Orang Dengkil Sila Munculkan Diri 😁
SEJARAH DENGKIL
PENGENALAN KEPADA ASAL USUL NAMA DENGKIL
Dengkil merupakan sebuah kampung yang luas dan meliputi beberapa buah kampung lain. Kampung ini mempunyai keluasan tanah kira-kira 5310 ekar. Menurut sumber lisan suatu ketika dahulu, terdapat dua sumber yang menyatakan bahawa nama Dengkil ini telah diberi oleh seorang Tok Batin di kalangan kaum Orang Asli yang bernama Tok Batin Nalih a/l Jembik. Beliau menamakan kampung ini sebagai ‘Dingkil’ yang membawa maksud buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Pada ketika itu terdapat banyak pokok durian hidup di tebing Sungai Langat yang kerap berbuah dan disebut oleh orang Asli sebagai ‘Dingkil’. Dan lama kelamaan sebutannya telah berubah menjadi Dengkil.
Selain itu, ada pula yang menyatakan bahawa nama Dengkil berasal dari Sungai Langat yang ‘Dengkat’ atau maksud lain kawasan sungai yang lebih cetek sepanjang sungai tersebut. Sungai ini bertemu dengan Sungai Semenyih yang terletak di kawasan Jenderam. Sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an, sungai ini mempunyai banyak ikan dan udang galah. Namun, lama-kelamaan sungai ini mula menjadi keruh dan hasil hidupan didalam sungai tersebut turut pupus dan akhirnya perkataan ‘Dengkat’ ini berubah menjadi Dengkil yang disebut oleh para penduduk sehingga kini.
Disamping itu, terdapat juga sumber lain yang turut menyatakan bahawa Dengkil membawa maksud Sungai Naga jika diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Mengikut cerita yang telah diturunkan oleh salah seorang warga tempatan, terdapat seekor naga besar telah bertapa di Dengkil selama 900 tahun dan naga tersebut akan menjadi dewasa setelah bertapa untuk tempoh 100 tahun lagi.
Semenjak daripada itu, orang British mula menjejakkan kaki dan meneroka kawasan Dengkil. Naga tersebut telah dibakar dan memuntahkan darah yang berwarna hitam. Pengaliran darah naga tersebut telah membentuk sebuah sungai yang berwarna hitam airnya. Dan akhirnya, sungai tersebut telah diberi nama Air Hitam yang masih kekal namanya sehingga kini.
Mengikut kepercayaan orang Cina, tangisan naga tersebut sering kedengaran akibat kesakitan yang dihadapinya di sepanjang sungai Air Hitam. Berikutan itu, sungai ini terbentuk daripada darah naga dan orang Cina menamakannya sebagai Leng Qi yang membawa maksud Sungai Naga. Perkataan Leng Qi mempunyai bunyi yang sama dengan perkataan Dengkil.
Kelahiran kawasan Dengkil ini juga bermula apabila wujudnya perjumpaan hasil bijih timah. Di sepanjang Sungai Langat, sungai tersebut amat kaya dengan bijih timah. Kedudukan Dengkil yang terletak dengan aliran sebelah atas adalah kira-kira 30 kilometer. Sungai Langat ini telah membawa kepada wujudnya pembentukan kawasan tanah paya bakau di dalam kawasan Dengkil dan Sepang. Pada akhir kurun ke-19, kegiatan perlombongan bijih timah yang giat dijalankan di Sungai Langat telah membawa kepada pembentukan kawasan penempatan orang Cina.
ASAL – USUL NAMA DENGKIL
Sehingga kini, penduduk Dengkil masih belum mengenalpasti sumber berkenaan dengan asal-usul nama Dengkil. Jika suatu ketika dahulu, seorang penduduk yang berketurunan orang Asli menggelarkan Dengkil adalah berasal daripada perkataan ‘Dingkil’ yang membawa maksud buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Hal ini membuktikan bahawa suatu ketika dahulu, ditepi Sungai Langat terdapat banyak pokok durian yang kerap berbuah. Disebabkan itu, orang Asli menamakan ianya sebagai ‘Dingkil’ dan akhirnya perkataan tersebut membawa kepada nama Dengkil yang digunakan sehingga kini. Menurut orang sumber, beliau juga mengemukakan pendapat yang hampir sama bahawa nama Dengkil ini berasal dari buah durian. Beliau menyatakan bahawa pada tahun 1956 terdapat lapan orang Melayu yang datang dari Sungai Buaya dan mengikut Sungai Langat dan akhirnya mendarat di Jambatan Lama Dengkil. Ditepi Sungai Langat tersebut terdapat pokok durian dan dua daripada pokok durian tersebut terdapat buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Pokok durian itu dinamakan ‘Durian Dengkil’.
Selain itu, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa nama Dengkil berasal daripada perkataan ‘Dengkat’ yang membawa maksud sungai yang cetek. Menurut sumber terdahulu disepanjang Sungai Langat terdapat satu kawasan yang lebih cetek. Sungai ini bertemu dengan Sungai Semenyih yang terletak di kawasan Jenderam Hilir. Sungai Langat ini juga terdapat hasil hidupan sungai seperti ikan dan udang galah. Lama-kelamaan hidupan tersebut mula pupus akibat kekeruhan yang berlaku di sepanjang sungai tersebut. Pendapat ini juga hampir menyerupai dengan pandangan dari orang sumber. Menurut pengetahuan beliau, suatu ketika dahulu terdapat beberapa orang Asli menyatakan bahawa ada sebatang sungai yang dipanggil Sungai Merba. Air sungai ini mengalir masuk terus ke Sungai Langat. Akibat daripada pengaliran air sungai tersebut, pasir dan tanah Di Sungai Merba juga turut dialirkan bersama sehingga menyebabkan sungai tersebut menjadi cetek. Beliau juga menyatakan bahawa suatu ketika dahulu terdapat beberapa orang yang menaiki perahu melalui sungai tersebut. Sebaik sahaja di tengah perjalanan, perahu yang dinaiki oleh mereka telah tersangkut akibat keadaan sungai yang cetek. Selepas peristiwa itu, sungai itu sering disebut sebagai sungai yang ‘Dengkat’ yang membawa maksud tohor ditengah sungai atau cetek.
