Gambar Black Hole di jumpai bulan lepas oleh Satelit Raksasa.. dalam islam ada cerita pasal Black Hole tak abang keretamayat?
*****
Ada!
Alkisahnya, Katakan pada suatu hari, semua manusia dalam dunia ni berkumpul di satu padang yang besar, sehingga membentuk satu Ijtimak atau Muktamar yang paling besar dalam sejarah manusia pernah di adakan seumpama dengannya, dan maksud perhimpunan itu adalah tak lain tak bukan, hanya dengan satu tujuan sahaja, iaitu untuk menunjukkan taat setia pada Allah…,
Lalu, apa akan jadi?
Maka sedikitpun, darjat Allah tak akan bertambah naik atau kebesaran Allah akan bertambah hebat kononnya dek kerana korang dah insaf, kerana secara hakikat, Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. kita semua kena faham tu!
Ok, saya bagi contoh lain pulak, katakan pada suatu hari, semua manusia berkumpul untuk mengadakan sebuah perhimpunan raksasa yang paling besar, sehingga mampu membentuk sebuah pakatan raykat yang besar, atau membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru, atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, dan maksud perhimpunan itu adalah untuk Derhaka pada Allah…
Lalu, apa akan jadi?
Maka sedikitpun, darjat Allah tidak akan bertambah turun atau kebesaran Allah akan bertambah lemah kononnya dek kerana korang yang pakat-pakat menderhaka, kerana secara hakikat, Allah tidak perlu langsung kepada sebarang sekutu untuk menjadi bertambah kuat dan sesungguhnya, tiada satupun sekutu yang mampu mudaratkan Allah, langsung tak boleh!! Ketahuilah, tiada satupun yang setara denganNya! Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. korang dan aku kena faham tu!
Ok, sekarang, saya nak bagi lebih gempak, bagaimana jika perhimpunan raksasa tadi, apa kata jika perhimpunan itu tadi juga disertai oleh semua bangsa jin dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?
Ok, tak cukup lagi, apa kata jika semua bintanang juga di beri akal dan turut sama dalam perhimpunan itu, lalu apa akan berlaku?
Tak cukup lagi?, saya tambah pulak dengan semua malaikat dari tujuh langit juga terut berkumpul sama manusia dan jin lalu membentuk satu pakatan yang paling besar dalam sejarah cakerawala, dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?
Oh lupa, makluk yang dah lama derhaka pada Allah tak kan tak joint pulak, maka semua iblis dan syaitan juga terut sama hadir bagi menjayakan rangcangan derhaka pada Allah secara besar-besaran..
Sekarang, apa yang akan Allah buat?
Straight to the point, Korang pernah dengar tak kisah seorang Nabi yang dapat berdialog dengan Allah?, lalu tanya soalan macam macam yang dah sayatulis dalam entry “Tanya sama tuhan”.
Baik, ada satu soalan tercicir yang lupa saya nak tulis hari tu jadi saya tulis hari ni,
Soalannya adalah berbunyi begini lebih kurang:-
Wahai Allah, Seandainya semua makhluk ciptaanMu derhaka terdapapMu, iaitu JIbrail, Mikail dan semua malaikat derhaka padaMu, termasuk semua manusia dan jin, termasuk matahari dan alam, apakah yang Kamu akan buat wahai Allah?
Maka jawapannya panjang, dan saya cuba ringkaskan, yang mana Allah berfirman lebih kurang maksudnya, ekoran dari peristiwa menderhakanya semua mahkuk Allah, iaitu manusia, jin, syaitan dan makalaikat, termasuk matahari dan alam, maka Allah akan lepaskan satu makhkuk yang paling besar dalam sejarah cipatan Allah.
Lebih besar dari brontosaurus, lebih besar dari Godzilla, lebih besar dari Cloverfeild, Unicron bagai malahan makhkuk itu jauh lebih besar dari bumi ini!
Inilah 'Black Hole' dalam Islam...
Lalu Black hole ini akan muncul dan menelan semua manusia, syaitan, iblis dan jin dengan sekali suapan sahaja.
