Sejak ditubuhkan pada 5 Februari 2014, kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) telah banyak mengendalikan kes-kes muallaf yang dipukul keluarga, dihalau keluarga kerana memeluk Islam.
Kami juga telah banyak mengendalikan kes pengistihyaran status agama di Jabatan Mufti Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Perak, Jabatan Agama Islam Pahang selain dari kes-kes murtad di pejabat kami sendiri.
Ratusan jikalau bukan ribuan kes telah kami kendalikan. Kami di MRM tidak begitu memfokuskan kebajikan tetapi kami masih terlibat dalam kes-kes kebajikan. Sepanjang pandemik COVID19 dari Mac 2020 sehingga kini, jutaan ringgit hasil sumbangan masyarakat telah kami belanjakan untuk beberapa inisiatif kebajikan.
Walaupun sumbangan dakwah ini tidak besar. Ia hanya sekelumit jika dibandingkan dengan usaha orang lain tetapi saya bersyukur kerana ia memberikan impak kepada masyarakat.
Allah memberikan rezeki kepada saya menerima Tokoh Maal Hijrah Dakwah Pulau Pinang 2019, 10 Calon Terbaik Anugerah Tokoh Dakwah Negara 2015 di bawah kerajaan BN, Duta Rahmah pada 2019 di bawah kerajaan PH, Ikon Dakwah YADIM di bawah kerajaan PN pada 2020.
Kerajaan di bawah pakatan politik berbeza memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab.
Saya tahu saya tidak layak menerima semua ini, ia terlalu besar bagi saya. Tetapi menerimanya menjadikan saya lebih bersemangat untuk berbakti lebih gigih kepada agama dan masyarakat. Saya akan terus menerus berusaha memberikan khidmat kepada agama yang saya cintai ini.
Allah Subhana Wa Ta’ala juga memberikan peluang kepada kami untuk menyebarkan mesej Islam di Singapura, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Kemboja, Filipina, Hong Kong, Macau, China, Qatar, Arab Saudi, Bahrain, UK, Belanda, Sydney, Perth, Melbourne, Mesir, Uganda, Zambia, Zimbabwe, Botswana, Afrika Selatan, Tanzania, Peru & Colombia.
Kami bersyukur kerana sepanjang 7 tahun penubuhan MRM, Allah Subhana Wa Ta’ala telah mengurniakan hidayah kepada lebih 1,000 individu untuk memeluk Islam bersama dengan kami dalam atau luar negara.
Alhamdulilah. Semuanya dengan sokongan & sumbangan dari masyarakat yang ingin menjana saham akhirat.
Demi Allah, saya dan pasukan MRM tidak mempunyai agenda peribadi dalam usaha kami. Kami hanya hamba Allah yang cintakan kebenaran. Walaupun adakalanya mempertahankan kebenaran itu pahit dan berat, kami tetap pertahankannya kerana mencari nama dan kemasyhuran bukanlah tujuan utama kami.
Jika sekiranya kami terkorban di jalan ini pun, moga ia dikira sebagai amal soleh kami. Kami sentiasa berdoa agar Allah sentiasa kurniakan kami rezeki berada bersama kebenaran.
Kami sedar mengajak kepada kebaikan tidak sama ujiannya dengan mencegah kemungkaran. Adakalanya mencegah kemungkaran itu dilihat seperti orang jahat. Namun kita semua perlu sedar bahawa agama ini adalah agama kita semua. Kita mahukan agama ini menjadi panduan kita.
Kita pastinya tidak rela jika agama kita dihina atau ditunggang semahunya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Prinsip kami mudah, yang betul itu kita sokong walaupun dari mereka yang kita tidak suka dan salah itu tetap kita cegah walaupun diri sendiri dan ahli keluarga yang melakukannya. Bekerjasama dengan sesiapa pun tanpa mengira fahaman politik demi kepentingan agama dan ummah.
Sepanjang 7 tahun penubuhan MRM, kami telah membongkar banyak pergerakan di Malaysia yang bercanggah dengan perlembagaan negara ataupun Islam seperti kumpulan pengganas LTTE, kultus Kristian dari Korea seperti Unification Church, HWPL, missionari dari Amerika serta menjawab tohmahan terhadap Islam & banyak lagi.
Kami juga mengendalikan kes-kes keganasan domestik dan kebajikan wanita. Memandangkan kami semakin banyak menerima kes-kes keganasan domestik dan kebajikan wanita, maka kami mula bekerjasama dengan The International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) & kemudian Allah memberikan idea untuk kami mewujudkan Sayap Wanita MRM pada bulan Mei 2021.
