Jom terjah Kansai! 🤩 ⛩
19 TEMPAT MENARIK DI KANSAI, JAPAN 🇯🇵⛩
Based on previous post yang aku cerita mengenai preparation ke Kansai, ini adalah sambungan untuk aku cerita pasal tempat menarik yang aku dan geng sempat terjah. Ada banyak lagi sebenarnya tempat best tapi kitorang tak sempat pergi, sebab macam kitorang boleh kata nak YOLO jugak lah, tapi still ada buat research hehe.
1. Osaka Castle
Tempat tumpuan tourist. Ada beberapa tingkat, untuk naik atas boleh pilih nak guna lif (kena beratur) atau naik tangga, kalau nak turun kena guna tangga je. Sebab dia suruh turun guna tangga untuk kita tengok sejarah Osaka.
2. Kurumon Ichiba Market
Sini macam market jual makanan mentah macam salmon, crab and etc. Ada jugak kedai shopping yang lain jual souvenirs. Meriah jugak sini! Barang-barang souvenirs pun tak mahal sangat.
3. Dotonbori
Syurga shopping dan makanan! Best gila, kena cari kedai makanan halal jugak ye hehe. Macam-macam ada kat sini, memang seronok bab makan tu, pelbagai makanan Jepun korang boleh cuba.
4. Tsurumi Ryokuchi Park
Kawasan luar bandar yang ada windmill dan bila ada musim bunga, nanti akan ada bunga tulip, cantik weh! Kalau korang semangat boleh lah jalan sampai ada area windmill tu haha. Lepastu, area situ ada Mitsui Outlet dan taman untuk beriadah. Sangat tenang!
5. Museum of House & Living (tutup Selasa)
Reminder, tolong google dulu tempat macam ni samada buka atau tutup. Jangan jadi macam kitorang, haritu nak pergi baru teringat nak check, alih-alih tutup (Museum ni tutup hari Selasa). Menyesal lah sebab tak dapat nak merasa pakai Kimono & Yukata FREE.
6. Tempozan Ferris Wheel
Untuk menggantikan Museum House & Living yang tutup tu. Sini ada arcade dengan ferris wheel ni. Kitorang naik dan dapat tengok view city waktu malam. Korang boleh pergi salah satu Aquarium terbesar dunia kat area sini jugak, iaitu Osaka Aquarium Kaiyukan.
7. Fushimi Inari Shrine
The famous shrine yang memang cantik! Tapi elakkan datang waktu Golden Week, terlampau ramai orang untuk bergambar kat shrine ni sampai kena beratur, haha. Itupun belum jamin dapat gambar yang takde orang photobomb kat belakang.
8. Kyoto
One of the best place is Kyoto, sebab rasa macam local sangat. Environment dia memang tenang dan best. Kitorang pergi makan kat Naritaya, lepastu lepak kat Nakagyo-Ku. Banyak kedai makan best sini, so next time korang nak pergi, boleh list out. Starbucks dia legend!
9. Arashiyama (Bamboo Forest) & Sagano
Arashiyama dan Sagano memang tempat yang menarik dan cantik. Please spend time at least half day here. Tempat orang ambil gambar background bamboo tu kat Arashiyama ni lah, pastu area tu boleh tengok monyet Iwatayama, boleh lepak kat Togetsukyo Bridge, boleh naik Hozu River Boat Tour, and more. Kalau nak explore lebih boleh sewa basikal, lagi syok.
10. Nara Park
Tempat rusa yang jinak untuk korang ambil gambar, peluk, cium, bagi makan hehe. Rusa ni pandai bila nak minta makanan, dia akan angguk kepala gaya orang Jepun. Serious comel! Oh ya! Area Nara ni banyak jual souvenirs dan jajan murah (such as biskut kapal famous tu), boleh cari tempat ni Higashimukiminamimachi (souvenir tote bag dengan coklat murah) dan Hashimotocho (makanan murah! takoyaki murah).
11. Mount Rokko Waterfalls
Korang kena mendaki tangga untuk sampai ke waterfalls ni, kalau tak cukup stamina, minta bawa air mineral okay hahaha. Btw, waterfalls ni salah satu stops untuk sampai ke atas. So kalau korang cergas lagi, boleh mendaki sampai atas, and dapat enjoy view yang nice.
12. Chinatown Kobe
Kitorang datang sini time malam, memang happening weh! Kat sini banyak kedai makan, tapi kedai makanan halal tak banyak. Ada satu pondok ni dia punya look and feel Chinese style, memang cantik hehe.
13. Himeji Castle
Salah satu tempat tumpuan hehe. Area castle ni ada satu kawasan luas macam padang, mungkin untuk apa-apa event kot atau berkelah. Sepanjang dari station nak ke castle ni ada satu kedai bundle jual kimono atau yukata, harga not bad. Lepastu akan ada kucing persian duduk situ haha comel!
