・・・
Terima kasih Dato’ Sri Najib Razak @najib_razak di atas masa yang diluangkan hari ini. Saya berkongsikan kejayaan di Olimpik Tokyo 2020 dan menunjukkan pingat Perak yang saya menangi baru-baru ini. DS Najib mengucapkan tahniah dan beliau berbangga dengan pencapaian tersebut. Beliau sendiri menyaksikan perlumbaan saya live di kaca television dan bagai nak luruh jantung menonton perlumbaan Keirin seloroh beliau.
.
Kami juga sempat mengimbau beberapa kenangan lama antaranya DS Najib pernah turun ke Melbourne untuk berjumpa dan memberikan anugerah kepada saya selepas peristiwa kecederaan tertusuk kayu pada tahun 2011 di Manchester dahulu. Perdana Menteri Australia pada waktu itu, Julia Gillard, memberitahu yang AzizulAwang adalah simbol hubungan baik antara Malaysia dan Australia. Saya juga sempat berkongsikan tip-tip latihan memandangkan DS Najib sekarang gemar ke gimnasium untuk kekal aktif.
.
Bagi saya adalah amat penting untuk kita menjaga hubungan silaturahim sesama insan terutama kepada meraka yang pernah membantu dan berjasa kepada kita. Moga kita bertemu lagi Insyaallah. Take care and stay healthy sokmo deh 😉.
.
📸 @qobin_mokhtar
#keluargamalaysia
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
「perdana menteri australia」的推薦目錄:
- 關於perdana menteri australia 在 Facebook 的最佳解答
- 關於perdana menteri australia 在 Fazley Yaakob Facebook 的最佳貼文
- 關於perdana menteri australia 在 張吉安 Facebook 的最讚貼文
- 關於perdana menteri australia 在 LIVE: Penyambutan Resmi Perdana Menteri Australia, Istana ... 的評價
- 關於perdana menteri australia 在 Presiden Joko Widodo - Facebook 的評價
perdana menteri australia 在 Fazley Yaakob Facebook 的最佳貼文
Tengah hari tadi selepas makan tengah hari saya di sapa oleh seseorang “Dato! Saya pernah hadir ke program motivasi sekolah saya satu ketika dahulu, masa saya form 1!” Masya allah saya terharu sangat bila saya bertanya, sekarang buat apa? “Saya seorang peguam!” Syukur alhamdulilah dan tahniah!
Diam tak diam dah hampir 25 tahun saya memberikan ceramah2 motivasi buat pelajar2 sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, Universiti malahan di kementerian2 dan buat kelompok2 keluarga besar dan kecil.
Pernah juga saya di bawa menjelajah ke Australia dan New Zealand di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri untuk bertemu dengan Pelajar2 Malaysia di luar negara.
Namun apa yang lebih mengujakan ialah, begitu ramai pelajar2 saya ini bertemu dengan saya dengan ucapan terima kasih kerana masing2 telah berjaya di dalam kerjaya mereka. Saya tumpang bangga dan sebak sendiri melihat kejayaan mereka. Apatah lagi apabila mereka sendiri menyatakan telah terkesan dengan ceramah2 motivasi yang telah saya berikan satu ketika dahulu.
Ada ke bekas2 peserta program motivasi saya di sini? Boleh share di mana anda sekarang? Jika ada gambar2 lama boleh lah di post dan tag saya, saya akan repost semuanya ok?
perdana menteri australia 在 張吉安 Facebook 的最讚貼文
Luahan Ikhlas ,
Khas Kepada Perdana Menteri Malaysia Baru Tun Dr. Mahathir dan Menteri Komunikasi & Multimedia Baru YB. Gobind Singh Deo:
Sejak penubuhan Kabinet Kerajaan Baru, saya telah membaca dua berita berikut:Tun Mahathir Arah Penjawat Awam Berani Nyatakan Kebenaran dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull membongkar ugutan yang diterimanya. Bagi saya dan rakan seperjuangan lain yang disingkirkan akibat tekanan politik, terasa amat lega.Saya berharap dengan pemaparan surat ugutan dan pelucutan jawatan yang saya pernah terima dahulu, Kabinet Kerajaan Baru dapat mengetahui bahawa betapa ramainya antara kami yang pernah ditindih keras oleh kerajaan BN , dan berharap agar mereka yang masih bertugas di RTM tidak menderita lagi.
Saya mula berkhidmat di RTM sejak 2005 dengan tekad untuk membawa suara baru dan perubahan menentang birokrasi yang mengekang. Namun akhirnya saya sedar sebenarnya amatlah senang untuk pergi tetapi bagi yang bertekad , ianya lebih sukar.