Akhirnya, Sayap Wanita MRM dilancarkan pada Jun 2021 & kami tidak menyangka, pelancaran Sayap Wanita MRM menerima respon yang sangat baik dari masyarakat sehingga tidak menang tangan kami untuk membantu mangsa-mangsa secara PERCUMA dengan kerjasama pihak berwajib.
Namun, trend kes-kes yang dirujuk kepada kami pada waktu itu menjurus kepada satu persamaan iaitu ‘sexual grooming’ & sexual predators’!
Ya Allah, persaksikanlah sedikit daripada usaha kami ini.
InshaAllah akan bersambung beserta PENGUMUMAN PENTING ESOK!
Subscribe Telegram Channel : https://t.me/brofirdauswong
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過25萬的網紅Berita Harian Online,也在其Youtube影片中提到,----------------------- #BH #BHTV www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/berita...
ltte 在 Facebook 的最讚貼文
Mula-mula kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM bongkar pasal LTTE bermula 2016, orang ramai, ahli politik, pendakwah, Belum Muslim hatta Muslim marah, maki, hina, fitnah dan pelbagai lagi ugutan dilemparkan pada kami.
Takpe, kami sabar dan tidak melatah. Akhirnya selepas 3 tahun , PDRM ambil tindakan. Tidak sedikit cacian, ugutan, hinaan & fitnah dilontarkan terhadap kami. Kami sabar.
Mereka yang pernah hina, cacimaki & fitnah kami, entah ke mana. Takpe, kami maafkan mereka.
Bila kami dedahkan beberapa kultus Kristian di Malaysia, perkara yang sama berlaku. Berbulan-bulan bukan sehari dua kami dimarah, maki, hina, fitnah dan pelbagai lagi ugutan dilemparkan pada kami. Akhirnya pihak berkuasa juga telah ambil tindakan.
Kami bongkar beberapa usaha Kristianisasi, Liberalisasi, sekularisasi, ateism, kami juga diserang.
Netizen tidak sabar. Bukan salah masyarakat. Pendedahan tentang gerakan LTTE, kultus dan perkara lain perlu secara berperingkat bukan terburu-buru.
Terkini dalam senarai kami telah ada tidak kurang 50 gerakan atau isu yang telah sampai kepada kami dan siap bahannya cuma belum masanya. Jangan lupa kami ada enasihat Syariah , Penasihat Strategi Perangsaraf Media & Penasihat Media Sosial bagi memastikan apa yang dilakukan mestilah menepati ajaran Islam terlebih dahulu dan perancangan media juga perlu teliti.
Sebagaimana durian musang King boleh dijual pada harga yang mahal tetapi andai ianya dipetik dan dijual sebelum masak, harga RM120kg mungkin hanya akan jadi RM10 sahaja. Dari 50 isu dan gerakan, mungkin bertahun juga diperlukan tetapi kata kuncinya adalah KESABARAN.
KAMI TAHU APA YANG KAMI BUAT & KAMI TIDAK SESEKALI MELAKUKAN SESUATU TANPA ALASAN SYARIAH & BUKTI YANG KUKUH.
Masih ingat ketika kami dedahkan isu LTTE & gerakan kultus lain? Mereka mula EDIT & PADAM bukti sehingga lahirnya tagline; "BERANI KERANA BENAR, PADAM KERANA SALAH".
Mungkin ada yang bertanya; "Tak payah nak kecoh-kecoh, tunjuk je la kalau betul ada bukti. Tak payah nak simpan-simpan."
Buat yang berkata begitu, mungkin anda kekurangan ilmu strategi & penyiasatan. Dalam situasi ini, nasihat kami adalah, berimanlah dan beramalkan dengan hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bagi anda yang tidak tahu hujung pangkal;
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam”
[HR Bukhari no 6475]
Buat yang masih mahu mencacimaki, menuduh, memfitnah kerana kejahilan dan emosi semata-mata, nasihat Nabi ini untuk kita semua;
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda SAW menjawab:
“Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.” [Riwayat al-Tirmizi (2004)]
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala mengampuni kesilapan dan kekurangan kita semua. Doakan kami dikurniakan keikhlasan & kekuatan demi ummah & Islam. Allahuma Ameen.
ltte 在 Facebook 的精選貼文
Saya baru menerima panggilan dari seorang VVIP. Beliau tertarik dengan perkongsian saya tentang seorang 'Ustaz' yang memukul isteri serta curang. Rupa-rupanya, VVIP ini juga mempunyai pengalaman dengan individu yang sama ini. Modus operandinya dari dulu sehingga sekarang tidak banyak berbeza.
