MAKLUMBALAS RASMI ZAKAT SELANGOR BERKAITAN VIDEO TULAR
SHAH ALAM--Maklumbalas video yang tersebar berkaitan lelaki yang bertindak agresif terhadap pegawai Zakat Selangor. Didapati lelaki tersebut dan keluarganya adalah asnaf yang sedang menerima pelbagai bantuan zakat dari Zakat Selangor.
Pada 15 Ogos 2019, beliau telah datang ke Cawangan Zakat Selangor Klang Sentral dengan tujuan membuat semakan status permohonan rakan beliau yang turut bersamanya. Namun beliau telah bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba melakukan serangan fizikal kepada kakitangan Zakat Selangor.
Zakat Selangor menafikan tuduhan berunsur fitnah yang telah ditularkan oleh lelaki tersebut.
Laporan polis telah dibuat bagi menjaga keselamatan kakitangan serta pelanggan yang berurusan di cawangan dan seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Zakat Selangor tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga nama baik institusi zakat.
Zakat Selangor memohon orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan merujuk terus kepada Zakat Selangor untuk sebarang penjelasan.
#viral
#zakat
#zakatselangor
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
semakan bantuan asnaf 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的最佳解答
MAKLUM BALAS BERKAITAN VIRAL ASNAF PATAH TULANG AKIBAT JATUH POKOK DAN PERLUKAN WANG UNTUK KOS PEMBEDAHAN
Baru-baru ini telah viral di Facebook berkaitan asnaf yang jatuh pokok dan memerlukan kos pembedahan sebanyak RM5,800.
Melalui viral itu juga dikatakan asnaf telah membuat permohonan zakat untuk kos pembedahan dan perlu menunggu tiga bulan.
Hasil semakan pihak LZS mendapati Mohd Fadzil Mat Rathi adalah asnaf miskin dan telah membuat permohonan bantuan perubatan ini pada 7 Oktober dan telah diluluskan oleh pihak LZS pada 9 Oktober sebanyak RM2,900.
Tempoh tiga bulan menunggu yang diviralkan adalah tidak benar.
Jumlah RM2,900 yang diluluskan adalah berdasarkan kos untuk keperluan kos pembedahan untuk alat sokongan yang diperlukan oleh beliau merujuk kepada surat dari pihak Hospital Kajang.
Kami memohon agar konsep tabayyun atau semak dahulu berita yang diterima bagi mengesahkan perkara yang sebenar dijadikan amalan.
Sebagaimana yang dituntut dan dirakam dalam Al-Quran :
"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ"
[Al-Hujurat:6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Jangan sampai keghairahan kita mencari saham (baik) akhirat menjadi sebaliknya.
#SemakSebelumSebar