Selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai Senior Account Manager (Online Advertising) di sebuah syarikat antarabangsa pada 15 Januari 2013, saya tidak tahu apa yang menanti saya melainkan hanya berusaha dan seterusnya bertawakal kepada Allah.
Saya menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara sebuah travelog. Saya terkejut dan risau ianya adalah scam kerana saya tiada langsung pengalaman menjadi pengacara program TV tiba tiba ditawarkan menjadi pengacara program.
Saya soal dan dapatkan pengesahan apakah benar dan kenapa saya dipilih & saya menolak pada awalnya. Mereka memujuk saya at least bagi satu video pendek tentang diri saya. Selepas beberapa minggu, mereka hubungi saya & memberitahu bahawa TV Al Hijrah telah bersetuju untuk memilih saya sebagai pengacara & meminta saya untuk sign kontrak!
Saya kata, "Nanti dulu! Saya nak minta pandangan guru saya."
Saya berjumpa dengan guru saya, Sheikh Hussain Yee bagi mendapatkan pandangan beliau. Saya menyuarakan kebimbangan saya kerana saya tiada pengalaman sebagai pengacara program TV, kesemua krew produksi adalah belum Muslim & paling merisaukan saya adalah bagaimana saya nak berdepan dengan ujian populariti setelah program ini disiarkan kelak.
Saya memberitahu kepada beliau saya nak menolak tawaran syarikat produksi itu.
Saya ringkaskan nasihat Sheikh Hussain Yee kepada saya;
"Ada sebab & hikmahnya kenapa mereka memilih awak walaupun mereka sedar awak tiada pengalaman menjadi pengacara program TV. Tambahan pula kesemua krew produksi & syarikat produksi adalah belum Muslim. Mungkin dengan awak sebagai pendakwah menjadi pengacara program, awak juga boleh memberikan nasihat dan panduan kepada mereka agar rancangan tidak melanggar ajaran Islam.
Tentang populariti & keikhlasan, ya awak perlu risau tetapi itu sesuatu yang belum pasti. Mungkin juga dengan awak menjadi pengacara program itu akan membuka ruang dakwah yang lebih luas kepada awak nanti & pengalaman itu juga akan membantu. Saya akan menegur awak bila saya nampak awak lari dari landasan. Terima sahaja & harap Allah permudahkan."
Dipendekkan cerita, saya terima tawaran & menandatangani kontrak. QadarAllah, bekas majikan saya pula menawarkan saya untuk menunaikan umrah buat kali pertama dalam hidup saya 18 March - 31 March 2013 dan saya perlu terbang ke China pada 2 April untuk memulakan pengambaran.
Pengambaran kami bermula dari Beijing, Yin Chuan, Xi'an, Nanjing, Shanghai, GuangZhou & berakhir di Hong Kong dan mengambil masa 5 minggu.
Pengambaran meletihkan tetapi pasca produksi juga jauh meletihkan untuk skrip & voice over. Pertama kali saya belajar belajar membuat skrip bagi memastikan skrip menetapi ajaran Islam. Alhamdulilah akhirnya program itu telah disiarkan di TV Al-Hijrah pada Ramadhan 2013 dan diberikan tajuk. "TETAMU MASJID CHINA"
Saya diberitahu bahawa program itu mendapat sambutan yang baik dan tahun hadapan (2014) mereka akan memulakan pengambaran untuk musim kedua di Jepun & Korea. Kesemua skrip telah dihantar kepada saya & telah memberitahu kepada saya untuk bersiap sedia tetapi QadarAllah, musim kedua tidak bersambung.
Apa-apapun, banyak yang telah saya pelajari sepanjang pengalaman menjalani pengambaran selama 5 minggu di China & Hong Kong. Itulah kali pertama saya ke China & juga kali terakhir.
Tetapi setelah berkunjung ke Hong Kong buat kali pertama pada 2013, saya hanya pergi ke Hong Kong sekali lagi pada 2017 disusuli 4 kali ke Hong Kong pada 2018 & 2 kali lagi pada 2019 setelah terjalinnya hubungan yang sangat rapat dengan Islamic Union of Hong Kong (IUHK).
Pernah sahabat-sahabat menonton rancangan Tetamu Masjid di TV Al-Hijrah sebelum ini?
同時也有234部Youtube影片,追蹤數超過185的網紅salekhan othman,也在其Youtube影片中提到,REPLAY EDITION USA VLOG: PART II ********************** 20 Dec 2016 - 7 Jan 2017 Kenangan melancong kali ke-2 ke USA selama 19 hari. Menaiki penerba...
「travelog」的推薦目錄:
- 關於travelog 在 Facebook 的最佳解答
- 關於travelog 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於travelog 在 TianChad.com - Precious Moments #田七摄影 Facebook 的精選貼文
- 關於travelog 在 salekhan othman Youtube 的最佳解答
- 關於travelog 在 salekhan othman Youtube 的最讚貼文
- 關於travelog 在 salekhan othman Youtube 的最佳解答
- 關於travelog 在 Travelog.com - Home | Facebook 的評價
- 關於travelog 在 Travelog - YouTube 的評價
- 關於travelog 在 Travelog Buddy YouTube 藝術免費設計模板,供應給所有創作 ... 的評價
- 關於travelog 在 rowanoulton/travelog-theme - GitHub 的評價
- 關於travelog 在 Create a cover photo for travelog.com - 99Designs 的評價
travelog 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
TERBANG BERSAMA MDB (TANPA SIRI)
Sepatutnya hati ini adalah siri 72 dalam segmen Terbang Bersama MDB.
Banyak lagi cerita2 tentang penerbangan dan negara orang yang belum saya persembahkan.
