“Buka bonet.”
“Penuh.”
“Hah?”
“Sementara tunggu kau sampai, aku pergi beli barang untuk Aayan.”
“Aayan siapa?”
“Anak Aaisyah... Eh, aku kena sebut anak aku. Anak aku. Nanti aku kantoi pula.”
“Ah, kau ni...”
“Kau kena pangku beg kau.”
“Kenapa dengan tempat duduk belakang? Kau beli apa lagi? Barang untuk Aaisyah pula ke?”
“Aku beli buku. Baju kahwin. Dan... Ada beberapa barang Aayan lagi. Patut ke aku beli barang Aaisyah? Aku tak ada beli apa-apa pula untuk dia.”
“Hesy...”
“Inilah masalah bila pakai kereta sport. Sebab itu, orang dah ada anak... Pakai kereta mini van. Nampaknya aku kena cari satu mini van. Kau tengok, car seat baby pun... Dah makan space!”
Hakim berdiri tegak depan pintu.
Dia memandang aku.
“Apa lagi, masuklah. Baegopa! (Aku lapar!)”
“Ha... Tujuh jam menunggu aku sampai, tak lapar pula kau ya. Seronok shopping, tak ingat dunia. Dah la aku ni mengantuk, kerja banyak, kena maki dengan Datuk Fateen lagi... Kawan tak guna la, kawan tak jaga kawan la...Dan sekarang aku kena pangku beg aku pula.”
“Yang kau bawa beg macam kau nak pindah ke sini ni kenapa? Siap bawa bantal keliling pinggang. Kenapa? Kalau terhempas bantal-bantal tu boleh jadi pelampung ke?”
“Tak guna.”
Aku tersengih.
“Masuklah cepat. Aku banyak kerja lain.”
Hakim masuk ke dalam kereta. Cukup marah dia kena pangku beg dia. Travel macam perempuan, semua nak dibawanya. Dia sempat memandang ke arah tempat duduk belakang.
“Buku apalah yang kau beli ni?”
Tangan panjang Hakim mencapai salah sebuah buku.
“Kenapa kau beli buku tetek ni?”
“Hesy... Bukan buku teteklah. Buku about breastfeeding. Aaisyah ada masalah nak keluarkan susu dan aku belilah buku tu. Kebetulan aku ternampak masa aku nak beli cincin.”
Dan...
Lebih teruk gelengan kepalanya.
“Mwo? Mwo? (Apa? Apa?) Jangan pandang aku macam tu la. Bukan aku buat jenayah pun.”
“Kahwin ajelah betul-betul sebab kau dah macam kahwin betul-betul aje.”
“Baguslah.”
“Apa yang bagus?”
“Kau sendiri nampak macam aku kahwin betul-betul. Nampaknya... Aku memang di jalan yang betul!”
#MrGroom
同時也有84部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam perey! . Haaa!!! Isu kecik yang panas! Nasihat Ngektsai adalah, tangga video sampei hujung ok, ada plot twist di sia. Hahaha. Berantakan sidak N...
「salah apa aku」的推薦目錄:
- 關於salah apa aku 在 Facebook 的最佳解答
- 關於salah apa aku 在 Facebook 的最佳解答
- 關於salah apa aku 在 Facebook 的精選貼文
- 關於salah apa aku 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最讚貼文
- 關於salah apa aku 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
- 關於salah apa aku 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於salah apa aku 在 ILIR 7 - Salah Apa Aku (Official Music Video) - YouTube 的評價
- 關於salah apa aku 在 ILIR 7 - Salah Apa Aku (Official Lyric Video) - YouTube 的評價
- 關於salah apa aku 在 SALAH APA AKU | ILIR 7 | Lyric Video (English Translation) 的評價
- 關於salah apa aku 在 ENTAH APA YANG MERASUKIMU (SALAH APA AKU) 的評價
- 關於salah apa aku 在 Via Vallen - Salah Apa Aku ( Setan Apa Yang Merasukimu ) 的評價
- 關於salah apa aku 在 Ilir 7 - Salah Apa Aku (DJ Version) - YouTube 的評價
- 關於salah apa aku 在 Ilir 7 - Salah Apa Aku | Karnaval SCTV Lubuklinggau - YouTube 的評價
- 關於salah apa aku 在 Fakta Menarik 'Salah Apa Aku', Lagu Populer yang Trending ... 的評價
- 關於salah apa aku 在 Salah Apa Aku (Official Music Video) | ILIR 7 - Facebook 的評價
- 關於salah apa aku 在 YouTube Stats of ILIR 7 - Salah Apa Aku (Official Music Video) 的評價
salah apa aku 在 Facebook 的最佳解答
Semua orang ada buat silap.
