Selamat Hari Malaysia…
(Bacaan yang bakal merubah masa depan anda-woha!)
Malaysia ada sistem pendidikan yang agak bagus!
Alkisahnya, Pelancong luar negara bila datang Malaysia, mereka puji rakyat kita bagus sebab sangat bersopan santun dan 90 peratus rakyat kita pandai cakap English!
Bermakna system pendidikan akhlak, dan BI kita bagus!
Orang arab bila dengar orang kita mengaji, kagum dengan kemahiran tajwid kita, lidah arab kata mereka! bermakna system pendidikan al quran, dan taranum kita bagus!
Bila ada pergaduhan politik, tukar kerejaan baru ni, rakyat kita tak suka berdemo, tak suka berperang, tak suka merusuh, walau hidup pelbagai bangsa tapi masih kekalkan keamanan, ini buatkan pelabur ramai suka datang melabur sebab negara yang aman.
Bermakna system pendidikan bab tolerensi kita sangat bagus! Cina india boleh buka kedai kawasan melayu tanpa diganggu, bagus!
Lepas tu sana sini, jumpa orang susah, tapi tahap bersyukur sangat tingggi, Bermakna system berdamai dengan tadkir yang di amalkan oleh rakyat kita adalah sangat bagus!
Pengemis, peminta sedekah juga senang cari makan sebab kadar dermawan rakyat sangat tinggi, Bermakna system berkongsi nikmat di kalangan orang kita sangat bagus!
Menangis orang luar jika tengok orang macam ustaz Ebit Lew atau lain lain NGO.
Lepas tu kereta, semua keluarga ada, jarang takde, dan banyak lebih dari dua bijik, kereta mewah pun berlambak atas jalan, bermakna system kebebasan rakyat kita bergerak dan bergaya sangat luas, rakyat boleh bergerak ke mana sahaja tanpa halangan, Bermakna system pendidikan geografi dan ekonomi kita sangat bagus!
Lagi? Kedai makan sedap dan mahal, kena beratur, rakyat kita suka beratur untuk makan di tempat yang rare! Bermakna system pendidikan kepuasan mengecap makanan di kalangan rakyat ,kita sangat bagus!
Rakyat kita juga ramai kakitangan kerajaaan, yang suka singgah gerai makan waktu pergi dan pulang dari kerja, ramai yang tapau, lalu peniaga bukan warga negara pun seronok meniaga di Malaysia, Bermakna system perkongsian ekonomi runcit kita sangat bagus!
Lepas tu Malaysia antara negara yang aktif di media sosial. Celebrity internet ramai. Tentera bawang pun cekap, Bermakna kelajuan dan capaian internet kita bagus!
Cuma, ada sikit masalah pada Pendidikan negara, sebab Polis cakap ramai orang kita kena tipu, kena scam, bermakna ada masalah dalam system pendidikan yang perlu kita focus agar kejadian ini tidak berulang. Ramai sangat kena scam, cikgu, doctor, pensyarah, prof pun boleh kena scam, apatah lagi rakyat biasa?
Kenapa ramai kena scam? sebab rambut sikat tepi ke?
Ada rakyat Malaysia percaya makcik mimpi. Percaya pada Ayah pin, percaya pada ajaran sesat.
Ada rakyat Malaysia percaya bumi ni rata? Orang tak pernah ke bulan, Serius!
Ada rakyat Malaysia percaya tahyul, tangkal, bomoh.
Ada rakyat Malaysia percaya pada manifesto dan janji ahli politik.
Ada rakyat Malaysia percaya pada skim cepat kaya,
Ada rakyat Malaysia percaya pada temberang ‘pakar’ motivasi.
Ada rakyat Malaysia percaya pada janji air liur, ceramah jual air liur.
Paling parah, Ada rakyat Malaysia anti vaksin tanpa ilmu dan percaya pada teori konspirasi, siap dari kalangan pendidik pun anti vaksin, adohai..