KEISTIMEWAAN DENGKIL
Sebelum era 1990-an, Dengkil sememangnya kaya dengan sumber-sumber bahan mentah dan keindahan alam semulajadi. Oleh itu, maka telah wujud kawasan perlombongan bijih timah, ladang kelapa sawit dikawasan estet, ladang penternakan lembu dan kambing serta kawasan industri perkilangan. Dengan adanya kawasan-kawasan tersebut, kegiatan ekonomi yang dijalankan juga turut berkembang dengan amat pesat dan akhirnya telah membawa kepada perubahan yang menjadikan kawasan Dengkil ini semakin membangun dengan begitu maju. Misalnya, perkembangan yang telah diwujudkan adalah pembinaan kilang-kilang industri pemprosesan kelapa sawit dan kilang pemprosesan hasil galian bijih timah. Akibat daripada kepesatan kemajuan kegiatan ekonomi di kawasan Dengkil, hal ini turut menarik pandangan sesetengah pihak luar untuk memajukan dan cuba untuk memperkembangkan lagi kawasan Dengkil. Antara pembinaan pembangunan yang giat dijalankan pada ketika itu ialah pembinaan kawasan-kawasan perumahan yang bagaikan ‘cendawan sedang bertumbuh’.
Bukan itu sahaja, Dengkil juga terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, dan orang Asli. Secara majoriti, penduduk Dengkil kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Manakala kaum India pula merupakan kaum kedua yang terbanyak menetap dikawasan Dengkil dan kemudiannya diikuti oleh kaum Cina. Bagi kaum bumiputera seperti orang Asli, bilangannya tidak begitu banyak. Oleh itu, apabila wujudnya pelbagai kaum yang menetap dikawasan Dengkil, maka setiap adat dan cara hidup kaum masing-masing dapat dikenali antara satu sama lain. Misalnya, majlis perkahwinan yang diadakan oleh setiap kaum yang berlainan. Apabila adanya majlis-majlis seperti ini, penduduk Dengkil semestinya mengutamakan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan kaum. Hal ini menunjukkan bahawa, apabila sesuatu majlis itu diadakan sama ada ianya secara formal atau tidak formal, mereka semestinya akan menjemput tetamu yang berlainan kaum. Maka dengan ini, terbuktilah bahawa penduduk di Dengkil sememangnya menerapkan unsur nilai-nilai murni di dalam diri masing-masing. Sikap saling hormat-menghormati, saling bertolak ansur dan bantu-membantu merupakan tunjang utama dalam memupuk hubungan silaturahim antara kaum. Di samping itu, setiap kaum ini juga dapat mengenali tentang unsur budaya serta amalan masing-masing dengan lebih dekat dan terperinci.
Seterusnya, dari segi kedudukan lokasi, Dengkil sememangnya berada pada kedudukan yang begitu strategik. Oleh disebabkan itu, kerja-kerja penaiktarafan perhubungan jalanraya yang menghubungkan Dengkil kesemua kawasan mula dijalankan. Antara projek penaiktarafan dan penubuhan pembangunan modenisasi adalah seperti Cyberjaya, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Oleh disebabkan mula terbinanya pembangunan ini, maka Dengkil mula dikenali sedikit demi sedikit oleh ramai pihak. Disamping itu, kebanyakan pihak memilih untuk menduduki di kawasan Dengkil kerana faktor kedudukannya yang strategik serta faktor kemudahan perhubungan dan prasarana yang terdapat di Dengkil. Oleh itu, Dengkil kini telah menjadi kawasan pertengahan yang menghubungkan diantara Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan arah laluan menghala lebuhraya susur ke Kuala Lumpur.
PERKEMBANGAN YANG WUJUD DI DENGKIL
Sebelum era 1990-an, Dengkil sememangnya telah menyediakan kemudahan kepada semua penduduk tempatan tetapi kemudahan yang disediakan pada ketika itu amat terhad. Antara jenis kemudahan yang terdapat di Dengkil sebelum memasuki tahun 1990-an ialah sekolah, pejabat pos, balai polis, perhentian teksi dan kereta sewa, kemudahan bas serta kemudahan perhubungan jalan raya. Namun, segala kemudahan ini telah mula dibaikpulih dan dimajukan bagi menampung jumlah penduduk di kawasan Dengkil yang kian meningkat dari semasa ke semasa.
KEGIATAN EKONOMI
Sebelum era 1990-an, kegiatan ekonomi yang telah dijalankan oleh penduduk Dengkil adalah terdiri daripada kegiatan perlombongan, kegiatan pertanian dikawasan estet dan kegiatan perniagaan. Oleh itu, terdapat beberapa pembahagian dimana setiap kaum ini menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza. Suatu ketika dahulu, kebanyakkan penduduk kaum Melayu menetap dari kawasan Pekan Dengkil sehingga Batu 31. Manakala, kaum Cina pula menetap di Perkampungan Cina iaitu Kampung Baru Dengkil. Menurut orang sumber, perkampungan Cina ini mula wujud semasa berlakunya darurat di kawasan Batu 1 dan Air Hitam. Seterusnya, penduduk kaum India pula kebanyakannya menetap di kawasan estet. Antara kawasan yang menjadi tempat tinggal penduduk kaum India ialah Ampar Tenang Estet dan H.N.Ridley Estet.
Menurut orang sumber, Lombong Timah Langat di Dengkil itu merupakan tapak perkampungan melayu suatu ketika dahulu. Perkampungan melayu tersebut telah diambil alih oleh pihak kerajaan pada masa itu untuk dijadikan kawasan perlombongan. Oleh disebabkan penduduk dari perkampungan melayu tersebut tiada tempat untuk menetap, maka sebuah perkampungan telah diwujudkan iaitu Kampung Dato’Ahmad Razali. Pada asalnya, tapak kawasan tersebut merupakan kawasan perladangan estet kepunyaan Chung Kiow Estate yang digiatkan oleh kaum India. Namun kawasan tersebut telah diambil oleh pihak kerajaan terdahulu dan mewujudkan sebuah perkampungan yang dipanggil Kampung Dato’Ahmad Razali. Setelah itu, penduduk kaum melayu dari kawasan perkampungan melayu telah dipindahkan ke kampung tersebut. Sebelum era 1990-an, penduduk kaum Melayu ini mula menggiatkan sektor perlombongan yang menjadi sumber ekonomi utama di Dengkil pada ketika itu. Antara kawasan perlombongan yang menjadi kegiatan utama kaum Melayu ialah Lombong Timah Langat, Selangor Dredging dan Perlombongan Kok Seng.
Bagi kaum India mereka hanya tertumpu kepada kegiatan perladangan estet. Suatu ketika dahulu, kebanyakkan kaum India menetap di kawasan estet yang berhampiran dengan sempadan Pulau Meranti. Antara kawasan perladangan estet yang menjadi tumpuan utama kaum India menggiatkan sektor tersebut adalah Ampar Tenang Estate, Perang Besar Estate dan H.N.Ridley Estate. Namun sekitar tahun 1994, tanah telah mula diambil oleh pihak kerajaan untuk kerja-kerja pembangunan. Oleh disebabkan itu, kebanyakkan kaum India mula berpindah ke sebuah perumahan flat iaitu Flat Taman Permata. Perumahan tersebut telah ditubuhkan khas untuk kaum India yang melibatkan diri dalam kegiatan estet. Situasi tersebut juga telah menunjukkan bahawa sesetengah penduduk kaum India mula mencuba untuk menceburkan diri dalam sektor perkilangan. Sehingga kini, masih ada lagi penduduk kaum India yang melakukan kerja-kerja di ladang estet dan ada juga yang terlibat dalam sektor perindustrian terutamanya di kilang-kilang.
