Alhamdulillah selesai sudah hari ketiga 18th Titanium Inner Circle Meeting! Inilah wajah-wajah usahawan jutawan yang masih gigih untuk belajar dan mencari ilmu walaupun mereka telah hasilkan berjuta-juta.
Anda nak tau kenapa? Kerana mereka ingin terus beri manfaat kepada orang ramai di luar sana, ingin bantu lebih ramai orang menjana pendapatan dan memperbaiki hidup.
Walaupun terpancar sedikit keletihan di wajah Ahli Titanium dan Pendekar RichWorks ini, namun perjuangan tetap diteruskan untuk hari terakhir esok! Luar biasa kan semangat mereka? Inilah antara ciri-ciri orang berjaya!
Temui 100 Usahawan Jutawan dalam Program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya selama 3 hari iaitu pada 24-26 September 2021. Daftar 100% Percuma sekarang di richworks.com/titansummit !
INGAT! Tempat eksklusif terhad dan hanya untuk 500 Founders yang pertama sahaja!
#AzizanOsman
#TitanSummit2021
#InnerCircleMeeting
同時也有11部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tut...
tetap semangat 在 Facebook 的精選貼文
𝐀𝐓𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒
“Dikesempatan ini saya juga berjanji kepada anda semua iaitu saya akan buat apa sahaja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor”- 4 September 2012, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tidak pernah jemu untuk diceritakan. Selamanya alegori ini menjadi ingatan. Pada malam bertuah yang membuka lembaran. Bilamana riba Bangsa Johor bakal ditimpa sang rembulan.
Empat September dua ribu dua belas menghidupkan ambisi yang dahulu mati. Konsekuensi satu antidot disuntik agar merah dan biru berseri kembali.
“𝐊𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚”
Waktu itu, jam menunjukkan pukul sepuluh lima puluh minit malam. Pertama kali intonasi suara seorang Putera Mahkota bergema didalam stadium berlampu limpah suram dan hampir padam. Bagai memecah segala aura negatif yang telah lama bersarang dan terkumulatif. Maka janji itu sah terpatri diatas paksi stadium yang serba kekurangan dan amat daif.
Saya antara orang yang amat beruntung. Dapat mendengar dan menyaksikan secara langsung. Meraikan janji Tunku di stadium yang hampir kosong. Secara tidak sedar, air mata mengiringi sokongan yang hampir-hampir mahu terpesong.
Sesiapa sahaja yang ada pada malam itu, apabila mendengar serta melihat gerak laku dan apa yang disampaikan oleh Tunku. Pasti jiwa mereka akan terbit gabung jalin sebuah semangat yang baharu. Sesungguhnya itulah kelebihan Tunku yang tidak boleh disangkal. Kredibiliti luar biasa yang begitu pesona dan amat integral.
“𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐤𝐨𝐫𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢”
Jengking sah ditamatkan khidmat. Giliran Harimau Selatan mengambil tempat. Organisasi bola sepak Negeri Johor total Tunku ambil alih. Baginda fokus pada reformasi pengurusan supaya beralih. Rombak barisan parasit yang ada dalam organisasi. Bersihkan segala kotornya debu yang telah berasimilasi. Setiap kulat yang kuat mencengkam melekat. Tunku racun satu persatu biar terencat!
Pesimistik dan reaksionis yang regresif ditendang keluar supaya tidak terus menjadi barah, lalu organisasi bola sepak Negeri Johor dijenamakan semula dalam usaha gerak kerja untuk mencetak sejarah. Konseptual, idea, strategi, prosedur kerja, teori dan hipotesis satu-satu Tunku atur secara sistematik. Di peringkat ini JDT mula bersedia untuk bangkit dan memandang kehadapan tanpa fatalistik. JDT mula menampakkan ciri-ciri kuasa bola sepak baharu yang dominan dan eksklusif. Maka Harimau Selatan mula dihurung oleh hati-hati yang cemburu dan juga posesif.
“𝐉𝐮𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐫𝐮”
Malangnya, tahun dua ribu tiga belas menyaksikan JDT gagal mendakap sebarang kejuaraan. Sehingga menjadi bahan karikatural makanan ruji dalam menjalani kehidupan seharian. Namun Tunku positif bahawa ini hanyalah satu tahun latihan pemanas badan. Bilamana tahun berikutnya JDT pasti akan menamatkan kemarau ketandusan kejayaaan!
