[Kristian-kah Jehovah Witnesses?]
Jehovah Witnesses adalah sebuah aliran yang mendakwa gereja mereka adalah Kristian yang sebenar.[1] Mereka juga aktif melakukan usaha misionari di seluruh dunia. Di Semenanjung Malaysia mereka bertapak di Melaka dengan memakai nama Pertubuhan Bible Dan Risalah Watchtower Malaysia dan mereka bergiat aktif menyebarkan risalah ajaran mereka. Aliran ini juga sangat kontroversi bagi pihak Kristian arus perdana. Mereka sering kali dituduh sesat dan bukan lagi Kristian oleh majoriti golongan Kristian.
Di Singapura sejak tahun 1972 aliran Jehovah Witnesses diharamkan dan kegiatan mereka dipantau dengan ketat sekali. Terdapat banyak kes penangkapan berkaitan dengan usaha penyebaran aliran ini di Singapura.[2]
Apa Maksud Jehovah?
Perkataan Jehovah atau Yahweh berasal daripada Bahasa Hebrew dan digunakan sebagai nama bagi Tuhan yang dicatatkan di dalam Bible, New World Translation Of The Holy Scriptures (terjemahan versi Jehovah Witnesses), buku Psalms 83: 18.
Perkataan Jehovah pertama kali digunakan di dalam Bible versi Bahasa Inggeris pada tahun 1530. Bible tersebut telah diterjemahkan oleh William Tyndale kepada Bahasa Chumash dan ia merupakan lima buku bible yang pertama berdasarkan buku yang berjudul “When Time and Eternity Kiss: A Bold New Version of Human Destiny, God And The Bible by Sean Maddox. Tambahan pula, tidak ada sebutan yang tepat bagi menyebut YHWH berdasarkan Jehovah Witnesses. Mereka percayakan bahawa Jehovah adalah Tuhan yang satu berdasarkan perkataan ganti nama “Aku” yang disebut di dalam Exodus 20:1-26.
Sejarah Bermulanya Aliran Jehovah Witnesses
Pada zaman awal gerakkan ini, nama bagi Jehovah Witnesses tidak pernah wujud. Aliran ini bertitik tolak dari abad kesembilan belas melalui pergerakan Adventist di Amerika yang diasaskan oleh Charles Taze Russell (1852 –1916).
Tercetusnya kepada gerakkan ini bermula dari tokoh sebelum Charles Taze Russell iaitu William Miller (1782 –1849) yang merupakan seorang misionari Kristian Baptis yang memulakan pergerakan denominasi gereja baru dengan membawa idea ramalan bahawa Jesus akan kembali ke dunia pada tahun 1843. Ramalan tersebut telah mendapat perhatian dari kalangan Baptis dan aliran gereja yang lain.[3]
Mereka percaya akan dakwaan yang dibawa oleh William Miller. Mereka hanya melihat dan menunggu bakal kejadian itu. Selain itu, mereka melakukan pengiraan semula dan tarikh kedatangan Jesus ke dunia ditukarkan kepada Mac 1844 dan seterusnya ke Oktober tahun itu juga. Tarikh itu telah berlalu tanpa berlakunya apa-apa peristiwa yang didakwa. Sebelum kematian William Miller dan kecewaan terhadap ramalannya pada tahun 1844 yang tidak tepat, terdapat beberapa pengikut yang masih menggerakkan gereja itu walaupun ia telah berpecah belah.
Setelah itu, berpecahnya cabang-cabang aliran (denominasi) di bawah pengaruh Adventis seperti denominasi Advent Christian Church, Seventh Day Adventist, dan lain-lain denominasi. Mereka wujud hasil dari perpecahan idea yang dibawa oleh William Miller.