KEMUDAHAN ASAS DAN PRASARANA
SEKOLAH KEBANGSAAN DENGKIL
Pada awalnya, sekolah ini dipanggil Sekolah Melayu Dengkil ataupun Sekolah Umum yang telah ditubuhkan pada tahun 1926. Tapak asal sekolah ini pada asalnya terletak di Pekan Dengkil namun tapak tersebut kini tidak lagi digunakan dan dijadikan sebuah Balai Raya di kawasan tersebut. Pada awal pembukaan, bangunan sekolah ini merupakan sebuah bangunan kayu yang berdindingkan papan sekerat dan beratap nipah. Manakala meja dan kerusi untuk para pelajar dihasilkan daripada papan yang berbentuk panjang. Guru Besar pertama yang menerajui sekolah ini ialah Encik Ahmad bin Hamid dan bilangan pelajar pada awal pembukaan sekolah ini adalah seramai 35 orang.
Setelah berlakunya pertambahan penduduk dari semasa ke semasa, ia juga turut membawa kepada jumlah pelajar yang ramai. Pada tahun 1927, sebuah bangunan telah didirikan yang terletak kira-kira ½ batu dari tapak sekolah lama. Bangunan ini terdiri daripada tiga buah bilik darjah sahaja bagi menampung lima aliran kelas iaitu bermula dari Darjah Satu sehingga Darjah Lima. Sepanjang tempoh pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, Sekolah Melayu Dengkil tidak banyak terlibat dalam situasi peperangan sepertimana yang telah berlaku di beberapa buah sekolah yang berhampiran. Oleh disebabkan itu, kesemua para pelajar tidak terganggu dengan keadaan tersebut dan dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Setelah Jepun mula menyerah kalah pada tahun 1945 dan kemudiannya telah diambil alih oleh pihak British, pentadbiran Sekolah Melayu Dengkil sering bertukar ganti Guru Besar sehingga menjelang tahun 1956. Oleh itu, setelah berlakunya peristiwa kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, telah banyak perubahan yang berlaku di sekolah ini dan akhirnya sekolah ini mula mengalami pembaharuan dari segi jenis pembangunan, sistem pentadbiran sekolah serta bilangan guru dan pelajar yang kian meningkat setiap tahun.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL
Sekolah ini mula ditubuhkan pada Januari 1967, dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, iaitu Dato’Ahmad Razali bin Mohd Ali pada tanggal 11 Januari 1970. Pada awalnya, sekolah ini memulakan operasi dengan hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Dengkil. Jumlah kapasiti guru pada ketika itu adalah seramai 4 orang manakala bilangan pelajar pula seramai 90 orang.
Menjelang tahun 1970, bilangan pelajar mula meningkat seramai 169 orang dan bilangan guru telah meningkat kepada 6 orang. Sekolah ini telah memulakan operasi dengan hanya menggunakan 7 buah kelas sahaja. Ketika memasuki tahun1975, bangunan Blok A, kantin sekolah dan bangunan bengkel Kemahiran Hidup mula dibina. Pada tahun 1976, kerja-kerja pembinaan bangunan Blok B dan Blok C turut dijalankan dan disiapkan begitu juga dengan bangunan Blok D dan dewan utama. Menjelang tahun 1988, bangunan Blok E telah siap dibina dan ia telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu iaitu Dato’Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1999.
Setelah memasuki tahun 2000, sekolah ini mempunyai 6 blok bangunan, sebuah Dewan Utama, 6 buah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah Makmal Komputer iaitu Makmal Bestari, sebuah Bilik Simulasi, 6 buah rumah guru, sebuah kantin dan sebuah surau. Bilangan guru pada ketika itu mula mengalami peningkatan iaitu seramai 90 orang dan bilangan pelajar pula meningkat kepada 1,500 orang. Kemudiannya, bangunan Blok F telah siap dibina dan mula digunakan pada tahun 2003. Blok tersebut terdiri daripada 2 buah Makmal Matematik dan kelas-kelas untuk pelajar Tingkatan Lima. Sehingga kini, bilangan guru dan pelajar seringkali meningkat dan pentadbiran sekolah juga turut dijalankan dengan lebih sistematik berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
BALAI POLIS DENGKIL
Balai Polis Dengkil mula ditubuhkan sekitar tahun 1928 dan balai polis ini mempunyai persamaan dengan Balai Polis Batu 14, Hulu Langat. Hal ini membuktikan bahawa kedua-dua buah balai polis ini diwujudkan di tebing Sungai Langat yang menyebabkan kepada faktor-faktor perhubungan dan perniagaan pada ketika itu.
Tapak balai polis tersebut masih lagi dikekalkan sehingga kini. Suatu ketika dahulu, Balai Polis Dengkil dianggap sebagai Balai Pengamanan yang dianggotai oleh seorang Lans Koperal dan tiga orang mata-mata. Selepas beberapa tahun, Balai Polis Dengkil telah mula mengalami perubahan dari semasa ke semasa dari segi sistem pentadbiran, bilangan anggota polis dan kerja-kerja pembaharuan balai tersebut. Hal ini membuktikan bahawa pada tahun 1939, bilangan anggota polis telah bertambah melalui penglibatan seorang Lans Koperal dan enam mata-mata. Kemudiannya, berlaku sekali lagi penambahan di mana sistem pentadbiran balai polis ini diketuai oleh seorang Sarjan dan dibantu oleh seorang Lans Koperal serta lapan orang mata-mata.
Terdapat pelbagai cabaran yang pernah dihadapi oleh Pasukan Polis di kawasan Dengkil antaranya ketika zaman darurat yang berlaku pada tahun 1948 sehingga tahun 1960. Namun, dengan wujudnya semangat kerjasama yang kuat diantara orang awam dengan anggota Polis maka musuh luar yang memasuki negara ini dapat ditentang oleh pasukan keselamatan negara sehinggalah negara kita mula mengalami perubahan dalam mewujudkan keamanan dan semangat harmoni dalam kalangan masyarakat.
Sehingga kini, Balai Polis Dengkil masih lagi memainkan peranan yang penting dalam menjaga keselamatan, ketenteraman dan kemesraan kepada seluruh penduduk di kawasan Dengkil.
