Saya bangga jika terjumpa buku melayu di luar negara, rujuk buku depan robot Gundam tu, Buku Permata yang Hilang dan KAMAR SUTERA tu.. buku saya tu! Woha!
Korang tahu tak?, kenapa Bangsa Penjajah ni tiba tiba menjadi lebih maju hingga mampu cipta kapal perang ada Meriam dan menjajah dunia, kemudian cipta kapal terbang dan menakluk dari penakluk? Kenapa?
Sebab rakyat mereka tiba tiba rajin tulis buku sejak berabad yang lampau dan buku itu disimpan dengan baik lalu mudah dirujuk oleh generasi zaman hadapan.
Tak percaya?
Cuba tengok cerita hantu mat saleh, bila ada masalah mereka pergi perpustakaan, dan kat sana ada buku cara cara bunuh hantu.
Kadang cerita tu zaman dulu, malam malam pakai pelita, tapi masih pergi perpustakaan untuk rujuk buku, contoh cerita serigala jadian, dalam perpustakan di zaman itu, ada cara bunuh serigala iaitu guna senjata dibuat dari perak, dalam buku rujukan tu siap ada gambar lagi rupa seriga atau vampire dan sebagainya.
Cerita “How to train your Dragon”, dikampung Viking, ada Buku panduan membunuh naga, siap dengan gambar beratus jenis naga dan kelemahan naga. Itu cerita zaman dulu tu..
Apa yang saya dapat simpulkan, bangsa mereka maju sebab dokumentasi mereka bagus, cara buat enjin kereta, cara buat kapal terbang, dan lain lain ada didokumentasikan elok elok, tak percaya pergi university tengok mana mana bidang, matematik ke, fizik ke, biologi ke, semua dokumentasi dengan formula, rajah, contoh yang mana generasi akan datang boleh belajar ilmu dari generasi zaman dulu cukup dengan hanya merujuk buku.
Sekarang ini pun, dah ada buku cara nak bunuh Zombie yang di tulis dengan serius ilmu kelangsungan hidup, pendek kata bangsa yang maju ni adalah bangsa yang mahir dalam bab dokumentasi.
Kat kampung saya dulu, ada pakcik yang boleh buat perahu tanpa guna plan, semua dalam otak, bila pakcik ini meninggal tak de siapa dapat ilmu ini, dan pernah masa saya kecik bermain di sebuah rumah yang dibuat tanpa paku, tapi tak ada orang boleh buat sebab pembuat rumah itu sudah meninggal.
Maka sebab itulah bila kita pergi sekolah aliran penjajah, ada kerja khusus, kena buat laporan, yang mana anak anak kita kena buat tugasan dalam bentuk buku. Jika belajar tinggi lagi, ambil ijazah, kena buat projek semester akhir, kena buat report semua aktiviti kerja, dan hasil keputusan, dalam buku tebal, itu semua nak ajar manusia jadi bangsa dokumentasi kerana dokumentasi yang baguslah akan cepat memajukan umat manusia. Itu belum cerita nak ambil Phd, kena Publish paper, kena tulis Journal, tulis tesis dan sebagainya.
Jadi bila masuk alam pekerjaan, korang akan ada ilmu dan bakat masing masing, sesuai dengan pengalaman hidup dan suasana persekitaran, jadi saya cadang untuk majukan ummat, korang kena dokumentasikan ilmu korang, tulis di blog, atau di web, supaya boleh dirujuk oleh generasi akan datang.
Baca sejarah, Meriam Sultan Melaka adalah antara meriam terhebat di dunia, tahan letupan, tapi dokumentasinya mana? Katanya juga, Istana Raja zaman dahulu terang benderang dengan teknologi susunan api pelita yang unik, tapi mana dokumentasinya?
Jadi balik pada zaman sekarang, semua orang perlu menulis ilmu masing masing, ibu ibu yang pandai memasak resepi istimewa, dokumentasikan ilmu itu, yang pandai buat layang layang, dokumentasikan.