Alkisahnya.. Hamka keretamayat ditegur kesalahannya, dan beliaupun tersenyum..
Soalan pembaca:
Asalamualaikum abang keretamayat,
Saya telah membaca buku kisah anak Autisme anda yang berjudul Kerana Dia Anak Syurga.
Maaf jikalau ini akan membuatkan abang terasa hati , saya cuma mahu menyatakan dalam petikan m/s 66 ada satu pernyataan ayat "Nauzubillah" maaf ye saya nak menegur sebaiknya menulis NAUZUBILLAHMINZALIK hendaklah menghabiskan begitu agar ayat yang disampaikan sama maksud dengannya maaf jikalau encik terasa saya ini agak hipokrit tetapi saya juga manusia biasa. Maaf jika saya pun tersalah dan terkasar di sini niat untuk menegur sahaja.Tapi setakat ini penulisan dan mesej sangat memberi kesan yang positif kepada saya.
Jawapan penulis:
Waalaikumusalam
Saya tidak terasa hati dan saya sangat gembira jika ada yang sudi menegur saya, sebab antara niat saya menulis adalah:
"Saya menulis agar jika ada yang saya tulis itu salah maka akan ada orang tahu salah saya dan sempat tegur saya sebelum saya mati dan dapatlah saya perbetulkan salah saya sebelum mati, tapi jika saya tidak tulis kerana takut salah, maka tiada orang yang tahu salah saya dan sayapun tidak tahu apa salah saya dan matilah saya dalam kefahaman yang salah, sebab itu suka saya pesan kepada mereka yang mahu menulis, jangan takut salah tulis! tapi jangan tulis benda salah, tulislah apa yang betul namun kerana kajahilan diri kita mungkin ada yang kita tidak tahu itu salah namun setelah ditulis, barulah orang lain akan tahu salah kita dan dapat kita diperbetulkan"
Jadi terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana menegur saya, namun setelah saya menyemak carian NAUZUBILLAH di Halaman Dewan bahasa dan Pustaka, maka jawapan DBP:
Maklumat Kata: Kamus Bahasa Melayu
Carian: nauzubillah
[na.Öu.zu.bil.lah] | نعوذبالله
Definisi : , nauzubillahi : kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita). (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)
Maka dari carian ini, saya dan sesiapa sahaja tidak salah menggunakan ayat separuh nauzubillah.
Pada pendapat saya kekeliruan timbul bila kita tersalah tafsir Bahasa arab. Sebab ada yang mentafsir: "Nauzubillah" tu bermaksud “Moga Dijauhkan Daripada Allah”. Jadi kena tulis penuh "Nauzubillahiminzalik" yang membawa maksud “Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”. Sebab jika tulis separuh takut nanti termakbul permintaan kita tu konon kita nak jauh dari Allah.
Tak betul tu tafsir macam tu.
Okey, mari belajar Bahasa arab:
Min=Dari,
Bil=Dengan,
Maka, nauzubillah bermaksud : kita berlindung DENGAN bantuan Allah, bukan kita berlindung DARI Bantuan Allah.
Rujuk ayat "Aku berlindung DARI Godaan Syaitan", ada MIN kat ditu, Bukan BIL.
Maka dalam kes ini, maaf anda di terima dan saya pula minta maaf kerana menegur anda bahawa anda salah dalam memahami bahasa arab.
Semoga kita semua selamat dari azab api neraka.
Nauzubillah.
Woha!
Ps: Bagi yang belum tahu, Buku Kerana Dia Anak Syurga ini di tulis oleh saya yang ada anak OKU autisme dan turut bersama 12 penulis yang ada anak OKU, Bapa OKU, diri sendiri OKU dan pelbagai kisah ketabahan hati dan bagaimana dari medan ujian bertukar menjadi medan kesyukuran.
