💖 Resepi Lasagna Daging 💖
Bahan inti :
👉🏻 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
👉🏻 Sos Prego spageti (1 tin)
👉🏻 Sos cili - kak tambah sebab nak rasa pedas
👉🏻 Bawang besar (1biji) - cincang
👉🏻 Bawang putih (5ulas) - cincang
👉🏻 Serbuk lada itam
👉🏻 Garam
Cara-cara :
👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
👉🏻 Siap dan ketepikan.
Cara buat sos putih :
👉🏻 5 sudu besar mentega
👉🏻 3 sudu tepung gandum
👉🏻 500ml susu segar
👉🏻 2 keping keju - kak guna Cheesedale
Cara masak :
👉🏻 Cairkan Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
Lasagna @ roti Gardernia
👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
👉🏻 Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
👉🏻 Bakar pada suhu 150'C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..
Siap untuk dimakan! 🤤
Kredit : Wahida Zakaria
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Sedapnya lasagna daging keju ni..Peminat makanan western memang confirm akan bertambah ni..Kelembutan kepingan lasagna, kesedapan keju mozarella & Par...
resepi lasagna daging 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
"Bread Lasagna / Lasagna Roti
Yum yum! Bahan2:
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili n tomato
• salt n pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese
Cara2:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu.
4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c cmpai garing sket.
Siap!
Kredit: belajar intai resepi
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
resepi lasagna daging 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
RESEPI LASAGNA BISKUT CRACKER
BAHAN-BAHAN:
Untuk perap inti:
1 tiub daging cincang
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu serbuk kari
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
Untuk dilapis
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1 cawan air
1 pek biskut cracker
10 biji telur
Sedikit daun bawang / daun sup
Hirisan cili
Parutan keju
CARA-CARA:
1. PERAP BAHAN INTI
Mula-mula satukan semua bahan inti (kecuali bawang holland) dalam sebuah bekas.
Perapkan sekejap dalam lebih kurang 5 minit.
2. MASAK INTI:
Seterusnya kita akan masak inti daging yang diperap tadi.
Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. Potong dadu bawang Holland tadi dan masukkan inti.
Masak hingga garing. Bila dah masak ketepikan.
3. CELUP & LAPISKAN BISKUT
Ok bila intinya dah siap, kita nak melapis pula. Lebih kurang macam buat cheesekut tu.
Caranya, satukan susu cair, santan dan air dalam periuk. Panaskan.
Sementara tu boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Sapukan marjerin keliling loyang. Saya guna loyang 8 inci.
Celup biskut cracker dalam adunan susu dan santan tadi. Jangan lama nanti biskut lembik. Susun dalam loyang.
4. BUBUH INTI & RATAKAN DENGAN TELUR
Kemudian inti yang dah siap masak tadi kita tambahkan hirisan cili dan daun bawang / daun sup.
Nak lagi lemak bubuhkan sikit cheese. Kalau tak, bubuh dekat topping saja pun boleh.
Kemudian tuangkan telur yang dah dikocok hingga rata. Settle 1 layer.
5. ULANG
Ulang semula langkah 3 & 4 hingga dapat 5 layer.
6. BAKAR
Akhir sekali, bakar dalam oven. Suhu 170 selama 40 minit atau ikut oven masing-masing.
Untuk bahagian paling atas boleh bubuh topping ikut kreativiti masing-masing bila siap dibakar nanti.
cara buat lasagna
SIAP!
Beginilah hasilnya bila dah siap. Wah, baunya memang wangi satu rumah.
resepi lasagna daging 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Sedapnya lasagna daging keju ni..Peminat makanan western memang confirm akan bertambah ni..Kelembutan kepingan lasagna, kesedapan keju mozarella & Parmesan, dicampur pula dengan sos bolognese & sos putih..Memang sedap ??