Sungguh saya sangat berterima kasih kepada blogger atau youtuber atau penulis ebook yang rajin update ilmu seperti cara tukar nama pembeli kereta, cara cepat ke airport, tip murah ke taman tema, cara mudah apply pinjaman rumah, dan lain lain kerana semua itu sangat membantu saya yang sedang mencari maklumat berkaitan, terima kasih!
Dan saya juga sekarang ini dapat ucapan terima kasih kepada mereka yang mencari maklumat agama santai tapi deep, kerana saya dulu waktu pergi ceramah, sangat suka dengan tamsilan ustaz, yang kaitkan kejadian alam dengan ilmu tuhan, saya catit dan bila sampaikan dalam ceramah atau tulis balik di blog, saya ubah tamsilan dengan kembangkan lagi, dan akhirnya saya ‘dokumentasikan’ tulisan itu dalam buku dan boleh di kongsi oleh generasi akan datang dengan lebih luas lagi, insyaAllah.
Jadi tip nak jadi bangsa yang maju, selain banyak membaca adalah kena jadi penulis! kumpulkan bahan sekarang, dokementasikan elok ekok supaya mudah dirujuk dan akan datang jika ada rezeki, boleh siapkan dalam bentuk Buku agar lebih mudah dirujuk oleh generasi akan datang.insyaAllah.
Ada sahabat anaknya kena Leukaemia, dan waktu jumpa dia selalu cerita pengalaman anaknya akan betapa sukar di sekolah, betapa sukar dihospital, appointment dengan doctor pakar bagaimana dan akhirnya apabila si anak umur 12 tahun, sudah sembuh. Saya cadang pada dia agar tulis pengalaman ini, dokumentasikan di blog atau youtube sebab akan datang, jika ada ibu bapa hadapi masalah sama, mereka boleh rujuk cerita anda. Dan mungkin akan datang, dari blog, pengalaman tadi boleh dibukukan.
Tapi katanya agak susah sebab kejadian tu dah berlalu 12 tahun, banyak peristiwa penting terlupa dan semangat nak menulis tak ada.
Jadi pesan saya kepada anda semua, jangan siap kerja baru buat dokomentasi, tapi buat terus sekarang, macam cerita mat saleh yang sedang buat kajian, mereka rakam suara guna alat perakam setiap aktiviti atau guna video, nanti bila siap projek, mereka boleh upah orang tulis, dan siap satu buku. So tipnya, luangkan masa tulis ilmu, pengalaman, travelog, info dan lain lain SEKARANG, jangan tunggu dah habis event baru nak tulis. Jangan tunggu pencen, jangan tunggu PKP.
Bila bangsa kita rajin dokumentasikan ilmu, maka generasi akan datang akan belajar dengan lebih cepat dan dengan jimatnya masa mereka, maka banyak benda berfaedah yang lain dapat dibuat.
Saya percaya, dalam ilmu hadis, Allah takdirkan bangsa arab sebagai pemangkin ilmu hadis adalah kerana mereka termasuk bangsa yang mahir dalam dokumentasikan ilmu susur galur keturunan. kerana itulah bila Nabi turun ke sana, teknologi wahyu dalam masalah dokementasikan kata kata Nabi sangat Berjaya dijaga mereka sehingga hari ini, 1400 tahun kita masih dapat manfaat dari Hadis Nabi dengan sanad sampai ke Rasulullah S.a.w , Alhamdulillah
Akhir kata, sebagaimana segala masalah agama boleh diselesaikan dengan merujuk kitab, muda mudahan untuk kita orang melayu, bila ada masalah, sepatutnya boleh juga di rujuk kepada kitab atau buku, tak perlu gadoh gadoh pendapat saya ni lebih betul, pendapat awak lebih salah dan sebagainya.