"Saya berjanji akan sentiasa bekerja keras untuk memantapkan lagi pasukan Johor dan memperbaiki sistem dan projek bolasepak Johor secara keseluruhan. Ini baru tahun pertama kita, dan kita harus berasa bangga atas percapaian kita pada musim ini"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tunku memiliki pemikiran projektif yang berkeupayaan berfikir perkara yang akan berlaku dan kontigensi. Segala yang baginda ucapkan seperti satu prediksi yang bakal terjadi umpama hipotetis pintas teleportasi. Dua ribu empat belas menyaksikan segalanya berjalan seperti dirancang. Pada tahun itu JDT menjuarai Liga Super Malaysia satu Malaya jadi goyang.
Tanggal dua puluh lima Jun dua ribu empat belas akan sentiasa menjadi memorabilia. Apabila Stadium Negeri di Kuching menjadi saksi bagaimana kita semua merasakan nikmatnya dimasyurkan buat julung kalinya sebagai juara liga super Malaysia!
Dengan mengutip empat puluh mata dan layak ke piala AFC 2015 buat kali pertama. Dalam diam, Tunku bangkit bina JDT menjadi kelab yang unggul konstruktif prestij berjenama.
“𝐋𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐫𝐨𝐬𝐩𝐞𝐤𝐬𝐢”
“Hari ini saya akan lakukan apa yang lain tidak mahu lakukan dan esok saya akan mencapai apa yang lain tidak mampu capai”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Masa pantas berlalu, kini bola sepak Johor telah mengalami anjakan paradigma secara drastik dan progresif. Kita dapat melihat sepanjang tahun dua ribu tiga belas sehingga dua ribu sembilan belas bagaimana visi direncana cantik dan superlatif.
Rasionalnya, walaupun martabat bola sepak Negeri Johor berjaya dijulang. Tunku tetap sama, tidak mahu langsung bersenang-lenang. Masih lagi seorang yang sentiasa mahu menaiktaraf kemajuan dari hari ke hari. Masih lagi seorang yang tidak mudah bersenang hati dengan kejayaan yang dikecapi. Tunku sentiasa berusaha memperbaiki lagi apa yang sudah baik. Malah sentiasa optimis mencari idea-idea baharu supaya JDT tampil paling terbaik. Maka tidak menghairankan, sehingga kini JDT sentiasa berada di depan. Di situasi mereka malas berkayuh maka perahu hanyut di lautan.
Baginda sentiasa berfikir tentang hala tuju JDT di masa hadapan. Bagaimana mahu menjana lebih banyak kejayaan, bagaimana mahu mengekalkan keseimbangan pengurusan kewangan, apa perkara yang mesti didahulukan, apa perkara yang boleh dikemudiankan. Ini adalah antara soalan-soalan yang sentiasa ada di dalam kitaran pusingan fikiran.
Akhir kalam, empat September menjadi saksi, sebuah janji yang berjaya direalisasi.
“Kami adalah pelakar sejarah. Kami adalah peneraju. Kami adalah JDT!”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Artistik dari Manusia Satu Denyut,
Terimalah,
"𝐀𝐓𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒"
Congak corak taktikal bergerak,
Nampak tegak rentak bergolak,
Gempur tempur jangan tersungkur,
Merah tak kabur biru tak luntur.
Merah itu darahmu, Biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber: Hafiz Othman
tetap semangat 在 Facebook 的最佳解答
Suka tengok semangat Amar Asyraf live setiap malam walaupun viewer sikit dia tetap teruskan live demi mencari rezeki.
tetap semangat 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tutup, lagi sukar nak belajar
Mujur Hospital tak tutup, namun Doktor Pakar terapi bagitahu tak boleh buat terapi di Hospital zaman Covid ini, jadi saya kena buat sendiri di rumah.
Bila saya masuk Group Autisme, banyak saya dapat aduan, suami tak hiraukan anak syurga, semua diserahkan pada isteri untuk buat terapi, ada kes bercerai sebab dapat anak OKU.
Tak boleh macam tu bang, anak syurga tu anak pasangan bersama.
Hak mereka kena tunaikan, barulah mereka boleh tarik kita ke syurga InsyaAllah. Jangan biarkan isteri buat semua kerja terapi ni, bantu sama sama.
Dan walaupun sudah bantu anak syurga, tak semestinya kita terus masuk syurga, kerana yang dijamin syurga itu anak OKU kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa selain tunaikan hak anak, dalam sama yang sama wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Yang tidak ada anak syurga, mungkin diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, ujian kena buang kerja, ujian terputus rezeki, ujian penyakit kronik dan macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita yang ada anak OKU, bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada orang lebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, banyakkn sujud, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
Maka Video ini adalah contoh terapi terkini "Belajar lima patah perkataan”
Semoga lepas tengok video ini, semua Parent yang sekasut macam saya, datang semangat nak buat terapi kendiri di rumah bersama anak syurga.