Sepanjang perkhidmatan saya di RTM dari 2005-2017, dengan mata saya sendiri telah melihat ramai rakan sekerja di radio dan televisyen yang begitu berdedikasi dan tanpa gentar cuba menunaikan tanggungjawab mereka melaporkan isu-isu seperti “Bersih”, “Pembunuhan Wanita Mongolia”, “1MDB” dan “Jho Low” serta cuba membetulkan penyalahgunaan media nasional oleh kroni kerajaan BN , tetapi semuanya tidak mendapat kesudahan yang baik. Mereka dilucutkan jawatan serta-merta tanpa peluang untuk mengemas barang peribadi mahupun mengucapkan selamat tinggal kepada rakan seperjuangan masing-masing.
Tahun berulang tahun, namun saya masih tetap di tampuk kerja terus mengamati penyalahgunaan kuasa tak kira betapa lemah dan keseorangan suara saya.
Bagaimana saya menempuhi kesengsaraan selama 12 tahun ini?
1. Selepas saya terlibat dalam rayuan sokongan online dan melaporkan pembatalan pengharaman filem
2. Selepas bertemuramah dengan Yasmin Ahmad, saya telah mendapat amaran melalui telefon daripada seorang pegawai berbangsa Cina dari JASA. Menurut pegawai tersebut, filem Yasmin Ahmad tidak memaparkan sentimen negara yang sebenar dan mendakwa Yasmin Ahmad seorang transeksual, dia tidak dibenarkan bersuara di RTM.
3. Walaupun hanya memperkenalkan muzik, filem dan budaya Mongolia sahaja, sehari selepas program ke udara, seorang pegawai berbangsa Cina ( surname Yap, dari parti MCA) menuduh saya membuang tuduhan berkenaan wanita Mongolia terhadap DS Najib. Saya terpaksa menterjemah transkrip kata demi kata ke Bahasa Malaysia untuk diteliti oleh menteri berkenaan. Walaupun terbukti tidak bersalah, bermulalah era saya disenaraikan sebagai individu yang perlu “diperhatikan dengan lebih pengamatan”. Saya telah menukar telefon bimbit berulang-kali kerana bimbang dengan ancaman yang terlindung.
4. Dua hari sebelum PRU 505(2013), sepucuk surat ugutan anonymous diletakkan di atas meja saya. Saya melaporkannya kepada pegawai atasan tetapi cuma diberikan jawapan “Jangan buat kacau, anggap ini tidak pernah berlaku”. Disebabkan tidak mendapat sokongan yang sepatutnya, saya telah membongkar perkara ini di FB. Selepas 505, atas tuduhan menjatuhkan air muka syarikat, saya telah dihentikan tugas buat sementara. Pendengar beranggapan saya mengambil cuti pada masa itu. Selepas kembali bertugas, program 5 malam saya telah dipotong tinggal 3 malam. Semenjak itu, zaman sengsara saya di radio bertambah teruk.
(Surat Ugutan - Link : https://www.facebook.com/JiAn1978/photos/a.250353827399.146984.230882577399/10151375152207400/?type=3&theater )
5. Sebelum PRU 505, kesemua kakitangan RTM diberi amaran untuk tidak meletakkan posting bersifat anti-kerajaan di mana-mana laman kerajaan/awam ataupun peribadi. Malah setiap FB posting akan diterjemah kata demi kata ke Bahasa Malaysia sebagai pengawasan. Saya juga mengetahui akan kewujudan fail di Kementerian Penerangan yang menyenaraikan kelakuan “anti-kerajaan” saya.
6. Berbeza daripada rakyat biasa, setiap kali kami menghadiri perhimpunan seperti Bersih 1.0, 2.0, 3.0, Stop Lynas, Anti GST dan sebagainya, kami menyedari bahawa gambar kami akan diambil oleh pegawai JASA walaupun kami memakai topeng. Saya bukan sahaja akan diberikan surat amaran keras malah pegawai atasan akan melemparkan kata-kata sebegini : “Kami tidak akan memecat kamu, biar kamu sendiri tak tahan tekanan dan meletakkan jawatan!”
7. Memulakan gerakan menyelamatkan Jalan Sultan. DS Najib terpaksa memberikan jaminan terbuka untuk tidak mencerobohkan Jalan Sultan. Setelah penglibatan saya dibongkarkan, saya telah diarahkan “tutup Mulut”.
8. Pada 15 April 2015, sejurus selepas saya memperkenalkan album yang bertemakan Anti Rasuah dari Negara China dalam program saya, saya telah mendapat amaran melalui telefon. Selepas tamat kerja, saya mendapat panggilan anonymous. Selepas itu, semasa saya memandu meninggalkan RTM, mendapati bahawa diekori oleh kereta yang tidak dikenali. Saya sengaja memandu tanpa tujuan selama setengah jam kemudian menuju ke balai polis terdekat dan kereta tersebut menghilangkan diri. Apabila saya sampai di tempat kereta di rumah saya, beberapa orang pegawai polis sedang menunggu dan memberitahu saya bahawa sejam sebelum itu, ada orang melemparkan 3 bom gasolin buatan sendiri dan salah satu jatuh di tempat letak kereta saya. Namun selepas penyiasatan, diberitahu cuma perlakuan budak-budak nakal sahaja.
