Banjir Selut di Yan Kedah & Bantuan MAIWP
Beberapa minggu lalu, Malaysia dikejutkan berita banjir yang datang dari gunung Jerai membawa batang2 balak & selut. Pertama kali melihat berita, seolah2 ia satu insiden di luar negara. Tapi kali ini ia benar2 berlaku di Malaysia.
Pihak MAIWP terpanggil untuk turun ke padang menyumbang bagi menolong masyarakat kembali hidup seperti biasa. Pihak MAIWP melalui Yayasan Taqwa (MAIWP) telah memperuntukkan RM100, 000. Sebanyak 5 buah mesjid & 4 surau dikenal pasti mendapat sejumlah besar sumbangan. Baki diberikan kepada 10 keluarga dengan jumlah bantuan RM1000 setiap keluarga. Kami juga menyediakan 200 bakul atau kotak makanan.
Sebelum sampai di kawasan musibah, saya tidak dapat gambarkan keadaan sebenar ujian ini. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur, saya ditemani Tuan Nizam, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP & En Zabidi Hasan, Pemangku Ketua Pegawai Ekskutif Yayasan Taqwa bersolat Jumaat di Masjid Guar Chempedak. Kami disambut oleh Tuan Sheikh Zakaria, CEO, Lembaga Zakat Kedah.
Selepas solat, kami bergerak ke Pejabat Agama, Yan & disambut Tuan Hj Alwi, Pegawai Agama Daerah Yan. Di sana saya menyampaikan mock check kepada imam2/pengerusi2 masjid & surau terpilih.
Kemudian saya mula memasuki kawasan musibah. Mata saya tak percaya apa yang saya lihat. Selut atau lumpur merata2 dalam kawasan rumah & sekolah. Tinggi menimbun. Selut ini dari tanah gunung Jerai yang runtuh dibawa air hujan dari gunung bersama pokok2 balak yang tumbang. Jarak antara kaki gunung & kawasan ini mungkin 5 km. Ia masih sampai di kawasan perumahan. Betapa kuat arusnya.
Mata saya macam disihir melihat batang2 balak di merata tempat di sepanjang aliran air. Titi Hayun tempat peranginan putus & hilang dibawa air. Nasib baik PKP. Kalau tidak, mungkin ramai yang terkorban. Bungkah2 batu sebesar lori hilang. Yang ada batu2 kecil & sedehana yang baru datang. Tak tahu mana asal usulnya.
Kalau Sg Muda diuji tsunami, Yan pula diuji banjir lumpur dari gunung. Saya sempat mengambil foto2 di semua tempat2 yang viral. Biar foto berbicara.
Dalam pemantauan & perbincangan saya, mungkin bantuan lain lebih diperlukan. Baik pulih rumah. Bersihkan lumpur.
MDB
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Asri Ahmad,也在其Youtube影片中提到,'HAPUSKAN STIGMA SAHAM ITU HARAM' Ikuti temuramah penuh bersama Tuan Haji Mohd Asri dan Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif Pusat ...
「zakat maiwp」的推薦目錄:
- 關於zakat maiwp 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於zakat maiwp 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於zakat maiwp 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於zakat maiwp 在 Asri Ahmad Youtube 的精選貼文
- 關於zakat maiwp 在 Asri Ahmad Youtube 的最佳解答
- 關於zakat maiwp 在 Asri Ahmad Youtube 的最讚貼文
- 關於zakat maiwp 在 Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) x Omar & Hana - YouTube 的評價
- 關於zakat maiwp 在 PUSAT PUNGUTAN ZAKAT -MAIWP - Facebook 的評價
zakat maiwp 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
Sumbangan MAIWP Kepada Frontlines Sehingga Disember 2021
Walau menghadapi cabaran bilangan kes Covid-19 yang semakin memuncak, para barisan hadapan terus semangat dan kuat mengharungi tugas mereka atas dasar tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Oleh itu MAIWP pada hari semalam (Jumaat) telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM4,447,800.00 dalam bentuk kit makanan untuk diagihkan kepada para petugas yang terdiri daripada para doktor, jururawat dan petugas kesihatan. Bungkusan kit makanan ini adalah praktikal kepada mereka yang sedang bertugas dalam keadaan yang terdesak serta terhad masa dan pergerakan.
