UMNO (Baru) hilang semangat perjuangan bela Melayu
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam membangkitkan tentang ‘UMNO yang hilang’.
Beliau meluahkan kekecewaan tentang apa yang berlaku dalam UMNO sejak ia ditubuhkan semula di bawah entiti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ‘UMNO asal’ diharamkan pada 1988.
Secara ringkasnya, tokoh politik veteran yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li itu berpandangan, UMNO yang ada sekarang tidak sama dengan UMNO yang ditubuhkan oleh Almarhum Datuk Onn Jaafar pada 11 Mei 1946.
UMNO yang asal memang benar-benar memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Kesan penjajahan selama 446 tahun menyebabkan orang Melayu hilang kuasa sehingga menjadi melukut di tepi gantang di tanah air sendiri.
Melihat kepada nasib anak bangsa yang menyedihkan itu, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO asal iaitu Datuk Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan Almarhum Tun Hussein Onn untuk menebus maruah orang Melayu yang tercalar.
Mereka semua sangat komited dalam menjayakan misi mulia itu sehingga sanggup mengetepikan status bangsawan semata-mata untuk membela nasib orang Melayu melalui UMNO.
Segala-galanya berubah apabila UMNO berada di bawah cengkaman Dr Mahathir mulai 28 Jun 1981 hingga 31 Oktober 2003 di mana parti orang kampung itu mula beransur-ansur menampilkan imej korporat dan elitis.
Ramai yang mula melihat UMNO sebagai lubuk duit. Lebih tinggi jawatan dalam parti, lebih besar habuan yang bakal diterima.
Perkembangan yang kurang sihat itu telah mengakibatkan gejala perebutan kuasa yang parah dalam UMNO sehingga membawa kepada episod pengharaman parti terbesar orang Melayu tersebut pada 4 Februari 1988.
Dr Mahathir seterusnya menubuhkan UMNO (Baru) yang lama-kelamaan disebut sebagai UMNO sahaja. Mereka yang malas mengkaji sejarah mungkin terkeliru sehingga menyangka ia adalah parti yang sama dengan yang ditubuhkan oleh Datuk Onn.
Malangnya UMNO (Baru) yang masih kekal sehingga hari ini sudah lari daripada matlamat perjuangan asal iaitu membela nasib orang Melayu dan bumiputera yang semakin tercicir dalam arus pembangunan negara yang pesat.
Ramai pemimpin UMNO lebih berminat untuk memenuhkan kantung sendiri kerana bagi mereka, wang adalah kuasa. Mereka memerlukan wang yang banyak untuk merebut atau mempertahankan jawatan dalam parti.
Akibatnya, sebahagian besar kepimpinan UMNO di segenap peringkat tidak lagi diisi oleh mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian dan Pusat seolah-olah menjadi milik mutlak mereka yang kaya-raya dan mempunyai kabel besar.
Golongan muda yang berpendidikan tinggi tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti jika mereka bukan berasal dari keluarga yang kaya dan berpengaruh.
Jika mereka masuk UMNO, peranan mereka hanyalah sekadar sebagai ahli jawatankuasa biasa di peringkat cawangan yang khidmat mereka cuma diperlukan untuk mengangkat barang dan menguruskan mesyuarat.
Ada juga permohonan keahlian daripada mereka yang berkelulusan tinggi ‘diperam’ oleh ketua cawangan yang takut kedudukan mereka akan terancam.
Lama-kelamaan, generasi intelektual muda Melayu semakin tidak akrab dengan UMNO dan ramai yang memilih untuk menceburi politik bersama PAS, PKR malah DAP.
UMNO pula mengalami ketandusan cerdik pandai di peringkat akar umbi dan situasi ini menyebabkan mereka mudah dimanipulasi oleh pucuk pimpinan yang lebih berminat mengejar agenda peribadi.
Rakyat termasuk orang Melayu sendiri sudah mulai hilang keyakinan terhadap UMNO (Baru) yang dilihat masih belum insaf selepas menerima tamparan yang amat pedih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keadaan semakin buruk di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan gagal mengembalikan reputasi UMNO yang tercalar serta memberi hala tuju yang jelas terhadap parti.
Ramai yang berharap agar pemimpin-pemimpin UMNO yang lain khususnya Datuk Seri Mohamad Hasan bertindak segera untuk membaiki segala kepincangan dalam parti dan membebaskannya daripada penguasaan kluster mahkamah.
Namun apa yang diharapkan itu masih belum berlaku. Sedangkan masa semakin suntuk kerana PRU-15 dijangka akan diadakan seawal-awalnya tahun depan.
Mungkin Ku Li sangat bimbang melihat apa yang berlaku dalam UMNO sekarang sehingga mendorong beliau meluahkan hasrat untuk menghidupkan semula UMNO asal.
Kita tidak pasti sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu atau melancarkan gerakan pemulihan dalam UMNO. Semuanya masih samar-samar lagi.
