Kek lapis madu atau medovik ni dessert yang sangat popular kat negara Rusia tau. Rupa dia yang mengiurkan tu memang akan buat ramai tertarik.. Rasa manis madu dan masam dia pula memang tiptop la..jom try buat..
Resepi Kek Lapis Madu Rusia | Medovik Russian Layer Honey Cake Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan (Lapisan Kek)
70 gm mentega
40 gm madu
1/2 sk soda bikarbonat
225 gm tepung gandum
2 biji telur
75 gm gula
Bahan-Bahan (Campuran Krim)
260 gm krim masam
1/2 cwn krim putar tenusu
95 gm gula aising
1 sk esen vanila
Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh bakar beberapa lapisan pada masa yang sama.
Cara Memasak
1. UNTUK LAPISAN KEK : Pukul telur bersama gula di dalam mangkuk hingga gebu. Masukkan madu, soda bikarbonat dan mentega.
2. Kemudian, panaskan campuran telur dengan teknik double boil. Kacau sehingga mentega cair sepenuhnya dan gula larut. Kemudian, ketepikan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi. Gaul dengan sudu kayu sehingga adunan membentuk doh.
4. Uli doh di atas permukaan bertepung. Potong doh kepada lapan bahagian yang sama saiz. Bentukkan setiap bahagian menjadi bulat.
5. Canai setiap bahagian doh sehingga menjadi nipis. Tekap cake pan atas kepingan doh dan potong keliling pan menggunakan pisau. Simpan lebihan doh untuk digunakan kemudian.
6. Kemudian, cucuk setiap kepingan doh dengan garfu.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C. Bakar selama 7-8 minit atau hingga keperangan.
8. Sementara itu, canaikan doh yang lain. Bakar lebihan doh tadi untuk dijadikan serbuk.
9. Biarkan sejuk dan kisarkan lebihan doh yang dibakar tadi menjadi serbuk.
10. UNTUK KRIM: Pukul krim putar tenusu, gula dan esen vanila di dalam mangkuk hingga lembut dan sebati.
11. Masukkan krim masam. Gaul rata.
12. Setelah kepingan kek disejukkan, anda boleh menyusun setiap kepingan bersama. Sapukan satu sudu besar campuran krim pada setiap lapisan supaya kepingan melekat bersama.
13. Oleskan lebihan campuran krim di bahagian atas dan sisi kek.
14. Kemudian, lumurkan serbuk kek tadi di semua permukaan kek.
15. Sejukkan kek semalaman sebelum dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Cake Layer)
70 gm butter
40 gm honey
1/2 tsp of baking soda
225 gm wheat flour
2 nos eggs
75 gm sugar
Ingredients (Cream Mixture)
260 gm sour cream
1/2 cup of dairy whipping cream
95 gm icing sugar
1 tsp of vanilla essence
Note: To reduce time, you can bake few layers simultaneously.
Cooking Methods
1. FOR THE CAKE LAYER: Beat eggs together with sugar inside a bowl until fluffy. Put in honey, baking soda and butter.
2. Then, heat egg mixture using double boil technique. Stir until butter is fully melted and sugar is fully dissolved. Then, set it aside.
3. Add flour bit by bit into the mixture. Mix them using a wooden spoon until the batter forms a dough.
4. Knead dough on a lightly floured surface. Cut dough into eight equal parts. Round each part into a ball.
5. Roll each part of dough until they are very thin. Place a cake pan over your rolled dough and trace around it using a knife. Keep the scraps for later.
6. Then, pierce every layer of dough using a fork.
7. Preheat oven to 175°C. Bake around 7-8 minutes or until golden brown.
8. Meanwhile, roll out other parts of dough. Bake the scraps to make crumbs.
9. Let it cool and grind baked scraps into crumbs.
10. FOR THE CREAM: Beat dairy whipping cream, sugar and vanilla essence inside a bowl until soften and well-incorporated.
11. Add in sour cream. Mix well.
12. Once the cake layers are set, assemble the cake. Spread about one tablespoon of cream mixture on each layer so that they will attach together.
13. Spread extra cream mixture on top and sides.
14. Then, spread reserved cake crumbs covering the cake.
15. Refrigerate the cake overnight before serve.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#medovik #keklapismadu #russianhoneycake #honeymedovikcake #medovikcake #honeylayercake #kek #cake #russian #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#cempakaberasap #mr_lovva #nntaca #sya #rinrinchan #makenon
「cempakaberasap」的推薦目錄:
cempakaberasap 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Sekarang ni tengah viral tau tom and jerry cheesecake ni. Dah lah cute, sedap pulak tuh. Rasa cheese dan coklat Oreo ni pula memang sedap la..budak-budak mesti suka ni..jom lah try buat..
Resepi Kek Keju Tom & Jerry Mudah | Easy Tom & Jerry Cheesecake Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Kek Keju Tom & Jerry
Bahan-Bahan (Coklat Luar)
180 gm coklat putih
1 sk pewarna makanan kuning
Bahan-Bahan (Krim Keju)
180 gm krim keju
45 gm gula
1 sk serbuk gelatin
2 sb air panas
160 gm krim putar tenusu
70 gm coklat gelap (dicairkan)
70 gm biskut Oreo (dihancurkan)
Acuan silikon kek keju
Cara Memasak
1. Panaskan coklat putih menggunakan teknik double boil hingga betul-betul cair. Masukkan pewarna makanan kuning dan gaul hingga sebati.