Saya telah menyerahkan sumbangan kit barangan makanan Mohmmad Salleh Bin Yahya, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) PPUM yang mewakili Pusat Petugas Barisan Hadapan yang terdiri daripada 9 buah Pusat yang mengendalikan kes yang disyaki (PUI) dan sahih Covid-19, 1 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 5 buah Pusat Pengambilan sampel Covid-19 (CAC) bagi menguruskan pesakit Covid-19 di Wilayah Persekutuan. Jumlah keseluruhan petugas frontliner dalam skim bantuan kit makanan ini adalah sekitar 500,000.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Encik Mohd Nizam Haji Yahya dan Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.
#maiwp #agihzakat #kamiAda #skuadjejakasnafBaitulmalMAIWP #gerobokrezekiMAIWP #MoJA #ppzmaiwp #maiwpprihatin #musaadahcovid19 #maiwpridersteam
MDB
Pengerusi MAIWP
zakat maiwp 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
"Kisah Yang Menghidupkan"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi untuk join Program MDB With Youths "Heal & Grow" anjuran 5pages1day. Dan seperti biasa Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) akan membuat lontaran minda kepada peserta dalam lebih kurang 15 minit. Penulisan pada minggu ini agak panjang sikit kerana saya hanya memindahkan apa yang telah dikongsikan oleh MDB. Mudah-mudahan semua dapat melihat bahawa tugas MENULIS ini bukan tugas biasa-biasa, tugas orang yang luar biasa. Kerana ramai orang suka membaca mungkin, tetapi kalau tidak ada bahan bacaan, bagaimana manusia boleh membaca? Kata orang-orang motivasi, "tanpa buku ditulis, dunia akan sepi."
Dalam konteks kita kalau tidak ada ilmu dan buku yang ditulis, ilmu juga akan beku. Kita akan melihat suatu kejumudan, suatu kelesuan pemikiran sebab buku itu melambangkan pemikiran, melambangkan suatu gelombang pemikiran yang tinggi di kalangan penulis dan pembaca. Malah kadang-kadang pembaca lebih banyak berfikir daripada penulis dengan lontaran yang kita lontarkan.
Apatah lagi kalau buku itu adalah sebuah kitab yang suci seperti al-Quran yang pastinya sarat dan padat dengan mesej yang boleh ditafsirkan, yang boleh dikembang-kembangkan, boleh dianjal-anjalkan supaya menjadi makna dan gelombang yang sentiasa hidup dalam pelbagai lapisan dan dimensi kehidupan. Pada hari ini, MDB berkongsi berkenaan Surah Yusuf ayat 3:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Terjemahan: Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
Apa yang menarik perhatian MDB, bagaimana Allah S.W.T. mengibaratkan atau memberi suatu kualiti deskripsi yang menarik iaitu "Kami akan menceritakan ke atas kamu sebaik-baik Kisah." Maknanya dalam al-Quran ini, cerita ini suatu benda yang penting. Malah tidak keterlaluan jika disebut secara rambangnya 1/3 daripada al-Quran adalah cerita. Cerita itu merupakan satu keperluan kemanusian dan tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa cerita itu hanya relevan pada zaman dahulu. Cerita bukanlah bermaksud konten itu, tetapi cara pengceritaan itu. Manusia sentiasa suka untuk mendengar cerita, membaca cerita, malah difilemkan cerita kerana itu sifat manusia. Dan Allah S.W.T. menjadikan manusia ini pada pandangan MDB suka kepada pengceritaan.
Manusia ini adalah "the best story telling creatures". Manusia ini adalah sebaik-baik pengciptaan Allah untuk menceritakan dan mendengar cerita. Anak-anak kita kalau diceritakan, mereka suka mendengar cerita. Sebab itu di budaya Barat, mereka banyak melakukan cara Pendidikan melalui pengceritaan. Daripada kecil lagi cerita mimpi, cerita perjuangan, cerita visi, cerita masyarakat, cerita binatang telah diajarkan. Sebab itulah motivasi manusia untuk berfikir.