Dah tengok filem Twilight?, Bella Swan korang kutuk gadis tu bodoh sebab buat tindakan bodoh remaja perasan cantik, tapi bila Bella Swan ada masalah, bodoh-bodoh beliau pun pergi rujuk perpustakaan untuk rujuk buku bertajuk Quileute legends yang cerita tentang asal usul puntianak, tapi cuba tengok cerita Hantu kita bila ada masalah, ada nak pergi perpustakaan rujuk buku?, biasanya jumpa bomoh, dan bomoh pulak tak rujuk buku jugak, bomoh tu baca jampi dan minta korang cari ayam hitam.
Jadi, kepada korang yang ada pengalaman tangkap hantu, sila tulis buku, dokumentasikan elok elok, dan korang yang lain, tak kira apa bidang kemahiran korang, ambiklah masa untuk mendokumentasikan ilmu korang, mungkin tak menarik, tapi akan datang, ilmu yang bermanfaat tetap memberi pahala dalam kubur, walau mayat telah lama di mamah ulat. Andai korang mahu mengerti.
Tak tahu tulis buku sebab tak dapat A Bahasa melayu dalam SPM?
Korang tahu tak Hamka Keretamayat SPM tak kredit Bahasa melayu, tapi boleh jer beliau tulis buku laku giler sampai dah ada 13 judul tajuk pelbagai cerita, ada kisah dajjal, kisah cinta, kisah rumah tangga, kisah agama, kisah anak Oku, kisah mengawan membiak, dan kisah hantu pun ada, ha ha!. Tapi bukan kisah hantu biasa biasa, siap rujuk kitab bila nak lawan hantu. Ha ha.
Yang penting, korang Jangan takut salah tulis, sebab jika takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!
Terima kasih kepada semua penulis buku, semua penyimpan buku dan semua yang hargai buku.
Saya kagum dari jauh!
Woha!
Ps: Buku saya masih ada stok, semua ini akan jadi kenangan, terima kasih sudi baca buku saya dan selamat membeli belah di halaman kereta mayat!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「gambar kapal perang」的推薦目錄:
- 關於gambar kapal perang 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於gambar kapal perang 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於gambar kapal perang 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於gambar kapal perang 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於gambar kapal perang 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於gambar kapal perang 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
gambar kapal perang 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Saya percaya orang ke bulan?
Kisahnya, Saya bukan Ustaz tapi paling banyak orang tanya bab agama, saya okey jer sebab agama ni tanggungjawab kita semua, mana yang boleh saya jawab, saya cuba, yang tak boleh saya senyap, tapi ada jugak tanya tentang SAINS, dan kali ni bab manusia ke bulan.
Ok, saya jawab setakat yang boleh saya jawab
Soalan 1:
“Bro, jika benar orang ke bulan, kenapa sekali jer America hantar orang ke sana, lepas tu dah tiada sape sape yang pergi?”
Hamka said: Nampak sangat tak ikuti perkembangan dunia, tapi ada hati berlagak pandai, siapa bagitahu kau sekali sahaja orang ke bulan?, Sudah enam kali orang ke bulan bang dan jumlah orang pijak kaki ke bulan seramai 12 orang, sebab tu bila orang cakap, gambar ni tipu, saya tanya balik, ni pendaratan yang ke berapa?, lepas tu orang tu cakap, eh, bukan sekali jer ker orang ke bulan, aduh? Orang dah bicang teknik manusia nak ke marikh, dia ke bulan pun belum boleh hadam
Soalan 2:
“Pada pendapat saya yang tak berapa cerdik ini,..,adapun manusia ke bulan cuma dogma orang amerika saya kira...., logiknya kalau dari bumi ke bulan kene guna roket 1000 tan dgn bahan api yang banyak...macamana diorang dari bulan nak kebumi cuma guna shutle yang kontot tu....cerciter2...sembang ringan2 dahlah.”