PEJABAT POS DENGKIL
Bukan itu sahaja, kemudahan untuk penduduk setempat membuat urusan surat-menyurat juga disediakan dengan mewujudkan sebuah pejabat pos. Pejabat Pos Dengkil mula dibuka pada 5 April 1982 dan lokasinya terletak di Batu 31 Jalan Banting Klang, Selangor yang berhampiran dengan Pekan Dengkil.
PRASARANA
Pada tahun 1990-an, kemudahan prasarana yang telah sedia wujud di Dengkil adalah dengan adanya kemudahan bas awam serta kemudahan teksi.
Menurut orang sumber, pada ketika dahulu bas yang digunakan di kawasan Dengkil untuk menuju ke Kajang adalah Bas Sam. Bas ini merupakan satu-satunya kemudahan pengangkutan yang ada pada ketika itu dan menjadi tumpuan orang ramai untuk menuju ke Kajang. Kemudian, selepas beberapa tahun wujud lagi satu syarikat bas dimana bas tersebut dikenali sebagai Bas Mara. Bas ini hanya menuju dari Dengkil ke Banting. Menurut pandangan orang sumber juga, bas ini hanya beroperasi dua kali sehari iaitu dari pada jam 8.00 pagi dan 3 petang.
SISTEM PERHUBUNGAN JALAN RAYA
Menurut orang sumber, sistem perhubungan yang wujud sekitar tahun 1990 merupakan jalan raya yang menghubungkan dari kawasan Pekan Dengkil ke Kuala Langat dan Kajang. Manakala menerusi Jalan Air Hitam ia hanya menghubungkan sehingga ke Puchong. Namun, setelah beberapa tahun, sistem perhubungan di Dengkil ini mula mengalami perubahan dan telah dinaiktaraf oleh pihak kerajaan. Misalnya, pembinaan sistem pengangkutan jalan raya yang menghubungkan Dengkil ke Putrajaya. Suatu ketika dahulu, Putrajaya ini dikenali dengan nama Perang Besar dan selepas beberapa tahun nama tersebut mula ditukarkan secara rasmi kepada Putrajaya pada 12 Oktober 1994. Kawasan ini mula dibangunkan pada 16 April 1955 dan sekitar tahun 1999, pembinaan sebuah jalan raya yang menghubungkan Dengkil ke Putrajaya mula dibangunkan. Setelah memasuki tahun 2000, jalan raya tersebut telah mula digunakan oleh penduduk Dengkil ke Putrajaya. Pada tahun yang sama, jalan raya yang menghubungkan ke Putrajaya ini mula diperkembangkan dengan membina sebuah lagi jalan raya yang menghala ke Cyberjaya. Pembukaan Cyberjaya ini bermula pada Mei 1997 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.
Seterusnya, ketika Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mula dibangunkan sekitar tahun 1990-an, jalan raya yang menghubungkan dari Dengkil ke KLIA telahpun mula dibina. Ketika itu, jalan raya untuk menghubungkan dari Dengkil hingga ke KLIA harus melalui beberapa susur laluan. Laluan yang harus dilalui adalah melalui jalan Dengkil-Banting kemudian melalui kawasan Bukit Changgang dan seterusnya tiba di Bandar Baru Salak Tinggi. Namun, selepas beberapa tahun pihak kerajaan telah membuat keputusan dengan membina sebuah laluan alternatif di mana ia boleh berhubung secara terus dari Dengkil hingga tiba di KLIA. Oleh itu, bagi memudahkan penduduk di kawasan Dengkil, sebuah lebuhraya telah dibina yang berupaya menghubungkan dari Dengkil menyusur ke Putrajaya, Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi dan seterusnya menuju ke KLIA.
PEMBANGUNAN, PETEMPATAN DAN INFRASTRUKTUR
Dari segi pembangunan dan infrastruktur, awal tahun 1990-an pembangunan yeng telah wujud di Dengkil adalah terdiri daripada masjid, tokong cina, kawasan perumahan dan rumah-rumah kedai. Begitu juga dengan kewujudan prasarana yang telah sedia ada di Dengkil. Antara prasarana yang telah diwujudkan ialah kemudahan pengangkutan bas dan teksi.
Namun, selepas beberapa tahun kemajuan mulai berlaku di kawasan Dengkil. Situasi ini menunjukkan bahawa kerja-kerja penaiktarafan mula digiatkan bagi memudahkan lagi penduduk Dengkil untuk menggunakan kemudahan yang telah sedia ada. Disamping itu, kawasan Dengkil juga kini mempunyai pelbagai jenis kawasan perumahan yang dibina. Misalnya perumahan teres dua tingkat, kondominium dan banglo dua tingkat. Hal ini menunjukkan bahawa kawasan perumahan yang dahulunya hanya perkampungan kecil kini telah berubah menjadi sebuah kawasan perumahan yang moden. Situasi ini telah membuktikan bahawa Dengkil kini sedang mengalami arus kemajuan setanding dengan beberapa kawasan lain seperti Putrajaya dan Cyberjaya.
kredit:MyKampungDengkil
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam kejiranan! ? PART2 - Adab Berjiran! . Like page tok dolok k! https://www.facebook.com/hslcn/ . Di saat para jemaah content creator membuat conte...
「maksud silaturahim」的推薦目錄:
maksud silaturahim 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
(Lima belas tip tip memuji dan dipuji secara islamik, sila baca sambil kagum dari jauh)
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa riak ke bila kena puji memanjang?, buku best lah, blog best lah, status FB best lah, dapat banyak like dan share, buku laku sebab best,anugerah best seller lagi, bla bla bla., bukanlah ada hadis Nabi yang mencela orang yang memuji? Tapi Nampak kau makin suka bila orang puji, atau memang kau menulis nak suruh orang puji?"
Ehem-ehem, sepatutnya aku riak dan takkabur, tapi bila hari-hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, asyik baca respon orang puji aku jer memanjang, aku dah jadi kebas dengan pujian, ha ha, dah jadi imun!, korang pujilah aku satu Malaysiapun, aku dah tak riak, jika Menteri Menteri baca blog aku dan pujipun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus (ni dah macam puji diri sendiri nih, isk)
Alahai, macam korang yang baru beli pewangi kereta, bila letak dalam kereta, maka semerbaklah bau harum, tapi bila dah lama drive, korang rasa bau tu macam dah hilang lalu korang mengumpat pembuat pewangi kereta tu ‘tipulah’, ‘tak bermutu’lah, ‘orang melayu’lah ni, dan apa apalah , sedangkan bau tu masih ada tapi hidung korang tu yang dah imun, tak percaya, cuba ajak kawan korang naik kereta korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, best bau ni, pewangi apa yang saudara pakai?
Kapur barus!, jawab aku kerana sedang bawak keretamayat-Woha!.
