Resepi Set Nasi Minyak
Nasi minyak ramai orang suka makan tiap Kali kenduri,mesti rindukan NK makan nasi minyak..,malah,sekarang musim PKP,kenduri pula perlu ditangguhkan,Yang teringin Nak makan nasi
minyak..boleh la Cuba masak dirumah,saya sertakan RESEPI NASI MINYAK & DAGING MASAK HITAM & ACAR TUMIS
👩🏻🍳👩🏻🍳Beras basmati 5 pot
Susu Cair =1 cawan
Bawang merah 5 biji dihiris halus
Bawang putih 3 biji dihiris halus
Halia 2cm dihiris/atau ditumbuk
Serai 1 batang (dikatok)
Bunga lawang 1 biji
Buah pelaga 3 biji
Kayu Manis 1 batang kecil
Bunga cengkih 3 biji
Minyak sapi 2@3 sudu besar
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(hujung sudu)
Garam Dan serbuk perasa(agak2)
✨✨rendamkan beras basmati selama 30-45 minit Dan toskan
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air
👩🏼🍳👩🏻🍳🐐RESEPI DAGING MASAK HITAM🐄
Bahan bahan
1 kg daging(direbus sehingga empuk)
Kacang peas Dalam tin 4@5 sudu besar(jika suka)
Kismis 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar
½botol kecil kicap Manis(cap kipas udang saya Guna)
1 batang serai dikatok
Daun kari 2 batang
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
Gula pasir@gula Melaka 3 sudu besar
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
Air rebusan daging 4 senduk
Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih
Caranya
1)panaskan minyak,Dan masukkan daun kari, serai,bawang Yang dihiris,Bunga lawang,buah pelaga,Bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga Naik bau atau sedikit kekuningan
2.masukkan bahan Yang dikisar Dan masak sehingga pecah minyak Dan masak
3.apabila Sudah pecah minyak,masukkan serbuk Kari,Dan serbuk sup.(masak seketika)
4.masukkan air asam jawa 1 sudu besar
5.masukkan kicap Manis Dan air rebusan daging(4 senduk) Dan masukkan sekali daging Yang telah direbus
6.masukkan kismis ,kacang peas Dan masakkn agak sedikit kering ..(Kalo suka.berkuah Pon tak pe)
7.perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam,Dan serbuk perasa(Rasakan secukup rasa Yang dimahukan)
8.siap dihidang...
👩🏻🍳👩🏻🍳RESEPI ACAR TIMUN BERTUMIS
Timun 1 biji(dipotong)
Lobak merah 1 biji(dipotong)
Bawang kecil 15 biji
Bawang putih 15 biji
Halia 2 cm dihiris halus2
Biji sawi 1 sudu besar
Cili kisar 3 sudu besar
Rempah Kari ikan 1 sudu besar
Gula melaka 1 sudu besar
Gula putih 1 sudu besar
Kismis 2 sudu besar
2 sudu besar cuka
Garam(agak
Serbuk perasa
Daun kari 1 batang
Minyak masak 3 sudu besar
Caranya
1.panaskan minyak masak,Dan masukkan biji sawi dam daun kari
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak,
3.Masukkan serbuk Kari Dan masak seketika
4.masukkan ,halia,bawang kecil Dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan)
5.apabila Sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa,Dan kismis...
6.masukkan lobak merah Dan timun..masak lembut sehingga masak ..
P/s=sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam ,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur,..atau ikut Yang disukai😍😍
Resepi: Nurul Ateekah
同時也有20部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,"Pulau Tak Boleh Pergi, Kita Bawak Dia Mari!" Fendi mencipta resepi Char Kuey Tiow gaya Pulau Pinang menggunakan bahan dari Sambaleena, iaitu Sambal K...
「resepi telur kicap」的推薦目錄:
- 關於resepi telur kicap 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi telur kicap 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi telur kicap 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi telur kicap 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於resepi telur kicap 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於resepi telur kicap 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
resepi telur kicap 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
RESEPI YEE MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Kredit Resepi ini kpd Nor Azlindawati Salha Baharudin
resepi telur kicap 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Hehe geng tak suka togei ampunnn😅😅
Ada yang minta resepi. Saya letakkan dibawah ya. Berbeza sikit sebab kita letak tauhu untuk gantikan telur.
