Dalam perjalanan dari Semporna ke Hospital Tawau, saya sempat ke Klinik Sri Balung (Pengamal Perubatan Am Swasta) untuk menyampaikan Anugerah PeKa B40 bagi pencapaian menjalankan saringan kesihatan tertinggi untuk tahun 2019-2020.
Klinik Sri Balung telah menjalankan 6,568 saringan kesihatan, termasuk melalui aktiviti jangkau luar, kepada penerima PeKa B40 sepanjang tahun 2019 & 2020. Anugerah ini diberikan bagi menghargai pencapaian dan kerjasama yang diberikan dalam PeKa B40.
Syabas dan tahniah kepada seluruh kakitangan Klinik Sri Balung atas kecemerlangan ini. Saya harap anugerah ini dapat memberikan motivasi agar lebih banyak saringan kesihatan dapat dilakukan, lebih cepat kita mengesan penyakit-penyakit tidak berjangkit dan seterusnya memantapkan penjagaan primer di dalam negara.
Bagi tahun 2019 & 2020, lebih 454 ribu orang kumpulan B40 telah menerima manfaat saringan kesihatan PeKa B40 dan pengamal perubatan swasta (GP) telah menyumbang lebih 284 ribu saringan kesihatan atau 63%.
Ditadbir oleh ProtectHealth, PeKa B40 adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Untuk makluman, PeKa B40 adalah antara program baik yang dimulakan pada pemerintahan PH di bawah pemimpinan mantan Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Mana-mana dasar atau program yang baik wajar diteruskan.
peka b40 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳貼文
Petang tadi Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Menerusi PEMERKASA, beberapa inisiatif baharu dan sedia ada akan dilaksana meliputi pelbagai bidang serta usaha bagi mengawal COVID-19, selain memperluas penerima manfaat khususnya kepada kumpulan B40, wanita, belia serta orang kelainan upaya (OKU).
B40:
1. Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada golongan B40, dan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
2. Golongan B40 yang dikuarantin di rumah kerana COVID-19 layak terima RM50 sehari.
3. SSM juga memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
4. Subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu RM300 untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah
WANITA:
1. BSN sedia RM50 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA beri galakan wanita ceburi perniagaan.
2. RM10 juta dana padanan 70 peratus bagi usahawan wanita dan wanita bekerja sendiri di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.
BELIA:
1. Kerajaan naikkan nilai kredit RM150 daripada RM100 melalui program eBelia.
2. Bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar terlibat dalam projek-projek keusahawanan, program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau PEKB akan diperluas dengan tambahan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit.
3. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera akan ditambah peruntukan bagi melahirkan seramai 250 usahawan belia Bumiputera baharu. Manakala, program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp akan diperkenalkan bagi tujuan latihan penyediaan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian kepada 2,000 orang usahawan belia.
4. BSN juga menawarkan Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA- BELIA dengan kadar serendah 3 peratus untuk membolehkan anak muda menceburi bidang perniagaan mendapatkan pembiayaan sehingga 50,000 ringgit.
OKU:
1. Had kelayakan gaji maksimum bagi Elaun Bantuan Pekerja Cacat dinaikkan RM1,500 daripada RM1,200 sebulan, manfaat 5,000 OKU.
2. PEMERKASA: Daftar dan perbaharui SSM percuma untuk OKU galak mereka ceburi bidang perniagaan.
3. RM25 juta Skim Mikrokredit ISTIMEWA untuk OKU ceburi perniagaan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000.
Malah saya menyambut baik usaha kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melantik seramai 2,500 orang pegawai tambahan di bawah inisiatif MySTEP bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Perkara ini telah saya suarakan sebelum ini supaya JKM menambah bilangan pegawai sedia ada agar kebajikan masyarakat dapat diselia dengan lebih efektif.
https://www.facebook.com/2014232865486745/posts/2897344590508897/?d=n
Saya mencadangkan agar kaedah pelaksanaan bagi memudahkan urusan penerima bantuan ditambah baik agar tiada yang tercicir. Kerajaan juga mesti memastikan golongan sasar ini maklum dengan kaedah permohonan dan maklumat sampai kepada mereka.