Hamka said: Bicara ringan sudah.., angkasa adalah vakum, tiada udara, sekali tujahan, lepas tu tutup enjin, maka kau akan bergerak selamanya selagi tidak berlanggar, atau di tarik oleh graviti planet terdekat, cuba tengok tahi bintang bergerak berjuta batu, ada pakai minyak? ini adalah bicara ringan, dan benda ni paling simple bab angkasa, dan jika benda ni fail, langung tak layak nak nafikan sains dan angkasa., ni ringan dah ni, he he he
Soalan 3:
“Kalau dtg bulan boleh pacak bendera?”
Hamka said: “Nabi tak larang nak bermesra dengan bini datang bulan, jadi nak pakac bendara buat apa?”
Soalan 4:
“Tak de org pernah smpai ke bulan..yang ada tu sekarang hanyalah rekaan semata-mata..... benda ni di reka oleh Amerika untuk memenangi perang sains antara Russia.. ia dirakam dalam studio y di rahsiakan.. dari kecil kita di tipu..... jikalau betul org pernah sampai di bulan kenapa negara lain yang maju dah tak pergi?”
Hamka said: “Siapa cakap tak pergi? Ni mesti banyak membaca blog politik hingga lupa nak baca akhbar perdana, korang tahu tak? pada tahun 2008, jepun punya NASA yang dinamakan (JAXA) Japan Aerospace Exploration Agency telah hantar satelit ke bulan yang dinamakan Kaguya atau SELENE yang mana google moon tu ambik dari satelit inilah, lepas tu satelit tu ambil gambar tapak neil amstrong mendarat dan buktikan memang manusia telah ke bulan, lepas tu 2010, china pulak hantar satelit dan buktikan orang dah mendarat ke bulan.., boleh baca berita jepun dan china jika rajin, jika malas dan hidup nak dengki kejayan orang kapir sampai mati, tak dapatlah den nak nolong.., :)
Satu lagi, pernah saya tunjuk link dari laman web negara lain yang buktikan orang ke bulan, kat sorang islam yang dengki dengan kejayaan orang kapir, dia boleh cakap, amerika telah rasuah jepun dan cina untuk tipu nampak gambar kesan pendaratan di bulan, sayapun mintak bukti kat mana kau tahu amarika rusuah dan berapa juta?, dia cakap, naluri dia yang berbisik begitu, HA HA HA.., mundurlah budak sekolah masa depan jika dapat cikgu bodoh sombong. islam ugama yang mementingkan fakta, tak percaya kaji bab hudud, semua kena ada bukti, bukan ikut naluri.., adohai..
Soalan 5:
“Bro, Ustaz azhar idrus cakap Amarica tipu dan telah saman laman web yang membongkar penipuannya, jawab sikit, ni ulamak ni, ulamak mana cakap tipu,” http://www.youtube.com/watch?v=7DdbTx-qrlY
Hamka said: “Nabi dah pesan, jika tak tahu, tanya kepada yang tahu, rujuk an-Nahl: 43, ustaz azhar ni tak tahu pasal sains, bila orang tanya pasal sains, ustaz azhar ni (saya sangka baik) nak perli orang yang bertanya dengan bagi hujah yang kelakar, seperti: “mengikut ulamak arab”, (saya dah gelak, sebab kelakar, kerana bab sains rujuk ulamak arab, ha ha ha, tapi kamu tak faham lawak ustaz ni), satu lagi bila ustaz cakap, “Amarica telah saman laman web yang membongkar penipuannya”, saya gelak berdekah, sebab kelakar, mana ada orang yang menipu saman orang yang membongkar penipuan?, sepatutnya orang yang membongkar penipuan saman si penipu, lawak kan?, tapi kamu tak paham lawak ustaz ni, lalu ustaz tu bagi final lawak, “waktu kapal angkasa turun, kamera dah ada kat bulan ambil gambar” saya gelak berguling guling sebab lawak ni paling lawak, tapi saya rasa kamu tak faham lawak ni, lalu terpaksa ustaz azhar idrus ‘stereotype’kan lawaknya dengan menambah, “bila masa TV3 ambik gambar di bulan?” barulah korang gelak sebab ada perkataan TV3., lepas tu Bob lukman buat lawak pergi waktu malam ke matahari, lambat jugak korang gelak, kena berpikir dulu... aduh!
