“Mestika Zaman” sebuah lagu asli langgam yg dicipta khas bagi mengenang insan seni yg banyak berjasa, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain ataupun PakNgah. Lagu ini dirakamkan setelah ketiadaan Allahyarham. Semoga karya-karya hebat Allahyarham akan terus menjadi rujukan buat anak muda dan siapa sahaja yg meminati seni Irama Pusaka Bangsa ini. Al-Fatihah (Dengan bacaan) untuk Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau PakNgah Suhaimi.
MESTIKA ZAMAN
Penyanyi : Azizul Haqim (D’Academy Asia 3)
Komposer : Fauzi Akordian
Lirik : Adli Shazwi (D’Academy Asia 4)
Music & Programming : Fauzi Akordian
Recording Studio : PakNgah Production
Mixing : Zairul
Mega melindung remang mentari
bersenandung tangis ke bumi
berakhir sehayat bakti
sehelai daun di pohon negeri
Syahdu terngiang harakat duka
bersipongang mengisi suasana
kusedar fananya dunia
namun tak kuduga masa sekilas cuma
Iramamu menjadi halwa
menghiburkan segenap jiwa
dendangmu penyeri zaman
begitu megah aku lagukan
Pesan hikmat di dada tersemat
bak azimat lukisan hikayat
pergimu tinggalkan wawasan
aku genggam sebagai warisan
Iramamu menjadi halwa
Menghiburkan segenap jiwa
Dendangmu penyeri zaman
Begitu megah aku lagukan
Masih bergema senda gurauan
belum sirna hangat pelukan
abadilah doa kerinduan
duhai mestika tiada bandingan
#mestikazaman #tributepakngah
Search