Mudah mudahan anak kita mampu bercerita pada kita di dunia, dan Apa yang pasti disyurga nanti, anak syurga kita pasti akan banyak nak bercerita.
Woha!
Link video terapi 5 patah perkataan: https://youtu.be/tx6uRz27L1U
Link video terapi 4 patah perkataan: https://youtu.be/qDR5PulFw3E
tetap semangat 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最讚貼文
Episod 4 : XPDC Reunion / XPDC Kita-PengYu / XPDC Militia
Menyingkap sejarah perjalanan KUMPULAN XPDC di pentas ROCK tanah air.
SINOPSIS EPISOD 4 :-
Selepas album XPDC V6 yang dianggotai Ali Izo Yan dan Lola, kumpulan XPDC telah kembali dianggotai ahli asal XPDC iaitu Mael Izo Amy dan Zuar pada tahun 2005. Album Rock Union dan Rasopariso telah diterbitkan sepanjang Reunion XPDC dan juga bertukar tukar ahli sepanjang perjalanan mereka dari tahun 2005 hingga 2018. Terkini XPDC telah terpecah kepada dua iaitu XPDC Kita Peng-yu (Mael Zuar Amy Jeff) dan XPDC Militia (Ali Izo Eddie Lola Arif_Izo).
Video ini didedikasikan kepada anggota asal XPDC iaitu :-
? Eddy Badry (Pengurus/Pengasas Utama XPDC & Real XPDC)
? Mael - Vocalis (Pengasas Utama XPDC & Real XPDC)
? Yazit - Drum (Pengasas Utama XPDC)
? Man Tobey - Bass
? Izo - Guitar
? Lee Space - Drum
? Zuar - Bass
? Amy - Drum (ex.Handy Black)
Serta anggota lain yang telah bersama-sama menghidupkan kegemilangan XPDC iaitu :-
? Ali - Vocal (ex.Terra Rossa)
? Lola - Drum
? Yan - Bass (ex.Lefthanded)
? Pae - Drum (ex.Barongan)
? Eddy - Bass (ex.DefGabC/AMUK)
Dan semestinya juga penghormatan tertinggi hasil karya-karya agung dan terhebat di dalam sejarah kewujudan XPDC iaitu Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin. (Penerbit/Pencipta Lagu & Lirik)
⭕ALBUM XPDC (2002-2018)⭕
➡ ALBUM XPDC V6 (2002)
01.Berdesup Cahaya
02.Kaca
03.Sakinah
04.Monggol Dah Pulang
05.Hujan Airmata
06.Anti Perang
07.Selamat
08.Haprak
09.Aku Datang Sekejap Lagi
10.Hilang Satu Skrew
➡ALBUM XPDC ROCK UNION (2008)
◾Disc 1◾
01.Curahan Rasa (Lagu Baru)
02.Teman
03.Selendang Merdeka
04.Genggam Api
05.Sedekah
06.Impian Seroja
07.Pelesit Mata Sebelah
08.C.I.N.T.A.
09.Sebalik Senyuman
10.Sudah Sampai Sini
◾Disc 2◾
11.Menentang Arus (Lagu Baru)
12.Kita Peng-Yu
13.Misteri Mimpi Syakilla
14.C.T. Cinta Kenangan Silam
15.Semangat Yang Hilang
16.Segar Dalam Ingatan
17.Bahalol
18.Titian Perjalanan
19.Hairan Bin Ajaib
20.Lain Hidup
➡ ALBUM RASOPARISO (2009)
01.Sanasinisamasaja
02.Aku Tetap Aku
03.Ntahye Ntahtidak
04.Rasopariso
05.Rasa
06.Puing Cinta
07.Sampai Bila
◾Lagu dipetik dari 'Rock Union'◾
08.Curahan Rasa
09.Menentang Arus
◾Lagu Bonus Track : Headbang(Remastered)◾
10.Raja Kertas (Darjah Satu)
11.Talam Dua Muka (Timurbarat)
12.Bahalol (Kita Peng Yu)
13.Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)
➡ALBUM RASOPARISO THE RELAUNCH (2010)
01.Aku Yang Hilang
02.Apa Lagi Nak Dikenang
03.Sanasinisamasaja
04.Aku Tetap Aku
05.Ntahye Ntahtidak
06.Rasopariso
07.Rasa
08.Puing Cinta
09.Sampai Bila
10.Curahan Rasa
11.Menentang Arus
12.Raja Kertas
13.Talam Dua Muka
14.Bahalol
15.Tak Nak Jadi Soh Chai
➡BONUS VCD - REUNION (2010)
VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010
➡AHLI DI DALAM ALBUM XPDC (2002-2018)
◾XPDC V6 (2002)◾
?Ali (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Yan (Gitar bass)
?Lola (Drum)
◾XPDC REUNION (2006)◾
?Mael (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Zuar (Gitar bass)
?Amy (Drum)
◾XPDC UNION (2008)◾
?Mael (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Zuar (Gitar bass)
?Amy (Drum)
◾XPDC (2015)◾
?Mael (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Eddie (Gitar bass)
?Lola (Drum)
◾XPDC 'KITA PENG-YU' (2016)◾
?Mael (Penyanyi)
?Jeff (Gitar Utama)
?Zuar (Gitar Bass)
?Amy (Drum)
◾XPDC 'MILITIA' (2016)◾
?Ali (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama / Gitar Irama)
?Arif Izo (Gitar Irama / Gitar Utama)
?Eddie (Gitar bass)
?Lola (Drum)
#XPDC #SejarahTitianPerjalanan #Episod4
? Siri Sejarah TiTian_Perjalanan XPDC ?
