Pemuda UMNO BANGKIT , ini zaman kita.
Rakaman audio antara Dato Sri Ahmad Zahid dan Dato Sri Anwar Ibrahim tu dan makin jelas kesahihan nya bila Anwar Ibrahim sahkan walau kata “apa salahnya” berhubung antara anak murid dan cikgu.
Yang masih lagi nak menegak kan benang yang basah tolong lah fikir panjang apa sebenarnya yang diperjuangkan. Kita ni pertahankan parti atau pertahankan batang tubuh pemimpin?
Jangan guna istilah serang Presiden bermakna serang parti kerana yang dipertikaikan adalah Tuan Presiden yang jelas cakap tak serupa bikin NO Anwar di PAU2020 tetapi YES Anwar secara diam diam.
UMNO tewas PRU14 disebabkan persepsi negatif yang ada 1001 jenis. Kerana persepsi negatif itulah pemuda UMNO gagal menarik undi anak muda kepada UMNO/BN. Oleh kerana persepsi negatif itulah semua saluran peti undi anak muda BN melingkup.
Hari ini Pemuda UMNO pergi lah tanya kepada anak muda diluar parti. Apa pandangan mereka kepada kita parti UMNO. Apakah persepsi yang akan menjejaskan undi kepada kita jika PRU15 diadakan waktu terdekat?
Oh ada juga yang kata Presiden tak perlu letak jawatan, calon kan sahaja orang lain sebagai Perdana Menteri dan Presiden kekal seperti biasa. Konon nak buat macam negara India satu masa lalu ketua parti tak menjadi Perdana Menteri.
Eh apa ingat Rakyat ni Bodoh ke? Apa ingat mereka ni boleh diperbodohkan ke? Apa anda fikir anak muda yang ada ni tak tahu permainan orang politik yang cukup terkenal janji dicapati? Senario dah tak sama, anak muda tahu apa itu politik.
Kita ni nak selamatkan parti UMNO dari terus dijadikan TEBUSAN. Kau orang faham tak maksud tebusan? Rakyat diluar tu pun nak selamatkan UMNO, anak muda walaupun mereka tolak kita PRU14 lalu tapi masih lagi fikir UMNO perlu diselamatkan kerana mereka sedar UMNO ni parti yang banyak jasa.
Takkan lah kita yang dalam parti ni tak boleh nak fikir keperluan kita selamatkan parti? Pemuda UMNO mana parti dalam parti yang berani atas nama kebenaran? Ini zaman kita, zaman yang memerlukan kita tidak lagi menjadi pak turut.
Sedar atau tidak UMNO ni sekarang sejak PAU2020 dan macam penyakit CANCER. Tak perlu orang serang atau jampi apatah lagi cuit. Kita sendiri yang nak kuburkan parti keramat ini kerana masih lagi tak berlaku jujur kebenaran yang kita sendiri dah nampak.
Wake up lah Guys, Presiden DS Zahid betul ada jasa kepada kita semua. Tapi untuk hala tuju parti ini takkan kita nak diam sahaja benda yang salah kita dah nampak? Ni bukan soal nak jadi calon Pilihanraya, ni soal masa depan parti keramat UMNO.
PRU14 jadikan lah pengajaran, UMNO tak boleh lagi dikalahkan pada PRU15 kelak. UMNO mesti relevan dengan peredaran zaman. Ini dah 2021 yang mana suka atau tidak suka Rakyat adalah penentu kepada kemenangan dan undi anak muda lah kuasa terbesar mencapai kejayaan.
Pemuda UMNO........ BANGKIT 🔥
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過285萬的網紅Namewee,也在其Youtube影片中提到,SURAT PENJELASAN Yang pertama, beberapa hari yang lepas saya telah upload sebuah lagu yang bertemakan anjing. Lagu ini adalah sebuah lagu Tahun Baru C...
