🥖Resepi Cakoi Lembut dan Mudah🥖
Bahan-bahan cakoi :
☑2 cawan tepung gandum
☑3/4 cawan air suam
☑1/2 sudu kecil yis
☑2 sudu besar gula
☑1 1/2 sudu besar minyak jagung
☑1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
➡Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. ➡Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
➡Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
➡Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
➡Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
➡Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
➡Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm.
➡Kemudian potong kecil-kecil secara melintang.
➡Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
➡Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
➡Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota :
Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
💜 Kuah Pandan/Kaya💜
Bahan:
☑1 1/2 sb tepung kastard
☑1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
☑3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
☑sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)
Cara-caranya:
➡Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana
➡. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
Kredit Resipi Ibu
#RESEPIKUIHMUIH
「resepi kuih mudah guna tepung gandum」的推薦目錄:
- 關於resepi kuih mudah guna tepung gandum 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於resepi kuih mudah guna tepung gandum 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi kuih mudah guna tepung gandum 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi kuih mudah guna tepung gandum 在 2 cawan tepung pulut ( beras pulut ) 2 sudu makan penuh ... 的評價
resepi kuih mudah guna tepung gandum 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
×××××××××××××××××××××××××××
Apam Nasi Kukus Gebu Paling Mudah Dibuat
×××××××××××××××××××××××××××
Yang paling menyenangkan hati , nak buat resepi apam nasi ni punya lah mudah .Tak perlu banyak bahan dan yang paling penting, guna nasi itu sendiri. Nak bagi menarik , gunakan acuan apam yang pelbagai bentuk dan masukkan pewarna makanan ke dalam bancuhan adunan apam nasi yang dah anda buat tu.
Nak buat resepi kuih apam ni pula just guna blender. Memang Cik Ain rasa kuih ni akan jadi fav la kan. Jom tengok bahan-bahan apam nasi ni.
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula
1 paket yis mauripan yang dalam 11 gram
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Cik Ain nak berikan tips supaya apam nasi jadi gebu ,naik elok apabila masak. Semua orang boleh buat resepi yang diberi tapi yang membezakan hasil kuih kita adalah langkah dalam membuatnya kan.
××××××××××××
So tips pertama,
××××××××××××
tepung yang hendak digunakan tu ayak dulu supaya adunan kita tak berketul nanti. Sebab kebiasaan kan kita guna tepung yang disimpan di dalam bekas.
Keduanya, sapu acuan bintang ke , acuan lompang ke loyang ke untuk kukus tu dengan sedikit minyak masak . Ini untuk mudahkan nak keluarkan apam nasi yang telah dikukus tu nanti.
××××××××××
Tips terakhir,
××××××××××
untuk mengukus apa-apa jenis kuih , atau kek kukus, pastikan air dalam pengukus dah didihkan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan. Baru kukus dengan api yang kecil ya.
Cara membuat apam nasi kukus ni senang sangat. Mula-mula blend sampai halus nasi yang tak habis tu , air dengan gula.Masukkan yis dan tepung yang dah diayak.
Kemudian nak warnakan dengan warna hijau ke, purple ke , pink ke ikut suka lah ea. Cik Ain nak tengok yang warna warni je.Baru buka selera kan. Nak buat apam nasi polka dot pon boleh.ikut citarasa sendiri ya.
Perap selama 60 minit untuk bagi yis membiak supaya apam nasi anda tadi bila makan atau cicah dengan kopi rasanya lembut amat gitu.
Masukkan adunan ke dalam acuan
resepi kuih mudah guna tepung gandum 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Resepi Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau :
500 gram kacang hijau
2 cawan gula
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Air untuk merebus kacang hijau
* Gunakan cawan penyukat metrik sukatan 250 ml untuk sama dan tepat.
Cara Buat Resepi Kuih Kasturi :
#1: Rebus kacang hijau hingga hancur guna salah satu kaedah yang ditulis dalam tips atas. Bila dah nak nampak hancur, buang air sedikit dan keringkan sedikti sebelum masukkan bahan lain seperti kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.
Teruskan mengacau sehingga inti kacang hijau ini betul-betul kering. Guna api kecil ya untuk elak hangit.
#2: Selepas dah kering, angkat dan sejukkan inti sebelum anda sapu tangan dengan minyak sedikit. Bentukkan bulat-bulat inti pada saiz yang hampir sama, lepas tu tekan menjadi leper.
Ok dah siap Langkah 1, kita teruskan dengan Langkah 2 untuk bancuhan kulit luar kuih kasturi.
Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.
Bahan Resepi Bancuhan Kulit Luar Kuih Kacang Hijau :
2 cawan tepung beras cap 1 gajah
1 sudu teh air kapur pekat
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telor
Air ais untuk rangupkan kulit
Cara Buat :
#1: Bancuh semua bahan sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair ya. Biarkan ianya pekat mengalir.
Panaskan minyak banyak dalam kuali. Bila dah panas, celup inti kuih kacang hijau tadi ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng. Goreng 3-4 biji sekali gorengan.
Bila dah nampak kulit kekuningan, terbalikkan dan bila dah masak, toskan kuih.
Dah siap dah resepi kuih kasturi mudah untuk anda cuba sendiri di rumah.
Sumber: Resepi Mama
resepi kuih mudah guna tepung gandum 在 2 cawan tepung pulut ( beras pulut ) 2 sudu makan penuh ... 的推薦與評價
#1: Di dalam satu bekas, satukan tepung pulut, tepung gandum dan mula ... mudah dapat kuih onde-onde gula melaka ni kan, tapi bila dah ada resepi mudah dan ... ... <看更多>