Dalam masyarakat kita di Malaysia, MDB bercerita tentang zamannya dahulu yang mana kita dilarang atau jangan bermimpi. Kita tidak digalakkan untuk melakukan satu imaginasi yang tinggi malah dijadikan dalam silibus Pendidikan, kisah angan-angan Mat Jenin. Tidak boleh angan-angan. Dianggap satu benda yang buruk dan negatif. Kalau kita angan-angan, kita ditegur oleh ibu bapa kita. "Hang ni kenapa duk berangan sangat, kenapa duk berkhayal sangat." Sedangkan angan-angan itu, khayalan itu adalah sifat manusia yang ada gelombang positifnya dalam masyarakat. Jadi, dalam konteks ini kita melihat bahawa cerita itu boleh disalurkan kepada membina mimpi dan impian. Kerana kalau nak bagi rasa semangat dengan fakta dan cerita biasa tidak boleh.
Jika kita nak buat buku motivasi, sekadar buku motivasi, tidak ada pengceritaan, ia tidak menarik. Malah dalam buku motivasi kesemuanya mesti ada case study, mesti ada clinical report, mesti ada pengalaman-pengalaman orang psikiatrik, orang psikologi, orang NGO, orang-orang Korporat yang membuat benda-benda yang luar biasa untuk memberikan motivasi kepada pembaca. Jadi dia punya "core focus" adalah sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama oleh Penulis kepada Pembaca.
Berbalik kepada Surah Yusuf, kenapa al-Quran ini cerita? Dan kadang-kadang kita rasa cerita dalam cerita, dalam bicara hukum-hakam yang serius dimasukkan cerita sekejap, kemudian keluar balik, kemudian masuk balik, mesti ada suatu mesej yang terlalu Agung, yang terlalu mulia yang mungkin frekuensi minda kita tidak boleh mendapat jawapan tersebut. "It's not the fault of the Quran, it's the fault of the Heaven, is the fault of ourself yang kita menggunakan frekuensi yang rendah untuk memahami suatu yang tinggi." Cerita Nabi Yusuf bukan biasa-biasa, sedangkan cerita ini "is the best story ever told in the Quran." Dari segi bahasanya, cara pengceritaannya, cara metaforanya, cara pemikiran futurisnya, cara pemikiran throwback/flashback, cara mesej dalam cerita, cara ketukan-ketukan hati dan minda semua ada dalam Surah ini.
Sebagai mengambil semangat ini, sudah tiba masanya kita "upgrade" ilmu al-Quran kita. Ada orang dia baru atau sedang belajar untuk membacanya. Baik dan teruskan. Ada orang pula dia sedang talaqqi dengan guru untuk memperelokkan bacaan. Bagus juga dan teruskan. Cuma saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk belajar ilmu Tadabbur al-Quran juga, mudah-mudahan kita bukan sekadar boleh baca tetapi memahami dan mengamalkannya. Tambahan lagi di Televisyen dan Media Sosial dah macam-macam Slot al-Quran ini. Sebagai contoh My Qurantime di TV Al-Hijrah, Pages Facebook Tadabbur Centre dan MDB sendiri ada Slot Tadabbur Al-Quran Secara Kognitif bersama Ustaz KAB setiap Sabtu jam 3 petang (hari ini). Tinggal mahu atau tidak sahaja. "Better late than never." 😃
Berbalik kepada Penulis Muda atau baru belajar menulis, jadi MDB melihat bahawa "Kisah" ini banyak faedah dan manfaatnya. Kalau nak menulis, jangan abaikan aspek ini walaupun kita mula dengan apa yang kita suka dahulu, bidang kita sama ada penulisan sastera, penulisan akademik, penulisan agama, penulisan saintifik, penulisan politik, kritikan dan sebagainya. Jangan lupakan aspek cerita-cerita dalam penulisan kita. Kerana al-Quran pun sarat dan padat dengan "Cerita". Jadi atas dasar itu, kita kena banyak baca buku-buku cerita dan novel. Ceritalah yang dapat merungkaikan segala-galanya.