(Berita berkaitan: http://www.sinchew.com.my/node/1441411 )
9. Selepas skandal 1MDB menjadi buah mulut rakyat, pekerja kontrak seperti kami (bukan kakitangan awam) menghadapi masalah seperti gaji tertunggak sehingga tidak diberikan gaji sebelum Tahun Baru Cina. Atas alasan peruntukan tidak mencukupi, menular ura-ura pembaca berita dialek akan dihentikan. Disebabkan ketiadaan cara lain, saya terpaksa menulis kenyataan kepada pihak media cetak menggesa pertubuhan-pertubuhan kaum Cina supaya meminta bantuan secara peribadi dari Kementerian Penerangan. Walaupun krisis ini telah diselesaikan, selepas itu program saya telah dikurangkan sebagai hukuman.
(Berita berkaitan: http://www.sinchew.com.my/node/1430628)
(Berita berkaitan: http://www.chinapress.com.my/…/%E5%B9%B4%E6%9C%88%E6%97%A5…/)
10. Setiap tahun, penyambungan kontrak berjalan tanpa masalah. Akan tetapi pada 2017, selepas 12 tahun berkhidmat, kontrak baru telah dikurangkan menjadi 6 bulan. Pegawai atasan memberikan sebab berikut : “Ini untuk mengawasi mereka yang nakal (tidak mendengar arahan)”. Selepas kontrak 6 bulan tamat, saya diberitahu bahawa Kementerian Penerangan mendapat aduan tentang program saya daripada pendengar! Malah saya dikehendaki untuk menunjukkan sijil SPM bagi penilaian semula kelayakan saya. Tetapi Sijil SPM telah hilang 10 tahun yang lalu, walaupun saya sertakan Kelayakan saya seperti Sijil STPM, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Curtin Australia, semuanya telah ditolak. Akhirnya saya mendapat tahu rupa-rupanya sebagai langkah menghadapi PRU ke-14 yang akan datang, matlamat muktahir ialah untuk melenyapkan semua suara pinggiran yang membangkang sifatnya. Kali ini, saya sedar bahawa perjuangan di RTM telah menuju jalan buntu.
(Berita TV2 : https://www.facebook.com/JiAn1978/videos/10155115619507400/
Seperti kebanyakan rakan seperjuangan yang telah meninggalkan RTM, sepanjang 12 tahun saya berkhidmat di radio di dalam sektor kerajaan yang tenat bernanah, saya pernah menerima surat ugutan, menghadapi tekanan politik dan terpaksa off-air sehingga akhirnya meletakkan jawatan. Pada PRU ke -14 , kami semua menyedari betapa pentingnya undi diatas tangan sendiri. Lebih pasti, Undian saya tetap untuk Pakatan Harapan.
Selepas PRU ke-14, di tengah keghairahan menyambut penukaran kerajaan dan kabinet baru, masih tertanam kegusaran menanti pelaksanaan janji-janji PH dalam 100 hari yang pertama. Ini kerana masih lagi banyak kereputan sistem yang tidak diketahui ditunjangi oleh kroni yang sudah berakar umbi selama 60 tahun, terutama di dalam RTM.
Walaupun saya tidak lagi berkhidmat di RTM, namun demi rakan seperjuangan yang masih berkhidmat di RTM, saya berharap agar Menteri-menteri Kabinet Kerajaan Baru dapat memberikan ruang dan sokongan kepada mereka yang terus berkhidmat untuk negara.
Saya juga mendambakan agar Kabinet Kerajaan Baru dapat memusnahkan kereputan didalam sektor kerajaan yang sekian lama berleluasa. Demi perubahan Malaysia Baru, kami Rakyat mendoakan Kerajaan Pakatan Harapan akan menanam tunas baru, agar Malaysia akan menjadi rimbun subur dengan penuh Harapan!
Sekian, Salam Walafiat.
Luahan Ikhlas
daripada DJ RTM yang pernah berjuang selama 12 Tahun,
Chong Keat Aun
perdana menteri australia 在 Presiden Joko Widodo - Facebook 的推薦與評價
Sepekan setelah menduduki jabatan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkunjung ke Indonesia. Kemarin, setiba di Istana Bogor, PM Morrison bahkan ... ... <看更多>
perdana menteri australia 在 LIVE: Penyambutan Resmi Perdana Menteri Australia, Istana ... 的推薦與評價
LIVE: Penyambutan Resmi Perdana Menteri Australia, Istana Bogor, 6 Juni 2022. 583K views Streamed 7 months ago. Sekretariat Presiden. ... <看更多>