Energy come Faster!
@hammernutritionmy @hammernutrition adalah salah supliment yang terbaik buat saya dari mula 2017 banyak membantu saya dalam recovery di setiap hari dalam latihan dan pertandingan. Sehingga saya di kejohanan yang besar seperti sukan sea games.
#hammernutritionmy #hammernutrition
同時也有51部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Kebiasaannya lemang di jual di musim perayaan, di Lemang To'ki anda boleh mendapatkan Lemang pada bila-bila masa yang anda inginkan sepanjang tahun. S...
salah 2017 在 Facebook 的最讚貼文
TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL FATIH SEFERAGIC
(Status panjang. Jangan komen sebelum baca habis)
Pada 31 Ogos 2021, sebuah NGO di Amerika Syarikat, Facing Abuse in Community Environments (FACE) telah menerbitkan satu laporan penyiasatan terhadap seorang Qari (pembaca Quran) antarabangsa bernama Fatih Seferagic. Laporan itu diterbitkan setelah mereka melakukan penyiasatan selama 13 bulan. Berikut merupakan ringkasan tuduhan terhadap Fatih Seferagic (FS).
1. FS dengan sengaja memaksa 3 mangsa untuk mengambil dadah & kemudian merogol mangsa-mangsanya.
2. FS memaksa perbuatan seksual terhadap 3 mangsa lain seperti meraba & meramas mangsa.
3. FS memgambil yuran untuk mengajar Quran tetapi tidak menunaikan janjinya.
4. FS meminjam sejumlah wang yang banyak dan berjanji akan memulangkannya tetapi tidak pernah memulangkannya.
5. FS dikatakan cuba menenangkan mangsa yang baru beliau rogol dengan memainkan rakaman bacaan Quran FS sendiri.
6. Kelakuan FS tidak selari dengan imej Qari & agamawan beliau.
7. Perbuatan FS dikatakan telah menyebabkan 2 mangsa beliau dijangkiti papillomavirus manusia.
Anda boleh membaca laporan penuh penyiasatan di https://www.facetogether.org/investigations/fatih-seferagic
Kami mengambil pendekatan berhati-hati untuk menilai isu ini sebelum menulis apa-apa tentangnya. Sebab itu, selepas hampir seminggu barulah kami mengeluarkan satu status tuntas bagi berkongsi pandangan kami.
SIAPAKAH FATIH SEFERAGIC?
Fatih Seferagic dilahirkan pada 1995 dengan nama Mehmed Elfatih Seferagic. Beliau selesai menghafal Quran pada 2010 pada usia 15 tahun & beliau sering dijemput ke serata dunia untuk memberikan khutbah, imam jemputan & mengajar Quran termasuklah di Malaysia & Indonesia.
Beliau telah bernikah pada 2013 pada usia 19 tahun tetapi bercerai pada 2014 & kemudian pada 2017 beliau bernikah buat kali kedua pada 2017. Fatih Seferagic telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 September 2021 menafikan semua tuduhan itu.
SIAPAKAH FACE?
Di laman Facebook, FACE memperkenalkan pertubuhan mereka sebagai;
“FACE is a first line of defense for victims in the Muslim community experiencing abuse and neglect at the hands of religious & community leaders.” (FACE merupakan pertahanan pertama bagi mangsa penderaan & pengabaian komuniti Muslim oleh agamawan & pemimpin masyarakat)
Dalam laporan mereka, FACE mengatakan penyiasatan bermula pada 10 Julai 2020 - 31 Ogos 2021 (13 bulan) di mana seramai 12 mangsa & 36 sumber telah diambil keterangan mereka.
Bukti-bukti yang telah dikemukakan oleh mangsa-mangsa & sumber adalah, rekod perjalanan, rekod perubatan, kenyataan bertulis, gambar, teks mesej & juga rakaman. FACe turut mengatakan kesemua tuduhan dari kesemua mangsa juga telah dibuktikan.
Kami juga sempat melayari laman sesawang FACE dan mendapati mereka tidak meletakkan mana-mana agamawan sebagai panel penasihat syariah mereka.
ADAKAH TUDUHAN TERHADAP FATIH SEFERAGIC ITU BENAR?
Jawapan kami adalah kami tidak tahu kerana kami di MRM tidak pernah melihat bukti-bukti dari mangsa-mangsa & juga saksi yang lain. Pendirian kami di MRM adalah tidak memihak kepada FACE mahupun Fatih Seferagic.
