Penumpang cedera, tren LRT berhenti mengejut
Kuala Lumpur: Beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya cedera dalam insiden membabitkan dua tren, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9 malam ketika tren itu dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan di lokasi.
"Berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut.
"Kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik siasatan dilakukan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu yang membabitkan tren bernombor 40 dan 81.
"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan serta mengawal keadaan," kata kenyataan itu.
Tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan kecederaan penumpang dan situasi cemas di lokasi kejadian.
⏩?????? ?????
Disiarkan pada: May 24, 2021 @ 10:00pm
#lrtbertembung
#kemalanganlrt
#lrtkemalangan
#insidenlrt
#viralmalaysia
#viralterkini
#viralmalaysiaterkini
#lrtberlanggar
#lrtaccidentmalaysia
#lrtaccident
#lrtkelanajaya
#lrtkelanajayaline
#lrtklcc
#lrtmalaysia
#lrtkelanajayaaccident
lrtkemalangan 在 Punca Kemalangan LRT Disebabkan Kecuaian Pengendali ... 的推薦與評價
Punca Kemalangan LRT Disebabkan Kecuaian Pengendali Tren Laporan awal nahas membabitkan dua buah tren. Transit Aliran Ringan (LRT) berpunca ... ... <看更多>
lrtkemalangan 在 Serpihan konkrit LRT 3 jatuh, tiada kemalangan jiwa - YouTube 的推薦與評價
BuletinBernama: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan berlaku kejadian serpihan batu konkrit jejambat landasan pembinaan projek Transit ... ... <看更多>