𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗬𝗔𝗠 𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗙𝗔𝗦𝗔 2 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔-𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗨𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗟𝗘𝗡𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗞𝗜𝗠 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨.
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 Bulan September bertempat di Mukim Plentong dan Mukim Sungai Tiram daerah Johor Bahru.
Turut mengiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan juga Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-
1- Warga emas terlantar akibat strok.
2- Warga emas sakit jantung,kencing manis,darah tinggi
3- Wanita menghidap sakit jantung kencing manis, darah tinggi dan paru-paru berair.
4- Pesakit jantung yang juga menghidap sakit tibi, gout dan jantung.
5- Seorang lelaki pesakit strok.
6- Warga emas yang menghidap masalah jantung.
7- Seorang lelaki kemalangan jalan raya mengakibatkan kecacatan kekal.
8- OKU Mental mengalami sakit kencing manis kronik dan strok.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini, dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Day 14 Lockdown In Malaysia | Masak Meatball Cheese Ikea Besar Kepala Aku Boleh pulak lah wifi rumah ni buat hal waktu gini. Yang ada masalah sama na...
asnaf adalah 在 Facebook 的最佳解答
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada sepuluh (10) penerima di Mukim Tenggaroh dan Jemaluang Bagi Bulan September (Fasa 2 dan 3) Tahun 2021.
Penerima Kurniaan tersebut adalah:
Penerima pertama, seorang lelaki, berumur 63 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 4. Beliau menghidapi penyakit kulit yang kronik.
Penerima kedua, seorang warga emas wanita berumur 74 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 3 dan sedang terlantar sakit tua.
Penerima ketiga, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap masalah kesihatan selepas terbabit dalam kemalangan.
Penerima keempat, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap penyakit barah otak.
Penerima kelima, seorang wanita berumur 59 tahun, menetap di KM. 12, Kg. Wak Salam. Beliau menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Penerima keenam, seorang warga emas wanita berumur 84 tahun, menetap di Kampung Gajah Mati, Mersing. Beliau menghidapi penyakit sakit tua.
Penerima ketujuh, seorang warga emas wanita berumur 72 tahun menetap di Kampung Sri Pantai.
Penerima kelapan, seorang wanita berumur 55 tahun, menetap di Kg. Sri Pantai. Beliau menghidap penyakit Asma.
Penerima kesembilan, seorang lelaki berumur 33 tahun, menetap di Kampung Sri Pantai. Beliau adalah miskin tegar dan mempunyai anak kurang upaya (OKU).
Penerima kesepuluh, seorang wanita berumur 66 tahun, menetap di Kg. Air Puteri. Beliau menghidapi masalah pendengaran.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa'tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.
asnaf adalah 在 Facebook 的最佳貼文
JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN SEPTEMBER 2021 KEPADA KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM PENGERANG DAERAH KOTA TINGGI
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan September 2021 bertempat di Mukim Pengerang, Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga yang dhaif, golongan asnaf, mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.
asnaf adalah 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
Day 14 Lockdown In Malaysia | Masak Meatball Cheese Ikea Besar Kepala Aku
Boleh pulak lah wifi rumah ni buat hal waktu gini. Yang ada masalah sama nah link seperti yang dijanjikan:
https://www.roamingman.my/product/mobile_broadband
Eh rasa give up lah lepas PKP 14 hari ni. Ada lagi 2 minggu. Dengan berat badan naik, dengan duduk sorang, dengan melayan hantu kat rumah ni. Aku sunyi tahu tak?
Aku Hazeman Huzir Sunyi!
Last-last aku cari geng Jeju Korea sorang ni, @Shazz Zainuddin boleh lah dengar suami dia mengekek kat sebelah tu. Kalau tak dia sibuk jadi gamer kan? Baik Shazz layan aku yang menawan ni.
Tapi berat badan naik aku tak kira. Aku masak resipi baru 500 gram meatball IKEA. Adalah besar bola tampar tu.
Aku olah dari resipi @Seminit Resepi
Satu lagi, aku berkawan dengan hantu dekat rumah ni nama dia Slanderina.
Yang nak beri bantuan kepada golongan asnaf waktu perintah kawalan pergerakan ni boleh buat di link bawah:
https://www.billplz.com/CovidReliefFund
asnaf adalah 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Nak kumpul dgn anak makan buka puasa pun kena set appointment.. Sy nenek yg superr sibuk.. anak2 dh kawin sama gak sibuknya susah nak berkumpul mcm ni pun berapa kali set baru kami blh berkumpul..
.
Hari ni sy masak dlm 12 jenis menu.. pagi sy pegi rumah asnaf.. balik jam 12 sempat sy masak lagi.. tengok lah riuhh dn kecohnya sy.. bila berkumpul dgn family utk menjamu mereka makan..
.
Tapi semua style kampung.. modern2.. western2 maskan x adalah (utk video panjang.. subscribe youtube rozita ibrahim..)
.
Follow Ig @rumah.terapi.alam Percintaan teman sekerja bonda tangkap si Arjuna simpan cinta “ My Strenght” ..Kantoi kena bahan ejekan sy pd Icah ??
.
.
.
0hh yea
.
Jika nak booking urutan sebelum tarikh 7/6/2019 boleh terus hubungi 0192212617/0167719343 secara whatsapp ?atau utk yg nk booking selepas raya blh booking di website rumahhutan.com utk urutan..
.
Utk penginapan blh terus booking di website bondavalley.com atau hubungi 0162472133 utk pertanyaan utk penginapan..
.
InsyaAllah staff boleh bookingkan secara manual utk tarikh 19/5-6/6 ini.. Slot masih banyak yg kosong. Boleh booking sekarang..
.
Selepas date 6/6 kena booking melalui website SAHAJA
.
*BUAT MASA SKRG Warong bonda masih ditutup dan AKAN DIBUKA RAYA KE3*