Sejumlah 5.8 juta pemilih berumur 18 tahun dan ke atas boleh melakukan semakan dan pengesahan diri sebagai pengundi secara automatik bermula Jumaat ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses Semakan Pra-Pendaftaran Pemilik Automatik (SPPA) itu berlangsung sehingga 31 Oktober.
Urusan tersebut ujar beliau boleh dibuat melalui kaedah sama ada dengan menggunakan terus aplikasi MySPR SPPA menerusi pautan laman rasmi https://mysprsppa.spr.gov.my.
Pemilih juga boleh hadir ke 604 tempat semakan di seluruh negara dan mengimbas kod respons pantas atau QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang akan diletakkan terus di situ.
Dalam tempoh itu katanya, warganegara Malaysia berusia lebih 18 tahun boleh menyemak, mengesahkan maklumat dan membuat aduan kepada SPR sebelum didaftarkan automatik.
Ikmalrudin namun menambah, jika ada sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi pejabat SPR negeri atau hotline SPR iaitu 03-88927018 atau layari portal www.spr.gov.my.
Langkah agensi bebas itu memperkenalkan SPPA antara sebahagian inisiatif pendaftaran automatik termasuk kalangan pengundi berumur 18 tahun ke atas menjelang 31 Disember.
Persiapan juga turut melibatkan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang yang berkaitan pelaksanaan had usia minimum tersebut.
Usaha itu selaras dengan keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak pada 3 September lalu dalam isu Undi18 yang telah diluluskan kerajaan terdahulu.
semakan spr 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
KENYATAAN MEDIA
KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SUPAYA UNDI 18 DILAKSANAKAN DENGAN SEGERA
1. Saya menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuching supaya Kerajaan Persekutuan melaksanakan penurunan usia mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan segera.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi untuk membenarkan permohonan semakan kehakiman ini adalah selari dengan hasrat dan keputusan Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah meluluskan usul UNDI18 pada Julai 2019.
3. Saya menggesa YAB Perdana Menteri Ismail Sabri dan Peguam Negara, Tan Sri Dato' Sri Idrus bin Azizan Harun untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini bagi memastikan hak orang muda terus dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan.
4. YAB Perdana Menteri Ismail Sabri juga merupakan Ketua Pembangkang sewaktu usul UNDI18 diluluskan Dewan Rakyat dengan keputusan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Maka, wajar untuk perlaksanaan UNDI18 ini disempurnakan di peringkat perlaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan segera.
5. Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada orang muda yang telah bertungkus lumus untuk menfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memastikan UNDI18 dapat dilaksanakan dengan segera.
JALAN TEGAK
SYED SADDIQ
semakan spr 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳貼文
Kenyataan Media Berkenaan Cadangan Asing Proses UNDI 18 dan Pendaftaran Automatik Pengundi Harus Disegerakan
1. Saya menyambut baik cadangan dari Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengasingkan proses hak mengundi dan pendaftaran automatik pengundi dahulu.
2. SPR mendakwa bahawa pendaftaran automatik pengundi tidak boleh dibuat pada Julai 2021 kerana masalah sistem dan perlaksanaan PKP.
3. Walaupun saya tidak boleh menerima alasan yang diberikan SPR kerana persiapan sudah dimulakan sejak Julai 2019, tetapi fokus dan tumpuan kerajaan harus diberikan kepada hak orang muda berusia 18 tahun untuk segera dilaksanakan.
4. Malah, sewaktu saya menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, SPR juga memaklumkan kepada saya bahawa proses UNDI 18 boleh dilakukan dengan segera. Apa yang menjadi halangan kepada SPR pada waktu itu adalah berkenaan sistem pendaftaran automatik pengundi sahaja yang memerlukan pembangunan sistem, semakan dan penyelarasan data dan lain-lain.
5. Maka, benarkan terlebih dahulu orang muda berusia 18 tahun untuk daftar diri sebagai pengundi.
6. UNDI 18 adalah Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dan telah mendapat sokongan majoriti besar Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang pada 16 Julai 2019. Hari ini, UNDI 18 juga menuntut sokongan secara bipartisan dari Kerajaan dan Pembangkang supaya UNDI 18 dapat dilaksanakan dengan segera.
Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar
1 April 2021
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/31/kbs-bentang-cadangan-asing-proses-undi-18-daftar-automatik-di-kabinet/