Baik, sebelum saya cerita kisah Si Black Hole ini dengan lebih detail, saya nak cerita sikit kisah dalam hadith yang saya ingat-ingat lupa yang mana ada menceritakan akan betapa besarnya Malaikat ciptaan Allah, satu sayap malaikat Jibrail sahaja dah mencakup timur dan barat, sedangkan malaikat jibrail ada 99 pasang sayap, itu belum lagi cerita betapa besar Malaikat Mikael yang bagi rezeki, dan betapa besarnya malaikat Israfel yang meniup angin Sangkakala yang mana di ceritakan malaikat Jibrail dan malaikat Mikael boleh masuk dalam serunai Sangkakala, bayangkan betapa besarnya malaikat Israfel, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.
Lepas tu ada lagi malaikat yang lebih besar dari malaikat israfel, yang mana waktu Sangkakala ditiupkan, habis semua manusia, jin syaitan dan para malaikat mati, tapi ada malaikat yang tak mati dan langsung tak terjejas mendengar tiupan Sangkakala, iaitu lapan malaikat yang memikul Arasy Allah, maka malaikat ini hanya akan mati dengan cara di cabut nyawanya oleh malaikat maut satu persatu, bayangkan betapa besarnya depalan malaikat pemikul Arasy ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.
Dan akhir sekali Malaikat Maut, Malaikat yang paling akhir mati dalam alam ini, yang mana beliau akan mencabut nyawanya sendiri yang mana apabila di cabut nyawanya, maka terdengarlah jeritan suara kesakitan Malaikat Maut di seluruh alam yang mana Frekuensi suaranya adalah lebih kuat dari tiupan Sangkakala yang mana seandainya masih ada makhluk yang tidak terjejas dengan tiupan Sangkakala, maka akan mati jua makhluk itu sebaik sahaja mendengar jeritan Malaikat Maut, bayangkan betapa besarnya malaikat Izrael ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.
Dan Si Black hole ini, dengan pepatah melintah patah membujur lalu, maka terus Si Black Hole akan menelan apa sahaja, bumi, bulan, bintang, matahari dan galaksi dan seluruh cakrewala.., dan Si Black Hole ini menelan malakaikat tadi bukan satu persatu wahai tuan tuan dan puan puan sekalian, tapi Si Black Hole ini akan menelan semua malaikat, jin, syatan, iblis, manusia matahari dan alam hanya dengan satu suapan sahaja!
SATU SUAPAN SAHAJA!
Maka takutlah kamu wahai manusia akan kehebatan dan kebesaran Allah!!!
Maka Nabi Musapun menjadi bertambah takut kepada Allah setelah mendengar certa itu, lalu Nabi Musa a.s bertanya lagi,
"Bolehkan aku melihat makhluk itu?”
Allah menjawab,
“Kamu tidak akan sanggup melihatnya..”
Nabi Musa a.s kemudian bertanya lagi,
“Di manakah makhluk ini di simpan?"
Allah menjawab,
“Aku pelihara binatang ini di salah satu padang-padang ternakkanKu..”
Maka mengelantarlah Nabi kerana takutkan Allah… ada banyak rupanya black hole ini dalam khazanah Allah..
Panjang lagi nak cerita, tebal buku sahaja boleh sambung.. kita sambung lain kali, InyaAllah.
Woha!
Ps: Jom baca MUDAHNYA HAFAL YASIN, klik sini:
https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過51萬的網紅Games Effect,也在其Youtube影片中提到,The seventh angel, Israfel, has appeared! "Both of You, Dance Like You Want to Win!" 第七使徒出現啦!”你們兩個,像為了取勝那般狂舞吧!" #Evangelion #新世紀 #中二病 #Neon #Genesis...
「israfel」的推薦目錄:
- 關於israfel 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於israfel 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於israfel 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於israfel 在 Games Effect Youtube 的精選貼文
- 關於israfel 在 ISRAFEL - Facebook 的評價
- 關於israfel 在 柯澤Israfel 的評價
- 關於israfel 在 作者Israfel 的總覽(PTT發文,留言,暱稱) - PTT網頁版 的評價
- 關於israfel 在 Israfel by Xous54 | Evangelion, Neon genesis ... - Pinterest 的評價
israfel 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
(Cerita aku yang solat tak khuyuk kerana buat orang lain tak khusyuk dalam solat mereka…,oh)
****
Aku sedang solat asar secara berjemaah.
Tiba tiba terdengar intro lagu yang biasa aku dengar, iaitu lagu dikir barat versi Terengganu yang bertajuk “KERABU PUCUK PAKU” nanyian Mat Over yang tampar David Teo baru baru ni.