Edit: resepi semua agak2 je.
-Udang 10 ekor
-sotong 10 ekor
-fish ball sikit
-tauhu hancurkan. 2 ketul saya guna. Untuk gantikan telur. Suami tak suka letak telur.
-bawang putih dan bawang merah tumbuk kasar
-cili blen 3 sudu
-sos cili 3 sudu
-kicap manis ikut kepekatan yang dikendaki
-sos nampla (sos ikan)1 sudu
-sos tiram 2 sudu
-kuetiau 1 bungkus
-sedikit sawi
-tauge
Saya memang tak letak air. Sebab tauhu tu buat kuetiau ni nampak cantik salutannya. Kalau nak basah2 boleh letak air ya.
Cara2.
Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk kasar, seterusnya masukkan cili, masak hingga garing. Masukkan tauhu hancur, udang, sotong, fish cake. Biar seketika. Masukkan pula kicap, sos cili, sos nampla,sos tiram. Tak perlu lama sangat. Bila semua bahan dah menggelegak. Masukkan kuetiau (1bungkus) dan sawi. Kacau seketika. Masukkan tauge. Dan boleh tutup api.
resepi telur kicap 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
"Pulau Tak Boleh Pergi, Kita Bawak Dia Mari!" Fendi mencipta resepi Char Kuey Tiow gaya Pulau Pinang menggunakan bahan dari Sambaleena, iaitu Sambal Ketuk. Jom Saksikan.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ketuk pedas Level 5. Resepi paling senang dan hanya guna 8 bahan sahaja. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Pinggan Kuey Tiow (di basuh)
Udang Segar 3 Ekor
Sambal Ketuk 1 Sudu
Daun Kucai 4 Tangkai
Taugeh Mentah 1 Mangkuk
Sos Cili 1 Sudu
Kicap Manis 2 Sudu
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan penyediaan bahan bahan. Seperti memotong daun kucai mengikut saiz yang di cadang. Basuh semua bahan bahan seperti sayur, kuey tiow & telur.
Mulakan dengan memanas minyak, dan goreng udang sehingga separuh masak. Lebih kurang selama seminit. Selesai menggoreng udang, pecahkan telur dan kacau sehingga hancur.
Seterusnya, letak satu sudu Sambal Ketuk Sambaleena dan campurkan ke dalam telur tadi dan gaul hingga sebati.
Setelah sebati, campur kan kuey tiow ke dalam kuali dan gaul hingga sebati. Pastikan jumlah sambal dan kuey tiow seimbang. Selepas itu, letakkan kicap manis dan sos cili. Gaul hingga sebati.
langkah seterusnya, campur kan taugeh dan daun kuchai dan gaulkan semuanya. Maka dengan itu, Char Kuey Tiow Sambaleena sudah selesai
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #charkueytiow #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/mHVVjt9xiE4/hqdefault.jpg)
resepi telur kicap 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Sedap betul popia bergedil ni. Bayangkan kulit luarnya yang rangup bersama isian bergedil yang padat gila. Sambil-sambil kunyah tu, cicah pula dengan sambal kicap pedas. Fuhhh, memang tak cukup satu! ?
Resepi Mudah Popia Bergedil Rangup & Sambal Kicap Pedas 'Terangkat'
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Popia Bergedil & Sambal Kicap
Bahan-bahan (Popia Bergedil)
6 biji ubi kentang (direbus)
3 tangkai daun bawang (dipotong)
daun sup (dipotong)
1 btg lobak merah (dipotong dadu)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang merah (dipotong dadu)
2 tangkai cili merah (dipotong)
garam (secukup rasa)
1 sk lada sulah
1 bij telur
2 sb tepung gandum + 1 sb air (gam)
1 sk serbuk perasa
Bahan-bahan (Sambal Kicap)
segenggam cili padi hijau
3 ulas bawang putih
garam (secukup rasa)
