Cuba resepi Che' Nom. Lebih kurang sama saja dengan resepi rendang maktok. Biasanya maktok pakai agak-agak aje. Tapi kali ni follow betul betul resepi Che' Nom ni. Tok Wan kata rasanya sama mcm rendang ayam yg selalu maktok masak.
#Tqche'nomforsharing
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak:45 minit
Jumlah Hidangan:10 orang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (saiz besar)
1 senduk cili kisar
1 mangkuk besar santan pekat
1/2 mangkuk kecil ais asam jawa (maktok ganti dgn asam keping)
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
Bahan-bahan untuk rempah tumis:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Bahan-bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ketul kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara:
Cara-cara untuk rendang:
Bersihkan ayam dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.
Tips:
Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...