"Handphone siapa yang tak OFF time solat nih?"
Tanya syaitan kepada aku. Aku tak jawab.., dan aku cuba khusuk dalam solat.., sedang syaitan dalam darah aku turut bernyayi lagu itu tanpa silap lirik sedikitpun..
(((Nok Makang sedak, kita pitih tadok,
Bining beranok rapak, anok ramai telajok,
Kadang pisang sikak, kita dok dang koyok,
Ada lagi hok dok teriok,
Wo Ho..
Hok ni kecing, hok tu berok!")))
Aku perasan itu bukan Ring tone H/P aku atau bunyi mesej masuk, tapi yang mushkilnya, kuat benar bunyinya.., dan syaitan terus mengulit aku.., lena di ulit syaitan..
(((Tambah pulok kije buleh sikit-sikik
Banyak hok duk saja perabih duik
Lepah-lepah ise dok dang makang nasik
Bosang anok duk jerik
Wo ho
Pagi pagi mitok duit)))
Hah! Baru aku perasan, berpeluh aku di buatnya kerana rupa-rupanya, bunyi nada dering ‘kerabu pucuk paku’ itu datang dari poket kiri aku, lalu terbayanglah peritwa aku dan bini aku keluar makan lunch tengah hari tadi, dan bila azan zohor, bini aku suruh aku pegang handphone dia, senang nak solat di masjid katanya, lalu aku taruk dalam poket kiri dan pergi solat sama-sama, pendek cerita.., bila dah sambung urusan masing-masing, rupanya aku dan dia tak ingat tentang H/P tu, nipis sangat kot.., dan bila nak solat asar tadi aku hanya OFF kan handphone aku, oh!? apa aku nak buat sekarang.. ? What should I do? Kuch kuch hotai hey!
((((Kadang-kadang mari pikir dalam hati
Macam mana cara nak tambah rezeki
Mujur lah pagi ni ade saing mari
Ajok niaga kecik-kecik
Wo ho
Rase senang dalam hati))))
Aku berharap lagu tu akan berhenti bila masuk rangkap kedua, tapi tidak,. Lagu itu tidak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti..Oh.., dan.. Oh sekali lagi…
(((Amber meniaga buat kusi rotang
Ade warna coklat warna itang
Nok ato dekat jabat kraf tangang
Jalan conley bukit bintang
Woho..
Boleh tambah pendapatang)))
Aku bergerak dengan tiga pergerakan kecil untuk OFF kan H/P tu tapi gagal, ada ustaz kata tak boleh OFFkan H/P masa solat, solat akan tak sah, tapi jika aku tak OFFkan H/P aku, solat orang lain pulak yang tak sah!! Aku berijitihad, aku akan bergerak 3 kali lagi untuk OFFkan H/P aku tanpa batalkan solat aku. Dalam waktu peralihan pergerakkan iktidal ke sujud, aku berjaya OFFkan Smartphone tu… Woha!
Maafkan aku wahai ahli jemaah yang lain, AKU TAK SENGAJA.. SUNGGUH!!!
Selesai solat, masa nak pakai kasut, tiba tiba ada Mamat sound dengan kuat:
“HandPhone siapa yang berbunyi tadi?”
Arggh!!, sudah..!!, apa aku nak buat? Aku ada dua pilihan, sama ada Aku nak berdiam diri tak mengaku, dan berharap mereka lupakan dan maafkan berdasarkan pengkelanaan waktu, yang mana mungkin kesan aplikasinya di padang Masyar kelak, aku akan di azab kerana dah berdosa dengan semua ahli surau yang seramai 6 orang itu kerana buat mereka solat tak kusyuk.. Oh.. dan Oh sekali lag!!!
Sambil ikat tali kasut, aku berfikir, nak mengaku ke tak nak?
Nak ke tak nak?
Aku buat kajian pantas, jika aku mengaku tentu aku akan kena lempang macam David Teo hari tu, dan sudah tentu mereka akan berjaya kalahkan aku sebab mereka ramai, di tambah pula pangkat mereka sebagai lelaki beriman akhir zaman kerana solat asar berjemaah, lalu mudah dapat nusrah Allah, dan mungkin aku akan mati kena belasah, dan adakah aku akan mati sebagai para syuhada? Oh!! Jauh benar aku merepek…
Tapi.., jika tak mengaku, silap haribulan aku akan jumpa mereka lagi di padang Masyar.., berjumpa sebagai pendosa yang mana mungkin aku akan di azab…Oh
Berjumpa di padang Masyar? Aku tak nak.., aku tak ndak!!!
