woha!
hukum doa qunut 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
DOA QUNUT DAN DAN HAYATI MAKSUDNYA.
Bismillahhirrahmannirahim
Allah humah dini fiman hadait
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa'a fini fiman 'afait
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
.Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan
Wabarikli fimaa a'tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Waqinii Syarrama qadhait
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Walaa ya'izzuman 'adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
...AMIN...