RESEPI BUDU AIR ASAM PEDAS MELELEH!
Hai uols.
Sapa kat sini peminat budu? Sep sikit kita geng. Cicah ulaman perghhh memang bertambah nasik ohoiii. En Suami kak N lagi la, tak main la cicah cicah ni. Dia buat kuah macam gulai tu haa gaul ngan nasik 😂. Peminat tegar budu tu.
Ni lunch cum dinner kak N petang semalam.
Ok jum harini kak N nak share resepi sambal budu lain sket dari kebiasaan. Sebab ada tambah belacan sket tau bagi lagi umphh.
Jum kita check it out bahan dan cara buat.
Bahan Bahan.
1. Budu
2. Air asam Jawa
3. Limau Kasturi ( perah amik air ja )
4. Cili Padi
5. 2 Bawang Besar
6. Satu inci belacan
7. Gula secukup rasa
8. 1 biji bawang besar ( potong bulat )
Cara buat.
Tumbuk 2 biji bawang besar, cili padi dan belacan. Letak dalam mangkuk. Masukkan air asam Jawa dan jus limau. Kacau sebati. Tambah satu sudu kecil gula dan bawang besar yang di potong bulat. Kacau seketika.
Taraaa dah siap. Boleh hidangkan bersama ikan kukus, ikan goreng, dan ulaman kesukaan uols tu. Mudah yakmat kannnn. Kannnn.
Kalau peminat budu tu, agak agak cukup ke nasik satu genggam? Nan hado oiii jawabnyerrr 😜.
Selamat mencuba yer. Silakan share dan like dulu 🤗.
Kredit : @Nanie Ripin
#DariDapurKakN
#KakNYangMasak.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...