Eh?, Macam tak berapa tepat anologi bau wangi dan kaitannya dengan pujian, kita ambik contoh lain.
Untuk pengetahuan korang, bukan semua komen korang berbentuk pujian dalam sejarah aku menulis blog, ada dalam bentuk kutukan, makian, cercaan, hinaan dan ugutan, tak percaya boleh baca komen dalam entry Vaksin, Dajjal, Perubatan hospital, Video Arrivals, Teori konspirasi dan ulasan politik, memang ramai yang akan kutuk aku secara berjemaah di tempat terbuka, adohai..
Namun begitulah asam garam dunia penulisan, ada masa kena puji, ada masa kena kutuk kaw kaw, tapi aku tak delete pun, sebab aku perasan sibuk sampai takde masa nak delete, nak baca komenpun tak sempat kadang kadangg, hu hu..
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa down dan loser ke bila kena kutuk dalam entry tu?"
Sepatutnya aku sedih dan jika orang tak ada iman, bila kena kutuk, mungkin akan bunuh diri, tapi bila hari hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, dan baca komen korang untuk entry yang lama (pelik, entry lama baru nak kutuk?) maka aku jugak dah jadi kebas dengan kutukan, ha ha ha!, dah jadi telinga kuali!, setaraf telinga Menteri Politik yang tahan dikritik-woha!, korang kutuklah aku satu Malaysiapun, ada aku kesah?
Jika semua pembaca baca blog kutuk aku hari hari, pun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus kerana iman yang sempurna tidak terkesan dengan celaan, (wah, ni dah macam puji diri sendiri nih, bengong!)
Alahai, macam korang yang kerja kutip sampah dan bawak lori sampah, mula mula kerja korang akan tutup hidung, tapi bila dah lama(beberapa jam kemudian) korang akan selamba angkut sampah tanpa tutup lubang hidung sebab bila dah hari-hari bau sampah, maka sampah dah ‘tak busuk’ lagi, tak pecaya? cuba tanya awek korang yang bercinta dengan penoreh getah(yakni kau sendiri), ada mereka cakap getah tu bau busuk? Takde maknanya!
Jadi, bila bawak lori sampah, maka lama lama bau sampah dah takde kerana hidung dah imun yang mana andai kata korang ajak kawan korang naik lori korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, busuk betul, korang bawak apa kat belakang?
Mayat! jawab aku kerana aku memang sedang bawak keretamayat-Woha.
(Eh?, Macam samer jer anologi bau busuk dengan kutukan, wangi dengan pujian, apa apalah!)
Ok, serius sikit, sambung balik cerita bab hukum memuji dalam islam,
Untuk bab Nabi mencela orang yang memuji, memang betul ada hadis berbunyi:
“Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji” (Riwayat Abu Daud)
“Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dengan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur :
"Kamu telah memotong leher lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari)
Dan lain lain.
Ok, straight to the point, bila aku rujuk Buzmana, kata mereka , hadis ini adalah untuk mereka yang memuji dengan niat mendapat manfaat yang salah dan di buat bukan kerana Allah, seperti membodek, mengampu, mengipas, ‘menabur pasir dalam periuk nasik orang’, sebagai contoh:
Pujian yang mana bila si pemalas puji bos, bos suka pada si pemalas lalu lantik jadi bos sehingga orang rajin tertindas, atau puji bini orang sehingga bini curang dengan laki lalu bercerai. Begitu contoh lebih kurang.
Selain itu pujian jugak di larang kepada orang yang mudah riak, nak tahu orang tu mudah riak atau tidak, sila apply common sense.
Sebab tu nabi selamber jer puji sahabat, atau sahabat puji sahabat sebab mereka tahu bahawa pujian tu tak membuatkan orang itu riak, sebaliknya pujian tu buat orang lain lebih bersyukur dengan nikmat Allah selain menjadi asbab semangat dalam mengukuhkan silaturahim.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Abu bakar secara direct:
“Semalaman Abu bakar bersamaku di Gua Thur, tidak ada satu amalanpun penduduk dunia dapat tandingi beliau!”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Umar secara direct:
“Jika ada Nabi lagi selepas aku, Umar lah orangnya yang paling layak”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Usman secara direct:
“Jika dibenarkan poligami bersama adik beradik, aku akan benarkan semua anak perempuan aku kahwin dengan Usman”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Ali secara direct:
“Jika aku gedung ilmu, saidina Ali lah pintunya”.
Contoh lebih kurang Buznama puji hamka keretamayat secara direct:
“Bagus soalan kau ni Hamka, jarang ada orang nak tanya soalan yang tak pernah terfikir dek ustaz..,”- woha!
Di tempat lain, banyak jugak Nabi puji sahabat secara tidak direct.
Contoh bila lalu seorang lelaki, Nabi bagitahu sahabat yang lain, "jika nak tengok ahli shurga, itulah orangnya."
Contoh lain bila ada orang tanya soalan agama, lepas orang tu balik nabi cakap lebih kurang maksud, "jika orang tu amal tanpa tambah apa yang aku cakap, dialah ahli shurga."
Kadang kadang lepas perang, ketika mengurus mayat, Nabi akan memuji mayat akan darjat darjat mereka. (rujuk kisah perang badar dan uhud)
Contoh lain dari Buznama A bila aku takde tempat kejadian:
“bagus Hamka tu, jika tak kahwin lagi, aku jadikan dia menantu,(Buznama B yang cerita kat aku-woha!)
Contoh lain dari bini aku bagitahu:
"ada orang bagitahu saya untung sangat kahwin dengan abang, nak ajak bermadu lah tu"
Kah kah kah!
Balik pada tajuk utama, 15 tip bab memuji dalam islam:
1. Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal, jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak, dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!
2. Jika nak memuji sebaiknya korang kenal benar dengan orang yang dipuji, takut dia riak takkabur pun susah jugak.
3. Dalam bab ilmu hidup, manusia dahagakan pujian, anak anak, pekerja, isteri, jiran dan siapa sahaja, memerlukan pujian untuk menjadi asbab lebih bersemangat, so puji jer anak korang yang rajin, bini korang yang setia dan pekerja korang yang tekun. Isteripun, tak salah puji suami di ranjang-woha!
jangan puji melampau sampai tahap memuja, elok benar simbah tanah ke muka, contoh, “jika sehari aku tak wajah mu, aku akan mati,” Nampak jelas bengong dan syirik! elok mampos baham tanah!
4. Pastikan peratus pujian korang kepada Allah, lebih dari pujian korang kepada manusia, jika korang dapati korang lebih banyak memuji manusia daripada Allah, berdiam diri lebih baik.