➡ Episod 1 : Asal Tragedy menjadi XPDC
https://youtu.be/79MlnKrRB5A
➡ Episod 2 : Bermulanya Era XPDC SAMURAI
https://youtu.be/g4NUnD0yAUg
➡ Episod 3 : Mael & REAL XPDC @ REAL X
https://youtu.be/QIMDD87oDd8
➡ Episod 4 : XPDC Reunion / XPDC Kita-PengYu / XPDC Militia
https://youtu.be/HoRvCO5JnIo
➡ Episod 5 : Siapa lagi power Ali atau Mael??
https://youtu.be/oWQ-FFRpVeM
➡ Episod 6 : Aura Mael & Rakan-Rakan Masih Kuat
https://youtu.be/wY2nr8vv9Ek
➡ Episod 7 : Ahli XPDC & Diskografi Album XPDC (1990-2020)
https://youtu.be/pz4JHFNrxOk
@MOHD IKRAM AMZ 2020
tetap semangat 在 Titan Tyra Youtube 的最佳貼文
Nonton kalau lagi merasa kesepian, share ke temen2 yang merasa kesepian dan jenuh :") semangat guys! And happy birthday to me hehe. Tell me, what was your favorite part of this quarantine daily vlog?
Quarantine Vlogs adalah vlog series aku selama aku social distancing di rumah karena pandemic COVID-19. Karena aku tau banyak dari kalian yang self-quarantine juga, aku akan daily vlogging dan semoga kita bisa saling nemenin. Watch my daily vlogs with a cup of tea, with some snacks, and keep my videos rolling in the background while you do your work :)
Don’t forget to share my videos with someone you care about!
Previous episodes
Day One https://www.youtube.com/watch?v=EPZF7...
Day Two https://www.youtube.com/watch?v=x7LQT...
Day Three https://youtu.be/2F5occDnTAI
Day Four https://www.youtube.com/watch?v=gzg3_...
☆ S O C I A L M E D I A
Instagram:
https://instagram.com/titantyra
My Beauty Brand
https://www.secondatebeauty.com
Titan And Gaius Couple Channel
https://www.youtube.com/channel/UC_4P...
Tokopedia By Me Account - Check Out All My Favorite Things!
https://tokopedia.by/titantyra
Facebook:
https://www.facebook.com/Titan-Tyra-1...
☆ F A Q
What ARE you?
I’m Chinese-Indonesian from Jakarta, living in both Indonesia and Singapore. I make beauty and lifestyle videos and I upload every Wednesday and sometimes Sunday. Make sure to subscribe so you never miss any of my silly videos. You don’t have to, though. But just do it because it’s free anyway :D
How old are you?
I’m 24 years young.
What camera, lens, and software do you use?
Vlog camera: Sony A5100 with 16-50mm f3.5-5.6 and Sony RX100 V
Tutorial camera: Sony 6500 with Vario-Tessar T* E 16-70mm f/4 ZA OSS Lens
Mic: Rode VideoMic GO
Edited with Final Cut Pro X.
☆ S P O N S O R S H I P
This video was not sponsored and all opinions are my own honest thoughts.
For Business & PR opportunities, please email: titantyrainc@gmail.com
☆ M U S I C
Epidemic Sound