“Aiman free tak?”, saya tanya kepada anak sulung saya.
.
“Kenapa Daddy?”, balas Aiman.
.
Saya jawab; “Nak minta tolong Aiman masak maggi untuk Daddy boleh?”
.
Aiman menjawab; “Dah lama dah Aiman tunggu Daddy suruh Aiman masak. Boleh je.”
.
Setiap budak ada kenakalannya dan liat mereka tetapi Alhamdulilah. Saya jarang sekali makan mi segera tetapi bila dimasak anak sendiri, bertambah sedap sehingga Mei Meinya yang jarang memuji Gor Gornya pun kata, ‘Sedaplah maggi yang Gor Gor masak’.
.
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala memelihara hubungan mereka adik beradik dan berkasih sayang sehingga akhir hayat. Allahuma Ameen.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
meinya 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Apa yang lebih mengembirakan hati seorang suami dan ayah apabila mendapat khabar berita bahawa anak kita mula bangun awal sendiri untuk solat subuh dan sudah mula solat fardhu 5 kali sehari walaupun baru berusia 6 tahun!!! Baru semalam saya pesan untuk jadi good boy dan solatlah satu atau dua waktu dahulu bersama Umi sambil dibalas dengan gelak ketawa dari Aiman. Tak sangka dalam gelak ketawanya, Aiman melakukan lebih dari apa yang dijangkankan. Semoga Aiman akan istiqomah.
Malahan lebih mengembirakan apabila sebagai abang, Aiman mula mengajak adiknya untuk mencuci pinggan bersama dan begitu mengambil berat adik-adiknya. Apabila adiknya tidak diberikan sesuatu, dia akan berkongsi dengan adiknya walaupun uminya berkata jangan bagi kepada Mei Meinya tetapi Aiman menjawab;
'Kenapa tak boleh pula Aiman bagi kat Mei Mei. Ini kan Aiman punya'
Sudah berhujah dengan rasional anak saya. Terima kasih kepada isteri yang gigih menjaga serta mendidik anak-anak selama saya bermusafir. Bukan mudah untuk seorang wanita menjaga 3 anak kecil dan melayan pelbagai kerenah mereka tetapi Allah SWT mengurniakan kesabaran dan intelektual istimewa buat semua wanita.
{[:-)#