PROGRAM PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19 SOUTHERN VOLUNTEERS DAERAH JOHOR BAHRU
Hari ini seramai 75 orang Sukarelawan Southern Volunteers Daerah Johor Bahru telah memulakan gerak kerja di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi meningkatkan pendaftaran vaksin melalui kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru, PBT Daerah Johor Bahru dan Penghulu Mukim serta ketua-ketua kampung di dalam daerah Johor Bahru.
Terima kasih 🤝 kepada semua sukarelawan Southern Volunteers Johor Bahru, PBT Daerah Johor Bahru yang bertungkus lumus memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan Program Pendaftaran Vaksin di peringkat daerah Johor Bahru.
Semoga kalian dan keseluruhan barisan hadapan dilindungi daripada jangkitan virus Covid-19 serta diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat.
Kepada orang muda Johor yang belum berdaftar..AYUH DAFTAR SEBAGAI AHLI
SUKARELAWAN “SOUTHERN VOLUNTEERS”
GUNAKAN LINK PENDAFTARAN AHLI SOUTHERN VOLUNTEERS
seperti dibawah 👇👇👇👇
https://forms.gle/Tk5xMC1kd7MwHT189
#southernvolunteers
#teamjb
#mbjb
#MBIP
#MBPG
#PDJB
#jomdaftarvaksin
#lindungidirilindungisesama
majlis bandaraya pasir gudang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
“Mula-mula masuk rasa seganlah, tapi dalam sehari dua saya dah dapat.."- Lala
majlis bandaraya pasir gudang 在 Facebook 的精選貼文
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐒𝐈𝐁 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔.
1. Penerima pertama yang tinggal di Taman Scientex Mukim Plentong, Pasir Gudang merupakan pesakit 'Saucerization Of Nape Of Neck Carbuncle' iaitu bengkak di bahagian belakang kepala dan tengkuk. Pesakit sering berulang alik ke hospital sejak tahun 2017 dan telah beberapa kali menjalani pembedahan. Beliau dan isteri yang tidak bekerja serta bapa mertua tinggal di rumah sewa dengan kadar RM850.00 sebulan dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Yayasan Pasir Gudang sedang dalam proses untuk menyampaikan bantuan.
2. Penerima kedua merupakan seorang warga emas yang telah uzur tinggal di Kampung Melayu Majidee, Mukim Bandar, Johor Bahru. Penama mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350. 00 sebulan iaitu Bantuan Orang Tua. Rumah penama ini berada dalam keadaan uzur dan baru-baru ini telah dilanda ribut yang menyebabkan keseluruhan rumah penama rosak teruk.
3. Penama ketiga merupakan pesakit Kanser Limfoma (Kelenjar) Tahap 4 yang tinggal di Blok G, Bandar Baru UDA, Mukim Bandar, Johor Bahru. Beliau tinggal menumpang di rumah ibu mertua bersama suami dan dua orang anak yang berusia 4 dan 2 tahun.
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan kepada ketiga-tiga penama.
Beliau turut diiringi oleh isteri Datin Hajah Ramlah Binti Yaacob, Pengerusi PUSPANITA Daerah Johor Bahru, Amin Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Yayasan Pasir Gudang, Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
Pegawai Daerah Johor Bahru merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih atas sumbangan kurniaan ini dari DYAM Tunku.