Soalan 6:
“Bro hamka, saya mushkil, macam mana kapal angkasa nak bergerak ke bulan sedangkan di angkasa tiada udara? Jika kapal terbang, api tolak udara, kapal terbang naik, di angkasa, nak tolak apa? Patut kapal angkasa statik, lepas tu lagi, macam mana api boleh ada di angkasa sedangkan syarat api terbakar perlu kepada oksigen, angkasa, mana ada oksigen? Cuba jawab wahai blogger keretamayat yang perasan pandai sains.”
Hamka said: ni nak cerita balik tentang hukum newton kedua dan inersia, tapi tak payah, bicara ringan sahaja, paling simple kau tengok orang tembak pistol, lepas peluru keluar, bahu akan tertolak ke balakang, bahu tertolak ke belakang adalah disebabkan letupan atau daya tujahan yang keluar dari pistol, bukan disebabkan peluru berlanggar dengan udara, jika kau menembak dalam ruang vakum pun, bahu akan tertolak ke belakang, inilah yang berlaku di angkasa, yang mana gas pada ekor kapal angkasa akan ‘meletup’ dan menolak kapal angkasa bergerak, tentang api di angkasa, dalam gas tu sendiri dah ada oksigen.
Soalan 7.
Mungkin abang hamka boleh jelaskan kpd sy apa maksud ayat ini.., ayat ni cerita tentang bukti, orang tidak boleh ke bukan: rujuk: Quran 55 : 33 “Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Hamka said: “jangan tafsir Al quran ikut kepala yang suka dengki, nanti masuk neraka, ayat ni tak menggambarkan langsung orang ke bulan,bebaru ni Syed Muzafar pergi ke angkasa tu tipulah ye, sebab dah menembusi atmosphere.., berdosa tafsir Al quran tanpa ilmu, ustaz azhar idrus cakap, manusia boleh pergi ke bulan, takde larangan pun, cuma dia tak percaya.., benda kecik jerpun, tapi bodoh ni benda besar jugak.
Soalan 8:
“Pendpt sy, kalau waktu dulu, mustahil, tipu . memang ada bukti diorg tunjuk tp pada sy mustahil untuk waktu tu, tp sekarang mungkin tak mustahil, ini pendapat sayalah.”
Hamka said: “dik, dulu nak menipu susah sebab belum ada CGI dan nak buat stadio ruang vakkum dulu susak jugak, so.., pada pendapat saya pulak: Sains ni orang tak bagi pendapat, orang buktikan ujikaji, jadi tak payah bagi pendapat bab sains. baik bagi pendapatan kepada sains supaya mereka boleh buat ujikaji dan selamatkan ummat manusia dari kejahilan.., chewah, : )
Soalan 9:
satu je kemusykilan.... kalau tahun 1969 dah sampai bulan, saya rasa dengan kecanggihan ilmu sekarang ni, patutnya dah ada McD kat sana sekarang. Tapi kenapa kerajaan amarica dah tak nak pergi lagi?
Hamka said: Kemusykilan kau tu simple sahaja, zaman dahulu upah engineer tak sampai dua ribu sorang, sekarang, upah technician NASA pun dah 10 ribu, belum masuk kos insurans lagi, baru ni nak naik soyuz pun kena beli 20 biji sukoi baru boleh tumpang.... jadi, belajarlah jugak ekonomi jika nak komplen bab sains.
Soalan 10:
“Orang ke bulan tu terang terang menipu, tak terbakar ke? Sebab permukaan panas kerana dekat dengan matahari?”
Hamka said: dik, suhu panas sebab ada udara, kat bulan takde udara.., jika nak kira dekat dengan matahari, cuba adik naik gunung kinabalu tak pakai baju, sebab gunung tinggi dekat matahari tak payahlah pakai baju, akan mamposlah kesejukan kerana atas gunung ada salji, (tapi memang panas pun suhu bulan, sebab tu design baju angkasawan macam warna periuk-)
Soalan 11.