*****
Apabila bercerita mengenai “Berjumpa di padang Masyar”.., korang pernah tak alami situasi di begini:
Situasi satu:
Pernah tak korang bila ‘nasihat’ orang yang perasan betul, yang mempunyai pendirian (salah) yang tetap, lalu bila mereka dah tak nak dengar nasihat korang lagi, dan dengan perasan ilmu ugama dah cukup, akhirnya mereka akan berkata:
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Yang bermaksud: “Aku sebenarnya yang betul, kamu adalah ahli neraka, nasihat kamu kat aku tetap tak guna kerana aku adalah ahli syurga, tok guru aku dah jamin dah aku masuk syurga, bila kita jumpa di padang Mahsyar kelak, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa aku adalah ahli syurga…”
(Tak kan sampai macam tu kot?)
Situasi Dua:
Atau pernah tak korang bila secara tiba tiba, berbetulan hari tu mood korang baik, semangat ada lebih sikit, lantas bila sesorang terajak berdebat dengan korang tentang hal ehwal agama, lalu korang dengan bersungguh terangkan tentang kefahaman agama yang korang rasa betul lalu berdebat di sini sana, akhirnya bila dah takde hujjah yang bernas akibat segala dalil dan tamsil korang di patahkan pihak lawan, lalu korang yang dah takde idea nak berhujjah lalu menjawab..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Yang bermaksud: “Korang sorang sahajalah yang betul, mereka yang pandai berdebat tu adalah ahli neraka, korang adalah ahli syurga walaupun segala hujjah korang tak releven, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru mereka tahu bahawa mereka adalah ahli neraka dan betapa korang adalah ahli shurga…”
(wah wah wah, meriahnya hidup!)
Situasi Tiga:
Atau pernah tak korang bila dengar ceramah politik, tentang bagaimana seorang ustad yang mengajak para pendengarnya pergi mengundi parti XYZ, sebab jika tak undi parti XYZ, mati akan masuk neraka kerana bila parti XYZ kalah, bermakna parti ABC akan memang, dan segala maksiat yang di buat oleh jajahan parti ABC akan di tanggung oleh orang yang tak undi parti XYZ..
Untuk mengukuhkan hujjah, ustad tu akan berkata…
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Yang bermaksud: “Ustad sebenarnya yang betul, kamu tak undi parti XYZ adalah ahli neraka, Ustaz ahli shurga, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa Ustaz adalah ahli shurga…”
(Apa-apalah..)
Bagi aku, (bukan ustaz), Jika seorang Nabi yang di kasyafkan nampak Neraka dan Shurga, dan dah tentu confirm masuk Syurga dengan janji Allah Ta’ala.., maka tak salah jika Nabi nak berkata..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Tetapi sebagai salah sorang ummat akhir zaman, yang tak tahu lagi hujung pangkal, lebih baik mencampakan diri dalam kerisauan terhadap ummat.., bukan marah kepada ummat..
Nak marahpun, nak emosionalpun, tak payahlah nak habislan segala usaha dengan berkata: “Kita jumpa di Padang Masyar”
Nampak bunyi macam orang kecewa dan marah…
Kecewa kerana orang tak dengar kata korang, dan marah sebab orang langsung tak nak dengar kata korang!!
Yang lebih dahsyat, bila dah bengang, terus doa pihak lawan masuk neraka…
Sahabatku...,
Orang yang tidak ikhlas berdakwah akan dapat dua perkara:-Iaitu:-
Marah.
Putus asa.
Nabi dan Sahabat dalam berdakwah tidak ada nak marah, putus asa apatah lagi, jika orang tak nak dengar cakap, tak terima nasihat, tak kan nak putus asa dan terus anggap orang tu masuk neraka, kita sorang yang masuk shurga lantas dengan berani berkata:_
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Sahabatku.., bukan senang nak masuk shurga.., dan bukan sedikit azabnya di padang Masyar.. orang yang bertakwa seperti Abu Bakar RA atau Saidina Umar Ra, sangat risaukan akhirat.., tak berani nak berkata sembarangan…
Syurga neraka belum tentu nasib kita..