Apabila tembelangnya hampir pecah dan namanya hampir didedahkan, dia akan mengugut mangsa - samaada isterinya yang menjadi mangsa atau wanita lain yang diganggunya. Bukan sahaja ugutan tindakan undang-undang malahan individu ini yang saya enggan lagi mengelarkannya sebagai 'Ustaz' juga suka mengugut mangsanya dengan akhirat.
Bagaimana dia akan tuntut di akhirat tentang segala tuduhan mangsanya yang baginya fitnah dan sebagainya. Wallahi Wabillahi Watallahi bukan sesuatu yang asing kerana kerap bermain di bibirnya. Dia pandai bermain kata-kata. Dia lupa bahawa di akhirat nanti Allah tidak melihat kepetahan kita bermain kata-kata kerana mulut kita akan dikunci tetapi anggota badan kita akan menjadi saksi.
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan."
(Yaa Siin 36:65)
VVIP tersebut juga berkongsikan banyak lagi pengalamannya dalam dunia dakwah. Tidak kurang beliau kongsikan dengan saya bagaimana konsep ‘I scratch your back you scratch my back’ seringkali terjadi sesama mereka. Apa maksudnya?
VVIP itu memaksudkan apabila kenalan atau rakan mereka melakukan sesuatu kemaksiatan, maka mereka akan mendiamkan diri membiarkan mangsa terkapai-kapai dan dizalimi. Beliau menasihati saya agar banyak bersabar & jangan berputus asa kerana golongan begini pandai menagih simpati sehingga saya pula yang akan menjadi sasaran serangan mereka secara berjemaah.
Saya memberitahu VVIP tersebut bahawa di saat saya memeluk Islam, saya telah bersedia untuk kehilangan kawan kerana lebih cintakan kebenaran. Tatkala saya menceburkan diri dalam dakwah, saya telah bersedia ditentang dan dibenci.
Hatta kumpulan pengganas seperti LTTE juga kami bongkarkan aktiviti mereka di Malaysia sehingga kami berdepan ancaman bunuh, setakat diancam pukul dan dipulaukan saya tidak kisah. Yang penting Allah redha dan terima sedikit usaha kami di MRM. Itu je.
Saya menyambung lagi, orang luar yang tidak mengenali kami mungkin akan tuduh kami mahu kejar populariti, dengki & ada kepentingan diri. YA BENAR. Kami ada kepentingan diri.
Kepentingan diri adalah kami telah menyediakan jawapan di akhirat kelak bahawa kami tidak menyembunyikan ilmu & tidak menyembunyikan kebenaran serta menegakkan keadilan. Kejar populariti atau dengki? Haha..
Banyak cara mudah dan disukai masyarakat untuk mendapatkan populariti serta sokongan tetapi kami tidak melakukannya kerana tidak tergamak mempermainkan emosi masyarakat.
Buat wanita di luar yang menjadi mangsa ugutan mereka yang bergelar ustaz atau tidak, kami di MRM bersedia membantu anda. Tidak perlu risau akan ugutan atau amaran mereka. Andai anda merasa dizalimi dan mempunyai bukti-bukti kukuh, MRM is here for you.
Hubungi kami di wasap.my/601110500414 untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma . Kita nak bersihkan Islam dari musang berbulu ayam. Kita mahu menjaga maruah & imej agama lebih dari menjaga imej individu yang merosakkan agama kerana perbuatan mereka.
Subscribe TELEGRAM Firdaus Wong ~ https://t.me/brofirdauswong
ltte 在 Berita Harian Online Youtube 的精選貼文
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/6ZuMOcM7PMA/hqdefault.jpg)
ltte 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳貼文
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/n2szEkvbBHY/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEZCNACELwBSFXyq4qpAwsIARUAAIhCGAFwAQ==&rs=AOn4CLBt-tGb-5cy-087varoI31eg154-Q)
ltte 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳解答
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/8TOex3K2yL0/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEZCNACELwBSFXyq4qpAwsIARUAAIhCGAFwAQ==&rs=AOn4CLCAevZb2Er-U_rDXfnzeEwfdprkFg)