Tahniah & setinggi kesyukuran kepada Allah SWT diatas kejayaan Pn Roslinah Laikoi. Kami doakan segala impian menjadi kenyataan. Semoga anda sekeluarga kaya & Berjaya dalam apa jua bidang diceburi khususnya dalam pelaburan.
-Nukilan Pn Roslinah Laikoi-
Isu market US shutdown menyebabkan kejatuhan indeks FTSE dan Dow Jones. Ada beberapa kaunter di papan bursa juga seakan mengikut jejak. 5 kaunter favorite traders (retailer) jatuh menjunam tanpa rasa belas. Ramai yang tak sempat buat apa-apa. Ada yang hati kering kontang cut loss. Traders takkan gentar sekalipun ada yang cut loss hampir 5 angka. Namun kesian bagi yang tak faham kenapa tiba-tiba jadi traders.
Saya ceritakan sedikit sejarah bagaimana anak kampung seperti saya mampu menjana sekurang-kurangnya ROI 10% setiap bulan.
Setahun lalu saya menjejaki Mentor Pelaburan Saham kesayangan semua ini setelah selesai program RYRR Februari 2012. Menjadi anak murid batch yg pertama bulan April 2012 tak banyak tempat untuk saya bertanya hal-hal basic. Nak tanya banyak, segan dengan Tuan Haji Mohd Asri. Jadi saya dan suami ketika itu, tak pernah tinggal satu pun kelas recharge. Sambil-sambil belajar membaca news dan cuba untuk menghubungkaitkan pengaruh news terhadap pergerakan harga saham. Macam syok sendiri pun ada sebab beli beberapa surat khabar orang putih baca sampai lebam. Masih belum faham kerana kami tiada geng nak cerita saham di kedai kopi. Saya dan suami ambik keputusan untuk beli saham melalui IPO /MITI. Untung yang diperolehi dalam 20-25% dalam tempoh sebulan dua. Hampir setahun juga saya asyik buat paper trade. Ketika itu, antara kaunter favorite saya seperti SKPETRO (paper trade sejak harga RM2.80) axiata, digi, petgas, dan beberapa lagi kaunter yang saya ikuti sejak harga masih rendah. Hanya buat paper trade sahaja walaupun saya ada kapasiti untuk rembat 100,000 unit saham sekali beli. Kenapa paper trade? Kerana saya rasa ilmu belum cukup. Saya follow THMA sehingga hari ini. Ilmu yang diberikan sentiasa upgrade. Saya juga berguru dengan beberapa pelabur tegar yang telah bertahun-tahun berada di pasaran. Join forum-forum yang membincangkan tentang pelaburan saham dan sebagainya. Sehingga lah satu ketika saya bertemu dengan Faten Fariza Pakhruddin Azhar Mohd Mokhtar yang agak extreme mencetak duit pada April 2013. Barulah saya memberanikan diri untuk memasuki pasaran. Untung 30% selama 4 hari beli saham. Agak memberangsangkan ketika itu. Hampir tiap hari trade. RM100 pun rembat janji untung. Lama-lama ia jadi ketagih. Hari-hari nak tengok skrin, dan akhirnya saya tewas dengan emosi. Untung 5 angka, rugi pun 5 angka. Rugi sebab cut loss.
Saya yakin Melabur di Pasaran Saham ialah tempat mencetak wang bukan tempat melebur wang. Saya lengkapkan ilmu saham saya dengan menghadiri kelas Technical Analisys tuan Mohd Khori Bakar dan bertanya banyak perkara tentang value investing dengan kak Adibah Musa. Pulihkan semula keyakinan dengan mengasingkan dana untuk beli kaunter-kaunter bagus dari segi fundamental (investor) dan dana untuk beli kaunter-kaunter berdasarkan volume spike (traders)
Kini saya yakin saya mampu membuat keuntungan paling kurang 10% sebulan. 10% ialah jumlah 10 bulan gaji saya semasa berkhidmat. Jadi saya putuskan untuk bersara muda.
Untung dan rugi adalah adat dalam dunia pelaburan. Namun dengan ilmu yang betul inshaAllah kita dapat meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungn.
Jadilah pelabur bijak yang tahu bila nak beli dan tahu bila nak jual tanpa bertanya pendapat orang lain. Saya doakan kejayaan buat semua.
P/S : Jumpa anda di SIT Shah Alam (20-21 Okt 2013) & Pulau Pinang (27 & 28 Okt 2013)
Search