KAMI BAKAL DEDAHKAN SATU PERSATU GERAKAN MEREKA!
Di bawah ini disenarai ancaman gerakan misionari Kristian Korea Selatan di Malaysia.
Sebelum pendedahan tentang Atomy, bagi sahabat yang mengikut kami akan maklum tentang pendedahan yang kami lakukan sebelum ini. Dimana wujud begitu banyak kultus dan gerakan misionari dari Korea Selatan ke negara kita dengan pelbagai bentuk gerakan terutama melalui badan kebajikan, keamanan, kepimpinan, kempen alam sekitar dan sebagainya. Di bawah ini disertakan link kronologi pendedahan tentang gerakan mereka:
1) Misionari KPOP: Kristianisasi Dikalangan Artis: https://www.facebook.com/Ahmad.Iqram609/videos/727620777892411
2) Gerakan Dakyah Unification Church Kepada Mahasiswa Malaysia: https://www.facebook.com/Ahmad.Iqram609/videos/2465492097057797
3) Wawancara pelajar yang terlibat ke program Unification Church: https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/videos/2007064152743761
4) Dakyah Kristian Shincheonji Dalam Sekolah & Universiti di Malaysia:
https://www.facebook.com/Ahmad.Iqram609/videos/1075394162800399
5) Pendedahan Gerakan Shincheonji https://www.facebook.com/Ahmad.Iqram609/videos/489600571706863
6) Pendedahan Kristian God The Mother (WMSCOG) di Malaysia : Sekolah & Universiti yang mereka berprogram: https://www.facebook.com/Ahmad.Iqram609/videos/476599823255149
7) Gerakan Kristian Good New Missions yang aktif di sekolah:
https://www.facebook.com/Ahmad.Iqram609/videos/3067537510138569
😎 Atomy & Kristianisasi: https://fb.watch/2-o2ra1A7L/
Selain dari ini, masih banyak lagi petubuhan sebegini yang bergerak melalui badan kebajikan yang aktif di negara kita. Kami akan dedah gerakan mereka satu persatu kelak. Doakan agar dipermudahkan.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1,640的網紅Hello Suki,也在其Youtube影片中提到,韩国排名第一 【邪教占数一半感染人数】 今天就来和大家解剖这个邪教新天地是什么? 因为开始蔓延至新加坡,很快就会到马来西亚。 所以先给孩子灌输正确的思想,避免成为受害者 *这次的影片有点长,因为想要把咨询完整带给大家,咨询都是来自官方的消息,各方面挖取的资料,为的就是让大家知道真相。 (Suki ...
shincheonji 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Kami menerima screenshot ini dari seorang sahabat berkaitan video Atomy & Kristianisasi. Berikut penjelasan lanjut dari kami.
MRM TIDAK PERNAH mendedahkan atau berkongsi tentang mana-mana pergerakan sebelum melakukan kajian yang tuntas dan hanya berkongsi setelah kami mendapati bukti mencukupi..
Pernah dengar MRM disaman kerana memfitnah mana mana pergerakan? TIADA! Kenapa tiada? Kerana MRM membuat kajian A-Z sebelum berkongsi. Hatta ada yang memadamkan video, gambar dan link di website mereka setelah pendedahan kami tetapi terlambat kerana kami telah muat turun semua video & gambar serta menyimpan semua screenshot sebelum memulakan pendedahan.
Dari 2016, MRM mendedahkan pergerakan LTTE. Waktu itu ramai termasuk Muslim mencaci kami kononnya kami nak cari gaduh dengan bangsa lain sedangkan ianya bukan isu bangsa tetapi isu keselamatan negara sehingga nyawa kami sendiri terancam dengan pelbagai ugutan. Akhir pada 2019, PDRM ambil tindakan.
Pada 2018, MRM dedahkan Unification Church dari Korea Selatan dan NGO mereka yang menggunakan program kepimpinan & Youth empowerment untuk berdakyah kepada pelajar Universiti kita.
Pendedahan MRM mendapat perhatian kerajaan sehingga Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan melarang UC & NGO di bawahnya melakukan sebarang program di semua institusi pendidikan seluruh Malaysia.
Pada 2018, kami juga pernah mendedahkan pergerakan Syiah melalui NGO bernama Who Is Hussein? Sehingga mendapat perhatian menteri agama pada waktu itu, dengan bukti-bukti yang ada akhirnya pertubuhan itu telah dibubarkan kerana melanggar undang-undang.
Pada 2019 MRM juga mendedahkan kultus Kristian Korea Selatan iaitu Shincheonji, yang bergerak melalui HWPL masuk ke sekolah & Universiti, akhirnya majlis agama & jabatan agama Islam negeri telah ambil tindakan.