2. Bila coklat kuning sudah menjadi suam, masukkan dua sudu besar coklat ke dalam acuan silikon. Ratakan ke semua bahagian acuan.
3. Tidak perlu terlalu nipis atau tebal (agak-agak sahaja). Kemudian, bekukan sebentar dalam peti sejuk.
4. Seterusnya, pukul krim keju hingga lembut. Kemudian, masukkan gula dan larutan gelatin. Teruskan memukul sehingga sebati.
5. Pukul krim putar tenusu dalam bekas yang lain sehingga kental.
6. Masukkan krim putar tenusu tadi ke dalam campuran krim keju. Dengan teknik kaup-balik, gaulkan campuran hingga sebati.
7. Sediakan satu mangkuk coklat gelap cair dan satu mangkuk biskut Oreo yang telah dihancurkan.
8. Bahagikan campuran krim keju ke dalam dua mangkuk tadi. Gaul rata kedua-dua campuran.
9. Keluarkan acuan daripada peti sejuk dan masukkan tiga sudu besar campuran Oreo ke dalamnya.
10. Kemudian, tambahkan dua sudu besar campuran coklat gelap ke atas lapisan campuran Oreo. Ratakan dan sejukkan di dalam peti sejuk.
11. Selepas 4 jam, keluarkan kek keju daripada acuan dengan berhati-hati. Kek 'Tom & Jerry' siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Cheesecake Tom & Jerry Recipe
Ingredients (Outer Chocolate)
180 gm white chocolate
1 tsp of yellow food coloring
Ingredients (Cream Cheese)
180 gm cream cheese
45 gm sugar
1 tsp of gelatin powder
2 tbsp of hot water
160 gm dairy whipping cream
70 gm dark chocolate (melted)
70 gm Oreo biscuits (crushed)
Cheesecake silicone mold
Cooking Methods
1. Heat white chocolate using double boil method until fully melted. Add in yellow food coloring and mix them well.
2. When yellow chocolate is warm enough, put two tablespoons of the chocolate in a silicone mold and spread it around, making sure all sides are covered.
3. Somewhat not too thin and not too thick. Then, freeze briefly inside the refrigerator.
4. Next, beat cream cheese until soft. Then, add in sugar and melted gelatin. Continue to beat them until well-combined.
5. Beat dairy whipping cream inside another container until thicken.
6. Mix dairy whipped cream with cream cheese mixture. Use folding-technique over the mixture until well incorporated.
7. Prepare one bowl of melted dark chocolate and one bowl of crushed Oreo biscuits.
8. Divide cream cheese mixture into two bowls earlier. Then, stir them until well-combined.
9. Remove mold from the refrigerator and put in three tablespoons of Oreo mixture.
10. Then, add two tablespoons of dark chocolate mixture over the Oreo mixture layer. Flatten and refrigerate.
11. After 4 hours, carefully unmold the cheesecake and it is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#cheesecake #cheesecaketomandjerry #kek #kekkeju #kekkejutomandjerry #dessert #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#cempakaberasap #mr_lovva #nntaca #sya #rinrinchan #makenon
cempakaberasap 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Resepi Mousse Coklat Tanpa Telur | Chocolate Mousse Without Eggs Recipe
Guna lima bahan ni je dah dapat dessert macam dekat hotel 5 bintang..rasa dia pula fully creamy dan penuh rasa coklat..memang terliur la..penggemar coklat wajib cuba ni..
Resepi Mousse Coklat
Bahan-Bahan
100 gm biskut Oreo (dihancurkan)
80 gm cip coklat
250 gm krim putar bukan tenusu
100 gm coklat gelap
50 ml krim putar tenusu
Piping Bag
Nota: Pukul krim putar bukan tenusu hingga bertanduk dan jangan terlebih pukul.
Cara Memasak
1. Pukul krim putar bukan tenusu sehingga naik kembang 2 kali ganda. Kemudian, sejukkan sekejap di dalam peti sejuk.
2. Cairkan coklat gelap menggunakan teknik double boil. Kemudian, masukkan krim putar tenusu.
3. Kacau sebati dan tutup api. Ketepikan dan biar ia sejuk seketika.
4. Campurkan separuh dari krim putar bukan tenusu yang telah dipukul ke dalam campuran coklat cair. Kacau sebati.
5. Masukkan krim putar coklat ke dalam piping bag.
6. Manakala, baki krim putar bukan tenusu tadi pula akan dimasukkan ke dalam piping bag berlainan.
7. Gunting hujung kedua-dua piping bag supaya mudah untuk dipaipkan.
8. Sediakan cawan atau gelas yang jernih. Kemudian, masukkan serdak biskut oreo sebagai lapisan paling bawah.
9. Teruskan dengan paip krim putar bukan tenusu. Taburkan cip coklat ke atas nya.
10. Kemudian, paip krim putar coklat untuk lapisan seterusnya.
11. Ulang kaedah mengikut kreativiti sendiri sehingga membentuk lapisan chocolate mousse.
12. Sejukkan ia sebelum dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#moussecoklat #chocolatemousse #chocolatecake #chocolate #eggless #dessert #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#cempakaberasap #lemankakap #nntaca #sya #rinrinchan #makenon
cempakaberasap 在 無題 的推薦與評價
You're offline. Check your connection. Retry. ... <看更多>