Resepi Lasagna Daging Keju Kaserol | Cheese Beef Lasagna Casserole Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Lasagna Daging Keju Kaserol
Bahan-bahan (Pasta Lasagna)
1 paket pasta lasagna
1/2 blok keju mozzarella (diparut)
3 sb serbuk keju Parmesan
Tomato ceri (dipotong dua)
Bahan-bahan (Sos Putih)
1 1/2 cwn susu segar
2 sb tepung gandum
2 sb mentega
1 sk garam
Bahan-bahan (Sos Bolognese)
1 paket daging kisar
1 tin pes tomato
2 sb minyak zaitun
1 sk garam
1 sk lada hitam
1 sk serbuk stok ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
1 sk parsli kering
1 btg lobak merah (dipotong dadu)
Cara memasak (Sos Putih)
1. Panaskan api pada suhu rendah dan cairkan mentega. Masukkan tepung dan masak seketika.
2. Masukkan susu segar dan masak sehingga campuran menjadi pekat.
3. Perasakan dengan sedikit garam. Ketepikan.
Cara memasak (Sos Bolognese)
1. Tuangkan minyak zaitun, masukkan bawang putih dan bawang holland. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar. Masak sehingga separuh masak.
3. Masukkan pes tomato dan lobak merah. Masak sehingga lobak merah sedikit empuk.
4. Masukkan parsli kering serta perasakan dengan garam, lada hitam dan serbuk stok ayam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Cara penyediaan (Pasta Lasagna)
1. Sapukan mentega pada kaserol untuk mengelakkan pasta melekat.
2. Susun lapisan pasta lasagna satu persatu secara kemas.
3. Kemudian, lapiskan dengan sos tomato, sos putih dan susun tomato ceri di atasnya.
4. Kemudian, letakkan lagi selapis pasta lasagna dan lapiskan dengan sos tomato dan sos putih.
5. Ulangi langkah 2-3 sehingga kaserol anda penuh.
6. Taburkan keju parmesan dan keju mozzarella yang sudah diparut.
7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
8. Lasagna keju daging kaserol siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Cheese Beef Lasagna Casserole Recipe
Ingredients (Lasagna Casserole)
1 packet lasagna pasta
1/2 mozzarella cheese block (grated)
3 tbsp of Parmesan cheese powder
Cherry tomatoes (cut into half)
Ingredients (Bechamel Sauce)
1 1/2 cup of fresh milk
2 tbsp of wheat flour
2 tbsp of butter
1 tsp of salt
Ingredients (Bolognese Sauce)
1 packet minced beef
1 can tomato paste
2 tbsp of olive oil
1 tsp of salt
1 tsp of black pepper
1 tsp of chicken stock powder
2 cloves of garlic (minced)
1 Holland (diced)
1 tsp of dried parsley
1 carrot (diced)
Cooking methods (Bechamel Sauce)
1. Melt butter over low heat. Add in flour and cook for a while.
2. Pour in fresh milk and cook until the mixture thicken.
3. Season with salt. Set aside.
Cooking methods (Bolognese Sauce)
1. Pour in olive oil, add in minced garlic and diced Holland. Saute the ingredients until fragrance.
2. Add in minced beef. Cook until minced beef is half-cooked.
3. Add in tomato paste and carrot. Cook until carrot is tender.
4. Add in dried parsley and season with salt, black pepper and chicken stock powder to taste. Set aside.
Preparation Steps (Lasagna Casserole)
1. Brush the surface of casserole with butter to avoid pasta from sticking.
2. Arrange a layer of lasagna pasta neatly one by one.
3. Next, apply a layer of tomato sauce, white sauce and a layer of cherry tomatoes on top of it.
4. Then, place another layer of lasagna pasta and apply another layer of tomato sauce, white sauce and cherry tomatoes.
5. Repeat steps 2-3 until the casserole is filled.
6. Sprinkle Parmesan cheese powder and grated mozzarella cheese on top.
7. Bake at 180°C for 20 minutes.
8. Cheese Casserole Beef Lasagna is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#lasagna #lasagnadaging #lasagnakeju #kejuparmesan #keju #lasagna #lasagnakejudaging #pasta
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #lemankakap #mr_lovva #makenon #nntaca #kdboom #nrsalnaz