5. Jangan puji orang yang orang benci depan orang yang benci tadi, faham tak? Maksud aku, jika bercakap dengan Penyukong Tun, jangan puji Najib, nanti mereka akan buat dosa (mengumpat, mengamuk dan merusuh) sama jugak penyokong Najib, jangan puji Tun Mahadhir depan penyokong Datok Najib, nanti mereka jugak akan buat dosa yang sama seperti kamu. Woha!
6. Orang melayu dulu, jika suka: diam, dan jika tak suka: Mengumpat atau mengutuk, kita tukar cara cara islam, jika suka: puji, jika tak suka: diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)
7. Jika ada orang islam sedang dihina, diumpat, di keji, dan korang berada di tempat kejadian, maka selamatkanlah maruah orang itu dengan memujinya (tafsir hadith riwayat Abu daud dari Jabir bin Abdullah)
8. Apabila membayar hutang, bayarlah bersama pujian”. (ringkasan hadith riwayat Nasai dari Abdullah Abu Rafiah)
9. Hadith yang orang UMNO suka quote: Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah(riwayat tarmizi), korang tafsir sendiri dengan ustaz pilihan korang. Atau Bahasa mudah, bila bersyukur, memujilah. Jangan mencela, nanti jadi kufur nikmat dan azab Allah pedih untuk orang kufur nikmat.
10. Jika tak nak puji orang selepas menerima pertolongan, memadai dengan ucapan “jazakallahu Khairan”, ringkasan Hadith riwayat Usamah bin Zaid.
12. Berhati hatilah dalam memberi kritikan, dan bermurah hatilah dengan member pujian, (Penulis Barat, Dale Carnegie)
13. Jika nak puji depan atau belakang, jangan puji dengan niat supaya orang tu kembang lubang hidung, (riak), tapi pujilah dengan niat supaya orang lain dapat manfaat dari pujian tadi, contoh: “Kedai ali tu bagus, barang murah dan berkualiti” pujian macam ni tersangatlah boleh pahala sebab orang lain akan dapat manfaat dari pujian ini dengan pergi kedai ali, contoh lain, saya suka semua buku hamka keretamayat kerana.., korang sambung sendiri tapi pastikan niat korang kerana Allah dan agar orang lain dapat manfaat dari pujian itu. Eh, kenapa lubang hidung aku kembang semacam?
14. Ada doa khas Nabi ajar kepada mereka yang menerima pujian, hujung entry aku tulis.
15. Kata Maulana Buznama, lakukan amal dengan ikhlas dan jangan harap pujian, tapi jika ada yang memuji, jangan larang orang memuji anda, kerana pujian mereka akan mentup aib anda di akhirat.
OK, habis sampai sini, dah panjang sangat dah ni, karang ada yang kena kutuk, nak baca banyak lagi cerita best macam ni oleh beli buku Hamka Keretamayat, atau sila rujuk ustaz ulamak untuk pencerahan yang lebih baik, kita habiskan cerita bab puji pujian di sini.
Akhir kata: terimalah pujian ikhlas dari aku Kepada korang semua yang sudah beli atau akan beli buku Hamka keretamayat:
“Korang semua memang awesome! Kagum dari jauh!-Woha!”
Ps: Oh lupa tentang doa khas no 14 tadi, begini lafaznya Doa menerima pujian- Riwayat Abi Syaibah: Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka(pujian), dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dosa),jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. Amin.
(jika korang rasa artikel ini bagus, boleh like dan share sambil kagum dari jauh!-woha sekali lagi!)
maksud silaturahim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[Benarkah Wanita Dijadikan Daripada Tulang Rusuk?]
Di dalam dunia Islam ulama berbeza pandangan mengenai asal usul kejadian isteri nabi Adam a.s. Yang masyhur adalah mengatakan ia dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Berdalilkan ayat al Quran yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mengunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An-Nisa : 1)
Mereka menafsir ayat “menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) dan daripadanya Allah mencipta isteri” dengan hadis nabi yang mengatakan wanita itu dari tulang rusuk:
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا
“… Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Kerana, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Kerana itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita.” (HR. Bukhari no: 5185)
Mereka berpendapat dari diri Adam yang satu itu dicipta isterinya dari tulang rusuk Adam.[1] Antara ulama yang berpegang dengan pendapat isteri Adam berasal daripada tulang rusuk ialah Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas'ud, Imam Mujahid, Ibn Munzir, Ibn Humaid dan ramai lagi.[2]
Asal Wanita Bukan Dari Tulang Rusuk
Adapun pandangan yang mengatakan sebaliknya mereka membahas pendapat isteri Adam bukan dicipta dari tulang rusuk sebaliknya dicipta sama seperti Adam iaitu dari tanah. Ini kerana di dalam al Quran dan hadis tidak pernah mengatakan wanita itu dicipta dari bahagian rusuk Adam. Mereka membahas ayat yang sama dalam surah an Nisa ayat 1.
Yang mana penafsiran mereka terhadap ayat رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا bermaksud “Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya”. Dimaksudkan dicipta daripada diri yang satu itu adalah tanah. Sepertimana Adam dicipta dari tanah maka isterinya juga dicipta dari tanah yang sama.[3]
Manakala di dalam hadis Bukhari yang diatas menyebut wanita dari tulang rusuk itu adalah berbentuk majazi atau kiasan. Malah di dalam hadis itu juga nabi tidak menyatakan secara khusus wanita manakah yang dari tulang rusuk itu dan tidak disebut juga tentang isteri nabi Adam di dalam hadis itu. Ini menunjukkan bahawa hadis itu berbicara dalam bentuk metafora kepada sifat perempuan. Ini kerana apabila dihimpun hadis-hadis lain, nabi menyebut:
عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها
Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin meluruskannya, sama halnya kamu akan mematahkannya. (HR. Bukhari: 4889).
المرأةُ كالضِّلَعِ، إن أقَمْتَها كَسَرْتَها، وإن استمتعْتَ بها استمتَعَت بها وفيها عِوَجٌ
“Seorang perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu meluruskannya maka kamu memetahkannya, dan jika kamu bersenang-senang dengannya maka sungguhnya kamu bersenang-senang dengannya sedangkan pada dirinya ada kebengkokan.” (HR: Bukhari 5184)
Digunakan kalimah كالضلع iaitu SEPERTI tulang rusuk. Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Antara ulama yang menyokong bahawa wanita bukan berasal dari tulang rusuk adalah Imam Bukhari sendiri. Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:
باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: إنما المرأة كالضلع .
Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.
Dengan membuat tajuk sebegini Imam al-Bukhari jelas tidak berpendapat bahawa isteri Adam itu dijadikan daripada tulang rusuk. Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:
إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها
“Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya.” (al Adab al Mufrad No: 574)
Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya dari tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah yang tinggi. Oleh itu hadis-hadis mengenai wanita dan tulang rusuk boleh juga dikatakan tidak boleh difahami secara harfiah (literal). Ini kerana ada hadis lain nabi jelas menggunakan lafaz metafora seperti hadis-hadis sebelum ini berkait dengan wanita, nabi bersabda:
عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.
Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Bukhari no: 6210)
Rasulullah menggambarkan wanita itu sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.
Hasil perbincangan, kami memilih pandangan yang mengatakan wanita itu bukan berasal daripada tulang rusuk Adam. Ini kerana hadis-hadis nabi berbicara tentang wanita dan tulang rusuk adalah lebih kepada berbentuk majazi. Hadis-hadis yang berkaitan dengan wanita dan tulang rusuk ini lebih membawa kepada saranan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita. Isyarat tulang rusuk itu menunjukkan kedudukan yang paling dekat apabila seseorang itu memeluk dan menjaga sesuatu dengan sangat berhati-hati. Jika tidak sudah tentu nabi boleh menggunakan kiasan pelepah tamar yang bengkok berbanding dengan tulang rusuk.[4]
Hadis itu juga mengisyaratkan bahawa wanita tidak ada yang sempurna sama halnya dengan lelaki. Tetapi hadis ini lebih mengkhususkan supaya orang lelaki menerima sifat wanita itu seadanya tanpa meluruskan kerana hal itu boleh menyebabkan ia ‘patah’.[5]
Bible Dan Kejadian Hawa
Di dalam Bible jelas menceritakan bagaimana penciptaan isteri Adam yang disebut sebagai Eve atau Hawa. Nama Hawa terdapat di dalam Perjanjian Lama dan tidak terdapat di dalam al Quran. Di dalam Perjanjian Lama ini ada menyebut tentang awal pencipataan wanita, di dalam buku Kejadian menyebut:
“Lalu TUHAN membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan dari rusuk yang diambil TUHAN dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. Lalu berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari lelalki." Sebab itu seorang lelaki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu.” (Kejadian 2: 21-24)
Di dalam ayat Bible ini jelas menceritakan penciptaan Hawa adalah daripada tulang rusuk Adam. Ia dicipta daripada salah satu tulang itu lalu dibentukkan menjadi Hawa.
Kesimpulan
Di dalam al Quran tidak menyebut isteri Adam dicipta daripada tulang rusuk. Akan tetapi di dalam Bible jelas menyebut tentangnya.
Adapun berkait dengan hadis nabi yang dibincangkan sebelum ini. Hadis itu lebih membincangkan soal metafora dan perumpamaan yang dikaitkan dengan sifat wanita. Malah tidak ada satupun hadis yang mengatakan isteri Adam dicipta dari tulang rusuk. Walaupun begitu kita menghormati pandangan ulama tafsir yang mengatakan asal kejadian isteri Adam adalah dari tulang rusuk baginda.
Wallahua’alam
Nota Kaki:
[1] Lihat Ibnu Kathir, (2012). Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta, Jilid 2, hlm 414
[2] Lihat Prof HAMKA, (1987). Tafsir al Azhar, Pustaka Panjimas, Jakarta, Juzu’ 4, hlm 216
[3] Perbahasan perkataan ‘min’ itu memberi maksud “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja, Lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319 dan Rujuk matan alfiyah ibn maalik fii alnahwi wa assarf / Lihat Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Aunur Rafiq, (2007). Isu-Isu Gander: Perspektif Ulama al Azhar, Intel Multimedia and Publication, Selangor, hlm 6-7.
[4] Lihat Syeikh Muhammad Shalih al Uthaimin, (2012). Syarah Shahih Bukhari, Darus Sunnah Press, Jakarta Timur, Jilid 6, hlm 577
[5] Ibid
R&D TEAM MRM
maksud silaturahim 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam kejiranan! ? PART2 - Adab Berjiran!
.
Like page tok dolok k!
https://www.facebook.com/hslcn/
.
Di saat para jemaah content creator membuat content utk memutuskan silaturahim sesama insan melalui video mereka, here i am, Ngektsai dengan content2 nya yang tersendiri mengajak penonton utk bergelak ketawa sambil merenung mesej2 di sebalik content2nya... ?
.
Dunakkk! Mak Tanggang ada jiran baru woi! Best nya hidup berjiran, JIKA, jiran ko best! Mun nemu jiran sik best? Apa cer? Hahaha. Cik Kemban yg pulang excited dengan ketibaan jiran baru Mak Tanggang! Bah, dah salah sigek adab berjiran, kita harusla mengenali sesama dirik! Sik semua orang dikurniakan jiran yang best, yg sama palak. Rasanya kebanyakan org ada jiran kedak dlm video. Probably berlainan mentaliti, latar belakang dan wavelength menyebabkan jiran2 terkadang bermasam muka. Seperti dlm video! Sik maok mengulas jiran org lain, Ngektsai share sikit tentang Ngektsai dan jiran2 Ngektsai.
.
Ngektsai dah set dari awal Ngektsai membeli rumah dolok, utk kenal dengan jiran. Tauk tentang siapa jiran, keja siney, nama, dah cukup utk Ngektsai. Sik perlu memoret tentang rumah tangga sidak. Point nya adalah, kita mesti kenal sapa jiran kita, tapi jagalah privasi sidak seperti mana kita maok privasi kita dijaga. Mcm Ngektsai mun nak shooting ka, karoke ka, selalunya akan inform dlm group wasap dolok. Sidak pun molah benda sama. Kadang2 aku shooting kiak kaong, awal ku madah lam group. Takut daknya berekot ke rumah beliang ati bunyi gunto d rumah Ngektsai. Hahaha. Jiran prihatin bah!
.
Jiran kmk org boleh dikatakan sehati sejiwa, nanyak dolok, boleh sik mun kmk molah tok ooo? Boleh sik mun kmk tok oo? Bukan apa, kita berjiran nak lamak, bukan sekejap. Mun kita bermasam muka ngan jiran, giney kita nak madah rumah ku syurgaku? Mun sik ngam ngan jiran, bila balit rumah, rasa ke neraka jak. X best la gia. Jiran tok banyak kebaikannya, di kala kita urgent ada hal, sidak tok paling dekat ngan kita. Sidaklah akan membantu kita, hargai lah jiran. Mun kita molah gia, jiran pun insyaAllah akan molah benda yg sama. ❤️ semoga jiran2 ku akan kekal sehati sejiwa senada seirama sampei kita tua k! ?
.
Bagi ktk org nak meli rumah, poret lok ngan seller ya, sapa meli rumah sebelah kita, tanyak sikit2 bah, Ngektsai dolok pun molah gia. Sebagai persediaan nak ngadap jiran baru. Komuniti ya faktor penting utk Ngektsai meli rumah.