Hal ini juga mempengaruhi kepada Charles Taze Russell. Beliau juga menubuhkan syarikat majalah Watchtower Zion pada tahun 1879. Dari situ beliau kembangkan idea dan ramalan beliau tersendiri. Beliau pernah meramalkan bahawa kiamat berlaku pada tahun 1914.[4]
Setelah itu, datangnya tokoh terkemudian bernama Joseph Franklin Rutherford (1869 – 1942) beliau sangat menyanjungi idea Charles Taze Russell. Beliau mula menamakan gerakkan gereja mereka dengan nama Jehovah Witnesses. Setelah itu aliran ini sangat laju berkembang dengan dipimpin oleh tokoh terkemudiannya seperti Nathan Homer Knorr (1905 – 1977) dan lain-lain.
Pada hari ini mereka berkembang dengan cepat, pejabat pusat mereka terletak di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat. Mereka juga memiliki banyak syarikat penerbitan di seluruh dunia dan mereka juga mengedarkan majalah yang terkenal iaitu The Watchtower dan Awake! secara percuma.
Aqidahnya Tauhid?
Terdapat beberapa kepercayaan Jehovah Witnesses yang begitu paradoks dengan aliran Kristian arus perdana yang mana mereka tidak percayakan kepada konsep Triniti Tuhan sepertimana Kristian Katolik dan Protestan percaya. Mereka percaya bahawa Tuhan itu satu (Esa) dan tidak ada kedua baginya.[5]
Di dalam laman web rasmi Jehovah Witnesses (www.jw.org) mereka menyebut dalam artikel The Untold Story of Creation mengatakan bahawa Tuhan adalah satu, menciptakan segala-galanya dan Tuhan tidak boleh menjadi sebahagian daripada ciptaannya.
Mereka juga percaya bahawa Jesus diutuskan ke dunia ini hanyalah sebagai pesuruh tuhan atau seorang rasul. Malah mereka juga tidak beranggapan bahawa Roh Kudus adalah salah satu dari Tuhan.[6] Konsep kepercayaan mereka mengenai Tuhan ini hampir sama dengan aliran Unitarian.
Atas alasan inilah Jehovah Witnesses dituduh oleh golongan Kristian sendiri bahawa gerakkan mereka ini adalah sesat dan menyeleweng dari Kristian itu sendiri. Berlainan dengan aliran Mormon yang dibincang pada artikel yang lepas, golongan Mormon dituduh sesat disebabkan mereka tidak menerima Triniti Tuhan akan tetapi mereka percaya kepada konsep Tuhan itu memiliki tiga identiti, peribadi dan susuk tubuh yang berasingan. Disebabkan konsep ketuhanan mereka menolak Triniti, aliran Mormon dan Jehovah Witnesses dilabel sebagai sesat malah dituduh bukan lagi dari Kristian.[7]
Kesimpulan
Jehovah Witnesses adalah aliran yang kontroversi berpecah dari idea seorang paderi tukang ramal bernama William Miller. Ramalannya terbukti tidak benar dan hasil daripada itulah berpecahnya aliran-aliran gereja di Amerika kerana mereka sudah tidak percayakan kepada William Miller. Malah tokoh utama Jehovah Witnesses, Charles Taze Russell juga banyak melakukan ramalan, dan ramalannya yang kontroversi adalah kiamat berlaku pada 1914 dan itu merupakan krisis terbesar yang beliau hadapi dari pengikut-pengikutnya.
Selain itu juga, Jehovah Witnesses terkenal dengan konsep monoteisme Tuhan di dalam kepercayaan mereka dan mereka menolak Jesus sebagai Tuhan. Seorang penulis Evengelis Kristian yang banyak menulis buku bernama Hank Hanegraaff menyatakan bahawa Jehovah Witnesses percaya bahawa konsep Triniti yang mengatakan Jesus itu Tuhan yang diimani oleh majoriti Kristian itu adalah ciptaan syaitan.[8]
Sebenarnya hujah mengenai kepercayaan monoteisme Tuhan di dalam Jehovah Witnesses ini dilihat lebih kukuh struktur penghujahnnya berbanding dengan aliran Kristian yang percaya kepada triniti. Ini kerana mereka mendakwa tidak dapat satu ayatpun di dalam Bible yang mengisyaratkan bahawa Jesus itu adalah Tuhan. Malah mereka mengemukakan hujah di dalam Bible banyak ayat yang menceritakan konsep satu Tuhan iaitu dalam Keluaran 20: 1-5, Keluaran 4: 35, Keluaran 4: 39, Ulangan 6: 4, Markus 12; 29, Markus 12: 32, Yohanes 17: 3 dan banyak lagi.
