𝗞𝗘𝗞 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟 𝗣𝗜𝗦𝗔𝗡𝗚
Bahan karamel:
Karamel/gula hangus
7 sudu besar gula
7 sudu besar air
Cara:
1. Cairkan gula dalam periuk, atas api kecil sehingga menjadi karamel, kacau.
2. Masukkan air. Masuk kan karamel tadi ke dalam loyang 10x10 dan ratakan karamel. Ketepikan dan sejukkan.
Bahan puding:
4 biji telur saiz A
4 keping roti
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanila
Cara:
1. Satukan semua bahan dan kisar.
2. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 30 minit.
Bahan kek pisang:
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula perang/gula pasir
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan pisang berangan dilecek
3 sudu besar susu pekat/susu tepung
Cara:
1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Mixer hingga sebati.
2. Masukkan susu, minyak jagung dan pisang, mix lagi.
3. Kemudian masukkan tepung, kacau hingga sebati. Tuang adunan ke atas karamel dan kukus 45 minit.
4. Apabila sudah masak, biar kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek lekang/renggang dari loyang.
5. Sisipkan bahagian tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas bekas. Siap.
Kredit Resepi: Fauziah Yahya
.
.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「resepi kek pisang kukus」的推薦目錄:
- 關於resepi kek pisang kukus 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi kek pisang kukus 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi kek pisang kukus 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi kek pisang kukus 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於resepi kek pisang kukus 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於resepi kek pisang kukus 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
resepi kek pisang kukus 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Resepi biasa je.. tp luar biasa mungkin sbb tak guna telur.. option bg yg ada alahan 🤗
Resepi kek pisang 2 benua tanpa telur (loyang petak 7x7)🌹🌹🌹
*Kek pisang*
2 biji pisang berangan masak ranum & dilenyek
40g gula pasir (nk manis 50g)
75ml susu cair
35ml minyak masak
1/4 sdt esen vanilla
110g tepung naik sendiri (kalau tpg gandum 110g+1/2 sdt b.powder)
1/4sdt b.soda (kalau kukus baru tmbh ni)
-campur semua dan gaul sebati pki sudu je.
*Kek coklat*
2 sdb yogurt plain
2 sdb serbuk koko
45g gula pasir (nk manis 55g)
75ml susu cair
35ml minyak masak
1/4 sdt esen vanilla
110g tepung naik sendiri (kalau tpg gandum 110g+1/2 sdt b.powder)
1/4sdt b.soda (kalo kukus baru tmbh ni)
4 sdb air panas
-campur semua dan gaul sebati pki sudu je.
Choc chip dan almond hiris utk hiasan (yg telah dibedakkan dgn sedikit tepung. Tujuan tepung utk elak bhn ni tenggelam ketika kek dibakar)
*Kek 2 benua*
-sapu loyang dgn butter+letak baking paper.
-ambil aluminium foil dan lipat utk dijadikan pembahagi pd loyang.
-masuk adunan kedua2 kek pd setiap bahagian. Satu coklat, satu pisang. Lepas da masuk kedua2 adunan, tarik perlahan aluminium foil ni.. lorekkan di bhgn adunan yg bercantum.
-tabur choc chip pd adunan coklat dan kcg badam hiris pd adunan pisang (atau terpulang citarasa sendiri).
-hentakkan loyang sedikit dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Ikut suhu masing2. Oven saya bakar 180' 20min+165' 20min. Boleh juga dikukus selama 45 min atau sehingga masak).
-da smpi masa, cucuk dgn lidi. Kalau lidi clear means kek da masak.
-keluarkan loyang dari oven dan hentakkan loyang nk bg kek senang keluar..
- keluarkan kek. Setelah sejuk bolehlah dipotong 👍🤗
resepi kek pisang kukus 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Helokkkk🤭🤭
⬇️ KEK PISANG KUKUS
Resepi kek pisang kukus
3biji telur(saya guna 2biji saja)
1cwn gula putih(saya guna 3/4cwn)
1cwn minyak
1sdk esen pisang
1sdk esen vanila
(blend semua bahan diatas hingga gula larut)
1cwn pisang siap dilenyek
2cwn tepung gandum
1sdk baking powder
1sdk soda bikarbonate
Caranya👇👇
-lepas blend bahan,masukkan pisang lenyek blend sekali dua sahaja
-tuang bahan blend tadi dalam bekas tepung...gaul sebati sampai plolesss x dak ketul2 jerawat ok😁
-sapu minyak pada loyang/acuan
-tuang dlm loyang/acuan kukus api sederhana 45-1jam
-okk...daaa siaappp🥰
~air kukusan jangan lupa didihkan dlu sblum masukkan adunan
Foto & Air tangan : Lubuk Resepi
SELAMAT MENCUBA
Like & Share 😄