Kami juga enggan menuduh Fatih Seferagic sebagai penunggang agama atau apa-apa label kerana KAMI TIDAK MELIHAT SENDIRI BUKTI-BUKTI TUDUHAN TERHADAP FATIH. Jikalau kami melabel Fatih sebagai penunggang agama atau mana-mana label TANPA KAMI MELIHAT BUKTI, kami risau andai tuduhan itu adalah tidak benar maka kami telah memfitnah & menjatuhkan maruah beliau.
Kami juga enggan menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic kerana sekali lagi, kami tidak tahu apa yang FACE tahu & apakah bukti-bukti yang telah dilihat dan diperolehi oleh FACE untuk menerbitkan laporan penyiasatan itu. Jikalau kami menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic tetapi FACE MEMANG MEMPUNYAI BUKTI KUKUH TUDUHAN ITU, maka kami risau kami telah memfitnah FACE & juga mangsa-mangsa yang telah berani tampil ke hadapan untuk melaporkan.
Kami berpegang kepada firman Allah Subhana Wa Ta’ala apabila kami tidak tahu hujung pangkal akan sesuatu isu;
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Israa' 17:36)
BEBERAPA PERSOALAN TERHADAP TUDUHAN FACE & PENAFIAN FATIH SEFERAGIC
A) Kami mendapati agak janggal untuk FACE melengkapkan siasatan selama 13 bulan tetapi hanya memberikan masa selama 48 jam untuk Fatih Seferagic memberikan respon sebelum laporan itu diterbitkan. Adakah ianya bagi memastikan mangsa-mangsa berani tampil ke hadapan tanpa diganggu oleh Fatih Seferagic?
B) Kenapa FACE tidak membuat laporan polis terhadap Fatih Seferagic setelah seminggu laporan diterbitkan andai SEMUA TUDUHAN ITU TELAH DIBUKTIKAN sebagaimana yang mereka nyatakan di dalam laporan penyiasatan ATAU mereka sedang dan telah membuat laporan polis tetapi tidak diumumkan kepada khalayak ramai?
C) Fatih Seferagic telah membuat kenyataan penafian terhadap kesemua tuduhan yang diterbitkan oleh FACE. Penafian tidak memadai tetapi Fatih Seferagic MESTILAH MEMBUAT LAPORAN POLIS ATAU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG terhadap FACE kerana memfitnah beliau.
Mungkin beliau dalam perancangan membuat laporan polis atau tindakan undang-undang terhadap FACE. Kegagalan Fatih Seferagic sekurang-kurangnya membuat laporan polis terhadap FACE akan seolah-olah memberikan indikasi bahawa mungkin ada tuduhan dalam laporan FACE itu adalah benar.
Tindakan terbaik dari Fatih Seferagic adalah melakukan saman fitnah terhadap FACE bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Berani kerana benar, edit & padam kerana salah.
KENAPA MRM TIDAK BERSIKAP NEUTRAL DALAM ISU PREDATOR SEKSUAL?
Kami menjangkakan mungkin akan ada individu yang akan bertanya kenapa kami di MRM tidak bersikap neutral dalam kes ‘sexual predators’ yang telah dimainkan oleh kami lebih 2 bulan?
Buat makluman yang mungkin bertanya, jikalau anda membaca dari awal perkongsian kami ini, anda akan temui jawapannya. Beza kes Fatih Seferagic & isu ‘sexual predators’ yang kami bangkitkan adalah MANGSA-MANGSA MENGADU KEPADA KEPADA KAMI & KAMI TELAH MELIHAT SEGALA BUKTI-BUKTI TULEN & SAH DARI MANGSA-MANGSA SERTA SAKSI.
Tambahan pula, tindakan undang-undang juga telah diambil oleh para mangsa terhadap ‘sexual predators’ yang membuktikan kami di MRM tidak sekadar sembang kosong tanpa bukti.
“OK KALAU BEGITU, KENAPA TIDAK BIARKAN PIHAK BERKUASA SIASAT & JANGAN KONGSI APA-APA LAGI?”
Soalan yang bagus bagi yang mungkin bertanya. Sebagaimana telah dinyatakan, ‘sexual predators’ adalah ‘plural’ bukannya ‘singular’ & kesedaran berterusan perlu dilakukan kepada masyarakat agar mereka yang pernah menjadi mangsa berani tampil ke hadapan dan agar masyarakat dapat bersama mencegah ‘sexual grooming’ terus berlaku khususnya mereka yang bertopengkan agama.
In Sha Allah, kami tidak MRM tidak akan lakukan apa apa TANPA BUKTI YANG JELAS!