Sudah terasa sedikit keletihan setiap kali menulis dalam masa 30 minit setiap hari bagi siapkan sebuah plot cerita bersalut cerita dan fakta sebenar. Saya percaya real story tells better story.
Mungkin para pembaca sudah dapat agak apa cerita2 seterusnya. Mungkin dah biasa dengan cara dan plot cerita saya. Mungkin ada yang sudah letih membaca. Mungkin juga ada yang sudah bosan membaca cerita yang tidak ada penghujung dan plot drama.
Kalau dikumpulkan semua siri2 ini, boleh jadi sebuah buku Travelog paling kurang Part I. Mungkin saya boleh menulis tema lain atau plot cerita yang lain pula untuk tujuan hiburan minda sepanjang PKP ini. Tujuan saya menulis dengan tekun setiap hari sebenarnya adalah cuba memberi suntikan motivasi kepada semua.
Mungkin saya pun dah lama menulis tema ini. Lebih dari dua bulan sejak hari pertana PKP 3.0.
Menarik juga kalau dapat mendengar pula pandangan, perspektif dan cita rasa pembaca. Semua orang perlu motivasi dan new idea. Saya juga perlukan motivasi dan ideation.
Cerita2 saya sehingga siri 72 belum sampai separuh daripada koleksi boading pass saya selama ini. Saya seorang pengumpul boarding pass tegar. Banyak lagi insiden penerbangan dan perjalanan di negara orang yang belum dicoretkan.
Saya menunggu komen ada. Saya sekarang berada dalam status transit sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Hari bertenang.
MDB
travelog 在 TianChad.com - Precious Moments #田七摄影 Facebook 的精選貼文
Today is Day 10 of my travel photos (my top 2 favourite shots taken when in Bhutan), I was nominated by @bakizainal Each day I pick a photo from my travels, no explanation, and nominate someone to take up the challenge. That’s 10 days, 10 photos and zero explanation. Today I nominate @alex__cheah 😬
Soul-full trip to #Bhutan YouTube Travelog: 🇧🇹 (link in bio too)
https://youtu.be/iZJmNTy2EEs
travelog 在 salekhan othman Youtube 的最佳解答
REPLAY EDITION
USA VLOG: PART II
**********************
20 Dec 2016 - 7 Jan 2017
Kenangan melancong kali ke-2 ke USA selama 19 hari. Menaiki penerbangan Qatar Airways, sempat transit seketika di Doha. Perjalanan RoadTrip ini berfokus ke kawasan West Coast dan meliputi beberapa negeri iaitu:
- California
- Arizona
- New Mexico
- Utah
- Nevada
Perjalanan ke USA ni sangat menarik ditambah dengan pelbagai National Park/State Park yang boleh dilawati!
Dalam video ini, kami sempat melawat ke Roswell (kenangan masa kecik tengok siri TV!), kemudian ke White Sands National Monument, New Mexico dan seterusnya ke Ibu Negeri New Mexico di Santa Fe.
DON'T FORGET TO LIKE & SUBSCRIBE!
INSTAGRAM :
@salekhan82 | https://bit.ly/36DL17V
TWITTER:
@salekhan82 | https://bit.ly/3pIEMaB
FACEBOOK:
@salekhan | https://bit.ly/3jfzbGp
travelog 在 salekhan othman Youtube 的最讚貼文
REPLAY EDITION
USA VLOG: PART I
**********************
20 Dec 2016 - 7 Jan 2017
Kenangan melancong kali ke-2 ke USA selama 19 hari. Menaiki penerbangan Qatar Airways, sempat transit seketika di Doha. Perjalanan RoadTrip ini berfokus ke kawasan West Coast dan meliputi beberapa negeri iaitu:
- California
- Arizona
- New Mexico
- Utah
- Nevada
Perjalanan ke USA ni sangat menarik ditambah dengan pelbagai National Park/State Park yang boleh dilawati!
DON'T FORGET TO LIKE & SUBSCRIBE!
INSTAGRAM :
@salekhan82 | https://bit.ly/36DL17V
TWITTER:
@salekhan82 | https://bit.ly/3pIEMaB
FACEBOOK:
@salekhan | https://bit.ly/3jfzbGp
travelog 在 salekhan othman Youtube 的最佳解答
REPLAY EDITION
JICA SERIES: FINALE
**********************
3-20 Julai 2017;
Kenangan menghadiri Kursus JICA Agribusiness-Agri Eco Tourism di JICA Obihiro selama 18 hari. Kursus yang sangat menarik dengan pelbagai aktiviti seperti lecture, study visit, language and cultural training dan semestinya dapat melawat di tempat-tempat menarik di sekitar Obihiro serta merasai keunikan budaya, makanan di sana.
***************************************
DON'T FORGET TO LIKE & SUBSCRIBE!
INSTAGRAM :
@salekhan82 | https://bit.ly/36DL17V
TWITTER:
@salekhan82 | https://bit.ly/3pIEMaB
FACEBOOK:
@salekhan | https://bit.ly/3jfzbGp
DON'T FORGET TO LIKE & SUBSCRIBE!
travelog 在 Travelog - YouTube 的推薦與評價
I fly. For free if I can. I make jokes about it. Often bad ones.New flight reviews biweekly(ish) noon US Central time Saturdays. ... <看更多>
travelog 在 Travelog Buddy YouTube 藝術免費設計模板,供應給所有創作 ... 的推薦與評價
youtube-channel-art-description. ... <看更多>
travelog 在 Travelog.com - Home | Facebook 的推薦與評價
Travelog.com, Kuala Lumpur, Malaysia. 1413505 likes · 1825 talking about this. Travelog.com: No.1 Travel Flash Sales Site in Malaysia *Facebook inbox... ... <看更多>