Untuk menjadi penulis masa hadapan, kita mengambillah inspirasi daripada al-Quran, yang penuh dengan cerita dan kalau kita baca cerita al-Quran, buka minda kita. Kadang-kadang MDB rasa bahawa, (mungkin tidak betul), mesej yang tersirat di sebalik cerita itu, lebih hebat dan lebih berat daripada mesej yang disampaikan secara ayat yang berskala rendah, berfrekuensi rendah. Saya tidak katakan ada perbezaan antara ayat dengan ayat, tetapi dari segi cerita itu kita kena fikir dalam sikit. Contoh ayat berkenaan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. "Straight forward" dari segi pemahaman. Tetapi bila Allah bercerita mengenai Dzulkarnain, Teknologi Dzulkarnain, tentang tawaran kaum Dzulkarnain, jadi kita baca cerita ini, kita kena lebih fikir dalam sikit supaya dapat mesej daripada cerita.
Jadi "Cerita" ini bukan mudah. Nak tulis pun payah, nak faham pun payah. Itulah satu aspek penulisan yang kita rasa kita kena kembali semula membuat suatu penulisan untuk anak-anak kita yang kecil lagi, 3 tahun, 4 tahun sampailah mereka jadi dewasa dan peringkat zaman sekarang dengan kegawatan ekonomi, politik, sosial, kita kena banyakkan pengceritaan kepada masyarakat. Mereka ini tidak suka baca buku yang berat, buku-buku yang akademik, tetapi untuk masyarakat biasa, orang biasa tidak kira umur, pangkat dan kedudukan, mereka lebih suka membaca buku bertema tinggi tetapi dibuat dalam bentuk novel, buku-buku cerita yang pelbagai bentuk.
Sebagai akhirnya, mudah-mudahan dengan pengisian ini, kita jadilah skill untuk menulis sebuah cerita itu, suatu skill yang ada dalam semua penulisan kita. Dalam cerita itu ada pengajaran. Dalam semua buku motivasi yang kita baca mesti ada cerita tentang pengalaman, cerita pengkajian makmal, cerita pengkajian medan, pengkajian lapangan untuk menjadikan sebuah buku itu lebih lunak dibaca, lebih mencabar minda, dan boleh menjentik perasaan kita. Apa guna tulis buku kalau tidak dapat menjentik minda, perasaan, jiwa dan ruh pembaca kita. Jadi kita kena berusaha lebih kuat lagi, jangan give up, long way to go, banyakkan pembacaan buku-buku yang lebih berjaya daripada kita dan minta Allah S.W.T. ilhamkan kita dan berikan kita keseronokan membaca pagi, petang dan malam untuk kita menulis. Bukan untuk menjadi orang hebat, orang masyhur, tetapi menjadi seorang penulis yang memberikan impak kepada minda, ruh dan jiwa pembaca kita.
Itulah yang kita harapkan supaya setiap perkataan yang kita tulis itu menjadi wakaf untuk kita, sedekah jariah yang akan berterusan sampai bila-bila, sampai kita dibangunkan di Padang Mahsyar. Dengan syarat kita ikhlas menulis. Kita menulis kerana Allah S.W.T. Kita menulis kerana nak mengubah masyarakat. Penulis adalah Perubah Masyarakat. Saya kongsikan gambar Novel "Diari Seorang Amil" karya Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam penulisan ini kerana buku ini antara yang terawal saya baca semasa saya mula bekerja di PPZ-MAIWP. Bagi saya kisah pengalaman Ustaz Hamizul sebagai sebagai seorang "Amil Zakat" telah banyak menginspirasikan saya untuk terus berada dalam bidang ini dan mudah-mudahan sehingga hujung nyawa. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah-kisah Pembayar Zakat untuk inspirasi bersama. Nak rasa nikmatnya BERZAKAT? Bayarlah dahulu, KITA akan rasa sendiri. Sekian....
#5pages1day
#mdbwithyouths
-
Ditulis oleh Ahmad Zulfadzli
zakat maiwp 在 Asri Ahmad Youtube 的精選貼文
'HAPUSKAN STIGMA SAHAM ITU HARAM'
Ikuti temuramah penuh bersama Tuan Haji Mohd Asri dan Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Jika anda "Zero" tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia sertai kami di http://www.asriahmadacademy.com
#LaburSyariah
#MentorSaham
#AsriAhmadAcademy
#BeraniBangkit
#SahamIsCool
Mari follow saya di:
Facebook: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/
Instagram: https://www.instagram.com/hj.mohdasri
Twitter: https://twitter.com/hjmohdasriahmad
Website: https://www.asriahmadacademy.com
Join Telegram Channel AAA: https://t.me/AsriAhmadAcademy
zakat maiwp 在 Asri Ahmad Youtube 的最佳解答
MAN JADDA WAJADA
"Sesiapa yang berusaha (Insha Allah) akan mendapat apa yang diusahakannya"
SEMINAR LABUR SAHAM
“Ni program apa sebenarnya?”