Jika dilihat dari segi aqidahnya mereka mengambil bentuk kepercayaan seperti golongan Yahudi berdasarkan teks Bible. Timbul persoalan, mungkin sahaja mereka itu adalah golongan yang benar-benar ‘saksi kepada Tuhan (Jehovah)’ jika dibandingkan dengan denominasi Katolik dan Protestan yang beriman kepada doktrin Triniti yang tidak disebut dalam Bible?
Jehovah Witnesses juga pernah mendedahkan kepincangan yang terdapat di dalam Bible. Menurut majalah Awake! terbitan pada 8 September 1957, mereka menyatakan terdapat 50,000 ribu kesalahan di dalam Bible. Ia adalah satu angka yang sangat besar bagi sebuah kitab suci yang didakwa ajaran paling benar disamping itu memiliki banyak kesalahan di dalamnya.
Masing-masing mengemukakan hujah berdasarkan teks Bible dan sejarah bagi membenarkan siapa lebih Kristian. Persoalannya adakah Jehovah Witnesses yang menolak ketuhanan Jesus itu lebih Kristian berbanding denominasi Katolik dan Protestan? Atau Jehovah Witnesses itu tidak ubah seperti sebuah ajaran sesat yang baru dibina untuk meraih pengikut yang ramai dengan menggunakan nama Kristian?
Nota kaki:
_____________________________________
[1] https://www.jw.org/en/jehovahs-witnesses/faq/are-jehovahs-witnesses-christians/
[2]Lihat https://www.state.gov/j/drl/rls/irf/2002/13909.htm / dan lihat juga: http://www.singapore-window.org/80411sm.htm / dan lihat juga http://www.singapore-window.org/80330up.htm / dan juga lihat http://www.christianitytoday.com/ct/1996/january8/6t164b.html
[3]Lihat Dick, Everett N. (1994). William Miller and the Advent Crisis. Berrien Springs: Andrews University Press, hlm, 96–97
[4] Lihat artikel Watchtower, (terbitan Januari 1955). Bab "Modern History of Jehovah’s Witnesses", hlm 14
[5] Lihat John Schwarz, (2004). A Handbook of the Christian Faith, Bethany House, USA, hlm 238
[6] Lihat Dr. Michael Willett Newheart , (2001). Word and Soul: A Psychological, Literary and Cultural Reading of the Fourth Gospel, Liturgical Press, USA, hlm 127 / lihat Paul N. Anderson, (2011).The Riddles of the Fourth Gospel: An Introduction of John, Fortress Press, USA, hlm 218
[7] http://www.4witness.org/why-jehovahs-witnesses-and-mormons-are-not-christians/
[8] Lihat Hank Hanegraaff, artikel Are Jehovah’s Witnesses Christian? : http://www.equip.org/article/are-jehovahs-witnesses-christian-3/
R&D TEAM MRM
knorr usa 在 Knorr United States - YouTube 的推薦與評價
Welcome to the official Knorr® USA YouTube Channel. We love food the way you love food. Everything we do, everything we make is done with dedication and ... ... <看更多>
knorr usa 在 Knorr - Home | Facebook 的推薦與評價
Knorr ® believes that good food matters — it adds untold pleasure to our lives — and everyday meals can be just as magical as special occasions. ... <看更多>