「perdana menteri india」的推薦目錄:
- 關於perdana menteri india 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於perdana menteri india 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
- 關於perdana menteri india 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於perdana menteri india 在 Namewee Youtube 的最佳貼文
- 關於perdana menteri india 在 Momen Jokowi Dapat Hadiah Acungan Jempol PM India 的評價
- 關於perdana menteri india 在 Tempo Media - Gaji Perdana Menteri India Narendra Modi 的評價
perdana menteri india 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
KENYATAAN OLEH
TAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI MOHD YUSSOF LATIFF
VETERAN UMNO
----------------------------------
PULAU PINANG – Saya ingin memberi penjelasan dan maklumbalas mengenai kritikan terhadap gesaan supaya Pengerusi Majlis Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah segera menganjur rundingan dan mempelawa bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan parti itu.
Pandangan saya telah mendapat banyak reaksi yang menyokong namun terdapat juga yang mengkritik dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.
Sebagai Veteran UMNO yang mula menyertai Parti keramat UMNO ini pada Oktober 1947, saya pernah melalui pelbagai cabaran ketika mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulau Pinang semenjak 1922 dan Ketua UMNO Bahagian sejak zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman sehinggalah UMNO dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1988.
Pengalaman telah mengajar kita merasai betapa susahnya untuk melaksanakan agenda memperkasakan orang Melayu dan bagaimana orang Melayu dan Islam dipandang rendah jika kita berpecah.
Ini kerana selain saya pernah berada dalam barisan kepimpinan UMNO, saya pernah juga menjadi pembangkang suatu ketika dulu dengan menyertai barisan kepimpinan Parti Semangat 46 pada tahun 1988 setelah UMNO Baru menghalang saya menyertainya (Rujuk Utusan Malaysia 14 April 1988) kemudiannya saya kembali menyertai UMNO pada tahun1996.
Sebagai “orang lama” saya dan veteran UMNO yang lain melihat UMNO dari “mata burung” iaitu melihat masalah orang Melayu dari segala sudut, memahami masalah dan mempunyai pengalaman menyelesaikan masalah berkaitan isu orang Melayu.
KENAPA CADANG TENGKU RAZALEIGH HAMZAH ATUR MEJA RUNDINGAN PELAWA MAHATHIR
Seperti yang saya katakan, sebagai “orang lama” Tengku Razaleigh Hamzah juga melihat UMNO dari “mata burung” dan setakat ini beliau adalah wakil rakyat yang paling lama berkhidmat secara berterusan di negara malah di dunia.
Bersesuaianlah dengan jawatan yang disandang sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO untuk menasihati kepimpinan UMNO sekarang dan juga mereka yang telah keluar dari UMNO supaya kembali bersatu demi Agama, Bangsa dan Negara.
Kita bukan bercakap soal siapa hendak menjadi Perdana Menteri dan siapa harus memimpin parti tetapi kita sedang berhadapan dengan kehilangan pengaruh dan kuasa politik akibat perpecahan.
Tengku Razaleigh layak untuk menasihati dan memperbaiki kerosakan yang berlaku kerana beliau adalah antara jurutera dan arkitek pembangunan orang Melayu dan negara ini.
Adalah tidak melampau jika saya katakan Tengku Razaleigh tidak mempunyai sebarang isu kontraversial dan tidak terpalit dengan sebarang skandal rasuah malah kebanyakan Veteran UMNO yang lain pernah mendapat didikan politik dari beliau termasuk Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menjadi pembantu khasnya semasa berkhidmat di Petronas dan semasa menjadi Timbalan Menterinya.
Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak untuk membantu merangka Sistem Ekonomi Negara dan membina Landasan Kemajuan Negara dan ketika itu kebanyakan Pemimpin UMNO sekarang belum lagi memegang sebarang jawatan dalam parti.
Beliau mempunyai pengaruh dikalangan para peniaga kaum Cina dan India di negara ini dan mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Istana.
Jadi apakah beliau tidak sesuai untuk dipanggil supaya menjadi “orang tengah” bagi membuka meja rundingan kearah perpaduan orang Melayu dengan mempelawa Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO?