2 sb gula perang
1 mangkuk kicap manis
Cara memasak
1. Popia Bergedil: Rebus ubi kentang sehingga empuk dan lenyekkan.
2. Masukkan lobak merah, bawang merah, bawang putih, daun bawang, daun sup, dan cili merah.
3. Masukkan sebiji telur kemudian perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa.
4. Gaul sebati dan bentukkan inti menjadi bujur.
5. Lipat kulit popia kepada dua bahagian dan letakkan inti di tengah-tengah.
6. Gulung kemas dan gamkan hujung kulit popia.
7. Kemudian, celupkan ke dalam telur dan goreng sehingga keperang-perangan.
8. Sambal Kicap: Masukkan kicap, bawang putih, dan cili padi hijau ke dalam mesin pengisar.
9. Perasakan dengan garam dan gula perang. Kemudian kisar sehingga halus.
10. Popia Bergedil & Sambal Kicap sedih untuk dinikmati.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Easy Crispy Potato Spring Rolls Recipe & Spicy Soy Sauce
This potato spring rolls is really tasty. Imagine the crispy spring rolls with mashed potatoes filling. Then, dip it in spicy soy sauce. Seriously one is not enough! ?
Potato Spring Rolls & Spicy Soy Sauce Recipe
Ingredients (Potato Spring Rolls)
6 whole potatoes (boiled)
3 stick scallion (sliced)
celery leaves (cut)
1 whole carrot (diced)
3 cloves garlic (minced)
1 whole red onion (diced)
2 stick red chilies (cut)
salt (as needed)
1 tsp of white pepper
1 nos egg
2 tbsp of wheat flour + 1 tbsp of water (glue)
1 tsp of seasoning powder
Ingredients (Spicy Soy Sauce)
a handful of green bird's eye chilies
3 cloves garlic
salt (as needed)
2 tbsp of brown sugar
1 bowl sweet soy sauce
Cooking methods
1. Potato Spring Rolls: Boil potatoes until soften and mash them until smooth.
2. Add in carrot, red onion, garlic, celery leaves, scallion and red chilies.
3. Add in one egg and season with salt, white pepper and seasoning powder.
4. Mix well and shape the filling into an oval.
5. Fold spring roll skin into two parts and place the filling at the center.
6. Neatly roll and glue the end edge of spring roll.
7. Then, dip with egg and deep fried them until golden brown.
8. Spicy Soy Sauce: Add in soy sauce, garlic and green bird's eye chilies into a blender.
9. Season with salt and brown sugar then blend the mixture until smooth.
10. Potato Spring Rolls & Spicy Soy Sauce ready to be serve.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #popiabergedil #potatospringrolls #sambalkicap #spicysoysauce #mashedpotato #popia #bergedil #springrolls #resepiminumanpetang #hightearecipe #resepimudah
#kisahdunia #rasaflix
#mr_lovva #nntaca #kdboom
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/TbDOFOwiMTg/hqdefault.jpg)
resepi telur kicap 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destinasitv-combo/
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Sambaleena.. pasti terangkat! Sambaleena ada juga mengeluarkan produk bumbu selain dari sambal-sambal mereka yang “ready to eat”. Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Serbaguna Sambaleena untuk membuat Mee Goreng paling senang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan-bahan untuk Mee Goreng Cerdik:-
Sambal Serbaguna Sambaleena
1 paket mee kuning
5-6 tangkai sawi
1 mangkuk taugeh
2 biji telur
1 1/2 sudu sos tomato
8 sudu kicap manis
Garam
Gula
Cara penyediaan Mee Goreng Cerdik:-
Celur mee kuning selama 3 minit
Panas kuali dengan sedikit minyak dan masukkan edikit taugeh dan tumis hingga naik bau
Masukkan telur dan kacau sebati
Tambahkan sambal serbaguna Sambaleena, sos tomato dan kicap manis
Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga semua bahan sebati
Masukkan mee yang sudah dicelur bersama sayur sawi
Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau dalam seminit dua
Mee goreng cerdik sedia untuk dihidang
Taburkan sedikit cili merah dan cili hijau untuk hiasan
Mudah bukan cara untuk membuat mee goreng cerdik? Jangan lupa untuk mencuba sambal bawang bilis sebagai menu tambahan, sangat sesuai digandingkan bersama mee goreng seperti ini ??????
#destinasitv #resepitok #resepimudah #meegoreng #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/ltZ0LxM3GEE/hqdefault.jpg)