Maka pesan saya, jom kita semua balik kepada Rukun Negara.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, kita balik pada akidah yang betul, yakin yang betul, insyaAllah tak kena tipu. Banyakkan baca Tafsir Al quran, dan kitab Taklim, biar hati cerah sikit dengan Nur Al quran dan Nur Hadis.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, kita sangka baiklah, jangan anggap Raja kita ni ejen dajjal ke, konspirasi ke, sungguh Taat Ulum Amri adalah perintah Allah. Jika kita tak nak taat kepada Ketua Negara, maka Syaitan akan jadi ketua kita, lalu mudahlah kita kena tipu. Tolong Banyakkan luang masa baca buku yang betul,dan ber kawan dengan kawan yang positif, semua itu akan bantu kita menjadi rasional.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN, Kenalah follow, barulah kita tak terdedah pada Scammer yang akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa hak kita dalam perlembagaan, kena banyak membaca bahan berilmiah.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, Sila patuh SOP, Fahami kehakiman, fahami sebab akibat, banyakkan baca berkenaan Sebab serta akibat dari kegalalan patuhi undang undang.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN, ini penting yang mana semua rakyat Malaysia kena ada etika menulis, atau etika membawang, yang mana semua tu nak kena jaga hati dan perasaan sesame kita,yang mana kalau kita ni kurang membaca, maka kita miskin kosa kata, maka kita akan miskin dalam berkata-kata, hingga bila kita bercakap, orang tahu kita bodoh.
Eh? Semua bab Rukun Negara ada kaitan dengan membaca, Iqra Ayat pertama Al quran, hayatilah..
Selamat hari Malaysia. Selamat jadikan kira rakyat Malaysia sebagai Rakyat membaca.
Sungguh Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!
Woha!
Ps: Sambutan Hari Malaysia jaga SOP, duduk rumah, sambil makan nasi goreng bungkus telor Bersama ikan goreng dan sebuah buku, Luar rumah Jalur Gemilang berkibar megah, Selamat Hari Malaysia.
同時也有37部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Hampir tujuh tahun berada dalam tahanan di penjara Singapura, seorang rakyat Malaysia yang berdepan hukuman mati, P Pannir Selvam, bertekad menghantar...
malaysia ngo 在 Facebook 的最佳貼文
Nestlé EVERYDAY telah bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) bagi mengedarkan lebih 20,000 pek "Bekalan Nutrisi" kepada keluarga B40, baru-baru ini.
Berita penuh di blog Maha di sini >>> http://www.mahamahu.com/2021/09/nestle-everyday-bersama-ngo.html
#Nestle #NestleEVERYDAY #Mahamahu #NGO #B40
malaysia ngo 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
ISU BUNUH DIRI: SUDAH TIBA MASANYA KITA BERTINDAK LEBIH EFEKTIF
10 September setiap tahun merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri di Malaysia pada tahun lalu iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Amat membimbangkan bagi tahun 2021 kerana sehingga Julai 2021, sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan PDRM, peningkatan sebanyak 143% bagi tempoh yang sama tahun lalu. Situasi pandemik COVID-19 memberikan impak di seluruh dunia terutamanya dalam isu kesihatan mental. Faktor sosial seperti kehilangan kerja dan sumber pendapatan, isolasi daripada orang terdekat juga memberikan risiko seperti kemurungan.
Setakat ini, kes cubaan bunuh diri di negara ini diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Seksyen 309 juga memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-dua sekali bagi seseorang yang disabitkan kesalahan itu. Pada tahun lalu, Mahkamah Majistret di Terengganu menjatuhkan hukuman selama enam bulan penjara kepada seorang orang kelainan upaya atas kesalahan cubaan membunuh diri. Adakah undang-undang ini masih relevan dan berkesan terus menjadi perdebatan hangat oleh semua pihak termasuk parti politik, bipartisan dan beberapa gerakan bebas.
Secara peribadi, pindaan kepada undang-undang bunuh diri ini perlu dimansuhkan (decriminalize) sebagai satu kesalahan jenayah. Ini kerana undang-undang ini tidak langsung menghalang pelaku yang cenderung untuk bunuh diri daripada melakukan perkara tersebut. Jika sifat undang-undang tersebut adalah sebagai bentuk pencegahan (deterrence) tetapi masalah masih lagi berlaku, ini menunjukkan undang-undang tersebut tidak berjaya. Hukuman ini seolah-oleh menambahkan lagi tekanan individu yang cuba membunuh diri dan tidak menyelesaikan masalah. Kita perlu sedar, masalah utama dalam kes cubaan membunuh diri adalah didorong oleh masalah kesihatan mental.