KENAPA TIDAK ZAHID
Ada juga yang bertanyakan saya kenapa tidak membuat desakan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi menganjurkan rundingan memandangkan beliau adalah Presiden Parti
Jawapan saya mudah sahaja iaitu Zahid sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan melibatkan kes rasuah dan pengubalan wang haram di Mahkamah Tinggi dan beliau harus fokus untuk menyelesaikan masalahnya. Sama ada beliau diperangkap, difitnah atau sebaliknya, kita biarkan mahkamah yang tentukan.
Setelah namanya dibersihkan kelak, barulah beliau boleh memberi fokus kepada parti yang mana dalam keadaan yang singkat ini untuk menghadapi pilihan raya, rakyat akan ragu-ragu untuk mengundi Barisan Nasional (BN) jika Presiden UMNO sedang menghadapi tuduhan di mahkamah.
Ini kerana rakyat mungkin tidak mahu mempunyai seorang Perdana Menteri yang berhadapan dengan tuduhan rasuah. Menyokong Zahid dalam UMNO bukanlah bermakna BN akan menang.
Zahid haruslah berjiwa besar, berundur tidak bererti kalah jika mara tidak membawa kemenangan.
Contohilah Dato Sri Najib Tun Razak yang melepaskan Jawatan Presidan UMNO untuk beliau menyelesaikan kes-kesnya di Mahkamah. Kini Dato Sri Najib hanya menjadi penyokong kuat Parti UMNO dan Barisan Nasional.
Kita harus memilih jalan untuk menang dan rakyat yang mengundi dalam pilihan raya umum kelak bukanlah hanya dari golongan anggota UMNO sahaja.
KENAPA TIDAK MUHYIDDIN
Ada juga yang bertanya kepada saya, seharusnya Perdana Menteri adalah orang yang mempunyai kuasa dan boleh manganjurkan rundingan perpaduan Melayu.
Jawapan saya ialah kita sedang bercakap soal memperkukuhkan politik Melayu dengan UMNO adalah sebagai tonggaknya. Muhyiddin kini menjadi Perdana Menteri atas sokongan UMNO yang mempunyai anggota parti lebih ramai dan kerusi parlimen yang lebih banyak.
Muhyiddin terperangkap dengan beberapa anggota parlimen yang melompat masuk ke dalam Parti Bersatu sehingga memaksanya untuk meminda perlembagaan Parti itu bagi membuka pintu kepada bukan Melayu yang menjadi Parti Bersatu kini bukan lagi Parti Melayu.
Beliau sedang menghadapi tekanan dari kiri dan kanan, dari luar dan dalam dan tidak mungkin beliau mampu menjadi orang tengah untuk membuka meja rundingan untuk memperkukuhkan PN menerusi parti-parti Melayu yang lain.
Begitulah juga dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi tekanan kerana kredibiliti kepimpinannya mula dipertikaikan oleh anggota parti sendiri.
Anwar juga tidak berani untuk bercakap isu perpecahan dan perpaduan orang Melayu dan Islam kerana beliau terperangkap dengan sokongan DAP.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pula hanya mewakili minoriti dan perana mereka ialah menyokong parti-parti majority supaya dapat menumpang kuasa politik dan PAS sendiri sedang bergelut untuk mempertahankan kerusi pada pilihan raya akan datang.
Ini kerana sudah pasti UMNO akan menuntut semula kerusi yang pernah dimenangi mereka dan merampas semula Kedah dan Terengganu malah mungkin juga akan berusaha merampas Kelantan.
Pemimpin ibarat air, sifat air hendaklah bersih terlebih dahulu sebelum ia dapat membersihkan tubuh kita. Air yang kotor tidak mungkin dapat membersihkan.
Berbalik kepada kenyataan saya, yang layak untuk membuka meja rundingan bagi Perpaduan Melayu dan juga boleh menarik pengundi-pengundi Melayu atas pagar dan khasnya pengundi-pengundi generasi muda yang bilanganya mencecah 30% termasuk juga juga pengundi-pengundi bukan Melayu ialah Tengku Razaleigh.
