Butik tudung Bawal Exclusive paling mewah dengan bertahtakan kristal Swarovski akan dibuka tak lama lagi.
.
Jarang nak jumpa butik tudung yang dipenuhi dengan taburan batu kristal ni.
.
Tapi kali ini, 100,000 butir batu kristal bakal menyinari kehidupan anda bila langkah sahaja kaki masuk ke Crystal World Bawal Exclusive ni.
.
Butik tudung mewah yang berniali RM2.5 juta ringgit ni akan mempamerkan tudung bernilai RM10,000 hingga RM113,000.
.
Wow dah lah butik cantik dapat pula pakai tudung bawal yang mahal ni. Peminat Bawal Exclusive mesti rasa tak sabar nak membeli sambil OOTD kan.
.
Pemilik butik bertahtahkan kristal Swarovski ini, Puan Haliza Masyuri, mendapat ilham untuk menghasilkan butik seperti ini selepas beliau menghadiri ulang tahun Swarovskri yang ke-125 yang berlangsung di Wattens, Austria.
.
Menurut Haliza, pada hari tersebut pancaran kristal Swarovksi yang bermula dengan satu butir telah menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan lagi setiap butiran kristal yang berada dalam dewan.
.
Ia merupakan satu kenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana.
.
Istimewanya, setelah 23 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, kini pemilik Bawal Exclusive bakal memperkenalkan pewaris mereka sebagai penyambung kepada legasi perniagaan yang diusahakan.
.
Apa yang kami boleh katakan, ini adalah satu percapaian yang besar untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.
.
Kerjayaan seperti ini akan memberi inspirasi kepada perniaga lain untuk terus bangun dari kegagalan.
.
Nanti sambil membeli boleh lah OOTD di butik mewah ini. Cantik pula hiasan dia.
Search