Orang bertakwa sangat takut kepada hari pembalasan, bukan boleh main-main..,
Kamu tahu apa ada di padang Masyar? Biar aku cerita sepintas lalu, refresh untuk aku jugak..
*****
Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..
"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."
Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"
Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..
Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..
Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?
Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..
Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)
Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.
Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…
Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..
"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..
“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.
“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.
“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”
Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:
Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..
Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..
Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.
Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..
Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)
Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…
Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..
Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..
Panjang cerita, boleh rujuk ustaz, moral cerita aku adalah, padang masyar itu benar, maka selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…
Bila dah marah atau kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!
Kalau nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…, jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…
*****
Berbalik kepada kisah aku yang tak OFF Smartphone dalam surau buat ahli jemaah marah, buat ahli jemmah surau di ganggu ring tone lagu Kerabu pucuk paku.., akhirnya aku buat keputusan mendadak untuk mengaku, sebab?
AKU TAK NAK JUMPA KORANG DI MAHKAMAH ALLAH..Oh!
Aku lantas cepat-cepat bersalam dengan mereka sambil mengaku bahawa sayalah tuan punya ring tone kerabu pucuk paku yang tak tutup Handphone tadi.. aku cuba jadi lelaki beriman di akhir zaman..
Bila aku bersalam dengan JEJAKA yang sound tadi, mamat tu terus berkata-kata.., dan aku dah cuak dah, sebab aku memang bersalah...
“sedap lagu tu.., dah lama aku cari, boleh send lagu tu kat aku tak?”
Sambil ON kan Bluetooth kat H/P dia..
Woha!
((((Begitulah care kalu mahu hidup,
Buat ape saja yang kite sanggup
Jangan duduk saja buat buncit perut,
Lama-lama buleh meletup
Woho.., Anak bini buleh cabut)))
Ps: Kita semua jumpa di Padang Masyar OK?!, err, maksud aku di bawah arasy, boleh?!, (insyAllah….)
Ps2: Kisah ini di olah semula dari buku Permata Yang Hilang Kini dijumpai tulisan Hamka Keretamayat, woha!
israfel 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Pernah tak korang bila ‘nasihat’ orang yang perasan betul, yang anti vaksin, yang anti hospital, yang kata covid 19 ni palsu, lalu bila mereka dah tak nak dengar nasihat korang lagi, dan dengan perasan ilmu agama dah cukup, akhirnya mereka akan berkata:
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Atau pernah tak korang bila secara tiba tiba berdebat tentang hal ehwal agama, lalu korang dengan bersungguh terangkan tentang kefahaman agama yang korang rasa betul lalu terus berdebat di sini sana, akhirnya bila dah takde hujjah yang bernas akibat segala dalil dan tamsil korang di patahkan pihak lawan, lalu korang yang dah takde idea nak berhujjah lalu menjawab..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
(wah wah wah, meriahnya hidup!)
Atau pernah tak korang bila dengar ceramah politik, tentang bagaimana seorang berlagak ustaz yang mengajak para pendengarnya pergi mengundi parti XYZ yang sokong kafir, walaupun dah di tegur, lalu untuk mengukuhkan hujjah, si berlagak ustaz tu akan berkata…
“Kita jumpa di Padang Masyar”
(wah wah wah, meriahnya mati!)
Amboi, macam confirm bebenor korang ni ahli syurga sampai nak jumpa padangmasyar sahaja hujahnya, adohai..
Bagi saya, Jika seorang Nabi yang dah confirm masuk Syurga dengan janji Allah Ta’ala.., maka tak salah jika Nabi nak berkata..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Tetapi sebagai salah sorang ummat akhir zaman, yang tak tahu lagi hujung pangkal, husnul ke suul di hujung haya, lebih baik mencampakan diri dalam kerisaun terhadap ummat.., bukan marah kepada ummat..
Nak marahpun, nak emosionalpun, tak payahlah nak habislan segala usaha dengan berkata: “Kita jumpa di Padang Masyar”
Nampak bunyi macam orang kecewa dan marah, bagilah hujah yang betul, dan jika salah, terimalah, berlapang dada apa salahnya..
Yang lebih dahsyat, bila dah bengang, terus doa pihak lawan masuk neraka…
Sahabat,
Orang yang tidak ikhlas berdakwah akan dapat dua perkara:-Iaitu:-
(1) Marah.