14. Akashi Kaikyo Bridge
Jambatan ni kitorang tak pergi pun tapi lalu je. Aku sempat ambil gambar dari dalam train sebab perasan cantik jambatan ni. Bila search tempat ni rupanya memang tempat tumpuan jugak. So sebab tu aku recommend korang datang sini untuk hirup udara segar dan cuci mata hehe.
15. Hard Rock Cafe Osaka
Eh tak sah kalau datang Osaka tapi tak pergi sini hehehe. Pergi travel mana-mana pun, kalau ada HRC ni mesti singgah, tak beli takpe, asal singgah haha.
16. Wakayama
Kitorang pergi Isonoura Beach. Best! Untuk sampai sini dari Osaka ambil masa lebih kurang 2-3 jam naik train, sepanjang perjalanan dapat enjoy pemandangan luar bandar. Sebab tu kitorang spent whole day kat sini jalan-jalan. Nak pergi Isonoura Beach ni kena jalan kawasan kampung baru sampai. Singgah lah satu kedai runcit ni jual aiskrim, makcik/ nenek yang menjual tu sepatah tak faham English haha, so communicate verbally je tapi dorang friendly gila.
17. Universal City (USJ)
Perkarangan luar USJ dipanggil Universal City. Even tak masuk USJ, aku tetap datang sini. Macam-macam ada jual kat sini, kedai yang kawaii, best weh. Korang jalan-jalan lah kat sini, nak beli souvenirs pun okay cuma harga bukan murah la. Try makan fruit crepe kat sini, sedap!
18. Nipponbashi
Tempat ni korang boleh cari barang rumah, barang elektronik, kedai game. Haa lepastu ada Daiso, satu building tu dia punya hahaha. Kalau kat Malaysia setakat satu lot kedai tu je kan, kat tempat ni satu building terus! Korang boleh jumpa juga kedai jual costume dan orang pakai costume cosplay macam anime tu, serious! Hahaha
19. Shinsaibashi
Tempat ni sebelah je dengan Dotonbori, sebenarnya second day haritu dah pergi tapi sebab tak puas lagi, so kitorang datang lagi. Memang macam-macam ada sini, dari baju, kasut, bag, jam dan makanan. Ya ampun, kalau banyak duit ni memang aku borong habis apa aku nak, time tu ada sale pula kan. Menangis tengok!
EXTRA PLACES YOU CAN GO :
- Instant Ramen Museum
- Sumiyoshi Taisha
- Umeda Sky Building
- Miyuki-dori (Korea Town)
========================
TEMPAT MAKAN :
- Matsuri ¥910
- Ramen Honolu ¥1177
- Sushi Ebisuchho Kyoto ¥580
- Takoyaki ¥690
- Naritaya (Daging bakar) ¥1250
- Ayam-Ya ¥700
- Marugame Udon ¥450
- Luke Lobster ¥1008
- Pablo ¥310
EXTRA MONEY FLOW :
- Jajan (Family Mart, Lawson) ¥3689
- Vending Machine ¥3000
- Souvenirs ¥5000
- Train hari ke-9 ¥825
- Train hari ke-10 ¥1360
- Starbucks ¥250
- Mesin Urut ¥100
Total hangus sepanjang berada di Kansai ni adalah sebanyak RM868/pax (¥21,303). Then, campurkan dengan duit masa preparation sebelum ke Kansai, RM2001.13.
TOTAL ALL IN 10D9N = RM2869.13/pax
So, korang boleh lah simpan untuk rujukan nak travel ke Kansai akan datang. Ohya! Tolong lah cuba rasa makanan local kat sana, sedap teruk! Hahaha. Peringatan, harga akan berbeza mengikut currency dan segala harga tiket/pass.
Kalau korang terlepas post sebelum mengenai preparation aku ke Japan, boleh klik link bawah ni untuk baca.
8 BENDA PENTING SEBELUM KE KANSAI, JAPAN, https://goo.gl/tDGWWE .
#fatinsihantravel #japan #kansai #osaka #kyoto #kobe #nara #wakayama
=====
Boleh follow aku untuk lebih banyak info travel dan makan :
Instagram: instagram.com/fatinsihan
Twitter: twitter.com/fatinsihan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
kyoto research park 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
kyoto research park 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kyoto research park 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kyoto research park 在 京都研究園(KRP) 的相關結果
我們協助您參與京都的商業社群. Chieko KIMURA, PhD EXECUTIVE OFFICER KYOTO RESEARCH PARK CORP. 由於京都設置了集中的跨學科企業社群,因此有時會被比喻為矽谷。 ... <看更多>
kyoto research park 在 The Kyoto Research Park and Innovation in Japanese Cities 的相關結果
Thanks to local businesses initiatives, the Kyoto Research Park (KRP) is home to a new generation of high-tech ventures, with nearly half of its 240 tenant ... ... <看更多>
kyoto research park 在 Kyoto Research Park|Kyoto Research Park 的相關結果
KRP's aim is to become the innovation hub of the region. KRP believes that by gathering and networking the regional companies, researchers and ideas, ... ... <看更多>