Insyaallah dengan pendapat dan cadangan saya ini Parti UMNO akan menjadi Parti dominan seperti mana yang di laksanakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 14 buah parti termasuk di Sabah dan Sarawak mengantikan Parti Perikatan pada tahun 1974 setelah Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih Pimpinan Negara dan juga Pimpinan UMNO.
Sejarah telah membuktikan bahawa Barisan Nasional Pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak memenangi Pilihan Raya pada tahun 1974 dengan cemerlang dan mempunyai majority lebih daripada 2/3 memihak kepada Barisan Nasional.
Sekian.
24 Februari 2021
12 Rejab 1442
perdana menteri india 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
Laporan Polis telah dibuat ke atas lelaki yang biadap mencabar perlembagaan negara dengan berniat menghapuskan Raja Raja Melayu.
Kepada anak bangsa lain boleh laksanakan laporan Polis mengikut draft seperti ini :
“Melalui suatu video yang berdurasi 1:32 saat, seorang lelaki keturunan India, telah membuat suatu video dan di dalam video tersebut, lelaki tersebut telah membuat pernyataan seperti yang berikut;
“ Kalau saya dapat Perdana Menteri, 4 hari cukup, 4 hari cukup.
Satu, terbang semua topi-topi Raja Melayu. Tak perlu ada Raja-Raja lagi. Kasi buat 100% negara demokrasi. Tak perlu kita ada Raja Malaysia, makan gaji tiada kerja, tax dia orang makan, tax rakyat juga”.
Saya membuat laporan untuk pihak PDRM membuat siasatan ke atas video tersebut di mana saya merasakan sebagaian pernyataan di dalamnya menghina insititusi Raja-Raja Melayu di Malaysia.
Kita harap tindakan segera diambil oleh pihak Polis. Kebiadapan seperti ini tidak sepatutnya wujud kerana tanpa Raja Raja Melayu negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini pasti tidak aman dan huru hara apatah lagi layak menjadi warganegara.
perdana menteri india 在 Namewee Youtube 的最佳貼文
SURAT PENJELASAN
Yang pertama, beberapa hari yang lepas saya telah upload sebuah lagu yang bertemakan anjing. Lagu ini adalah sebuah lagu Tahun Baru Cina. Dalam turutan kalendar Lunar masyarakat Cina, tahun ini adalah tahun anjing, oleh itu saya telah menyanyikan sebuah lagu tentang bunyi salakan anjing dalam setiap negara yang berbeza. Mungkin anda merasa terdapat kelakuan yang tidak senonoh dalam muzik video tersebut, tapi ia hanyalah untuk hiburan saja. Sebelum ini saya juga ada mengeluarkan lagu Tahun Baru Cina yang bertemakan ayam dan lagu lain yang berunsur lucu untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan sama sekali tiada niat untuk menghina mana-mana agama ataupun bangsa.
Yang kedua, penggambaran muzik video ini dibuat di kawasan aktiviti yang terletak di tepi jalan utama Putrajaya dan bukannya masjid. Babak yang muncul dalam muzik video adalah jalan besar di Putrajaya yang diiringi dengan tanaman pokok di bahagian tepi, bangunan di belakang yang terletak lebih kurang dalam lingkungan 1km ialah pejabat Perdana Menteri. Kami tidak menyentuh mana-mana bahagian kawasan ibadah dalam muzik video tersebut. Jadi saya minta semua pihak yang berkaitan tidak salah faham dan marah oleh kerana laporan berita yang tidak tepat. Maklumat dalam berita yang mengatakan saya membuat penggambaran dan menghina kawasan masjid adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah berlaku. Saya ingin mengesa semua pihak media di Malaysia yang melaporkan berita ini supaya tidak menyampaikan berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat dan tampil dengan penjelasan supaya tiada lagi timbul salah sangka yang lebih parah.