Nak beli? boleh kunjungi kedai buku atau rujuk wasap di ruang komen.
Woha!
salah apa aku 在 Facebook 的精選貼文
“Yeoboseyo...”
“Ye. Gamsahabnida...”
“Ozan oppa?”
Aaisyah pandang aku.
“Nampyeon?”
“Aniyo!”
“Museun bidio?”
“Mwolago yo?!!”
Semakin kuat suara Aaisyah.
Terus dia letakkan telefon.
“Kenapa? Kenapa?”
“Video yang viral tu...”
“Kenapa? Mwo? Mwo?”
“Dah masuk dalam Whatsapp group fakulti dan... Haneul ada komen kat sana. Dia cakap yang dia tolong awak tadi.”
Aku terduduk!
Aku dah terlambat!
Ah...
Macam mana ni?
Pastinya...
Malam ini tak ada sesiapa pun boleh tidur.
Telefon aku berdering.
Telefon Aaisyah pun berdering lagi.
Nak tak nak, dia terpaksa menutup telefon dia begitu juga aku. Aaisyah mengeluh dan dia nampak... Tertekan!
“Okey... Okey... Macam ni. Cakap orang memang susah kita nak kawal. Kita tak boleh nak buat apa-apa sekarang sebab bila tengah viral macam ni, macam apa yang saya cakap... Cakap banyak pun tak guna. Jadi, kita kena kawal apa yang kita boleh kawal dulu.”
“Apa yang kita boleh kawal? Sekarang macam semua dah tak terkawal. Saya bernasib baik sebab mengandung masa tengah pandemik dan semua kelas berjalan secara atas talian. Saya berjaya sembunyikan diri saya selama 9 bulan ni tapi dalam masa satu hari... Semuanya dah tersebar. Ah... Kenapalah saya pergi ketuk pintu awak? Kenapalah awak tak tunggu aje ambulans tu?”
Aaisyah mengeluh berat.
“Ah... Ini semua salah saya. Memang salah saya! Kenapalah saya degil juga nak buatkan Gimbap untuk Hana? Kalaulah saya tak berdegil untuk cari duit lebih... Saya tak adalah termalu macam ni. Sepatutnya saya lahirkan aje Aayan dan lepas tu balik aje ke Malaysia tanpa orang tahu yang saya ni mengandung anak luar nikah!”
Dan...
Aku tersentak.
Aayan...
Anak luar nikah?
#MrGroom
salah apa aku 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最讚貼文
Salam perey!
.
Haaa!!! Isu kecik yang panas! Nasihat Ngektsai adalah, tangga video sampei hujung ok, ada plot twist di sia. Hahaha. Berantakan sidak Ngektsai & Cik Kemban. Seremmm... ?
.
Sesungguhnya mesti ada org dpt relate dengan kejadian video. Kakya bedebus penjual disumpah seranah. Tauk sik kadang2 bukan sidak molah kuih nok menyedihkan dari putus gerek ya. Kadang2 org nganta sia numpang stall. Kita jangan trus nak nuding jarik salah penjual. Ngektsai paham la perasaan meli kuih gia. Ada kuih sadis agik, rupa nang kacak tapi rasanya, sik beraek mata ku nelan. Semadi dah beli. Tapi Ngektsai slalu nganggap ya rezeki nemu kuih gia, jangan sik ncoba lah. Tapi kena ingat, JERAK aku nak bebeli ngan org yg sama agik. Hihihi...
.
Pernah viral kes lam pesbuk dolok stall njual aek tapi ais banyak. Bila sik maok ais banyak, aek lebeh, ada cas tambahan. Okay i cannot brain. Kita nak meli aek, bukan meli ais. Ais ya pakei nyejok n pakei mencair aek nok maseh pekat patinya. Sabila dicas extra kerana maok aek lebeh, Ngektsai pun mungkas ok. Arum bulak aek ya tek 3 kali sedut alu tamat riwayat, yang sisa hanyalah ais dari debah ke atas. Last2, bye2! Sik mok beli sia gik. Ha!!! Ya contoh jika kita bjual cara nipu, sekda customer nak repeat beli agik ui. Lari urang! Mun nya lari ajak sik kisah, mun dijajak nya cerita aek sendu dibelinya dari kedei kita lam media sosial? Apa jadi? Ngektsai pun sik maok bebeli!