Meh saya nak bagitau, ini program satu hari bersama saya khusus untuk tuan-tuan yang NEWBIE dan ZERO, langsung tak tahu apa-apa tentang pelaburan saham yang SAH, BETUL & PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia.
Alhamdulillah, ribuan peserta yang hadir berjaya menimba ilmu untuk bergelar pelabur bijak, seimbang DUNIA dan AKHIRAT.
Lepas belajar, ada akaun CDS, terus boleh melabur.
.
.
.
Sebelum tu.....Siapa Tn Hj Mohd Asri?
? Saya adalah pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UiTM oleh Bursa Malaysia pada 1997. Kemudian melanjutkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia dan juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA), Certified Financial Technician (CFTe),USA.
? Saya telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan segala perkongsian saya adalah berkenaan pelaburan saham yang SAH di sisi undang-undang.
? Saya juga kerap berkongsi ilmu pelaburan di MALAYSIA HARI INI-TV3, NLKO-TV9, SELAMAT PAGI MALAYSIA-RTM, TV-ALHIJRAH, ASTRO. Selain itu, saya juga pernah dipaparkan dalam UTUSAN, HARIAN METRO, KOSMO, MAJALAH WANITA, BERNAMA dan SINAR HARIAN.
? Saya seringkali bekerjasama dengan badan berautoriti seperti BURSA MALAYSIA, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, UITM, MITI (MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY, BANK BRUNEI dan banyak lagi.
? Saya telah melibatkan diri dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih dari 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 18 tahun. Alhamdulillah, saya juga pemegang anugerah Top Remisier dan Top Performer di Hong Leong Investment Bank selama 3 tahun berturut-turut.
? Saya telah berkongsi ilmu pelaburan saham kepada lebih 70,000 orang dalam tempoh 7 tahun ini.
Hmmm....Selalu cakap macam ni tak?
"Saham? Blurrr, memang ZERO!"
"Saham? SUSAH laaaa!”
"Saham? Bukan HARAM ke?"
"Saham? Bukan sama dengan judi ke?"
"Saham? Bukan boleh muflis ke?"
"Saham? Sibuklah, mana ada MASA!”
"Saham? Aku ni English ke laut, boleh ke?”
"Saham? Dah lanjut usia ni, boleh ke?”
"Saham? MODAL ciput boleh ke?”
Kalau selalu cakap macam ni memang sesuai sangat la datang.
Nak belajar pasal pelaburan saham yang patuh syariah & sah?
www.asriahmadacademy.com
www.asriahmadacademy.com
www.asriahmadacademy.com
#LaburSyariah
#MentorSaham
#AsriAhmadAcademy
Mari follow saya di:
Facebook: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/
Instagram: https://www.instagram.com/hj.mohdasri
Twitter: https://twitter.com/hjmohdasriahmad
Website: https://www.asriahmadacademy.com
zakat maiwp 在 Asri Ahmad Youtube 的最讚貼文
Seminar Labur Saham Mega 2016 kali ini dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy Sdn. Bhd. dan PPZ-MAIWP dengan kerjasama daripada Bursa Malaysia, BIMB Securities Sdn. Bhd., 9 Equity Wealth Creations Sdn. Bhd., Koperasi Remisier Bumiputera Berhad dan Malaysian Association of Technical Analyst (MATA).
zakat maiwp 在 PUSAT PUNGUTAN ZAKAT -MAIWP - Facebook 的推薦與評價
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT -MAIWP by Next Creative Group #nextcreativegroup #HitechAsia #MKGROUP #advertisingagency #backdrop #printing #premiumitems #banner ... ... <看更多>
zakat maiwp 在 Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) x Omar & Hana - YouTube 的推薦與評價
mudahnyazakat # zakat #omarhana Assalamualaikum Kawan-kawan, tahu tak apa itu zakat ? Kalau nak tahu apa itu zakat, jom dengar lagu ini atau ... ... <看更多>