Pada tahun 2020, Kami dedahkan juga tentang Pure Life Society yang sudah bertapak sebelum merdeka lagi diatas program bersifat pluralisme agama yang melibatkan orang Islam. Dalam seminggu sahaja, JAWI & JAIS serta PDRM siasat dan ambil tindakan.
Sebenarnya kajian kami mendapati sangat banyak gerakan sebegini yang masih bergerak di negara kita. Tetapi tidak semua boleh kami dedahkan kerana segala risikonya itu kami yang perlu hadapi. BANYAK!
Kami akan ambil risiko dan akan mendedahkan apabila perkara itu dilihat melibatkan umat Islam. Paling kurang apa yang kami harapkan adalah masyarakat sedar dan tahu apa aktiviti yang badan-badan ini lakukan dan pilihan samada anda ingin teruskan bersama dengan mereka atau tidak, itu adalah hak anda. Kami tidak menghalang kecuali hanya menyampaikan maklumat sebaik mungkin.
MRM tiada kepentingan dan kecenderungan politik melainkan kecenderungan untuk umat dan manfaat untuk Islam. Andai apa yang kami dedahkan itu adalah fitnah, maka samanlah kami.
Masih meragui usaha MRM? Terpulanglah... Kami mencintai & menyayangi sahabat kami yang mungkin terlibat dalam mana-mana pergerakan tetapi kebenaran lebih kami cintai. Hanya keredhaan Allah yang kami mahukan. Allahu Musta’an...
shincheonji 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Ini adalah salah seorang individu yang taksub dengan politik sehingga gagal membezakan isu agama dengan isu politik. Boleh berbeza pandangan dan ideologi politik tetapi apabila ketaksuban pada politik membutakan hati untuk menjadi lebih objektif.
Beliau membuat tuduhan kononnya kami tularkan gambar yang kami tak tahu kisah di sebaliknya. Lihat jawapan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ustaz Shahzihan apabila ditanya tentang pergerakan yang kami bongkarkan itu;
"Sepanjang pemerhatian di lokasi memperlihatkan acara itu cuba membawa konsep plurality iaitu menggabung atau menyamaratakan semua agama dan pegangan di bawah satu pemikiran atau pegangan yang baharu," katanya kepada Harian Metro. - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/608873/kes-sudah-diambil-tindakan-jais
Kes ini telah berlaku dan diambil tindakan tetapi masih lagi aktif.
Di manakah para pengtaksub politik apabila kami mendedahkan LTTE, Unification Church, Shincheonji & banyak lagi pergerakan yang bercanggah dengan undang-undang sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan?
Kami tidak memerlukan simpati dan sokongan pengtaksub politik sebegini kerana mereka dengan rela menjadi hamba politik. Jangan dijentik parti politik pujaan mereka pasti mereka melawan habis-habisan. Hilang sikap objektif & rasional mereka.
Apakah individu ini serta kunco-kunconya bersedia membuat permohonan maaf terbuka kerana menabur fitnah terhadap saya dan juga NGO kami? Kalau mereka objektif & rasional serta memiliki sekelumit iman, pasti mereka akan meminta maaf.
Namun andai ketaksuban politik telah membutakan hati mereka, maka mereka akan memutarbelitkan kenyataan & enggan meminta maaf.
Demi Allah, kami yakin kami non partisan dan melakukan segala pendedahan pergerakan seperti LTTE yang merupakan kumpulan pengganas sehingga nyawa kami diancam kerana sayangkan agama & negara. Tiada habuan dari mana-mana pihak.
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala ampunkan kekhilafan kita semua. Allahuma Ameen.
shincheonji 在 Hello Suki Youtube 的最讚貼文
韩国排名第一 【邪教占数一半感染人数】
今天就来和大家解剖这个邪教新天地是什么?
因为开始蔓延至新加坡,很快就会到马来西亚。
所以先给孩子灌输正确的思想,避免成为受害者
*这次的影片有点长,因为想要把咨询完整带给大家,咨询都是来自官方的消息,各方面挖取的资料,为的就是让大家知道真相。
(Suki 紓廷 官方面子書)
https://www.facebook.com/officialsukiyap
INSTAGRAM
https://www.instagram.com/sukibeiibii/
敬請大家繼續觀看
這個會越來越成長的客家妹子喔♡
赞助SUKI紓廷拍摄更好的节目 : https://paypal.me/hellosuki
#韩国第一大邪教 #蔓延至马来西亚 #危险 #洗脑
相关影片
https://www.youtube.com/watch?v=rvSQTmhTUJM
https://www.youtube.com/watch?v=fbfY2n4bfCc
https://www.youtube.com/watch?v=06eTyB921As