.
Kakya dak Cik Kemban n Mak Tanggang bena juak, bedebus nganok penjual tanpa usul periksa. Haie, ney ndak emo watak Ngektsai lam cta ya. Dah orang kepak keja covid, nenga ngerepak gia, keluar wik telinga lantas mungkas ntah apa2 dan berantakan. ??
.
Harapan Ngektsai agar duak2 pihak penjual dan pembeli boleh bkerjasama. Ngektsai slalu ke kedei makan kawan Ngektsai, mesti komen! Biar aku jaik dolok dari berpurak2 bagus! Mun sik nyaman, Ngektsai tegur. Terpulang la pada kawan Ngektsai nak nerimak sebab selera orang berlainan. Tapi paling senang, bila org order makan, cek makanannya abis sik dimakan. Mun majoriti org sik habiskan makanan nok diorder, ada something wrong lah ya. Terimak teguran customer dengan hati terbukak, dan customer jangan contohi mulut lahar Cik Kemban & Mak Tanggang. Drama!
.
Oh ya, kepada lepasan SPM 2020, boleh lah ktk start apply belaja di Swinburne University! Mesti ktk madah sekda duit nak masok sia nak? Jangan bimbang, bantuan Skim Bursari BP40 kan ada! InsyaAllah niat ikhlas nak belajar, akan dipermudahkan oleh-Nya. Boleh apply di link tok;
.
https://swinburne.edu.my/apply-now/bp40/bm.html
.
Untuk makluman ktk org lepasan SPM, program pra-U Swinburne kinek nang laju, start Jun 2021, tamat Mac 2022! Kakya boleh sambong ke ijazah straight away! Jimat masa! Lekas abis belajar, lekas keja! Maklumat lanjut, klik link yang boleh dipercayai tok k;
.
https://swinburne.edu.my/apply-now/june-intake/
.
Done ngerepaks! Jangan mok duit ajak k, servis mok berkadaran dengan rega!
.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
.
Ps : makin jadi olahan Monyeng koh! Setiap episod kinek nang ada jak helah nya! Rasa ku nak kubit ku! Setegal nya jak, semua bebunoh. Hahahahahahaha bahaya mainan nya tok, sunggoh nya nemiak!
salah apa aku 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Tular video seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada salah seorang kru kapal selam terbabit yang berkeras menghalang ayahnya pergi bertugas.Kru tersebut yang dikenali sebagai Letnan Satu (Lettu) Imam Adi telah dikunci oleh anaknya, Azka dalam bilik sebab tak nak ayahnya pergi.
Video terbabit dipercayai telah dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut. Wanita itu kemudiannya bertanya kanak-kanak tu kenapa tak bagi ayah pergi kerja. Dia kemudian menjawab,
Enggak boleh,” katanya.
Video yang tular itu telah disahkan sendiri oleh ayah Imam Adi iaitu Edy Sujianto. Dia mengatakan video tu memang video anak lelakinya bersama cucunya.
Berita terkini, Indonesia telah menemui serpihan kapal selam tentera itu dan mengesahkan aset tentera itu telah tenggelam. Ketua Tentera Laut, Yudo Margono, yang mengumumkan perkara itu, berkata kira-kira enam serpihan kapal itu ditemui bersama beberapa komponen dan barangan dalam kapal selam 'malang' itu.
"Dalam tempoh beberapa hari ini kita menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam.
"Justeru, kita menukar status kapal selam itu daripada 'hilang' kepada 'tenggelam' kerana objek yang ditemui tidak mungkin datang daripada sebarang kapal lain kecuali KRI Nanggala 402.
"(Barangan) itu tidak akan terkeluar dari kapal selam jika tiada tekanan luar atau tanpa kerosakan pada peluncur torpedo," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Beberapa barangan termasuk serpihan torpedo, sebotol minyak pelincir bagi periskop dan sejadah turut ditunjukkan pada pemberita.