(2) Putus asa.
Nabi dan Sahabat dalam berdakwah tidak ada nak marah, putus asa apatah lagi, jika orang tak nak dengar cakap, tak terima nasihat, tak kan nak putus asa dan terus anggap orang tu masuk neraka, kita sorang yang masuk syurga lantas dengan berani berkata:_
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Sahabat, bukan senang nak masuk syurga.., dan bukan sedikit azabnya di padang Masyar.. orang yang bertakwa seperti Abu Bakar RA atau Saidina Umar Ra, sangat risaukan akhirat.., tak berani nak berkata sembarangan…
Syurga neraka belum tentu nasib kita..
Orang bertakwa sangat takut kepada hari pembalasan, bukan boleh main-main..,
Nak jumpa di padang mahsyar ingat senang ke?
Kamu tahu apa ada di padang Masyar? Biar sayacerita sepintas lalu, refresh untuk kita semua jugak..
*****
Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..
"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."
Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"
Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..
Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata riwayat, dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..
Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?
Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..
Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk saya..)
Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.
Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…
Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..
"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya:
“Apakah hari ini?”
“Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
“Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”
“Ya!”
“Di mana Muhammad dan umatnya?”
“Di hadapan Allah Taala!”
“Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
“Aku tidak tahu!”
Lepas Jibral jawab tidak tahu, Malaikat Malik terus menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata.
Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Ada yang dah habis air mata darah, sampai keluar biji mata, Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..
“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.
“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”
Setelah mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.
“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”
Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:
Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..
Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..
Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.
Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..
Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)
Siapa ada hutang dengan manusia, atau hidup susahkan manusia, bila masuk mahkamah no 2, akan jadi muflis, iaitu pahalanya akan diberi kepada orang sehingga habis pahalanya, dan dosa orang akan diberi kepadanya sehingga dia akan terus masuk neraka.
Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di sini Rahmat Allah tersebar luas dan rahmat Allah lebih besar dari dosa semua mahkluk!
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak ikhlas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaimanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…
Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..
Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..
Panjang cerita, boleh rujuk ustaz, moral cerita saya adalah, padang masyar itu benar, maka selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…
Bila dah marah atau kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!
Kalau nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…, jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…
Jadi jom jumpa bawah arash, atas timbunan kasturi, disebelah mimbar cahaya bersama santapan hati ikan..
Nak lagi best?
Jumpa di syurga, tingkat lapang dekat punca segala sungai, saya duduk di antara sungai madu dan susu.
Jumpa di sana!
Woha! WoHA! WOHA!
XXXX
(Di tulis oleh Hamka keretamayat, berminat untuk baca ebook beliau tentang agama islam dan kehidupan? Mesej FB)
israfel 在 Games Effect Youtube 的精選貼文
The seventh angel, Israfel, has appeared! "Both of You, Dance Like You Want to Win!"
第七使徒出現啦!”你們兩個,像為了取勝那般狂舞吧!"
#Evangelion #新世紀 #中二病 #Neon #Genesis #EVA #Asuka #明日香 #童年回憶 #Fight #Battle #War #LowBudget #LowCost #DIY #GamesEffect
►►► Facebook Page: http://www.facebook.com/gameseffect
►►►Twitter ツイッター: https://mobile.twitter.com/GamesEffect1
►►►Instagram インスタ: https://www.instagram.com/gameseffectofficial
Support us by LIKE and SUBSCRIBE!
israfel 在 柯澤Israfel 的推薦與評價
【Arknights】[Grani And The Treasure of Knights] GT-6. 50 views2 years ago. 1:21 Now playing. 【Girls Frontline】7-4E错误配置②. 17 views4 years ago. ... <看更多>
israfel 在 作者Israfel 的總覽(PTT發文,留言,暱稱) - PTT網頁版 的推薦與評價
40 F 推Israfel:衛武營旁就是建軍站,轉乘方便,只要習慣養成運量就會出來02/20 23:27. 41 F →Israfel:加上衛武營的活動一直都不少(不過營區離捷運有些遠就是)02/20 ... ... <看更多>
israfel 在 ISRAFEL - Facebook 的推薦與評價
ISRAFEL 。 1356 個讚。 We'd like to think of our music as something straight-forward and honest. An orgy of killer riffs, uplifting melodies and inspring,. ... <看更多>