Tq Hock Seng Lee sebab komuniti jiran yg dijanjikam adalah terbukti best! Sidak dolok berjaya dengan projek Samariang Aman 1 & 2! Berita gembira! Projek Samariang Aman 3 sedang ON! Juh beli rumah dari Hock Seng Lee!
.
Sidak pemaju Hock Seng Lee tok adalah trusted developer tauk sik? Lekas jak molah keja, janji nisik pelesu. Kualiti rumah yg tip top pun faktor ktk org patut beli rumah dari sidak! Yg penting komuniti di Samariang Aman insyaAllah best! Samariang Aman 3 tok rumah nya of koz la best lagik! Tanah nya berik luas sikit berbanding projek sebelumnya! Sik cayak? Boleh pg laman web sidak;
www.hsl.com.my
Atau wasap nombo tok ;
www.wasap.my/60138365566 untuk pertanyaan lanjut tentang projek Samariang Aman 3!
.
Nasihat Ngektsai kepada anak2 muda nok baruk masok keja ya, dah boleh start usha2 pasal rumah… Penting meli rumah koh, aset… Bila ko meli rumah, ko dah berada pada sigek level kehidupan yang lebih tinggi gik, maksud Ngektsai, ko dah beli rumah bah, satu kejayaan dan kepuasan utk kompun… Berjandot, jandot juak tapi jangan layap gilak bila dah start keja, harus mikey aset seperti rumah… Ngektsai sekadar ngingat ajak… rumah makin ari makin mahal, nisik nya makin murah nong…
.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#SamariangAman3
#hocksenglee
.
Ps : mesti mok koat dari segi mental n emosi nak molah content bideo tok. Kenak? Sebab berkaitan ngan jiran, Ngektsai pun ada jiran. Tapi video tok telah mendapat restu cinta silaturahim antara Ngektsai ngan jiran2 Ngektsai. Jiran Ngektsai best2 ok! Haha. Sik ku pandei madah betapa best nya jiran sama palak! Alhamdulillah. Cuma... rasanya video tok lebih kepada mangkong palak Ngektsai mpun la HAHAHAHA. Sekpalah, jiran i memahami... ❤️
maksud silaturahim 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳解答
#Hibah #Faraid
APA ITU HARTA PUSAKA?
- Harta pusaka @ harta peninggalan si mati dikategorikan harta alih & harta tidak alih
- Harta alih seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans
- Harta tidak alih seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut, rumah, & tasik
-Akibat gagal merancang ketika hidup, byk masalah berlaku selepas kematian
-Malah, laporan akhbar, sejumlah RM66 bilion harta pusaka umat Islam tidak dituntut, malah harta pusaka khusus rumah & tanah dibiarkan tanpa diurus
APA ITU WASIAT?
- Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999, wasiat merupakan iqrar seseorang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya @ manfaat menyempurnakan sesuatu maksud kebajikan @ apa2 maksud dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian
.
APA ITU HIBAH?
- Hibah merupakan akad pemberian harta dilakukan seseorang secara sukarela kpd seseorang lain ketika tempoh hidupnya tanpa balasan (‘iwad)
- Ia memerlukan ijab/qabul dan pindah milik harta dilakukan ketika pemilik masih hidup @ selepas kematiannya
- Kategori hibah terbahagi dua iaitu hibah mutlak & hibah bersyarat (Umra dan Ruqba)
- Industri takaful di Malaysia mengamalkan konsep hibah Ruqba Ini kerana ia mempunyai kelebihan seperti
(a)Pindah milik dilakukan setelah si pemberi meninggal dunia/Hak milik kepunyaan si pemberi
(b)Kos penyediaan dokumen murah/Harta bercagar, syarat ada MRTA/MRTT boleh dihibahkan/Tidak seperti wasiat, penerima hibah dibolehkan kpd sesiapa sahaja
(c)Sekiranya penerima hibah bukan mukalaf (belum akil baligh @ kurang upaya), hibah boleh diberikan kpd wakilnya/Tiada had harta yg boleh digunakan dan ia tidak memerlukan persetujuan waris
(d)hibah juga boleh diberikan kpd orang bukan Islam bg tujuan mengeratkan silaturahim."
APA ITU HUKUM FARAID?
- Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris2 si mati shj yg layak mendapat harta pusaka
- Waris2 yg sah & layak adalah isteri, anak2, ibu, bapa serta saudara-mara berkenaan
- Pembahagian harta mengikut faraid adalah berdasarkan ketentuan & ketetapan hukum syarak
- Terdapat cara pengiraan yg berbeza dalam hukum faraid. Ia bergantung kpd senario & bilangan waris
- Harta yg difaraidkan adalah baki yg ditinggalkan setelah ditolak kos pengurusan jenazah serta hutang2 si mati
- Terdapat beberapa bentuk harta yg boleh difaraidkan :-
(a)Tanah (kebun, ladang)
(b)Hartanah
(c)Barang kemas
(d)Wang tunai
(e)Binatang ternakan
- Menurut Syariah, saudara-mara yg berlainan agama tidak boleh mewarisi harta pusaka si mati yg beragama Islam
- Begitu juga dengan seseorang yg menyebabkan kematian si mati sama ada sengaja @ tidak sengaja
Pilihan mana yang terbaik?
- Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris2 si mati shj yg layak mendapat harta pusaka
- Mengikut konsep wasiat, hanya boleh dibuat kpd bukan waris shj
- Namun hibah boleh diberikan kpd sesiapa shj yg dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada merupakan waris @ bukan waris
- Selain itu hibah boleh diberikan kpd orang bukan Islam bagi tujuan mengeratkan silaturrahim & bukan utk tujuan maksiat
- Kadar harta yg dihibahkan juga tiada had & terpulang kpd pemberi
- Hal ini tidak sama dengan wasiat, di mana harta yg diwasiatkan tidak boleh melebihi kadar 1/3 harta pusaka
- Manakala pembahagian harta mengikut faraid berdasarkan ketentuan & ketetapan yg telah ditetapkan oleh hukum syarak
- Jika pemilik harta membuat wasiat @ hanya menunggu hartanya difaraidkan selepas kematian maka pemanfaatan harta secara terus belum tentu dapat dilakukan atas beberapa faktor seperti karenah pentadbiran (birokrasi) dalam pembahagian harta pusaka, pertelingkahan kalangan waris, kesahan wasiat & sebagainya yg akhirnya menyebabkan sesuatu harta itu terbiar
- Ternyata, pembahagian harta melalui kaedah hibah adalah yg terbaik
- Bagaimanapun, terdapat situasi di mana wasiat digalakkan, seperti :-
(a)Orang yang tidak berkahwin
(b)Orang yang tidak mempunyai anak angkat
(c)Orang yang tidak ada waris
(d)Mualaf
#Hibah #Faraid #Wasiat