Kelemahan undang-undang ini juga mendedahkan kita kepada kelompongan inisiatif sedia ada di negara ini berkenaan masalah kesihatan mental terutamanya isu bunuh diri. Buat masa sekarang terdapat talian sokongan seperti Talian Kasih dan Talian Sokongan Psikososial COVID-19, namun usaha ini tidak mencukupi buat masa sekarang. Ini kerana talian ini tidak menyelesaikan isu ini secara berfokus. Jadi, pihak berwajib perlu untuk merangka satu talian khusus bagi mengekang isu bunuh diri. Pihak yang mengendalikan talian khusus ini terutamanya pakar psikiatri perlu mempunyai Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang jelas selari dengan isu semasa.
Kerajaan juga perlu merangka satu pelan jangka masa panjang bagi menyelesaikan perkara ini dengan mengenalpasti masalah utama perkara ini berlaku. Menurut PDRM, tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri adalah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan. Sewaktu pandemik, kemiskinan disebabkan hilang pekerjaan dan punca pendapatan menjadi isu utama. Jadi kerajaan perlu mempunyai solusi yang tepat bagi menyelesaikan isu ini seperti menyediakan peluang pekerjaan dan bantuan kewangan kepada mereka yang benar-benar terjejas. Kajian menyeluruh melibatkan semua pihak berkepentingan juga perlu dilakukan berpandukan data dan maklumat yang tepat.
Mengangkat tema Hari Pencegahan Bunuh Diri 2021 iaitu 'Creating Hope Through Action', penting untuk setiap individu, keluarga, komuniti, pihak berkepentingan (pembuat dasar, ahli politik, kerajaan dan agensi swasta serta NGO) untuk melaksanakan tindakan segera bagi mengetengahkan isu bunuh diri secara kolektif. Bunuh diri boleh dielakkan tetapi tindakan segera perlu dilaksanakan bagi membendung isu ini. Sebagai masyarakat, kita harus prihatin, mendengar, ambil tahu dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
AINIE HAZIQAH
Peguam dan Ketua Wanita Muda Negara
malaysia ngo 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Hampir tujuh tahun berada dalam tahanan di penjara Singapura, seorang rakyat Malaysia yang berdepan hukuman mati, P Pannir Selvam, bertekad menghantar pesanan cinta dan kemaafan menerusi lirik lagu Arah Tuju nyanyian Santesh. Mengangkat pesan kesedaran terhadap isu hukuman mati, Santesh mengaku teruja untuk berkolaborasi bersama Pannir menerusi NGO Sebaran Kasih yang turut melancarkan musik video Arah Tuju dalam satu acara di Kuala Lumpur. Ikuti temubual bersama Santesh sempena pelancaran lagu ARAH TUJU. #SANTESH #BORAKSINIHABISSINI
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
malaysia ngo 在 itsbrandonho Youtube 的最讚貼文
What started off as conversations with friends during rehat time at the canteen morphed into something Heidy herself could never imagine. Multiple schools set up and countless families helped later, Heidy is still going strong with her NGO, Refuge for the Refugees. Whilst many have conversations about refugees, Heidy is one of the few that has actively pursued their interests and overcome the challenges that come with it.
If you'd like to support us and the show, you can drop your love gifts at:
CIMB
BRANDONHO PRODUCTIONS
8010400855
FOLLOW US! :)
Facebook
Brandon: https://www.facebook.com/itsbrandonho/
Let's Get Real: https://www.facebook.com/letsgetreal.my/
Instagram
Brandon: https://www.instagram.com/itsbrandonho/
Let's Get Real: https://www.instagram.com/letsgetreal.my/
Twitter
Brandon: https://twitter.com/itsbrandonho
LET'S WORK TOGETHER! Email me at: brandon@jinnyboytv.com
SUBSCRIBE TO MY CHANNEL! :)
malaysia ngo 在 The Official Chris Leong Youtube 的最佳解答
A lot of recyclable items were not disposed in a proper way. NGOs are providing service to collect recyclable items. Master Chris donated clothes and furnitures to Shuangfu.org
CLM Tit Tar in Kuala Lumpur, Malaysia
Damansara +6014-3333039
Mid Valley +6012-8990685
Setia Alam +6012-5733039
Sri Petaling +6012-9850685
Ampang +6012-6389727
Android :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.clmethod.tittar
Apple Store:
https://apps.apple.com/my/app/clm-bone-setting/id1440287058
Chris Leong Facebook:
https://www.facebook.com/masterchrisleong/
#Masterchrisleong #bonesetting #tittar #tabibtulang #clm #clmethod #sunwaydamasara #midvalley #drchris #datochris #跌打 #chris #datoserichris #setiaalam #sripetaling #bone #tulang #leong #梁潤江 #ampang