Bang, saya sokong abang, tapi muskil, bagaimana orang dibulan boleh telefon di bumi, bukan kena ada udara baru boleh?”
Hamka said: mereka guna ;”electromagnetic radiation analogous to visible light, (gelombang frekuency) sebab tu boleh dihantar melalui vakuum, jangan ponteng kelas sains.”
Soalan 12:
Bang, macam mana ada tapak kaki dibulan, bukankah graviti sana rendah?
Hamka said: “kau ambil bedak, kau tabur dalam baldi sampai penuh baldi, lepas tu kau suruh anak kau kau pijak slow jer, ada kesan tak? Tentulah ada sebab yang dipijak tu debu di bulan, bukan pijak batu.eh?, macam mana kau tahu graviti kat sana rendah?, ni mesti orang balik dari bulan bagitahu ni.., hihihi.”
Soalan 13:
“Sy minat juga baca blog abang kadang2.. sy suka quotation abang yakni "semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya". Tapi Jangan sewenang-wenang mengecop orang lain bodoh seandainya kita tidak benar yakin akan sesuatu hal. Lainlah abang sendiri dah mendarat di bulan. Saya hanya percaya kpd abang Hamka apabila abang sendiri dah pergi mendarat di bulan..
Hamka said: “ok”
Kesimpulan:
Untuk membolehkan manusia ke bulan, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…, renung renungkan, dan selamat beramal. :)
gambar kapal perang 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Top Gun 2 (ulasan bersama Spoiler)
Al kisahnya, Sedang aku makan bersama bini di gerai makan, tiba tiba seorang remaja cina telah masuk ke kedai makan tersebut sambil menggalas sebuah beg.
“Hello, Abang, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”
Cheh! Rupa-rupanya lanun cetak rompak DVD haram. Aku menghabiskan kunyahan Biskut Almond celop coklat, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.
“Kalau ada movie tanpa pelakon perempuan, saya sanggup beli”
Bini aku gelak kecil, pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:
“Kenapa abang tak nak tengok perempuan? Mereka semua cantik cantik maa..”
Aku ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.
“Sebab aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat saya masuk neraka! Kalau tak ada movie tanpa pelakon perempuan, baik lu blah!”
Ulat? Halam? Apa ni?, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.
“Hah, ni cerita yang abang cari, tak ada pelakon perempuan.., confirm!”
Aku belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.
“Saving Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan ditugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua mati?, tak ada perempuan? Kau jangan tipu aku, comfirm ada perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, itu semua aurat tu, haram!."
“Cerita ini pulak abang”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.
“Ni cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan di kedai, casher kedai itu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.
“Cuba yang ini pulak, Shawshank Redemption.”
"Kisah orang masuk penjara?, jangan nak tipu, waktu negro tu keluar penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"
“Master and Commander?”
“cerita tu naik kapal memang semua lelaki, tapi waktu singgah beli barang ada penjual perempuan”
“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap abang suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan, semua lelaki. Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy. RM 3 sekeping”
Aku pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.
“Top Gun 2? bila pulak Tom Cruise dan Val Kilmer buat sequel Top Gun?, baik saya beli! "
Malam tu, aku pun dengan tak sabarnya ajak bini menonton filem “Top Gun 2”, sebuah filem tanpa pelakon perempuan kononnya., malahan menurut remaja cina tu, boleh claim RM5 jika ada kelibat pelakon perempuan.
Bila aku on player DVD, bini aku menjerit, dan aku hampir mati sakit jantung, terus aku patahkan DVD haram tu berkecai kecai.
Jahanam! Cilaka! Ini bukan Top Gun 2, tapi 2 top Gun Semburit!
Rosak etika hidup sebab tertengok “Gay Pornos”
Woha!
(dipetik dari buku karangan Hamka Keretamayat)