Ketiga, Oleh kerana pemandangan dan persekitaran Bandaraya Putrajaya yang cantik dan tidak sibuk, saya juga pernah membuat penggambaran di sini untuk pelbagai jenis video yang lain antaranya video tentang samun, pengemis, kemalangan jalanraya, perlumbaan kereta dan juga video perayaan hari Krismas. Putrajaya adalah sebuah bandar yang istimewa, ramai yang suka buat penggambaran di sini. Sebagai seorang pengarah, gaya persembahan saya selalunya lebih kreatif dan tidak menyentuh isu keagamaan ataupun bangsa. Tambahan lagi terdapat banyak filem luar negara contohnya filem Germany, Bollywood, Hong Kong dan Hollywood pernah membuat penggambaran di sini dan pasti berlatarbelakangkan semua bahagian pentadbiran di sini, kandungan filem juga adalah beransurkan polis, tembak-menembak, pembunuhan dan juga pergaduhan.
Keempat, dalam berita yang dilaporkan ada disebut tentang isu 'Oh My God' yang dikatakan menghina masjid sebelum ini. Saya ingin tegaskan di sini, saya sebenarnya telah dianiaya. Tujuan utama lagu 'Oh My God' adalah untuk memupuk keharmonian di antara kaum dan agama yang berbeza, dalam lirik lagu tidak menghina mana-mana agama. Penggambaran untuk lagu tersebut juga telah dibuat di semua kawasan ibadah termasuklah gereja, tokong buddha, kuil dan bukan hanya masjid Tanjung Bunga sahaja. Malah sebelum penggambaran kami telahpun mendapat persetujuan dari pihak pengurusan masjid dan telah diberikan kebenaran untuk penggambaran. Pihak pengurusan juga berada berhampiran kami ketika penggambaran dijalankan. Kami bukannya muslim, kami tidak tahu tentang peraturan di dalam masjid, oleh itu proses penggambaran telah mendapat persetujuan pihak pentadbir dan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang aman dan kami tidak membuat kecoh ataupun sebarang bunyi bising dalam masjid.
Kelima, saya tidak dan tidak pernah mewakili mana-mana parti politik dan melaksanakan mana-mana perkara. Sekiranya ada komen dari saya yang berunsur politik ia hanyalah pendapat saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia. Semua idea dibuat diri saya sendiri tanpa dikawal atau melibatkan mana-mana parti politik. Saya tegaskan di sini bahawa saya tiada latarbelakang politik, saya seorang pengarah, pemuzik, penyanyi yang tiada latarbelakang atau identiti politik. Tolong jangan libatkan saya pada mana-mana parti politik. Penggiat seni seperti kami susah nak cari makan dan hidup di Malaysia. Saya harap kerajaan akan bantu kamu, tolong berhenti menghadkan kreativi dan idea kami. Tolong!
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan saya yakin rakyat Malaysia sentiasa ingin hidup sejahtera dan harmoni seperti sebuah keluarga. Sebagai seorang pencipta yang cintakan tanahair, saya tidak mungkin akan menghina ataupun memalukan mana-mana agama ataupun bangsa dan tidak pernah melakukannya dalam hidup saya. Saya berharap sempena tahun yang baru ini, negara Malaysia dan rakyat jelatanya akan semakin maju dan hidup aman makmur!
Terima kasih!
-
欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/namewee/
#Namewee #黃明志
perdana menteri india 在 Tempo Media - Gaji Perdana Menteri India Narendra Modi 的推薦與評價
Gaji Perdana Menteri India Narendra Modi, anggota parlemen, dan pejabat tinggi pemerintahan, akan dipotong 30 persen tahun ini untuk menutup dampak... ... <看更多>
perdana menteri india 在 Momen Jokowi Dapat Hadiah Acungan Jempol PM India 的推薦與評價
VIVA - -Presiden Joko Widodo menyambut hangat kedatangan Perdana Menteri India Narendra Modi di venue KTT G20 di The Apurva Kempinski, Bali. ... <看更多>