Kenyataan itu melenyapkan sebarang harapan 53 kelasi yang berada dalam kapal selam milik tentera Indonesia itu yang hilang kira-kira jam 10.37 pagi Rabu lalu itu. mungkin ditemui selamat.
salam takziah buat seluruh ahli keluarga krew kapal,semoga mereka semua ditempatkan bersama syuhada dan para solihin, juga sama-sama kita doakan semoga ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan ini.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
kapal selam indonesia hilang,
kapal selam indonesia hilang malaysia,
kapal selam hilang,
kapal selam nanggala 402,
kapal selam indonesia hilang terkini,
kapal selam indonesia ditemukan,
kapal selam nanggala 402 ditemukan,
kapal selam kri nanggala 402,
kapal selam black out,
kapal selam jerman terbaru,
kapal selam kri nanggala
salah apa aku 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Penyanyi Nabila Razali mengaku terguris dengan sikap rakan selebriti yang mengkritik dan mengecam aksinya 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, baru-baru ini. Lebih membuatkan Nabila atau mesra disapa Bella kesal adalah ada dalam kalangan selebriti terbabit cukup dikenalinya.
"Apa yang Bella kesal kadang-kadang orang yang mencari rezeki dalam bidang ini berbual benda-benda negatif, walhal kita mencari makan dalam bidang sama.
"Malah, ada di antara mereka itu pernah duduk semeja dengan Bella dan berbual.
"Insiden ini sekurang-kurangnya memberi Bella pengajaran, siapa kawan dan yang mana satu lawan.
"Bella tidak pernah ada isu dengan sesiapa atau sakitkan hati mana-mana pihak.
"Sedikit semangat daripada mereka sudah mencukupi kerana itu lebih baik daripada menjatuhkan semangat orang lain," katanya.
Berikutan insiden itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati ini mengambil masa seharian menenangkan diri.
"Selepas kejadian itu, Bella menangis dan ambil cuti sehari untuk tenangkan fikiran sambil meluahkan rasa sedih.
"Lagipun, emak ada cakap, Bella kena hadapi semua ini kerana inilah jalan yang Bella pilih.
"Harus Bella akui, perkara ini tidak langsung mematahkan semangat Bella untuk terus menyanyi. Bella tidak akan berhenti menyanyi kerana ini adalah kecintaan Bella.
"Bella buat semua ini untuk kepuasan Bella sendiri dan demi kedua orang tua," katanya ditemui pada majlis pelancaran kek lapis Sarawak premium jenama Big Mouth X Nabila Razali di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.
Nabila turut meluahkan rasa terkilan kerana kontroversi itu membayangi kemenangan artis lain pada malam AJL35 yang sepatutnya lebih diberi perhatian.
"Sejujurnya, Bella memang rasa serba salah dan tidak seronok kerana malam itu sepatutnya untuk pemenang.
"Sebaliknya, kisah Bella yang menjadi perhatian sehingga membayangi berita kemenangan penyanyi lain.
"Sehubungan itu, Bella tidak keluarkan kenyataan atau memuat naik video untuk memberikan penjelasan. Bella tidak mahu kontroversi itu berpanjangan," katanya.
Pada acara itu, Nabila turut menyampaikan lagu Peluang Kedua secara langsung dan persembahannya mendapat pujian tetamu yang hadir termasuk guru vokalnya, Datuk Syafinaz Selamat. #NABILARAZALI #PELUANGKEDUA
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
salah apa aku 在 ILIR 7 - Salah Apa Aku (Official Lyric Video) - YouTube 的推薦與評價
Video lirik dari Ilir7 berjudul 'Salah Apa Aku'. Untuk mendengarkan lagu dari artis dan musisi Ascada Musik lainnya, klik di sini: ... ... <看更多>
salah apa aku 在 SALAH APA AKU | ILIR 7 | Lyric Video (English Translation) 的推薦與評價
SALAH APA AKUArtist: ILIR 7Lyrics:Aku percaya kamuTapi lagi-lagi kau bohongikuKau telah tipu akuAku menyayangimuTapi lagi-lagi kau ... ... <看更多>
salah apa aku 在 ILIR 7 - Salah Apa Aku (Official Music Video) - YouTube 的推薦與評價
ILIR 7 - Salah Apa Aku (Official Music Video) · http://www.smarturl.it/kekasihgelapilir7 · http://smarturl.it/Ilir7Spotify · http://smarturl.it/ ... ... <看更多>