Nasihat kepada diri kami dan sahabat semua yang membaca sehingga habis. Ingatlah firman Allah Subhana Wa Ta’ala untuk kita berlaku adil;
“…dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Al-Maaidah 5:42)
Keadilan bukan sahaja untuk orang yang kita sokong tetapi keadilan juga perlu diberikan kepada orang yang membenci atau tidak menyukai kita. Kepada kita yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu, maka berpeganglah kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam;
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam”
[HR Al-Bukhari no. 6475]
Ada seorang individu bernama Shaykh Azhar Nasser telah membuat ciapan di Twitter bahawa jikalau seseorang telah membuat serangan seksual terhadap wanita tidak boleh lagi diberikan platform untuk bercakap tentang Islam hatta selepas mereka dihukum & mendapat keadilan.
Apa komen sahabat semua tentang kenyataan individu itu?
salah 2017 在 Facebook 的最讚貼文
・・・
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
.
Kejayaan merangkul pingat Perak di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini merupakan kejayaan terbesar dalam karier saya sebagai seorang atlet negara dan saya percaya ianya juga adalah sejarah baru buat arena sukan negara.
.
Saya amat berterima kasih kepada pihak Kementerian Belia & Sukan Negara (KBS) terutamanya Menteri Belia & Sukan Dato Seri @reezal_merican , seluruh warga Majlis Sukan Negara (MSN) @msn_malaysia_official serta Institut Sukan Negara (ISN) @isnmalaysia yang sentiasa memberikan sokongan penuh didalam perjalanan karier saya. Tidak lupa juga kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri @norzazakaria serta seluruh warga MOM @ocm_mom dan juga Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang membantu melancarkan segala urusan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo. @olympics
.
Ribuan terima kasih juga kepada penaja-penaja yang menghidupkan karier lumba basikal professional saya terutamanya penaja utama saya iaitu CIMB @cimbmalaysia . CIMB memberikan kepercayaan penuh akan kebolehan saya dan mereka komited memberikan sokongan bermula pada tahun 2017 sehingga sekarang. Begitu juga dengan penaja seterusnya iaitu Daikin @daikinmalaysia dan AirAsia @airasiasuperapp , mereka juga amat komited berdiri teguh di belakang saya. Tidak lupa juga penaja berikutnya iaitu Wattbike, Oakley dan juga OGK Kabuto yang sentiasa bersama ketika jatuh dan bangun saya.
.
Ucapan terima kasih juga kepada seluruh warga Kerajaan Negeri Terengganu khususnya Menteri Besar Negeri Terengganu Dato Seri @drahmadsamsuri yang sentiasa mengambil berat perihal berkenaan dengan saya dan amat cakna dengan karier lumba basikal saya dan begitu juga dengan atlet-atlet Negeri Terengganu yang lain. Terima kasih kerana turut membantu di dalam melincirkan persiapan saya ke Temasya Sukan Olimpik Tokyo kali ini. Saya amatlah bersyukur dan berbangga menjadi salah seorang atlet kelahiran Negeri Terengganu. Ganu Hanelang.
.
[Bersambung]
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo
salah 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Kebiasaannya lemang di jual di musim perayaan, di Lemang To'ki anda boleh mendapatkan Lemang pada bila-bila masa yang anda inginkan sepanjang tahun. Salah satu daya tarikan di Lemang To'Ki ini ialah suasana restorannya yang unik dan klasik.
Lokasi : Lemang To'ki Bentong
Alamat : Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
salah 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Selamat Datang ke Sembang DTV, sebuah segment hiburan terbaru, bertemakan makanan. Rancangan ini akan disertai oleh team Destinasi TV sempena MCO 3.0 kali ini.
Dalam episod minggu ini, mereka diberi cabaran untuk meneka nama siri, lokasi, & produk/makanan di dalam video tersebut. Satu markah buat mereka jika betul dan ada hukuman menanti buat mereka jika salah.
Siapa agaknya pemenang episod minggu ini? Saksikan hingga hujung rancangan :)
#destinasitv #sembangdtv #foodshow
Kalian rasa siapa yang menang episod pertama? Saksikan di hujung rancangan.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
salah 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Nasi Dagang merupakan makanan pantai timur yang sangat popular dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Disajikan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun menjadikan ia salah satu menu utama sarapan pagi warga pantai timur.
Nasi Dagang Kak Pah menyajikan nasi dagang resepi turun temurun lebih dari 30 tahun.
? : Nasi Dagang Kak Pah
? : Gerai 30, Pantai Batu Burok, Terengganu
⏰ : Selasa - Sabtu 8:00 am - 7:00 pm
☎️ : 010 205 7060
Lokasi : Nasi Dagang Kak Pah
: Gerai 30, Pantai Batu Burok, Terengganu
: 019-210 3212
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.