Usaha kerajaan Perikatan Nasional peka dan dan prihatin terhadap masalah rakyat terutamanya menumpukan kepada golongan sasar amatlah dialu-alukan. Saya percaya, PEMERKASA akan membantu kelangsungan hidup rakyat, perniagaan dan merangsang semula pertumbuhan ekonomi.
AINIE HAZIQAH
Ketua Wanita Muda Negara
#PEMERKASA
peka b40 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳解答
Dalam banyak-banyak inisiatif dan peruntukan yang dibentangkan dalam ucapan Belanjawan 2021, mengapa peruntukan sebanyak RM85,549,200 ringgit yang akan diberikan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) tidak dimasukkan sekali untuk siaran secara langsung semalam?
Saya percaya semua sudah tahu bahawa JASA adalah sebuah badan yang direka kerajaan terdahulu untuk tujuan propaganda pemerintah.
Belanja tanggung JASA memang sangat besar dari dulu. Sebab itu, waktu Pakatan Harapan naik menjadi kerajaan, JASA tidak terima apa-apa peruntukan dan dihentikan operasinya.
Sifar ringgit.
Buat apa bazir wang rakyat untuk bayar propaganda pemerintah? Kalau kerajaan itu rajin dan bersungguh-sungguh bantu rakyat, rakyat akan pilih mereka semula untuk memerintah. Pemerintah tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri.
Bayangkan, RM85 juta ringgit dibelanjakan untuk wujudkan tentera siber. RM85 juta ringgit itu adalah peruntukan lebih besar dari:
- Peruntukan taska frontliners (RM30 juta)
- Pemerkasaan Pendidikan Khas KPM (RM45 juta)
- Projek Bekalan Air FELDA (RM51 juta)
- PEKA B40 (RM80 juta)
RM85 juta ringgit untuk biaya JASA ini juga ada dalam dokumen Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 yang turut menyatakan potongan peruntukan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan KKM termasuklah Farmasi & Pembekalan, Radioterapi & Onkologi dan Perubatan Am di semua hospital seluruh negara.
Ada juga yang buat kira-kira bahawa peruntukan JASA ini boleh menampung:
- Gaji 3,240 jururawat (Gred U29) setahun di 1,090 Klinik Kesihatan dan 145 Hospital Kerajaan
- 2 Klinik Kesihatan (Type 2) yang boleh beri perkhidmatan kesihatan yang baik kepada 500 hingga 800 pesakit sehari.
RM85 juta ini juga boleh dibuat belanja perkara yang saya telah tegur tadi berkenaan kebajikan ekonomi mahasiswa dari keluarga susah. Mungkin juga boleh disalurkan kepada pengurangan yuran pengajian IPT seluruh negara.
Lebih buat saya bimbang, peruntukan untuk JASA bagi Belanjawan 2021 adalah jauh lebih tinggi dari peruntukan JASA untuk tahun-tahun sebelum ini (tidaklah saya setuju dengan peruntukan JASA sebelum ini, cuma untuk dibuat perbandingan sahaja)
2011 – RM 21,759,400
2012 – RM 21,392,000
2013 – RM 23,127,100
2014 – RM 24,572,800
2015 – RM 21,718,100
2016 – RM 22,801,000
2017 – RM 22,886,500
Zaman PH Hapus – RM0.00
Belanjawan 2021 - RM 85,549,200
Malah, saya juga tekankan kepentingan untuk beri peruntukan yang adil dan saksama kepada kawasan Parlimen Pembangkang. Rakyat yang undi wakil rakyat pembangkang juga berhak menerima wang peruntukan Parlimen untuk kebajikan mereka.
Kalau saya bahagi-bahagi RM85 juta kepada 109 Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang, setiap satu kawasan akan dapat RM 779,816.51 untuk tahun 2021. Ini anggaran kasarlah. Saya serahkan kepada kerajaan untuk buat kira-kira yang tepat.
Pokok pangkalnya, saya ingin nyatakan bahawa peruntukan kepada JASA ini tidak perlu untuk diluluskan Dewan Rakyat. Bukan sahaja ianya hanyalah menjadi agen propaganda pemerintah, tetapi tuntutan semasa mendesak kerajaan memberi fokus dan perhatian utama kepada sektor kesihatan dan pendidikan.
Saya tolak peruntukan JASA di dalam Belanjawan 2021.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-2021-kenapa-jasa-dapat-rm81-juta-syed-saddiq-267182