Apa yang pasti, gelombang penolakan terhadap kluster mahkamah sudah bermula. Jika mereka masih bersikap angkuh dan enggan menerima kenyataan, kelak UMNO akan menerima padahnya.
https://wartarakyat.com.my
同時也有86部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Putra dan Luna telah mendirikan rumah tangga selama setahun. Namun, selama ini hubungan mereka dingin. Putra mula menunjukkan minat dalam bidang penul...
zahid 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
Terima kasih Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi 👍🏼
zahid 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
Mencari yang muda di kalangan Ahli2 Parlimen Barisan Nasional 2021
1. Ismail Sabri Yaakob [Bera] 61
2. Mahdzir Khalid [Padang Terap] 60
3. Shahidan Kassim [Arau] 70
4. Idris Jusoh [Besut] 65
5. Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] 73
6. Hasan Arifin [Rompin] 68
7. Annuar Musa [Ketereh] 65
8. Halimah Sadique [Kota Tinggi] 59
9. Ismail Mohamed Said [Kuala Krau] 55
10. Abdul Rahman Mohamad [Lipis] 57
11. Ismail Abd Muttalib [Maran] 66
12. Mohd Shahar Abdullah [Paya Besar] 40
13. Mastura Mohd Yazid [Kuala Kangsar] 60
14. Nazri Abdul Aziz [Padang Rengas] 67
15. Jalaluddin Alias [Jelebu] 57
16. Salim Sharif [Jempol] 56
17. Noh Omar [Tanjong Karang] 63
18. Azeez Abdul Rahim [Baling] 54
19. Ahmad Hamzah [Jasin] 72
20. Khairy Jamaluddin [Rembau] 45
21. Adham Baba [Tenggara] 58
22. Reezal Merican [Kepala Batas] 49
23. Hishammuddin Hussein [Sembrong] 60
24. Mohamad Alamin [Kimanis] 48
25. Zahidi Zainul Abidin [Padang Besar] 60
26. Nizar Zakaria [Parit] 52
27. Tengku Adnan [Putrajaya] 70
28. Noraini Ahmad [Parit Sulong] 53
29. Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong] 54
30. Ahmad Maslan [Pontian] 55
31. Najib Razak [Pekan] 68
32. Zahid Hamidi [Bagan Datuk] 68
33. Ramli Mohd Noor [Cameron Highlands] 62
34. Jazlan Yaakub [Machang] 57
35. Nazlan Idris [Jerantut] 51
36. Azalina Othman Said [Pengerang] 57
37. Bung Moktar Radin [Kinabatangan] 62
38. Tengku Razaleigh [Gua Musang] 84
39. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] 57
40. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] 52
41. M Saravanan [Tapah] 53
42. Arthur Joseph Kurup [Pensiangan] 39
Paling muda: Athur Joseph Kurup: 39
Paling tua: Tengku Razaleigh Hamzah: 84
zahid 在 David Teo Youtube 的最佳解答
Putra dan Luna telah mendirikan rumah tangga selama setahun. Namun, selama ini hubungan mereka dingin. Putra mula menunjukkan minat dalam bidang penulisan setelah membaca sebuah novel indie. Ketika membaca novel itu, Putra tertarik pada sepotong ayat di halaman tujuh yang menyebabkan dia mahu mengetahui siapa penulisnya. Bermula ketika pertama kali dia bertemu Zahid, Putra cuba mencari lebih maklumat tentang orang yang meminjam novel itu sebelum dia. Zahid memberitahu Putra yang isterinya telah membaca novel itu sebelum ini dan ia diambil dari sebuah perpustakaan lama. Setelah mendengar tentang itu daripada Zahid, Putra terus ke perpustakaan lama yang diberitahu Zahid untuk mencari siapa peminjam sebelumnya dan siapa yang menulis sepotong ayat indah di halaman tujuh. Ketika dia hampir menemui jawapannya, tiba-tiba dia teringat akan Luna yang berada di rumah. Walaupun hubungan mereka tidak seperti pasangan lain, namun Luna tidak pernah curang dan masih setia kepadanya. Dia membatalkan niatnya untuk bertemu dengan wanita misteri itu dan terus pulang ke rumah. Ketika dia tiba di rumah, tiba-tiba dia tersedar yang tulisan di halam tujuh itu sama dengan tulisan Luna.
KONGSI FULL MOVIE
https://www.youtube.com/watch?v=OsddJ...
LU GUA BRO FULL MOVIE
https://www.youtube.com/watch?v=Ie1Ow...
SENARIO THE MOVIE :
https://www.youtube.com/watch?v=0Ixay...
PE 3 FULL MOVIE
https://www.youtube.com/watch?v=pI5sF.
#ThrowbackFilem #Hospital #trending #viral #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth #MigMovie
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
====================================================
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
zahid 在 Akma Abdullah Youtube 的最佳解答
#akmasings #duet #akademifantasia
Zahid merupakan Juara Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004.
Dua Insan nyanyian asal oleh Dato M Nasir bersama Yunizar Hussein ini juga pernah di nyanyikan semula oleh Ezad Lazim & Eva. Liriknya juga telah di gubah semula.
============================================
Follow Zahid Baharudin Intagram Link
https://instagram.com/zahidbaharudin?igshid=h6iky5d99gmi
Follow Akma Abdullah
Instagram : https://www.instagram.com/AkmaAbdullah/
Facebook : https://www.facebook.com/akmaabdullahofficial/
Follow Che Mah Kitchen Instagram
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/chemah_kitchen/
zahid 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳解答
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian